KUALA LUMPUR 29 Jan: Kontraktor pengangkutan kepada syarikat Petronas
Dagang Berhad (PDB) mendedahkan, perniagaan mereka terjejas teruk
disebabkan kontrak pengangkutan syarikat itu kini dimonopoli oleh
syarikat Shaziman Transport Sdn Bhd.
Shaziman
Transport Sdn Bhd (STSB) yang didakwa ada kaitan dengan seorang Menteri Kabinet
dikatakan memonopoli lebih 90 peratus kontrak pengangkutan di sesetengah
tempat menyebabkan beberapa syarikat bumiputra lain gulung tikar dan
menanggung kerugian.
Perkara ini dibongkar kepada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Menurut kumpulan pengusaha pengangkutan lori yang ditemui Penyelaras SAMM, Badrul
Hisham Shaharin, semua syarikat kontraktor lori lain tidak diberikan
‘trip’ perjalanan tanpa notis awal dengan alasan kononnya untuk menguji
kemampuan STSB.
Justeru, Badrul Hisham dalam sepucuk suratnya yang dihantar kepada PDB,
26 Januari lalu, menuntut agar PDB dapat menjelaskan isu ini.
“Sebuah
syarikat di Melaka yang berurusan dengan PDB sebelum ini memiliki 12
buah lori, menjadi 3 lori sahaja kerana lorinya ada yang dijual dan ada
ditarik bank kerana masalah kewangan ekoran penurunan ‘trip’ mendadak
oleh PDB yang memberi laluan kepada STSB.
“Ini menyebabkan rata-rata syarikat bumiputra lain di Melaka bukan
sahaja hilang pendapatan tetapi terpaksa menanggung kerugian RM50,000 ke
RM60,000 bulan lepas untuk membayar gaji pokok pemandu lori dan kos
berkaitan.
“Di Johor dilaporkan monopoli syarikat STSB yang diberikan oleh PDB
hampir 90 peratus menyebabkan banyak syarikat bumiputera lain gulung
tikar,” menurut kandungan surat itu.
Menurut Badrul, surat tersebut dihantar melalui faks dan emel dan beliau
akan menyerahkan salinan asalnya kepada pejabat PDB di Kuala Lumpur
City Centre (KLCC) minggu ini.
Mengulas isu sama, Badrul Hisham berkata, kontraktor terlibat yang
beroperasi di Melaka juga ada memberitahu beliau bahawa monopoli kontrak
PDB akan berlaku ekoran mereka mungkin dikehendaki mengambil
sub-kontrak pengangkutan PDB melalui STSB.
“STSB ini naik dengan cepat sekali, dari cuma beberapa lori kini
dikatakan sudah memiliki 80 lori sehingga STSB disenaraikan sebagai
antara peneraju dalam syarikat pengangkutan negara,” katanya dipetik MediaSelangorku.
Menurutnya, dasar monopoli yang diamalkan ini mampu mengundang risiko
bahaya kepada ekonomi negara sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini
terhadap syarikat yang menguasai pasaran.
“Dasar monopoli ini juga punya risiko keselamatan, bayangkan setahun dua
ini jika ini berterusan, syarikat lain pasti mati dan 100 peratus PDB
bergantung kepada satu syarikat sahaja.
“Bayangkan jika sesuatu berlaku seperti syarikat mogok, menyebabkan
berapa banyak stesen minyak akan putus bekalan minyak dan beberapa
sektor dalam negara pasti lumpuh,” katanya lagi.
STSB yang dikaitkan dengan Menteri Kabinet ini bukan sahaja mendapat
kontrak dari PDB tetapi juga dari Proton, Perodua dan banyak syarikat
berkepentingan kerajaan lagi.
Badrul Hisham yang enggan menyebut nama menteri yang dimaksudkan,
bagaimanapun tidak menolak kemungkinan isu ini melibatkan Menteri Kerja
Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.
Good Morning Cikgu Bard,
ReplyDeleteAny updates from Petronas Dagangan regarding the above issue regarding Shaziman??
By the way, we was a contractor for Petronas last 5 years, but today left nothing!!
Thank you very much.
Regards,