When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Wednesday, November 28, 2012
SAMM Dakwa Malaysia Hantar Getah Pada Israel, Bukti Umno-BN Hipokrit
SHAH ALAM 23 NOV : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa mempunyai bukti terbaru bahawa Kerajaan Pusat Umno-BN mempunyai hubungan dengan Israel apabila membantu kuasa Zionis itu dari segi ekonomi.
Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, pihaknya memperolehi maklumat bahawa Malaysia memang membekalkan getah ke Israel pada 19 November lalu.
“Tempoh hari kita dedahkan penghantaran minyak sawit ke Israel. Kerajaan Umno-BN kononnya mengatakan sawit tersebut untuk Palestin. Kamu boleh terus berbohong.
“Hari ini kita dapat transaksi terakhir iaitu kerajaan menghantar getah di atas nama Perusahaan Getah Asas Sdn Bhd juga ke Israel.
“Adakah kamu nak kata bekalan itu juga dihantar ke Palestin. Mana ada kilang getah di Palestin?” kata Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard.
Beliau juga mendakwa Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir bertanggungjawab dalam merealisasikan perkara berkenaan.
“Kita cabar Datuk Mukhriz Mahathir menafikan Malaysia menghantar getah ke Israel.
“Jika kamu berani menafikan, kita bersedia keluar dengan bukti dengan satu syarat Mukhriz harus meletak jawatan sebagai orang yang bertanggungjawab,” katanya kepada TVSelangor.
Beliau ditemui selepas menyampaikan ceramah dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat anjuran Pakatan Rakyat (PR) di sini malam tadi yang dihadiri lebih 5,000 orang.
Beliau berkata, Kerajaan Umno-BN hipokrit apabila mengkritik Israel dalam politik domestik tetapi di peringkat antarabangsa merekamembantu.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam ceramahnya berkata Umno-BN kini menukar haluan dengan mengiktiraf Ikhwanul Muslimin walaupun sebelum ini melabelkan kumpulan tersebut sebagai pengganas.
“Hubungan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pimpinan ini seperti Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi; Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan dan Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal mengusarkan Umno-BN yang sebelum ini mengatakan Anwar sebagai agen Israel dan agen Amerika.
“Hasilnya Umno-BN mengubah strategi dengan sudah mula dekat dengan pemimpin Hamas dan Ikhwanul Muslimin Mesir sehingga pada 4 Disember ini ketika negara menjadi tuan rumah Forum Ekonomi Islam Dunia, Kuala Lumpur telah menjemput Dr Muhammad Mursi hadir ke forum itu,” katanya.
Beliau turut mendakwa Khaled Meshaal difahamkan akan dijemput hadir dalam Perhimpunan Agung Umno hujung November ini.
No comments:
Post a Comment