Monday, October 15, 2012

TAN KENG LIANG PRODUK ULAR KEPALA DUA BARISAN NASIONAL

Pemuda GERAKAN menghina Islam
Kenyataan Umum
SolidaritiAnak Muda Malaysia

15 Oktober 2012

TAN KENG LIANG MENGHINA ISLAM, BUKTI POLITIK ULAR KEPALA DUA BARISAN NASIONAL

Pagi ini kira-kira jam 11 pagi tadi saya telah terbaca satu twitter dari akaun Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Kedah yang mempersendakan dan menghina arahan berpakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat kepada Islam.

Ini mungkin muncul dari garis panduan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBSA) yang mula melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model yang berpakaian sopan.

Isu ini telah dipolitikkan sejak beberapa minggu yang lalu apabila beliawanis MCA, Tee Hoi Ling memberikan komen bahawa tindakan memastikan model berpakaian sopan itu seperti memperbudakan pengiklan. Ini sememang modus operandi Bn ala ular kepala dua yang cukup hipokrit. Di sisi Melayu dan Islam mereka akan menggunakan Umno dan membayar ustaz - ustaz upahan untuk menyerang PR yang tidak Islamik tetapi dalam sisi lain mereka menggunakan Mca dan parti komponen bukan Melayu Islam agar menyerang PR yang terlalu Islamik dengan menggambarkan Islam itu hina dan ortodok. Mereka menyerang kononya PR pro Kristian dan anti Melayu. Ini jelas dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno sendiri ketika demo anti penghinaan terhadap Rasulullah apabila dia mendesak PAS tinggalkan PR kerana PR ramai orang cina. Ini taktik ular kepala dua yang mahukan rakyat bergaduh.

taktik ular kepala dua untuk menghantar masej berbeza berdasarkan kaum dan agama
bagi memecah belahkan rakyat demi keuntungan politik Bn


Mca bantah hudud, Umno cabar laksana hudud

Tok Guru upahan yang keluar dalil konon haram sokong DAP tetapi
akhirnya menerima habuan RM 2 juta 'sumbangan' kepada pondoknya

Umno berpura menentang PR kononya tidak Islamik termasuk dengan
cara maki hamun yang jelas bertentangan kehendak agama

Tetapi twitter Tan Keng Liang pagi ini betul - betul kurang ajar dan menghina Islam. Dia menyatakan arahan model lelaki tidak berpakaian (seluar) pendek kerana untuk elak lelaki dalam PAS teransang dan lebih kurang ajar apabila dia mempertikaikan jika PAS menguasai putera jaya atlet akan menutup aurat.

Kepada Keng Liang mungkin Umno gagal memperkenalkan kamu mengenai Islam. Islam agama Ad Din bukan sekadar solat dan berzakat. Agama kepercayaan kami (Islam) yang menyusun hidup kami termasuk menutup aurat. Menutup aurat bukan arahan PAS tetapi tuntutan agama. Kamu sudah melampau dan menghina agama.

SAMM akan membuat laporan polis ke di seluruh negara berkenaan perkara melampau ini. Tan Keng Liang perlu di tahan, telefonnya perlu dirampas dan dia perlu dihukum. Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas seperti mana jika ada laporan polis terhadap yang lain. Saya pernah ditahan dan telefon saya dirampas, komputer Ketua AMK Rembau dirampas hanya kerana laporan polis yang telah kami buktikan akaun twitter palsu. (klik sini untuk baca akaun twitter palsu dan klik sini pula untuk baca rampasan komputer rumah ketua AMK Rembau)

Rakyat perlu menilai taktik ular kepala dua Bn ini memecah belah masyarakat dan keharmonian negara. Kekuatan Bn ialah apabila rakyat bergaduh antara agama dan kaum.

Sekian

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

klik di sini bagi membolehkan SAMM terus bergerak

No comments:

Post a Comment