Tumpuan seharusnya kepada pentadbiran Selangor tatkala Umno-BN bertungkus lumus untuk merampas kembali negeri itu.
Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard berkata tumpuan seharusnya kepada pentadbiran Selangor tatkala Umno- Barisan Nasional (BN) bertungkus lumus untuk merampas kembali negeri itu.
Beliau berkata pimpinan parti yang terlibat tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan isu sedemikian, malah beliau turut menyatakan kegusaran berhubung hal tersebut.
“Siapa yang cakap tidak penting, tapi jangan bergaduh di media, guna twitter dan sebagainya. Saya gusar bila ada pimpinan besar buat contoh dan beri komen di laman sosial sehingga ahli lain pun akan turut serta.
“Maka tiba masa hentikan semua kerja ini dan tumpu untuk menguatkan Selangor dengan cara pentadbiran yang baik. Tidak perlu kecoh tentang hal ini kerana masa terbaik adalah untuk diam,” kata CheguBard memberi nasihat.
Semalam PKR Selangor yang diketuai Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri, Borhan Aman Shah mahu parti mengambil tindakan tegas terhadap Faekah termasuk dipecat serta merta.
Borhan dalam sidang media semalam mahu PKR berbuat demikian kerana Faekah sebelum ini secara terbuka mengkritik Azmin yang cuba campur tangan mengenai kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Manakala Azmin Ali yang juga Pengerusi PKR Selangor pula menyerahkan sepenuhnya konflik pemecatan Faekah Husin kepada PKR Pusat untuk dipertimbangkan.
Dalam pada itu, Faekah gagal dihubungi sehingga kini untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.
Beliau difahamkan diarah menutup mulut dari memberi sebarang kenyataan berhubung hal ini.
Desakan seperti bukan baru untuk Faekah memandangkan sebelum ini wujud satu gerakan kempen melalui laman sosial Twitter dengan #kamisayangPKR dan #PecatFaekah wujud untuk memberi tekanan kepada Faekah agar berundur dari posisinya kini.
No comments:
Post a Comment