Di bawah ialah salinan Fax dari Peranchis yang jelas membuktikan proses perundangan sedang berjalan di Peranchis berkaitan dengan kapal selam. Mustahil Suaram berani tampil jika tidak ada dokumen dan bukti.
Regim ketakutan menggunakan media dan segala aparat untuk mengalihkan perhatian dengan isu dana asing, isu Suaram haram dan yang terbaru tidak ada perbicaraan kononya.
dokumen fax ini sebahagian daribanyak dokumen , bukti dan fakta yang akan dikongsi secara exclusive bersama dengan peserta taklimat tertutup bersama peguam kes Scorpene. Taklimat ini terbuka kepada semua pimpinan parti politik dan NGO. Telah dihantar jemputan seperti dibawah kepada semua.
Kepada :
Pimpinan Parti Politik (PAS / DAP / PKR / PSM / PRM ) dan Pertubuhan bukan kerajaan
Jemputan Taklimat oleh Pasukan Peguam Scorpene
Kes skandal pembelian kapal selam Scorpene merupakan isu yang cukup ditakuti regim Bn kerana ia melibatkan perbagai isu dari aspek keselamatan, penjualan rahsia negara sehinggalah rasuah dan ia juga melibatkan para pemimpin tertinggi negara. Perbagai usaha regim terdesak untuk menutup isu ini dan mengelirukan rakyat dengan memberikan maklumat yang salah. Namun tidak ramai penceramah / pimpinan yang mampu menguasai isu ini dengan baik dan menyampaikan kepada rakyat. Untuk itu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan ini akan mengadakan satu sesi taklimat tertutup bersama pasukan peguam berkenaan dengan skandal pembelian kapal selam scorpene ke seluruh negara dengan menyasarkan sekurang kurangnya 250 penceramah yang menguasai isu ini mampu dihasilkan dalam fasa satu ini. Sesi taklimat tertutup akan dikendalikan mengikut Zon oleh pasukan peguam scorpene sendiri. 21 Oktober (Zon Utara), 4 Nov (Zon Selatan) dan 10 Nov (Zon Pantai Timur) dijadualkan untuk fasa pertama ini. Selain Ceramah umum pada tarikh tersebut.
Kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan program di tiga zon tersebut amat dihargai.
Sehubungan dengan itu semua pimpinan / penceramah parti politik dan NGO di zon utara (Perak / P.Pinang / Kedah / Perlis) dijemput untuk sesi taklimat seperti maklumat berikut :
Tarikh : 21 oktober 2012 (Ahad)
Masa : 12 tengahari - 2.00 petang
Tempat : Yayasan Aman, Penanti
Mohon semua agar dapat menghantar pimpinan yang mampu berceramah dan mewakili organisasi masing - masing.
Taklimat akan menggunakan video, akan didedahkan semua fakta dan dokumen berkaitan termasuk yang sulit. Semua peserta akan mendapat kit ceramah lengkap mengenai isu ini yang mengandungi fakta serta bahan bukti bagi membolehkan mereka menerangkan kepada orang ramai.
Untuk maklumat lanjur sila klik http://chegubard.blogspot.com/2012/10/samm-bersama-suaram- akan-lancar-jelajah.html
Tempat terhad kepada 100 orang sahaja. Bagi yang bakal menghadiri sila email ke chegubard@gmail.com atau sms 0176688404 butiran seperti nama / no tel / email / jawatan / organisasi sebelum 20 Oktober 2012 . Bertindak segera untuk mendapatkan peluang terhad mendapatkan maklumat isu penting negara dari pihak yang terlibat secara langsung sendiri.
Sekian dan Terima Kasih
cheGuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
Malamnya nanti jangan lupa.
Ceramah Umum : Jelajah Skandal Scorpene
menampilkan :
- YB Datuk Dr Mansor Othman
- wakil DAP
- wakil DAP
- Ybhg Ust Rosdi (Pengarah Pilihanraya PAS PP)
- che'GuBard (SAMM)
- Amir (Ket.AMK PP)
- peguam kes Scorpene
Tarikh : 21 Okt 2012
Masa : 9.00 malam
Tempat : Padang Awam, Teluk Air Tawar Indah, Tasek Glugor
(sebarkan)
Zon Selatan 4 Nov , Zon Pantai Timur 10 Nov
No comments:
Post a Comment