Kenyataan Umum
12 Oktober 2012
Ketika regim Bn cuba mengalihkan isu polisi, kepayahan hidup rakyat, rasuah dan penyelewengan dengan isu tiduhan agen asing dan alat Amerika Syarikat secara senyap regim Bn telah membenarkan tiga Kapal Perang bertenaga nuklear milik Amerika Syarikat berlabuh di dua perlabuhan negara iaitu Perlabuhan Kelang, Selangor dan Perlabuhan Teluk Sepanggar, Sabah.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan bantahan terhadap kebenaran kapal perang ini antaranya ialah Kapal induk utama armada perang US iaitu USS Goerge Washington. SAMM mengecam sikap hiprokrasi regim Bn dalam perkara ini. Kebenaran berlabuh secara sulit ini akhirnay terbongkar juga. Apabila terbongkar ahli parlimen PR iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar- PAS Tumpat telah membawa usul tergempar dalam parlimen bagi membincangkan perkara ini. Namun sekali lagi Bn yang kononya bersikap anti US dan menuduh lawan politik agen US telah menolak usul tersebut melalui speaker yang jelas membuat keputusan berat sebelah. Mereka sudah tentu gusar jika dibenarkan usul tersebut dibahaskan sudah tentu bukan sahaja terbongkar perihal kapal US berlabuh tetapi banyak lagi data perselingkuhan negara ini bersama US akan terdedah. Jika dibenarkan berbahas usul tersebut juga maka akan terbongkar sikap hipokrasi regim Bn, sudah tentu tidak akan seorang pun yang akan berani mengutuk persinggahan kapal tersebut kerana US pasti akan menghentikan talian hayat kepada Bn lebih penting terbongkarlah sikap yang hanya berani berkokok di kampung sahaja mengenai anti Amerika sedangkan dipentas antarabangsa dan pentas rasmi regim ini kecut dengan Amerika Syarikat.
SAMM tidak menolak sebarang hubungan antara negara dengan Amerika Syarikat , namun membenarkan perlabuhan negara untuk aktiviti ketenteraan US adalah sesuatu yang melampau. Dengan membenarkan kapal berkuasa nuklear ini juga jelas regim telah melanggar dasar negara (rantau ini) zon bebas senjata nuklear.
Setelah diteliti maka disedari sememangnya Malaysia bukan sahaja membenarkan perlabuhan Malaysia untuk US mengadakan aktiviti ketenteraan malah sememang ada latihan ketenteraan dimana kumpulan tentera US dibenarkan menggunakan negara ini sebagai latihan termasuk latihan berskala besar.
Ketika pemerintahan Dr. Mahathir, Malaysia secara sulit telah menandatangani perjanjian yang membenarkan US untuk punya akses untuk menggunakan fasiliti pertahanan negara. Sememangnya negara ini berada dibawah telunjuk US kerana kelemahan Bn. Maka tidak hairan kerana hingga kini Malaysia tidak mengiktiraf kemenangan HAMAS di Palestin, Malaysia berdagang membantu ekonomi Israel (klik sini untuk baca lanjut isu kaitan ekonomi Malaysia - Israel)
SAMM sekali lagi meminta rakyat membuka mata sikap hipokrasi regim Bn, yang berkokok menuduh orang itu dan ini rakan US sedangkan mereka lupa ekor bergelumang tahi kerana merekalah sebenarnya lemah sehingga membenarkan US menjalankan aktiviti ketenteraan dalam negara.
Sekian
Mohd Faizal Abd Rahman
Penyelaras Hubungan Antarabangsa
SAMM Kebangsaan
**klik sini untuk membantu SAMM
No comments:
Post a Comment