Kenyataan Umum
13 September 2010
KORUPSI SUDAH MEMBARAH ; GERAN BANTUAN PERDANA MENTERI LIBAT BAYARAN 'KOMISYEN' RM200,000 KEPADA ORANG TENGAH
che'Gubard semalam 12 September 2012 telah mendapat satu set dokumen yang membuktikan bahawa bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada sebuah badan kebajikan telah diselewengkan sebanyak RM200,000 yang terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai 'komisyen'.
Set dokumen ini mengandungi :
- surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM 500,000.
- surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada kementerian kewangan
- minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama pemimpin (antara pemimpin tertinggi Bn) yang membantu mendapatkan geran bantuan dari Perdana menteri tetapi diputuskan pembayaran 'komisyen' sebanyak 40 % dari apa yang perolehi harus dibayar ke sebuah syarikat yang ditetapkan.
- dilampirkan juga penyata kira - kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.
- beberapa dokumen juga boleh membuktikan operasi pembayaran komisyen ini diketahui oleh pihak yang menguruskan pembayaran dari pejabat Perdana Menteri itu sendiri.
- pembayaran komisyen ini juga dalam pengetahuan pihak berkuasa.
Persoalanya :
- pertubuhan kebajikan mana yang dapat Geran Bantuan RM 500,000 dari PM ?
- siapa pemimpin Bn yang disebut ?
- syarikat mana dan siapa pemilik syarikat tersebut ?
Sekian.
che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
eMail : chegubard@gmail.com
blog : http://chegubard.blogspot.com
twitter : www.twitter.com/chegubard
Fan Page FB : www.facebook.com/pages/CheGuBard
Laman rasmi : www.anakmudamalaysia.com
SAMM FB : http://www.facebook.com/pages/Solidariti-Anak-Muda-Malaysia
Bukan itu saja Bro... nak dapat geran ushawan dari MEE TEE pun kena rasuah... tak termasuk dangdut lagi... kalau tak progress payment geran sangkut... MALAYSIA BODDOH!!!!
ReplyDelete