When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Wednesday, August 22, 2012
Saturday, August 11, 2012
Menjawab kenyataan Ketua Polis Negara mengenai #JanjiBERSIH countdown ulang tahun Merdeka
Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia
11 Ogos 2012
RESPON SAMM TERHADAP KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA MENGENAI #JANJIBERSIH MENGIRA DETIK ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA
Sekian
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Solidariti Anak Muda Malaysia
11 Ogos 2012
RESPON SAMM TERHADAP KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA MENGENAI #JANJIBERSIH MENGIRA DETIK ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA
Merujuk kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengenai 'Himpunan Janji BERSIH' malam sambutan tahun baru.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selaku salah sebuah NGO yang sama mengajak rakyat turun ke Dataran Merdeka mengira detik ulang tahun kemerdekaan negara dengan 'mood' menuntut 8 tuntutan BERSIH ditunaikan menegaskan bahawa ;
1. Setuju sambutan kemerdekaan jangan dipolitikkan, tetapi sedarkah Ismail bahawa sememangnya sudah lama sambutan kemerdekaan negara dipolitikkan. Setuju sambutan ulang tahun kemerdekaan seharusnya meraikan sejarah kemrdekaan negara agar tidak dilupai oleh ganerasi sekarang dan akan datang. Selama ini sambutan kemerdekaan hanya mengenengahkan 5 - 6 sahaja tokoh kemerdekaan negara iaitu terdiri dari Presiden Umno sahaja. Ya, Tunku Abdul Rahman terlibat dengan ulangtahun kemerdekaan negara tetapi apa kena mengena usaha memerdekakan negara dengan baki Presiden Umno selepas itu ?
2. Sambutan ulang tahun kemerdekaan memang sudah lama ditunggang oleh Umno / Bn demi kepentingan politik mereka tetapi tahun ini terlalu melampau kerana tema hari kebangsaan itu sendiri terus di salin tampal (copy paste) dari tema yang digunakan dalam jelajah Bn iaitu Janji Di Tepati, lagu yang digunakan pula jelas telah digunakan dalam program Bn bagi menghentam seteru politiknya kemudian diubah sedikit sahaja lirik malah ada sumber yang mengatakan ia disadur dari lagu keagamaan dari negara jiran lebih parah lagi dengan kemunculan logo kemerdekaan yang 'buruk' dan kemudian ditarik balik oleh menteri dengan mengatakan kita tidak punya logo rasmi. Jika Ismail menegaskan menolak sentimen politik maka Ismail seharusnya menegur regim penguasa terlebih dahulu.
3.Acara Janji BERSIH tersebut bukan anjuran jawatankuasa Pemandu BERSIH tetapi ialah inisatif 26 pertubuhan bukan kerajaan yang melihat betapa kesempatan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara harus juga dimunculkan desakan mengembalikan hak rakyat untuk punya proses pilihanraya bebas dan adil.
4. Untuk pengetahuan Ismail, kemerdekaan negara bukan setakat punya garis sempadan negara yang dijaga oleh anggota keselamatan sendiri. Kemerdekaan ialah berkenaan kebebasan dan jaminan hak warga dalam negara itu dan antara yang paling asas ialah untuk punya hak menentukan / memilih siapa untuk mentadbir negara. Maka jelas urusan menuntut untuk punya proses pilihanraya bebas dan adil bukan urusan politik kepartian sebaliknya ia urusan patriotik yang perlu diusahakan semua pihak. Selaku pihak yang menyelia keselamatan dalam negara PDRM juga harus mendokong usaha ini lebih - lebih lagi antara hak yang paling banyak dicabul ialah hak pengundi pos yang selama ini kertas undi mereka ditandakan oleh orang lain.
5. Acara malam tersebut yang dipanggil #JanjiBERSIH bukan acara berasingan atau acara lain, tetapi ia adalah acara mengajak seramai mungkin rakyat sama mengira detik kemerdekaan negara yang ke 55, meraikan dengan penuh semangat cintakan tanah air dengan memunculkan mood BERSIH, mendesak 8 tuntutan ditunaikan dengan berkostum serba kuning.
6. Tidak akan ada sebarang kekecohan sebaliknya program mengira detik kemerdekaan kali ini pasti akan lebih meriah dan ramai serta lebih terarah bukan sekadar bersifat hiburan semata - mata.
7. Jangan juga terpadaya dengan tindakan 'ketakutan diri melampau' paranoid seperti Menteri Dalam Negeri yang pernah mengharamkan BERSIH dan baju kuning itu haram yang kemudian diputuskan oleh Mahkamah bahawa tindakan menteri itu salah. SAMM juga simpati dengan polis yang diperalat ketika itu untuk memburu baju kuning seperti mengesan dadah dan senjata berbahaya.Maka SAMM meminta Ismail untuk tenang dan jangan termakan sangat dengan propaganda parti penguasa regim ini.
8. SAMM mengajak semua rakyat tak kira latar belakang untuk sama meraikan sambutan mengira detik menjelang ulang tahun kemerekaan negara dengan serba kuning.
Ingat ;
#Janji BERSIH
30 Ogos 2012, 10 malam,
dekat Pancuran Air Dataran Merdeka.
Jumpa di sana !
#Janji BERSIH
30 Ogos 2012, 10 malam,
dekat Pancuran Air Dataran Merdeka.
Jumpa di sana !
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Arahan pada semua : terus berhimpun 30 Ogos10mlm Dataran Merdeka
JANJI BERSIH : BN FOBIA KUNING DI KULA LUMPUR - keadilan daily
KUALA LUMPUR 10 Ogos: Kerajaan Barisan Nasional (BN) didapati terlalu fobia dengan warna kuning sejak ia membanjiri seluruh pelusuk Kuala Lumpur (KL) pada Himpunan Bersih 28 April lalu.
Ketakutan itu sangat menyerlah apabila Ketua Polis Negara (KPN), Ismail Omar melarang pemakaian baju kuning di himpunan Janji Bersih pada sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos nanti.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin meminta agar polis tidak perlu terlalu fobia dengan warna kuning kerana mahkamah telahpun mengisytiharkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sah mengikut undang-undang.
“Mahkamah dah putuskan yang tindakan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan baju kuning dan Bersih adalah salah, jadi tak perlulah polis dan kerajaan takut sangat dengan warna itu,” kata Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.
Beliau turut menempelak Ismail kerana mendakwa, NGO yang terlibat dalam penganjuran Janji Bersih itu mempolitikkan sambutan kemerdekaan.
“Perkara ini patut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dari awal telah mempolitikkan Hari Kebangsaan dengan memilih tema ‘Janji Ditepati’ yang jelas merupakan slogan BN dan menjadikannya sebagai kempen parti mereka,” katanya ketika dihubungi.
Mengulas lanjut, Chegu Bard berkata, ‘Janji Bersih’ bukanlah program yang diatur untuk menggantikan sambutan ‘countdown’ pada malam itu.
“Kita tak buat program lain, malah kita menjemput semua rakyat datang sama-sama meraikan kemerdekaan, mengira detik dalam semangat supaya kerajaan menunaikan 8 tuntutan Bersih,” jelasnya.
“Perlu diingatkan, menuntut pilihan raya yang adil dan bersih bukanlah politik kepartian, tetapi ia untuk kebaikan negara bagi mengangkat martabat demokrasi di Malaysia,” kata beliau lagi.
Semalam, sidang media diadakan bagi memberitahu tujuan program itu yang diketuai Sasterawan Negara yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0, A Samad Said di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.
26 NGO termasuk SAMM, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) turut menyokong penuh acara yang akan bermula pada jam 10 malam itu.
“Justeru, saya bagi pihak SAMM tetap mengajak seluruh rakyat hadir pada malam itu, sama-sama bergembira meraikan kemerdekaan bersama semangat mahu 8 tuntutan ditunaikan,” kata Chegu Bard lagi.
KUALA LUMPUR 10 Ogos: Kerajaan Barisan Nasional (BN) didapati terlalu fobia dengan warna kuning sejak ia membanjiri seluruh pelusuk Kuala Lumpur (KL) pada Himpunan Bersih 28 April lalu.
Ketakutan itu sangat menyerlah apabila Ketua Polis Negara (KPN), Ismail Omar melarang pemakaian baju kuning di himpunan Janji Bersih pada sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos nanti.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin meminta agar polis tidak perlu terlalu fobia dengan warna kuning kerana mahkamah telahpun mengisytiharkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sah mengikut undang-undang.
“Mahkamah dah putuskan yang tindakan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan baju kuning dan Bersih adalah salah, jadi tak perlulah polis dan kerajaan takut sangat dengan warna itu,” kata Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.
Beliau turut menempelak Ismail kerana mendakwa, NGO yang terlibat dalam penganjuran Janji Bersih itu mempolitikkan sambutan kemerdekaan.
“Perkara ini patut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dari awal telah mempolitikkan Hari Kebangsaan dengan memilih tema ‘Janji Ditepati’ yang jelas merupakan slogan BN dan menjadikannya sebagai kempen parti mereka,” katanya ketika dihubungi.
Mengulas lanjut, Chegu Bard berkata, ‘Janji Bersih’ bukanlah program yang diatur untuk menggantikan sambutan ‘countdown’ pada malam itu.
“Kita tak buat program lain, malah kita menjemput semua rakyat datang sama-sama meraikan kemerdekaan, mengira detik dalam semangat supaya kerajaan menunaikan 8 tuntutan Bersih,” jelasnya.
“Perlu diingatkan, menuntut pilihan raya yang adil dan bersih bukanlah politik kepartian, tetapi ia untuk kebaikan negara bagi mengangkat martabat demokrasi di Malaysia,” kata beliau lagi.
Semalam, sidang media diadakan bagi memberitahu tujuan program itu yang diketuai Sasterawan Negara yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0, A Samad Said di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.
26 NGO termasuk SAMM, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) turut menyokong penuh acara yang akan bermula pada jam 10 malam itu.
“Justeru, saya bagi pihak SAMM tetap mengajak seluruh rakyat hadir pada malam itu, sama-sama bergembira meraikan kemerdekaan bersama semangat mahu 8 tuntutan ditunaikan,” kata Chegu Bard lagi.
Friday, August 10, 2012
Gabungan NGO ajak rakyat sertai countdown Merdeka dengan mood BERSIH
KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Gabungan 26 NGO yang dipimpin oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, melancarkan program “Janji Bersih” yang akan dianjurkan pada malam sambutan Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos di Dataran Merdeka.
Menurut pengerusi bersama Bersih 2.0 itu lagi, semua rakyat Malaysia dijemput untuk bersama-sama menyertai acara tersebut sempena “countdown” Hari Kemerdekaan.
“Kita telah banyak mendengar ‘janji-janji’ untuk perayaan sambutan Merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke 55,” katanya.
Janji Bersih akan bermula pada pukul 10.00 malam disebelah pancutan air Dataran Merdeka dengan bacaan puisi oleh Sasterwan Negara tersebut.
“Untuk merayakan tema 'Janji Bersih' kami juga menyarankan anak semua bangsa, di seluruh pelusuk negara — tua dan muda- agar memakai pakaian kuning pada masa dan malam yang sama dan mengadakan perhimpunan ditempat masing-masing,” katanya.
Menurut pengarah eksekutif Empower, Maria Chin, yang juga salah seorang anggota gabungan tersebut, mereka tidak akan memohon permit dariapada polis kerana tidak merasakan itu satu keperluan.
“Ini bukanlah satu demonstrasi tetapi ianya adalah sambutan kemerdekaan,” kata beliau dalam sidang akhbar pagi tadi. “Jadi tidak timbul isu permit.”
Janji Bersih diadakan bertujuan untuk mengingatkan seluruh rakyat Malaysia mengenai lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menganjurkan perhimpunan raksasa 28 April lalu.
“Lapan tuntutan Bersih masih belum ditunaikan sebab itu kami mahu ingatkan kerajaan sempena menyambut Merdeka,” kata Badrul Hisham Shaharin, yang juga pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
“Tidak mustahil ‘Janji Bersih’ akan dihadiri oleh ramai pihak.”
Saturday, August 04, 2012
Memorandum penuh kepada kedutaan Myanmar semalam
MEMORANDUM
Malaysian People Joint Task
Force
for the Humane Treatment of
the Rohingyas
No 21-4, 4th floor, Jalan Bangsar Utama 3, 59200 Kuala Lumpur. Fax:
03-22841273
…………………………………………………………………………….
Date: 3rd August, 2012
TO
THE
AMBASSADOR
MYANMAR
EMBASSY
Jalan Ampang Hilir,
54000 KUALA LUMPUR
MEMORANDUM TO THE
MYANMAR EMBASSY IN MALAYSIA.
STOP THE ETHNIC
CLEANSING AND SUPPRESSION OF ROHINGYA IN MYANMAR, ALLOW HUMANITARIAN AID EFFORT
AND START A LONG TERM HUMANE SOLUTION ADDRESSING THE PLIGHT OF THE ROHINGYA
PEOPLE IN MYANMAR.
We refer to the above and the
recent reports on the alleged acts of genocide, ethnic cleansing and
suppression of the Rohingya people at Arakan Province, Myanmar. We strongly
condemn these inhumane actions against the Rohingya people and call for
immediate action by the Myanmar government to resolve the crisis and restore
calm and public order in the Arakan Province.
We, the Malaysian people hereby
demand the followings to be implemented immediately:
1.
That
the Myanmar government immediately act upon these allegations and put a stop to
the killings and the act of atrocities committed against the Rohingya Muslim
minority in the Arakan Province.
We
would like to strongly protest the acts of the Myanmar government in its unjust
and double standard treatment of the Rohingyas ethnics in Myanmar.
We
also call for the ASEAN member countries to demand that the killings and
atrocities on the Rohingyas be halted immediately.
A
review of Myanmar's membership in ASEAN must be made if Myanmar continuously refuses
to act to stop the carnage.
We call
for the United Nations to convene immediately for a special emergency session
to resolve the plight of the Rohingya Muslims by pressuring Myanmar to comply
by the UN Universal Human Rights Declaration on matters pertaining to
protection of minority rights.
2.
We
demand the Myanmar government to give access for humanitarian aid: food,
medical aid and supplies to the Rohingyas through the international relief
agencies monitored by the United Nations or ASEAN or the Organisation of
Islamic Countries (OIC).
We
demand that the humanitarian aid agencies be allowed to proceed in the
flashpoint districts; Maungdaw, Akyab and Bathidung within the Arakan Province where
thousands of Rohingyas had fled for safety especially at the Bangladesh border,
the only route out to avoid from the spiraling massacre.
3.
Lastly,
we demand that dialogue for the long term peace plans for the Rohingyas to begin
between the United Nations, ASEAN and OIC with the Myanmar government.
We
call for a reconciliation and national dialogue to be held to restore the
citizenship of the Rohingyas in Myanmar and to recognize their rights as
minorities.
The
Rohingyas citizenship which was unrightfully taken away by your government in
1982 must be reinstated to show and prove to the world community that the
Myanmar government are humane and tolerant to all its people.
We have strong faith that the
Buddhist religion and its practices do not condone any act of violence. We
believe Buddha will not condone the discrimination and inhumane act towards the
Rohingyas which may lead to bad karma to the Myanmar people.
We can assure the Myanmar people
that if you treat any human being well, more good and prosperity will come to
Myanmar.
We believe that the act of
aggression committed will only bring disgrace to Myanmar and the Myanmar
government in the long term which will affect your country’s reputation among
the international community.
Justice must not only be spoken, but must be acted upon!
SENATOR SAIFUL IZHAM RAMLI
Member Of Parliament, Malaysia
Joint Coordinator
Malaysian People Joint Task
Force
for the Humane Treatment of
the Rohingyas
CC.
·
United
Nations (UN) office, Kuala Lumpur
·
Association
of South East Asian Nations (ASEAN) office, Kuala Lumpur
·
Organisation
of Islamic Countries (OIC) office, Kuala lumpur
ASEAN countries offices
·
Wisma
Putra, Putrajaya, Malaysia
·
Embassy of
the United States of America, Kuala Lumpur
·
The British
High Commission, Kuala Lumpur
·
Embassy of
Indonesia, Kuala Lumpur
·
Embassy of
Thailand, Kuala Lumpur
·
Embassy of
Philippines, Kuala Lumpur
·
Embassy of
Singapore, Kuala Lumpur
·
Embassy of
Brunei, Kuala Lumpur
·
Embassy of
Vietnam, Kuala Lumpur
Endorsed
by
Malaysia
Non-Governmental Organisations:
1.
Malaysian Consultative Council of Islamic
Societies.(MAPIM)
2.
Secretariat for the Ulama Assembly of Asia (SHURA);
3.
World Union of Ulama Muslimin, Malaysian Chapter;
4.
Solidariti Anak Muda
Malaysia – Youth Movement (SAMM)
5.
Ulama Association of Malaysia;
6.
TERAS People Empowerment, Malaysia;
7.
Muslim Youth Movement of Malaysia;
8.
Association of Muslimah Ukhuwwah, Malaysia (SALIMAH);
9.
Muslim Students Federation of Malaysia (PKPIM);
10. Malaysian
IKRAM Organisation (IKRAM)
11. Yayasan
Aman Malaysia (Malaysian Peace Foundation)
12. Citizens
International;
13. Universal
Justice Network, Malaysian Caucus;
14. Persatuan
Seruan Islam Negeri Perak;
15. Institut
Masyarakat Madani;
16. Paksi
Budayawan Bertindak Rakyat;
17. Persatuan
Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
18. Kebajikan
Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army Veteran (KERABAT)
19. Pertubuhan
Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro Rakyat)
20. People
Justice Party, Malaysia (Parti Keadilan Rakyat)
21. Malaysia
People Party (Parti Rakyat Malaysia)
22. Memacu Arus
Perubahan (MAP)
23. Kumpulan
Aktivis Mahasiswa Indipenden – student group (KAMI)
24. Hindraf
Makkal Sakti - Hindu’s Group
Mobilisasi 3 Ogos depan Kedutaan Myanmar hanya satu permulaan
Kenyataan TerbukaSolidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)4 Ogos 20121. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan penghantaran Memorandum ke kedutaan Myanmar semalam. Sebanyak 25 NGO telah mengesahkan sokongan terhadap memorandum tersebut. Seramai hampir 500 orang Rohingya telah mengiringi wakil - wakil pertubuhan yang hadir dalam penghantaran memorandum tersebut. Lebih 100 orang warga tempatan hadir selaku wakil pertubuhan dan yang hadir secara individu. Tahniah juga kepada SAMM Wilayah kerana telah menjadi tuan rumah menyelaraskan penghantaran memorandum tersebut.
2. Penghargaan juga diucapkan kepada anggota keselamatan kerana memberi sedikit ruang semalam. Namun kami juga agak sedikit terkilan apabila kumpulan kami yang berarak dari Masjid Tabung Haji telah disekat dan hanya dibenarkan berkumpul sejauh kira - kira 500 meter dari Kedutaan Myanmar. Hanya kumpulan 5 orang dibenarkan kemudiannya berjalan kaki ke kedutaan. Kami juga amat kesal dengan tindakan Myanmar dengan secara sengaja menutup kedutaan dan tidak menghantar wakil menerima memorandum yang disediakan. Namun setelah delegasi yang diketuai anggota dewan negara, YB Senator Saiful Izham Ramli berbincang barulah seorang yang tidak mahu dikenali muncul dan menerima memorandum tersebut dari celah pagar. Ini tindakan biadap yang tidak seharusnya berlaku.
3. Semalam juga telah diumumkan sebuah badan bertindak yang diberi nama Malaysian People Joint Task Force for the Humane Treatment of the Rohingyas. Dan selepas ini isu pembelaan nasib Rohingya ini akan diasak melalui gabungan badan bertindak ini. Beberapa tindakan sedang dirancang dalam masa terdekat bermula dengan penyerahan memorandum ini.
Antara desakan yang terkandung dalam memorandum bantahan adalah termasuk;
- Mendesak Kerajaan Myanmar segera hentikan penghapusan etnik muslim Rohingya.
- Tidak 'double standard' dalam isu ini.
- Memanggil kesatuan Asean supaya turut mendesak Myanmar hentikan pembunuhan.
- Memanggil kesatuan Asean supaya melucut keahlian Myanmar dalam Asean.
- Memanggil campurtangan PBB dalam konteks hak asasi agar etnik Rohingya dilindungi
- Mendesak kerajaan Myanmar memberi laluan untuk bantuan kemanusiaan termasuklah bantuan makanan dan perubatan, dan disaksikan oleh PBB, Asean ataupun OIC.
- Akhir sekali, kami mendesak supaya satu dialog untuk keamanan etnik Rohingya dimulakan di antara PBB, Asean dan OIC serta kerajaan Myanmar.
SAMM tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa di atas sikap yang ditunjukkan oleh regim Barisan Nasional apabila tidak bersuara dalam isu Rohingya. Malaysia sebagai sebuah negara Islam, harus lebih peka dan menunjukkan keberanian di atas nama Islam. Inilah musibahnya apabila negara diketuai oleh seorang pemimpin yang penakut.
Maka agak bersesuaianlah Perdana Menteri menyandang jawatan Menteri Wanita.
Akhir sekali SAMM mengucapkan syabas dan terima kasih di atas kehadiran ramai NGO, NGI dan aktivis kemanusiaan. Kehadiran anda semua menjadi bukti betapa negara ini masih mempunyai nafas tanggungjawab kemanusiaan sejagat, bukan retorik glokal semata-mata.
Hampir 500 orang Rohingyas yang kebanyakan keluarga mereka terlibat dengan
keganasan hadir dengan penuh emosi
keganasan hadir dengan penuh emosi
Gambar kezaliman dari Rakhine
berikut ialah gambar - gambar yang dihantar oleh beberapa teman dan sumber dari Rakhine, Myanmar
Anggota keselamatan negara Myanmar berada
di mana - mana tetapi keganasan terus berlaku.
di mana - mana tetapi keganasan terus berlaku.
Ini gambar benar dimana anak kecil Rohingyas
disembelih oleh seorang yang ditemui di jalanan.
dipukul hingga mati dengan tangan terikat
ada yang terpaksa lari menyuruk di dalam hutan
di sempadan meninggalkan kampung halaman
ada laporan kampung dibakar di tengah malam
Rohingya tersepit apabila Bangladesh menutup pintu sempadan pelarian yang melintasi sempadan untuk mendapat perlindungan dihalau balik. Tindakan ini sama seperti Mesir ketika dibawah Mubarak yang menutup pintu sempadan Gaza
Menuntut 'pejuang Demokrasi' supaya menyatakan sikap tegas
dan bersama menghentikan kezaliman ini
Friday, August 03, 2012
Ayuh himpunan solidariti Rohingya 3 petang ini
3 Ogos 2012
Kenyataan Media sempena HIMPUNAN SOLIDARITI ROHINGYA 3 Ogos 2012, 3 petang, depan Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur
1. Bangsa
Rohingya ialah kaum minoriti dunia yang diiktiraf PBB sebagai kaum minoriti
yang paling tertindas di dunia. Mereka beragama Islam dan berdialek Benggali,
bermastautin di perbatasan Bangladesh, Myanmar (Burma) dan Thailand serta negara
sekitar kawasan tersebut.
2. Rohingya
sekian lama sudah tertindas dan tinggal di semua perbatasan ini.
3. Beberapa
bulan lepas di Rakhine, Myanmar telah berlaku keganasan pembunuhan etnik di
mana sentimen agama dan perkauman menebal diperguna untuk membunuh umat Islam
Rohingya. Keadaan ini berlarutan hingga kini. Malah menjadi lebih parah aparat
regim junta tentera di Myanmar turut terlibat.
4. Anak kecil
dibunuh, wanita diperkosa, dewasa disembelih, ada pula dibakar hidup-hidup
dirumah sendiri. Semuanya disenyapkan dan didiamkan.
5. Keperitan
menjadi lebih parah apabila Bangladesh bertindak menyekat pintu sempadan bagi
mangsa kekejaman menyelamatkan diri.
6. Kepungan
yang berlaku dan kezaliman yang berlaku sebenarnya lebih parah dari ‘kepungan
Gaza’ dalam keadaan kemampuan Rohingya untuk melawan jauh lebih rendah dengan
faktor kurang perhatian dunia dan sebagainya.
7. Menjadi
persoalan penting ialah mengapa kuasa besar dunia termasuk OIC dan ASEAN seolah
lembab dan di beberapa peringkat seolah bisu. Malaysia contohnya terus bisu
dalam isu ini sedangkan kita cukup mengetahui mengenai apa yang berlaku.
8. Adakah kerana
Malaysia dan banyak Negara diberi layanan ‘berseronok’ meneroka hasil bumi
Myanmar oleh regim junta membuat kita bisu ? Perdana Menteri Malaysia ‘wajib’ dalam masa secepat mungkin seharusnya
mengeluarkan kenyataan antarabangsa dan mengerakkan semua rangkaian pengaruh
Negara . Jika PM terus bisu kami tidak menolak mobilisasi besar mendesak
Kerajaan Malaysia tegas dalam isu ini.
9. Melihat
betapa kritikal dan seriusnya isu ini maka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
telah menggerakan himpunan hari ini dengan mengajak banyak pertubuhan lain
sama. Melalui himpunan ini juga di umumkan kewujudan “Malaysian People Joint
Task Force For the Human Treatment Of
Rohingyas” . Badan bertindak ini akan menumpukan usaha tekanan dalam dan luar
Negara bagi mendesak campur tangan semua dalam isu ini. Risalah kesedaran juga
akan diedarkan bagi mempertingkatkan kesedaran rakyat Malaysia sendiri dalam
isu ini.
1. Beberapa
mobilisasi massa juga akan dilakukan dalam Negara dan di luar Negara dengan
kerjasama jaringan NGO di luar.
1. Ditegaskan
isu ini bukan isu kaum dan agama. Hari ini dalam himpunan yang diinisiatifkan
oleh SAMM ini turut menyatakan sikap organisasi agama lain seperti The
Malaysian Siamese Buddhist Monk Organization, Hindraf – Makkal Sakthi dan
banyak lagi. Setakat ini 25
Sekian.
che’GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)