Friday, July 27, 2012

SAMM ajak semua NGO dan parti politik bersama dalam bantahan depan kedutaan Myanmar (Burma)



Penghapusan etnik dibiarkan


Kenyataan Media
26 Julai 2012

Selamatkan Rohingnya, SAMM Seru NGO dan Parti Politik Beri Tekanan di Hadapan Kedutaan Myanmar, Serah Memo 3 Ogos Ini

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat perkembangan terkini mengenai umat islam di Rohingnya amatlah menggusarkan. Penghapusan Etnik Islam Rohingnya di Rakhine (Arakan) telah berlaku tanpa campurtangan dunia dan pembunuhan beramai-ramai itu seolah-olah dibiarkan dengan sengaja oleh regim di Myanmar.

Justeru itu, SAMM Wilayah tampil untuk menjayakan sebuah bantahan di hadapan kedutaan Myanmar sekaligus menyerahkan satu memorandum bantahan. Semua NGO yang memperjuangkan kemanusiaan dan semua parti politik di dalam negara ini juga diseru untuk bersama membuat bantahan dan turut mengiringi penyerahkan memorandum.

Di atas nama kemanusiaan, dunia harus memberi tekanan kepada Myanmar agar bertindak menghentikan penghapusan etnik Rohingnya. Malaysia lebih lagi dikenali sebagai sebuah negara Islam harus lebih peka dan lebih ke hadapan dalam memberi tekanan yang besar ke atas Myanmar yang juga negara serantau. SAMM Wilayah melihat kewajaran untuk rakyat sendiri untuk turun memberi tekanan kepada Myanmar sekiranya kerajaan Malaysia gagal memainkan peranan.

Semua dijemput untuk hadir di hadapan Kedutaan Myanmar yang terletak di Jalan Ampang Hilir (berdekatan dengan menara PERKESO Jalan Ampang) pada masa berikut;

Tarikh: 3 Ogos 2012
Masa : 2.00 petang (Selepas Solat Jumaat)
Lokasi : Kedutaan Myanmar, Jalan Ampang Hilir

Tanpa mengira fahaman agama dan warna kepartian, semua wajib bersama menyertai tekanan ke atas negara Myanmar. Ia bukan soal agama tetapi soal kemanusiaan apabila wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan etnik Rohingnya. Kita rakyat yang bertanggungjawab dan punya jatidiri, harus ambil bahagian.

Sekian

AZMIR HJ MUSTAFA
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah

No comments:

Post a Comment