Friday, July 27, 2012

SAMM cadang boikot Sambutan Kemerdekaan Edisi Ke-55


Buat kali pertama dalam sejarah, sambutan Hari Kemerdekaan telah dicemari oleh kepentingan politik kepartian yang melampau. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa agar sambutan hari kebangsaan dengan tema dan logo yang mengarut ini diboikot serta merta.

Tema hari kebangsaan 'Janji Ditepati' yang diambil daripada tema jelajah Bn dilihat SAMM sebagai sangat keterlaluan, adalah lebih baik sekiranya regim terus menggunakan tema 'Undilan Bn' sempena menghampiri tempoh mati bagi parlimen dibubarkan dan seterusnya pilihanraya dijalankan.
Hari kebangsaan atau Hari Kemerdekaan sepatutnya disambut oleh semua rakyat dalam negara ini merentasi batasan agama dan bangsa, apatahlagi warna kepartian. Namun sambutan tahun ini begitu memualkan apabila regim Bn yang telah benar-benar terdesak melacuri Hari Kebangsaan dengan menjadikan sambutan sebagai pentas kempen dan dengan tema jelas kepartian. Bagi SAMM, ini semakin melengkapkan syarat kejatuhan sesebuah regim.

SAMM juga menyeru kepada semua negeri Pakatan Rakyat agar sambutan hari kebangsaan dengan tema dan logo mengarut ini tidak dibenarkan berlaku dalam negeri masing-masing. Sambutan di peringkat negeri PR seharusnya diwarnakan semula dengan lebih murni dan patriotik. SAMM menyeru semua anak muda dan rakyat prihatin agar turut memboikot sambutan kemerdekaan yang menjadi medan politik kepartian regim Bn. Hari Kebangsaan mahupun Hari Merdeka disambut setiap tahun untuk semua, bukan untuk disambut oleh segelintir penyokong sesebuah parti. Maka kerajaan negeri bukan dibawah regim Bn harus menerajui rakyat bertindak keras di atas kecelaruan yang ditimbulkan regim Bn.

Sudahlah selama hari ini sambutan merdeka disadur dengan sejarah kemerdekaan separuh masak yang hanya menampilkan tokoh-tokoh Umno sahaja, sedangkan sejarah menuntut kemerdekaan itu berlaku jauh lebih awal sebelum wujudnya Umno malangnya hanya Umno wujud dalam sejarah jasa negara sedangkan banyak bukti persekongkolan Umno dengan penjajah British dan yang jelas melawan dengan garis keras dilihat penjenayah dalam sejarah. Kini pula keadaan menjadi lebih parah apabila sambutan kemerdekaan itu dihiasi dengan tema syok sendiri dan logo sampah.

Jika kecelaruan dan pencabulan hari kebangsaan dibenarkan berlalu tahun ini sebegitu saja, yakinlah ia akan menjadi tradisi dan amat tidak baik bagi semangat pembinaan negara ini.

Sekian.

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

SAMM ajak semua NGO dan parti politik bersama dalam bantahan depan kedutaan Myanmar (Burma)



Penghapusan etnik dibiarkan


Kenyataan Media
26 Julai 2012

Selamatkan Rohingnya, SAMM Seru NGO dan Parti Politik Beri Tekanan di Hadapan Kedutaan Myanmar, Serah Memo 3 Ogos Ini

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat perkembangan terkini mengenai umat islam di Rohingnya amatlah menggusarkan. Penghapusan Etnik Islam Rohingnya di Rakhine (Arakan) telah berlaku tanpa campurtangan dunia dan pembunuhan beramai-ramai itu seolah-olah dibiarkan dengan sengaja oleh regim di Myanmar.

Justeru itu, SAMM Wilayah tampil untuk menjayakan sebuah bantahan di hadapan kedutaan Myanmar sekaligus menyerahkan satu memorandum bantahan. Semua NGO yang memperjuangkan kemanusiaan dan semua parti politik di dalam negara ini juga diseru untuk bersama membuat bantahan dan turut mengiringi penyerahkan memorandum.

Di atas nama kemanusiaan, dunia harus memberi tekanan kepada Myanmar agar bertindak menghentikan penghapusan etnik Rohingnya. Malaysia lebih lagi dikenali sebagai sebuah negara Islam harus lebih peka dan lebih ke hadapan dalam memberi tekanan yang besar ke atas Myanmar yang juga negara serantau. SAMM Wilayah melihat kewajaran untuk rakyat sendiri untuk turun memberi tekanan kepada Myanmar sekiranya kerajaan Malaysia gagal memainkan peranan.

Semua dijemput untuk hadir di hadapan Kedutaan Myanmar yang terletak di Jalan Ampang Hilir (berdekatan dengan menara PERKESO Jalan Ampang) pada masa berikut;

Tarikh: 3 Ogos 2012
Masa : 2.00 petang (Selepas Solat Jumaat)
Lokasi : Kedutaan Myanmar, Jalan Ampang Hilir

Tanpa mengira fahaman agama dan warna kepartian, semua wajib bersama menyertai tekanan ke atas negara Myanmar. Ia bukan soal agama tetapi soal kemanusiaan apabila wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan etnik Rohingnya. Kita rakyat yang bertanggungjawab dan punya jatidiri, harus ambil bahagian.

Sekian

AZMIR HJ MUSTAFA
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah

SAMM terus pertingkat aktiviti menyusun sel gerakan anak muda

Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia
23 Julai 2012

SAMM TERUS MARA BERSAMA PROGRAM ANAK MUDA DAN KEMASYARAKATAN

Pada tanggal 29-30hb Jun lalu, Kumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia telah mengadakan Rapat Kebangsaan siri 2/2012 bertempat di Yayasan Aman, Penanti Pulau Pinang. Antara hasil dari rapat yang menghimpun semua pimpinan utama SAMM dari seluruh tanahair adalah termasuk 4 resolusi penting menjelang hari penentuan hidup matinya pemerintahan regim iaitu PRU-13 dan juga termasuklah penyusunan program-program dan aktiviti SAMM di seluruh negara.

Berikut adalah 4 Resolusi SAMM yang terhasil dari Rapat Kebangsaan siri 2/2012 sebagai ingatan semua;

1. SAMM menuntut Pengerusi SPR Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz dan timbalannya iaitu Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar agar segera meletakkan jawatan yang disandang dalam SPR, memandangkan adalah salah bagi penjawat utama SPR dilantik dari kalangan parti politik yang bertanding, sebagai Pengerusi SPR, kecuaian beliau tidak menyemak dan membatalkan keahlian parti politik adalah satu kesalahan besar melanggar peruntukan Perlembagaan.

2. SAMM dengan keras menolak secara total 'pengundian awal' yang menggantikan undi pos pada PRU-13 kerana yakin ia penipuan terancang yang lebih parah dari undi pos. Bilangan pengundi awam yang dialihkan sebagai pengundi awal (nama baru pengundi pos) amat tinggi dan membimbangkan.

3. SAMM komited untuk memastikan PRU hanya berlaku selepas senarai pengundi SPR dibersihkan termasuklah kes 42 ribu nama pengundi yang tiada dalam rekod JPN dan, 170ribu pengundi yang termasuk katogeri satu alamat lebih dari seratus nama pengundi. PRU sebelum pembersihan senarai pemilih adalah satu usaha menipu dan mencabul demokrasi negara.

4. Membenarkan warga asing menentukan halatuju negara adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan kerana ia seolah-olah membenarkan negara ini tergadai. Maka rakyat bersatu hati untuk menghalang campurtangan warga asing di hari pengundian dengan sekeras-keras tindakkan.

SAMM memberi amaran keras dan akan merancang tangkapan dan tindakan awam ke atas mana-mana warga asing serta agen tempatan yang membawanya jika didapati cuba untuk mengundi secara tidak sah. SAMM akan bersama sekutu anak muda untuk menyusun kekuatan yang cukup di seluruh negara untuk mengawal di kebanyakkan 'hotspot' pusat pengundi terpilih di majority kawasan parlimen seluruh negara. 

SAMM sebagai peneraju anak muda radikal tidak ketinggalan untuk menganjurkan program kemasyarakatan dan juga kerohanian. SAMM mengatur langkah awal dengan menyusun program mendekati masyarakat umum khususnya anak muda, mengambil kesempatan dari kehadiran Ramadhan Al-Mubarak. Bulan Ramadhan menjadi medan paling ideal untuk SAMM melancarkan gerakan memperluas jaringan anak muda dengan program yang dianjur oleh SAMM bersama sekutu organisasi massa yang lain. 

Bulan puasa tidak menghalang malah menjadi perangsang untuk anak muda SAMM meneruskan aktiviti dan gerakan sambil mengambil peluang mengadakan perjumpaan-perjumpaan penting di setiap wilayah di mana SAMM punya kekuatan mobilisasi. Ia secara langsung melengkapkan persediaan akhir SAMM menghadapi tanggal PRU-13 yang tarikhnya menjadi misteri sehingga hari ini. 

Sebanyak 27 program telah disusun dan sedia dilaksanakan komrad SAMM yang berkedudukkan di seluruh negara. Senarai program ini juga akan dipaparkan di sisi kanan portal utama SAMM dan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sila layari portal SAMM di pautan www.anakmudamalaysia.com

Berikut adalah program-program SAMM;

SAMM TERENGGANU

Program Meraikan Kesucian Ramadhan 
Agihan Bubur Lambuk di Bazaar Ramadhan dan Sekolah Pondok
Tarikh: 04/08/2012 (Sabtu)
Masa: 5.00ptg-7.00mlm
Tempat: Sekolah Pondok Jalan Air Puteh, Kemaman
Anjuran: SAMM Terengganu
Pertanyaan: 0199809974
Matlamat: Meraikan adik-adik di sekolah pondok sempena Ramadhan Al-Mubarak

SAMM WILAYAH

Program Tazkirah Sempena Ramadhan
Berbuka puasa, Terawih dan Tazkirah
Tarikh: 04/08/2012 (Sabtu)
Masa: 7.00mlm - 10.00mlm
Tempat: Surau Muttaqim, Gombak
Anjuran: SAMM Wilayah
Pertanyaan: 0122231239
Matlamat: Mengadakan tazkirah berselang Terawih sebagai pengisian Ramadhan bersama SAMM Wilayah dan jemaah surau

SAMM PAHANG & SAMM MUADZAM SHAH
Program Kacau Bubur Lambuk, Berbuka Puasa dan Terawih Bersama SAMM Pahang
Agihan bubur lambuk beserta edaran risalah penerangan
Tarikh: 10/08/2012 (Jumaat)
Masa: 5.00ptg-8.00mlm
Tempat: Kpg Tengah, Kuantan
Anjuran: SAMM Pahang
Pertanyaan: 0179573855
Matlamat: Mengeratkan siratulrahim sempena Ramadhan

Konvoi Sinar Ramadhan Serta Penubuhan SAMM P.Tioman
Konvoi dari Muadzam Shah ke Pulau Tioman dan majlis berbuka puasa.
Penubuhan SAMM P.Tioman
Tarikh: 11/08/2012 (Sabtu)
Masa: 3.00ptg-8.00mlm
Tempat: Jeti Tanjung Gemuk & Pulau Tioman
Anjuran: SAMM Muadzam Shah
Pertanyaan: 0175008769
Matlamat: Aktiviti konvoi di bulan Ramadhan sebagai satu pengisian beriadah

Konvoi Sinar Ramadhan : Muadzam-Rompin
Konvoi dari Muadzam Shah ke Rompin dan pengagihan zakat
Tarikh: 11/08/2012 (Sabtu)
Masa: 3.00ptg-8.00mlm
Tempat: Jeti Tanjung Gemuk & Pulau Tioman
Anjuran: SAMM Muadzam Shah dengan kerjasama SAMM Rompin
Pertanyaan: 0175008769
Matlamat: Aktiviti konvoi di bulan Ramadhan sebagai satu pengisian beriadah

SAMM JOHOR

Program Ramadhan : Kehadiranmu Dirindui SAMM Johor (Minggu Pertama)
Sahur bersama golongan gelandangan/homeless
Tarikh: 28/07/2012 (Sabtu)
Masa: Waktu berbuka dan sahur
Tempat: Lokasi sekitar JB
Anjuran: SAMM Johor
Pertanyaan: 0176849693
Matlamat: Bersama meringankan beban golongan gelandangan serta menyelami keperitan yang dilalui sempena Ramadhan.

Program Ramadhan : Kehadiranmu Dirindui SAMM Johor (Minggu Ketiga)
Edar bubur lambuk
Sumbangan Fakir & Anak Yatim
Iftar Selebriti & talk show - Hairie Othman
Tarikh: 11/08/2012 (Sabtu)
Masa: 6.00 petang
Tempat: Pejabat Keadilan Muar
Anjuran: SAMM Johor
Pertanyaan: 0176849693
Matlamat: Pengisian Ramadhan diserikan dengan sebuah program talkshow melibatkan artis terkemuka yang telah berhijrah.

SAMM N.SEMBILAN

Program Meraikan Anak Yatim Sempena Ramadhan 
Agihan Bubur Lambuk di rumah Anak Yatim Ampangan beserta sumbangan sempena Aidilfitri
Tarikh: 05/08/2012 (Ahad)
Masa: 5.00ptg
Tempat: Rumah Anak Yatim Ampangan
Anjuran: SAMM N.Sembilan
Pertanyaan: 0123573012
Matlamat: Meraikan adik-adik di rumah anak yatim sempena Ramadhan

SAMM PULAU PINANG

Program Jelajah dan Terang Sempena Ramadhan
Edaran risalah penerangan dan kurma untuk pengunjung bazaar Ramadhan
Tarikh: 05/08/2012 (Ahad)
Masa: 5.00ptg
Tempat: Bazaar Ramadhan Masjid Sg Nibong Besar
Anjuran: SAMM P.Pinang dengan kerjasama Unit Ehsan dan AMK Balik Pulau
Pertanyaan: 0124304423
Matlamat: Kempen kesedaran diteruskan sempena Ramadhan

Program Buka Puasa dan Agihan 10 Kawah Bubur Lambuk
10 kawah bubur lambuk akan diedar bersama risalah penerangan hadapi PRU-13. Juga majlis diteruskan dengan jamuan berbuka puasa.
Tarikh: 12/08/2012 (Ahad)
Masa: 9.00pg-8.00mlm
Tempat: Bazaar Ramadhan Masjid Sg Nibong Besar
Anjuran: SAMM P.Pinang dengan kerjasama Unit Ehsan dan AMK Bayan Baru
Pertanyaan: 0124304423
Matlamat: Edaran bubur lambuk untuk orang ramai dan majlis berbuka puasa sebagai medan mengeratkan siratul rahim

SAMM SG BESAR

Program Pengisian Ramadhan (Minggu 3)
Edaran bubur lambuk, akhbar Selangorkini dan risalah penerangan
Tarikh: 11/08/2012 (Sabtu)
Masa: 5.00ptg
Tempat: Bazaar Ramadhan Sekinchan
Anjuran: SAMM Sg Besar dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat
Pertanyaan: 0123312364
Matlamat: Edaran bubur lambuk untuk orang ramai serta edaran risalah penerangan sempena Ramadhan

Program Pengisian Ramadhan (Minggu 4)
Edaran bubur lambuk, akhbar Selangorkini dan risalah penerangan
Tarikh: 18/08/2012 (Sabtu)
Masa: 5.00ptg
Tempat: Bazaar Ramadhan Sg Besar
Anjuran: SAMM Sg Besar dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat
Pertanyaan: 0123312364
Matlamat: Edaran bubur lambuk untuk orang ramai serta edaran risalah penerangan sempena Ramadhan

SAMM MELAKA

Meraikan Kehadiran Ramadhan Al Mubarakh
Mengacau dan mengagihkan Bubur Asyura di sekitar kawasan Merlimau Melaka.
Tarikh: 29/07/2012 (Ahad)
Masa: 10.00pagi-7.00malam
Tempat: Sekitar kawasan tumpuan Merlimau.
Anjuran: SAMM Melaka
Pertanyaan: 012 2478016
Matlamat: Meraikan umat Islam terutama golongan yang susah dengan kehadiran Ramadhan Al-Mubarak berserta dengan Risalah Bongkar terbitan SAMM Melaka.

Meraikan Golongan Ibubapa sempena Kehadiran Ramadahan Al Mubarakh
Agihan Bubur Lambuk di Bazaar Ramadhan dan Pusat Penjagaan Orang Tua Seri Kenangan.
Tarikh: 05/08/2012 (Ahad)
Masa: 5.00ptg-7.00mlm
Tempat: Rumah Seri Kenangan Cheng Melaka & Bazaar Ramadhan Cheng Melaka.
Anjuran: SAMM Melaka
Pertanyaan: 012 2478016
Matlamat: Meraikan golongan tua yang dipinggirkan dan diabaikan oleh anak-anak di rumah Seri Kenangan sempena Ramadhan Al-Mubarak dan mengedarkan di Bazaar Ramadhan berserta dengan Risalah Bongkar terbitan SAMM Melaka.

Jejak Faqir SAMM Melaka
Memberi bantuan & sumbangan kepada keluarga yang susah di kawasan Masjid Tanah.
Tarikh: 12/08/2012 (Ahad)
Masa: 2.00ptg-5.00mlm
Tempat: Sekitar kawasan Masjid Tanah (telah mengenal pasti 5 keluarga)
Anjuran: SAMM Melaka
Pertanyaan: 012 2478016
Matlamat: Meringankan beban kepada keluarga tersebut dengan memberi sumbangan berbentuk keperluan dapur dan pakaian sempena ramadhan dan kehadiran Aidilfitri.

Berbuka Puasa & Terawih bersama Pengerusi SAMM (Che'guBard).
Tarikh: 24/07/2012 (Selasa)
Masa: 7.00malam -9.30mlm
Tempat: Restoren AGB (Ayam Golek Bachang) & Masjid Bertam Malim (Terawih)
Anjuran: SAMM Melaka
Pertanyaan: 012 2478016

Ceramah Umum bersama 2 presiden (Che'gubard -SAMM & Mustafa Kamil Ayub - MAP)
Tarikh: 24/07/2012 (Selasa)
Masa: 9.30malam -12.30mlm
Tempat: KM 7 Bertam Malim Melaka.
Anjuran: MAP(Memacu Arus Perjuangan) & SAMM Melaka
Pertanyaan: 012 2478016

SAMM PERLIS

Program Jejak Fakir
Tarikh: 17/08/2012 (Jumaat terakhir Ramadhan)
Masa: 4.00ptg-6.00ptg
Tempat: Sekitar Kangar
Anjuran: SAMM Perlis
Pertanyaan: 0194342244
Matlamat: Memberi kebajikan kepada golongan miskin dan memerlukan di kalangan kita sempena Ramadhan al-Mubarak.

SAMM KEBANGSAAN

Majlis Berbuka Puasa SAMM dan Bengkel Khas SAMM (masih di peringkat cadangan)
Tarikh: 17/08/2012 (Jumaat)
Masa: 7ptg - 4pg (sahur)
Tempat: Hotel Selesa, Kuala Lumpur
Anjuran SAMM Kebangsaan

PROGRAM SAMM PASCA AIDILFITRI

Rumah Terbuka SAMM
Sempena Aidilfitri SAMM Kebangsaan menganjurkan rumah terbuka
Tarikh: 02/09/2012 (Ahad)
Masa: 11.00pg - 9.30mlm
Tempat: Dewan Orang Ramai Jawi, Pulau Pinang
Anjuran SAMM Kebangsaan

KARNIVAL ANAK MUDA PULAU PINANG
KERJAYA – PENDIDIKAN – USAHAWAN
Tarikh: 31 Ogos - 2 September 2012
Tempat: Tapak Expo Seberang Jaya
Anjuran: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Dengan dengan sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Pejabat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
Matlamat
1. Membuktikan kerajaan PR prihatin golongan muda (mendekatkan kerajaan PR dengan rakyat)
2. Mengembeling sokongan anak muda
3. Memberi ruang kerjaya pendidikan dan keusahawanan kepada anak muda P.Pinang

Pameran Motorsikal Anak Muda dengan tema 'HAK ANDA DAN POLIS' 
Tarikh: 15/09/2012 (Sabtu)
Masa: 10.00pg - 6.00ptg
Tempat: Perkarangan Stadium Darul Aman
Anjuran: SAMM Kedah/Perlis di sokong oleh kelab-kelab motorsikal yang sedia membantu menjayakan program
Pertanyaan: 014-2636511
Matlamat:
-Memberi penerangan mengenai HAK, UNDANG-UNDANG dan POLIS kepada anak muda khasnya.
-Memperkenalkan Solidariti Anak Muda Malaysia sebagai satu platform untuk anak muda dalam mendapatkan khidmat nasihat dan sebagainya.

Kejohanan Snooker Terbuka SAMM
Tarikh: 22/09/2012 (Sabtu)
Masa: 9.00pg - 11.00mlm
Tempat: A-ONE SNOOKER & KARAOKE CENTRE
Anjuran SAMM Selangor/Wilayah
Pertanyaan: 012-2231239 / 012-3312364
Matlamat: Mendekati anak muda dalam segmentasi sukan 'indoor' sambil memperkenal SAMM sebagai platform anak muda yang sesuai di semua lapisan.
Yuran Penyertaan: RM20
Jumlah Peserta: 32
Juara: RM800, N.Juara: RM500, Ketiga: RM300, Ke-4: RM100 (semua beserta medal)

Kejohanan Bola Sepak Pantai SAMM Terengganu Sempena Hari Malaysia
Tarikh : 16 sept 2012 Ahad (Hari Malaysia)
Masa: 8.00am - 5.30 pm
Tempat: Pantai Merang, Kuala Nerus
Pertanyaan: 019-9809974
Matlamat: Mendekati anak muda dalam segmentasi sukan sambil memperkenal SAMM sebagai platform anak muda yang sesuai di semua lapisan. 
Target penyertaan: 50 pasukan
Yuran penyertaan Untuk 1 pasukan: RM70
Hadiah Juara: RM700, N.Juara: RM500, Ketiga: RM200, Ke-4: RM100 (semua beserta medal)

Kejohanan Bowling Terbuka SAMM N.Sembilan
Tarikh : 23 sept 2012 Ahad 
Masa: 10.00am - 5.30pm
Tempat: Pusat Bowling, Jusco AEON Seremban 2
Pertanyaan: 012-3573012
Matlamat: Mendekati anak muda dalam segmentasi sukan 'indoor' sambil memperkenal SAMM sebagai platform anak muda yang sesuai di semua lapisan. 
Target penyertaan: 88 individu
Yuran penyertaan: RM55 (4game + t-shirt + minuman)
Hadiah Juara: RM500, N.Juara: RM250, Ketiga: RM125, Ke-4: RM75 (semua beserta trofy)

Semua golongan masyarakat khususnya anak muda dijemput untuk menyertai sekaligus menjayakan program-program SAMM di mana juga anda berada.

Sekian,


Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM