Wednesday, May 02, 2012

Polis dan rakyat adalah mangsa regim penakut pada 28 April


satu laporan polis telah saya berkenaan kejadian 28 April seperti berikut :

Balai           : Balai Polis Jln Dang Wangi / K.Lumpur
No. Report : Dang Wangi / 017106 / 12
Tarikh         : 30 April 2012 / 1719 PM


Pada 28 April 2012, lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur ketika saya dan seorang kawan saya SANI MD SHAH melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai – gerai penjaja di kawasan hadapan Masjid India, tiba – tiba saya dikerumun oleh sekumpulan anggota polis (lebih 15 orang beruniform beruniform) terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali. Saya turut dipukul dengan objek tumpul.  Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki. Melalui Jalan Tunku Abdul Rahman. Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya. 

Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit “Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot !”

Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh – puluh anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya saya muntah, darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut. Saya jatuh terus dipijak dan disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya. Rayuan saya sia - sia kerana saya hanya merayu kepada manusia yang hatinya telah bertukar menjadi binatang. Saya rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia. Saya cuba rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya di poket kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawanya sambil bersorak. Di mana saya sedar kemudianya wang tunai kira – kira lebih RM 200 di poket kanan telah hilang.

Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling). Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena pijak sampai mampus. Saya juga diludah.
Ada juga anggota polis yang sebut “kau bunuh polis ya…kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau”

Sampai di hujung padang dataran Merdeka saya dimasukkan ke dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. Trak tertutup dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan luka kami dibiarkan. 30 minit terbiar di Dataran sebelum trak berjalan, hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar bila tiba di destinasi (Pulapol).

Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan. Tidak ada sebarang kenyataan diambil saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya dirakamkan. Hanya dibebaskan sekitar 2.30 pagi dipaksa menaiki bas dan turun dipintu belakang Pulapol. Saya terus dikejarkan oleh teman – teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM.

Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan sebelum apa – apa berlaku polis sudah tidak memakai tanda nama ? Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal ? Adakah semua ini dirancang oleh pihak atasan ?

Saya tegaskan walaupun dipukul  dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis. Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah diperbodohkan oleh Umno dan barisan nasional. Pertama sekali bayangkan jika Dataran Merdeka dibuka, semua akan berlansung aman. Polis telah dipergunakan oleh Najib yang penuh ketakutan dengan bayang – bayang sendiri kerana pilihanraya terlalu hampir tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan. Keduanya kalau ada pun kesalahan,  ada beberapa peserta demonstrasi  tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka. Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah. Saya melihat sendiri kejadian sekumpulan anggota polis sekitar sejam setengah sebelum saya ditahan saya berada di hadapan Hotel Quality Jalan Raja Laut, bagaimana sekumpulan anggota polis bermotorsikal dan berkereta (termasuk MPV) memandu laju cuba melanggar demonstran dan berhenti serentak mengejar demonstran lalu menarik beberapa yang berjaya ditangkap untuk dibelasah di tengah - tengah kumpulan mereka. Saya yang kebetulan ada di situ bersama beberapa anak muda menegur seorang anggota polis yang menarik tudung seorang wanita tua. Malangnya saya dihalakan pistol dan dijerkah untuk diam.

Kononya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen – agen Bn sendiri. Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen Bn, polis dimangsakan. Umno Bn menipu dan ‘brainwash’ polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan. Polis perlu sedar hakikat ini, kalau bersalahpun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan dilapangan. Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.

Tarikh 28 April 2012 harus dikenang dengan sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap,memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim Bn. Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.

Jika benar penganjur berniat jahat, bayangkan kekuatan 200,000 lebih orang kalau digunakan untuk berdepan dengan hanya 10,000 anggota polis pasti tidak mampu ditahan laghi. Namun itu bukan tujuannya. Jangan lari fokus mengenai sapa pecah pagar atau sebagainya… isu utamanya ialah jangan ada PRU sebelum senarai pemilih dibersihan, pembersihan SPR harus bermula dengan Ketua dan Timbalanya yang jelas ahli Umno harus letak jawatan.  Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya anggota parti politik ? Bayangkan jika perlawanan bola sepak pengadil turun ke padang memakai jersey salah satu pasukan tentu kecoh stadium.

Sekian

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

** ikuti esok cerita penuh apa sebenar yang jadi dihadapan penghadang polis

22 comments:

  1. Anonymous8:11 PM

    Tiada kata-kata dapat diluahkan. Perjuangan tuan sangat tinggi. Semoga Allah S.W.T memberikan inayahNya kepada perjuangan tuan.

    ReplyDelete
  2. syabas chegu bard lawan totap lawan,dedahkan lagi kepincangan najib @ rosamah dan kroni-kroninya.....semakin hari menyakitkan mata memandangnya

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:50 PM

    ada 4 saksi tak? kalau tak da nanti Hj Hadi marah pulok.....
    btw, tahniah kat PKR yg berjaya menghijack Bersih 3.0....jelas polis telah bertindak setelah Anwar & Azmin mengarahkan barricade ke dataran merdeka di buka supaya perusuh2 boleh masuk ke dataran.....Hasil Bersih 3.0, org melayu semakin menyampah dgn PKR & PAS....we are forced not to give our vote to you guys due to your stupidity....thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous12:28 AM

      Rakyat sudah tengok umnobn sampah tahi saitan termasuk engkau berbadan manusia berkapala anjing.

      Delete
    2. Anonymous9:56 AM

      ko nila manusia yang aku harap mampus dipanah petir dan disumbatkan ke dalam neraka JAHANAM...Haktuii

      Delete
    3. Anonymous2:42 AM

      Manusia zaman batu yang buta huruf dan tuli. Jangan terlalu jahil dan baghral, kini kurun 21 zaman IT, jangan perbodohkn kami saperti kamu yg di perbodohkan olih UMNO/BN. Kami tahu menilai antara emas dan besi.....
      Kami tetap bersama perjuangan mu chegu Bard untuk membebaskan rakyat dari penipuan, rasuah dan jenayah yg terus menerus dilakukan olih regim zalim UMNO/BN.
      LAWAN TETAP LAWAN....

      Delete
  4. Anonymous11:28 PM

    Syabas.. anda seorang yang benar berani dan 'ihsan' walaupun dicaci dan dihina

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:41 PM

    Alamak, ni gambar sape pulak??? Siap minta ampun maaf...

    http://2.bp.blogspot.com/-GSK7QWE9RGU/T5znQAdbdtI/AAAAAAAAM2s/eIgSUYZCEM4/s1600/cikgu+bard+ampun.JPG

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia merayu untujk tidak dipukul
      org dtg BERSIH 3.0 untuk perhimpunan
      bukan jadi anjing kena pukul dgn polis
      UMNO buat perhimpunan x pe
      rakyat buat perhimpunan x bleh
      baik malaysia ni jadi negara KOMUNIS JE

      Delete
  6. Anonymous2:27 AM

    POLIS HARAM & BERDOSA PUKUL & KERAJAAN XDA HAK HALANG RAKYAT BERJALAN - DR ASRI - http://www.youtube.com/watch?v=szj7-rdaLo4&sns=fb

    ReplyDelete
  7. Anonymous11:31 AM

    Surah Al Hud: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113) Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (114) Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. (115) Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa. (116) Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri. (117). Percaya & yakin lah kpd balasan Allah swt. jika tidak dibalas oleh Allah swt segala kezaliman mereka itu di dunia ini, pasti balasannya di akhirat nanti insyallah.....sesungguhnya Allah swt maha adil...

    Dosa menzalimi atau menganyanya manusia tidak akan diampunkan oleh Allah SWT dengan bertaubat kepada-Nya kerana dosa sesama manusia mesti minta maaf sesama manusia dahulu baru taubatnya di terima oleh Allah SWT.

    Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

    “Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

    Sahabat-sahabat baginda menjawab :
    “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

    Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
    “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini , MENUMPAH DARAH orang itu dan juga MEMUKUL orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”

    (Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

    Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa amal soleh yang di lakukan sesaorang belum tentu menjamin dia akan masuk syurga , sekiranya di samping dia membuat amal soleh tersebut dia juga melakukan amal kejahatan seperti menumpahkan darah orang, memukul, menangkap, dan menyeksa orang yang membawa kepada dosa. Apabila berlaku proses timbangan segala amalan-amalan manusia yang baik dan buruk , maka sekiranya habis amalan kebaikannya di bayar atas kesalahannya tadi maka ketika ini dia akan jadi Orang Muflis. Segala penyesalannya sudah tidak berguna lagi kerana dia akan di masukkan kedalam neraka.

    ReplyDelete
  8. Anonymous12:35 PM

    Kepapa polis yg terlibat memukul chegu bard dan beberapa rakyat yang menjalankan tugas sebagai warganegara yang bertanggungjawab..anda masih ada peluang untuk memohon maaf atas kebodohan melampau saudara, namun pintu kemaafan akan tertutup apabila tanah dah masuk dalam mulut...kepada penyokong polis dan kebiadabanya saya mendoakan saudara sekelian aman bahagia dengan penipuan dan kemunafikan sejati dari hati2 yg telah gelap dan hitam pekat yg berseronok dengan nikmat dunia..

    ReplyDelete
  9. Anonymous1:02 PM

    Bang tak dak beza antara rejim zionis dengan polis malaysia (bukan semua) masa kejadian tu... depa dah hilang pertimbangan, dah macam kena hasut syaiton jaa...

    sama la jugak dengan peserta demo yang pukul polis tu dah macam kena hasut hati hitam macam setan..

    -ASD-

    ReplyDelete
  10. Anonymous2:56 PM

    Setitik Darah Tumpah... he..he.. cakap berdegar-degar, kena pukul dengan polis mintak ampun merayu-rayu.. ha..ha.. pondan dayus.

    cakap besar je tahu ngko ni Bad oiii... sama macam mentor ngko Anwar tu... provok sana provok sini, kena atas dahi sendiri, mintak ampun.. ha..ha..

    ReplyDelete
  11. Anonymous12:24 AM

    Perangai polis memang teruk...patutlah ada segelintir polis terlibat merompak,merogol membunuh,peras ugut ,mencuri ,menyamun,menagih dadah dan rasuah tak usah cakap..polis bawahan memang ikut arahan tu sebab jadi perangai samseng.hoi..kurang ajar polis yang terlibat belasah orang macam penjenayah kamu ada harga nyawa sama juga orang yang kamu belasah tu..ini perlu kamu ingat...ada suatu hari kamu gembira, ada suatu hari kamu sedih..ada suatu hari kamu sakit...jangan bangga apa yang kamu boleh sekarang ...

    ReplyDelete
  12. Anonymous9:43 AM

    ada juga yang masih tak sedar pun bagaimana haramjadahnya umno barisan nasional dari dulu kini dan selamanya...tetap bodoh dan bangang selamanya...pergi mampos yang taknak menyokong..tanpa undi orang yang bangang seperti kamu(diatas) banyak lagi yang akan menyokong PR..

    ReplyDelete
  13. Anonymous2:30 PM

    katanya perjuangan.....tapi dah kena pukul sikit dah mengadu. manja nya anak mak. kalau lah dia taksub dgn perjuangannya dia sepatutnya tak kisah dgn luka yang sikit-sikit tu. tak cact pun....bengkak sikit saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous12:23 AM

      bodohnya punya statment.....memang penyokong UMNOBN macam ini....rela menjadikan polis sebagai anjing parti UMNOBN.....kamu mmg tak ada hotak utk pikir....org yg dah nak mati kena dera dengan polis pun awak blh ckap macm itu....

      Delete
  14. Anonymous9:38 PM

    Chegubard,,

    Nak bagi cadangan sikit.

    Boleh tidak you orang pakatan streamline website supaya setiap blogger Pakatan ada hubungkait (cross-reference) antara satu sama lain.

    Sekarang ini kalau hendak pergi kesemua pakatan rakyat website/blog, yang mudah pergi RockuBru website. Cuma RockyBru pro-BN

    Mungkin adalah baik buat satu website umum (Mungkin ABU) kemudian daripada situ ada link kepada semua pakatan blog dan lain-lain.

    Dah malas nak pergi RockyBru website. Lebih kurang macam Utusan.

    Mungkin Chegubard boleh majukan perkara ini pada Parti Keadilan Web moderator atau sapa-sapa.

    Yusof

    ReplyDelete
  15. Mohon link blog saya
    omakkau.blogspot.com
    dalam blog chegu ni ye..terima kasih

    ReplyDelete
  16. Anonymous1:19 AM

    Erk.. Bukan mmg betul kan mak ko pelacur?

    ReplyDelete
  17. Anonymous10:36 PM

    Nama pun perjuangan...biasa laaa kena maki pukul sepak terajang untung tak mamposss terus takan main cubit cubit kot..nak baik semua duk rumah jer main bontot

    ReplyDelete