Tuesday, February 07, 2012

Kesian Najib tertipu dengan syarikat pengendali twitternya

Najib sememangnya lemah. Sudahlah gagal dalam beberapa kali cubaan mengadakan pilihanraya mengejut malah rupanya tertipu dengan syarikat-syarikat media propaganda yang mengenakan upah begitu tinggi kepada beliau, ini bukanlah rahsia.

Tidak pasti berapa nilai yang terpaksa dibayar hanya untuk mendapatkan cadangan membuka akaun FB yang berimej cina untuk konon menarik pengundi cina. Kewujudan FB 'ah jib gor' bukan sahaja gagal menarik sokongan seperti yang diharapkan tetapi membazir dan menjadi bahan jenaka pula dikalangan rakyat. Penyokong PR kemudian secara sukarela mewujudkan FB "Anwar Gor' yang berjaya memotong jumlah 'pengikut' ah jib gor hanya beberapa hari selepas itu.

Terbaru terbongkar pula mengenai akaun twitter @NajibRazak. Akaun Twitter Najib kononya dilaporkan dikikuti begitu ramai dan ini menunjukkan populariti beliau begitu baik.

Di akaun twitter 426,969 follower

Di akaun facebook 946,494 like

Baru baru ini Najib Razak mengumumkan beliau terharu kerana dapat menjangkau 400,000 pengikut di twitter.


Rkalau dia nak terharu ada 400,000 pengikut waktu dia mengimamkan solat, tak pe lah, tapi di akaun twitter, sesiapa pun boleh buat lebih dari 1 juta kawan pun boleh… Siapa kata tak boleh? guna taktik macam najib razak ni.


Apa taktiknya?


Really3line mula untuk semak siapa yang menjadi follower di akaun twitter Najib Razak ni. Mengejutkan apabila ramai yang menjadi follower najib razak ini mengunakan profile picture telur.eally3line mula untuk semak siapa yang menjadi follower di akaun twitter Najib Razak ni. Mengejutkan apabila ramai yang menjadi follower najib razak ini mengunakan profile picture telur.contohnya macam ni, korang klik sini. Kalau korang malas, negok gambar kat bawah ni.


kalau korang rajin, korang klik lah dekat Najib Razak punya follower di akaun twitternya, banyak sangat yang pakai gambar profile picture telur, yang menunjukan mereka ini yang kita panggil sebagai fake user, atau pun spam.

Macam mane kita boleh tahu mereka ni fake user atau Spam?

Biasanya mereka mengunakan software, atau beberapa website yang membantu untuk membuat fake user, atau beberapa individu yang bekerja untuk membuat email dan create akaun facebook atau twitter.

contoh yang lebih jelas macam ni.


Kalau anda rajin, anda semak lah, yang really3line bagi ini sikit je, follower Najib Razak kan ada lagi 426,960 orang, jadi mungkin lagi ramai yang real user kot…

Tapi cuba buang semua fake user dan spam ni, agak agak berapa je follower yang Najib Razak ada ye?

Benda kecil macam ni pun nak tipu ke? sangat menyedihkan lah, kalau tipu guna benda yang logik sikit macam guna software ni (TWIENDS) tak pe lah, kira berkhemah juga.

Apa pun tahniah kepada Najib Tun Razak kerana mempunyai ramai followers dan Likes yang banyak di laman social seperti facebook dan twitter, walaupun ramai yang spam dan fake user.

Kesian Najib Gor ditipu oleh pengampu kelilingnya.

No comments:

Post a Comment