Tuesday, February 21, 2012

Isu buku ilustrasi lucah : Pemuda Umno tepuk air dalam dulang

Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia

21 Febuari 2012



PEMUDA UMNO TEPUK AIR DALAM DULANG KENA MUKA SENDIRI

Merujuk kepada kenyataan Ketua Biro Aduan Komuniti Pemuda, Muhd Khairun Aseh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam mengenai desakan Pemuda Umno mahu Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula sebuah buku pendidikan seks kanak-kanak yang diimport yang dan didakwa mempunyai kandungan yang melampau dan berbentuk lucah. (klik utk baca berita tersebut)
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyokong usaha Pemuda Umno mahu buku yang bertajuk ‘Where Did I Come From’ atau 'Dari Mana Saya Datang', yang boleh didapati di rangkaian kedai buku tempatan dihentikan penjualanya segera. Buku ini menurut Pemuda Umno harus dihentikan kerana memaparkan ilustrasi kartun bentuk lelaki dan wanita yang lengkap dengan alat kelamin masing-masing. Dalam sidang media semalam Pemuda Umni memperlihatkan pada wartawan buku itu juga mengandungi ilustrasi aksi lelaki dan perempuan yang mengadakan hubungan seks. Khuatir ia memberikan kesan negatif kepada kanak-kanak maka pemuda Umno mendesak Kementerian Dalam negeri mengkaji penjualan buku tersebut. Malah dalam sidang media tersebut Pemuda Umno menyifatkan penjualan buku itu adalah melanggar Seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan pengedaran atau penjualan bahan-bahan lucah.Satu memo bantahan akan dihantar esok umum mereka.

SAMM menyokong usaha pemuda Umno tersebut cuma agak pelik dan janggal. Pada fahaman umum usaha mendesak ini kerana ada pihak gagal atau enggan bertindak. Adakah Pemuda Umno dibawah Khairy Jamaluddin ingin menunjukkan kegagalan atau kelemahan KDN di bawah bekas Ketua Pemuda Umno selaku Menteri melalui isu ini. Bukankah mudah jika isu ini benar serius tindakan boleh dibuat lebih pantas dari serah memorandum dan buat sidang media mendesak. Bukankah salah seorang Exco Pemuda Umno bekerja sepenuh masa dan bergaji dibawah Menteri Dalam Negeri.

Lebih menghairankan lagi dalam keadaan Pemuda Umno kononya amat prihatin dengan pengaruh buku ilustrasi tersebut kepada kanak - kanak tetapi dalam pada masa yang sama mereka atau sekutu mereka terlibat mengedar video aksi seks kepada umum termasuk mengedarkan gambar 'real' aksi lucah termasuk aksi seks dimana telah di 'superimpose' dengan wajah pemimpin PR. Ini amat hipokrit sebenarnya.Pemuda Umno yang membuat sidang media yang penuh kerisauan mengenai bagaimana buku ilustrasi boleh menjejaskan kanak - kanak seharusnya juga risau dengan budaya politik lucah bawaan Umno yang tak kesudahan.



Zulkifli Ibrahim
Solidariti Anak Muda Malaysia
Pengarah Seketeriat Kebangsaan

1 comment: