Sunday, January 22, 2012

Kes penggantungan Adam Adli dan Kes penggantungan pelajar KUIN sama

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mengajak seluruh gerakan termasuk parti politik progresif untuk mengutuk 2 kes penggantungan pelajar satu kes Adam Adli dan satu lagi kes melibatkan penggantungan 5 orang pelajar dari kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah.

SAMM dengan ini mendesak agar kedua - dua IPTA tersebut menarik semula hukuman tersebut yang jelas hanya diambil untuk mengekang aktivisma muda dan menutup ruang berekspresi yang seharusnya wajib diterokai oleh seseorang mahasiswa dalam menuju proses kematangan.

Lebih sedih lagi KUIN terletak dibawah 'kuasa' Kerajaan Negeri Kedah dibawah pimpinan Pakatan Rakyat. Apa pun alasan yang diberikan tindakan di KUIN akan memunculkan persepsi bawaha PR bersikap hipokrasi PR kerana dalam pada masa PR sedang bersungguh sungguh menentang AUKU iaitu undang - undang lapok mengekang aktivisma pelajar tetapi dalam pada yang sama menggunakan peruntukan serupa bagi mengekang suara pelajar di institusi pendidikan bawah penguasaan kerajaan yang sedia PR kuasai.

SAMM sekali lagi menegaskan pendiraan mendesak pemansuhan sepenuhnya AUKU, Akta 174 dan akta 555. Akta - akta ini digubal atas semangat mengawal aktivisma pelajar dan kakitangan akedemik mana mungkin ia boleh diperbetul dengan pindaan kerana semangat asas akta sendiri itu salah. Maka satu undang - undang baru harus digubal sengan semangat melahirkan modal insan yang sempurna. SAMM mendesak agar penggubalan undang - undang baru ini seharusnya dilibatkan kakitangan akedemik, pelajar itu sendiri termasuk mengambil kira pengalaman dunia luar bagaimana gerakan pelajar memberikan sumbangan positif kepada negara.

Percayalah anak muda khususnya pelajar ialah komponen penting dalam masyarakat, jika ia dimandulkan dengan kongkongan 'mengarut' maka bersedialah negara ini diwarisi oleh kelompok yang hanya mementingkan kepentingan diri seperti pepatah 'enau dalam bulukar melepaskan pucuk masing-masing sahaja'. Sudah tentu kita tidak mahu ini berlaku.

Regim juga harus diingat gerakan anak muda selalunya bersifat seperti air mengalir, kamu sekat ia tetap mengalir terus walaupun dengan ruang yang kecil, tetapi awas kalau diempang keterlaluan ia pasti akan membentuk kekuatan gelombang besar memecah tempok kepungan.

2 comments:

  1. aku pun budak universti. aku tau mana undang2 AUKU dan mana undang2 universiti.. ingat aku bodoh ke? hari ni aku dah bebas. bukan PKR lagi.. dan x emihak pada sesiapa.. aku dah benci orang nama cikubabi ni.

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:29 AM

    kalau kes KUIN tu sama buatlah bantahan kepada Karpal Singh...Ada beran?

    Karpal Singh yang jadi peguam mewakili KUIN yang melawan kes mahkamah tu.

    ADA BERANI?....

    ReplyDelete