Thursday, September 22, 2011

Najib harus jawab penempatan Myanmar dan Kemboja jadi warganegara di Pekan, Pahang

Gambar antara penampatan Kemboja yang berada di dalam parlimen Pekan, Pahang
(gambar ehsan blogger cucu mat kilau)

Semalam che'GuBard atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menunaikan janji untuk berada di parlimen Pekan, Pahang untuk menerangkan semula persoalan cincin berlian RM24.45 juta dan kaitanya dengan Rosmah Mansor.

Alhamdulillah program semalam berjalan lancar walaupun dalam keadaan hujan lebat di Markas PAS Felda Chini 3. Cuma sepatutnya semalam risalah cincin seharusnya mula diedarkan namun atas masalah cetakan pengedaran ditangguhkan. InsyaAllah selepas SAMM melunaskan bayaran tertangguh kos buku 'FITNAH' baru kami mampu untuk mencetak risalah tersebut. Buku 'Fitnah' dibayar dengan 4 'post dated cheque' yang terakhir bertarikh 3 Oktober dan selepas itu baru risalah cincin akan dicetak.

Saya telah menerangkan secara terperinci berkaitan cincin dan menjawab tuduhan mereka melalui media. Turut mengejutkan hadirin ialah selain cincin gelang tangan berharga RM 1.65j juga dari syarikat yang menjual cincin turut didedah. InsyaAllah hadirin yang hadir akan menjadi agen penyampai pula di bawah.

Yang menarik ingin diangkat disini ialah mengenai kewujudan penempatan orang Myanmar dan Kemboja di Pekan Pahang. Menurut beberapa penduduk tempatan yang ditemui perkara ini bukan satu benda yang sulit, ramai di Pekan tahu dan sedar apa yang berlaku.

Tahun 1999, Najib diselamatkan oleh undi POS hanya menang dengan majoriti 200 lebih undi sahaja. Sejak itu telah mula dibuka beberapa penempatan baru yang membawa masuk orang dari Kedah dan Perlis secara beramai - ramai. Mereka diberi tanah membina penempatan dan didaftar sebagai pengundi Pekan. Selepas itu ia menjangkit kepada penghijrahan beramai - ramai orang - orang Myanmar dan Kemboja ke Pekan. Mereka diberi ruang meneroka beberapa kawasan tanah di Tanjung Agas, Sekukuh, Merchong, Sungai Miang. Hampir 90% dari mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan ramai sudah masuk dalam senarai pengundi di Pekan, Pahang.

Malah ramai penduduk tempatan mula mengeluh apabila kelompok ini seolah mendapat perhatian istimewa apabila mereka mendapat tanah dan kelompok mereka yang ramai sehingga ada ruang perniagaan seperti pasar malam mula dikuasai oleh kelompok ini. Di sesetengah 'sudut' Pekan sudah jadi asing bagi warga asal pekan kerana kehadiran mereka ini.


10 comments:

  1. lebih teruk dari yg kujangkakan....

    ReplyDelete
  2. yang melayu pegi sokong united malays no otak tu buat apa,kalau semua undi pr pasti pr menang dipekan dan biarkan najib jadi wakil orang yanmar dan kemboja....

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:23 PM

    Inikah jenis pemimpin yg kita ingin kan ?? " harapkan pagar ! pagar makan padi " dengan mengadai maruah dan kedaulatan negara ? ....petualang dan pengkhianat negara yg kita perlu dan hormati !! fikir fikirkan lah demi anak cucu cicit kita

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:00 PM

    Orang melayu memang sokong umno bn sampai mati ,padan muka orang kemboja jadi rakyat malaysia status bumiputra .Bukan ada apa makna pun melayu menyusahkan najib aje kan kan kan.

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:07 PM

    kebodohan ini makin menjadi2....nampak nya keLICiKKAN najib seluas padang diATAS kepalanya..
    jadi semakin diSINARI dan TERANG la PEKAN selanjutnya.....hahahha..undila BN...

    ReplyDelete
  6. aku melayu sejati10:13 AM

    assalammualaikum....kepada pembaca dan penulis blog...saya harap saudara semua selidik dulu dgn lebih terperinci...sebenarnya masyarakat myammar yg di perkatakan itu adalah org melayu dr myammar...mereka di bawa masuk sejak zaman mahatdir lg...satu perkara yg jelas tentang mereka adalah mereka dr keturunan melayu...saya terdiri dr kalangan mereka...namun saya bukanlah penyokong kerajaan...saya harap saudara semua buatlah kajian tentang masyarakat myammar ini...dr mana asalny,bagaimana tercammpak jauh dari tanah melayu...dan sejak bila kembali ke malaysia...siapa yg uruskan....dan jgn terkejut sekiranya nanti saudara semua dpt mengetahui...salah seorang pemaisuri raja di malaysia ini adalah dari kalangan pendatang myammar ini...siasattlah dgn terperinci....jgn cepat menghukum dan menghina...wassalam..

    ReplyDelete
  7. Anonymous5:18 PM

    aku melayu sejati....boleh minta email address?

    ReplyDelete
  8. Anonymous2:02 PM

    Betul kata aku melayu sejati, mereka menilai dr segi pandangan negatif...
    untuk admin, sila selidik bfikir dulu sblum mmbuat apa2 keputusan..
    Allah mncipta manusia ini smpurna & lengkap.. Nabi menyeru supaya bersangka baik sesama manusia..
    cuba check disini-
    http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Orang_Melayu_Myanmar

    dan semak sejarah bagai mana orang melayu boleh ada disana? makam putera & puteri raja negeri manakah yg berada disana..

    ReplyDelete
  9. Anonymous10:28 AM

    sy amat dukacita Harakah pergi buat liputan yg memburukkan org Islam, hanya kerana nak perjuangkan Putrajaya..kalo btl, PAS perjuangkan Islam, tak akan Harakah berbuat demikian..org Myanmar tu, kat tempat die org, saban hari kene bunuh, bakar..takder tempat nak duduk, menjadi pelarian di negara sendiri..akhirnya setelah susah payah sampai ke Malaysia naiki boat..ramai terkorban, sedikit jek sampai sini..Bagusnya Malaysia bagi tempat kat die org. Jasa paling baik Malaysia buat, membela org Islam. Tapi ni kan PAS, yg kata perjuang Islam, tapi bongkarkan penempatan die org supaya org cina kafir tau akan kewujudan mereka..pastu buat mcm2 fitnah supaya usir die org keluar Malaysia..tu yg org Islam mcm PAS nak ker? mana perjuangan Islam..

    ReplyDelete
  10. Anonymous1:03 AM

    Itu saya setuju.. sebab, saya brasal& lahir di Pekan.
    saya selalu mnghadiri tiap2 ceramah islam anjuran PAS @ PKR.
    apa yg peliknya, tiap kali ceramah, mesti ada tajuk utama seperti yg diatas. Iaitu ingin mmbongkarkan & mengusir mereka..
    tak cukup dengan itu, pelbagai maki hamun bersembur dari mulut ustaz2..
    Namun apa yang saya dapat tahu, mereka semua adalah orang islam..
    sepatutnya mereka pun ada hak menumpang dibumi Allah ini..
    Itu pandangan saya je lahh..

    ReplyDelete