Selepas menyiarkan maklumat mengenai ahli Umno bernombor daftar ke 6 (klik sini untuk baca lanjut) , cheGuBard telah menerima perbagai respon dalam perbagai bentuk sms, email dan komen di blog.
Paling menarik ialah ada yang menemukan ada beberapa bahan/maklumat yang disiarkan telah lebih awal disiarkan di internet. Perlu dipertegaskan di sini, dalam posting tersebut dalam perenggan ke dua jelas cheGuBard menulis bagaimana memperolehi maklumat tersebut ;
Ketika jejak sejarah SAMM ke Johor baru ini, telah bertemu dengan perbagai orang dan meneliti perbagai bahan berkaitan sejarah. Kami telah menemui bukan sahaja sejarah Bukit Kepong malah lebih dari itu. Sememangnya banyak sangat yang dipendam dari pengetahuan umum. Sdr. Ezad antara yang menyertai konvoi SAMM ke Johor ialah seorang penggemar sejarah. Beliau telah berkongsi beberapa dokumen dan penemuan sejarah yang beliau temui. Beliau dan sahabatnya ada mengendalikan sebuah blog yang dikenali sebagai untoldhistoryofmalaysia yang banyak mendedahkan perbagai bahan sejarah terpendam.
Selepas mendapat bahan tersebut secara lisan dan secara email, beberapa pemeriksaan dilakukan ternyataan bahan dan maklumat tersebut ada kesahihanya, maka che'GuBard menyiarkan semula bahan tersebut. Penyiaran tersebut dengan menyedari bahawa che'GuBard bukanlah pakar dalam biodang sejarah kerana itu hanya persoalan ditimbulkan bukan kesimpulan. Posting tersebut untuk semua fikirkan semula beberapa fakta sejarah yang selama ini tersaji dan mengelirukan. Kepada yang punya ilmu mendalam mungkin fakta ini boleh dikembangkan sebagai memulakan kajian sendiri.
Kepada beberapa teman-teman yang pernah menyiarkan bahan seumpama ini di Internet saya mohon maaf. Saudara boleh menghantar email kepada saya dan saya akan masukkan kredit nama dan link saudara ke dalam siaran posting tersebut.
Persoalanya kini jika benar kewujudan Dr. Paglar sebagai ahli nombor 6 Umno dan terlibat memujuk Sultan menandatangani dokumen yang di bawa McMichael maka banyak yang harus difikirkan semula.
Telah diperolehi juga satu salinan bahan tambahan iaitu sebuah thesis untuk pengajian sarjana yang dalam simpanan Jabatan Sejarah,National Universiti of Singapore. Kajian ilmiah tahun 2006 ini jelas menyokong kewujudan Dr. Paglar sebagai ahli Umno no. 6.
salam tahniah cheGuBard... berani minta maaf, rendah diri... kami tahu kamu bukan pakar sejarah tetapi keberanian utk dedah persoalan2 penting cukup bermakna buat kami rakyat biasa berfikir....
ReplyDeletepersoalan bukan siapa dedah dulu tetapi persoalannya apa respon Umno setelah benda ini terdedah