SEBELUM ini telah didedahkan di MiLo SuaM satu laporan berita dari Portal Berita Kazakhstan tentang kes kehilangan Edgar Salduzi, 34 seorang ahli perniagaan terkenal negara tersebut, selepas bertengkar dengan bakal besan Rosmah Mansor (ipar kepada Presiden Kazakhstan)[Bakal besan Rosmah].
Dalam kehangatan media propaganda Umno, Utusan dan TV3 Al-Musyrikin menyerang timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu dan cuba mengaitkan beliau dengan komunis, satu fakta cuba ditutup dari pengetahuan rakyat.
Rakyat Malaysia dialihkan dari fakta bahawa Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak dan Rosmah bakal membina pertalian keluarga dengan pemimpin komunis.
Sudah diketahui umum bahawa bakal menantu mereka Daniyar Nazarbayev, merupakan anak saudara Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev. Daniyar Nazarbayev merupakan anak Bolat Nazarbayev adik beradik Presiden Kazakhstan [The Star].
Siapakah Nursultan Nazarbayev ini?
Sila gunakan khidmat Google untuk membaca sendiri biografi pemimpin komunis ini. Kazakhstanlive mendedahkan bahawa Nursultan Nazarbayev merupakan Setiausaha pertama Parti Komunis Kazakhstan [KazakhstanLive].
Rakyat cuba dipesongkan dan ditutup dari mengetahui fakta ini dengan cara meyerang Mat Sabu dan cuba mengaitkan beliau dengan Komunis hanya kerana beliau menyebut Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.
Namun maklumat yang sebenar ditutup. Apakah perasaan keluarga mangsa kekejaman komunis apabila mengetahui fakta sebenar bahawa Perdana Menteri bakal membina pertalian keluarga dengan pemimpin komunis?
Artikel ini petikan dari blog milosuam untuk menunjukkan sebenarnya Umno memerangi bekas PKM bukan kerana ideologi tetapi mewarisi permusuhan penjajah sebelum itu diperkatakan pula kaitan keluarga besan Rosmah dengan kaitan kegiatan mafia di Asia Tengah
klik link bawah
No comments:
Post a Comment