Wednesday, August 10, 2011

Rungutan pengguna Komuter Senawang - KL

berikut ialah email yang diterima mengenai sistem komuter. Masih terngiang ngiang ucapan Pak Lah ketika menjadi PM menaikkan harga minyak untuk pertingkat pengangkutan awam tetapi semuanya masih sama. Kemudian bagaimana PM selepas itu mengumumkan bukan sedikit buget dan perhatian kononya untuk pertingkat pengangkutan awam namun semuanya masih di takuk sama. Ikuti email pengguna ini yang telah cheGuBard panjangkan ke KTM sendiri.

Secara ringkasnya, aku merupakan pengguna KTM Komuter dari Senawang dan bekerja di Mid Valley waktu masuk office pukul 8:00.am. Waktu menggunakan: Isnin-Jumaat

Pergi:

1. Waktu naik komuter 6:39.am (ikut suka dia nak sampai bila tapi selalunya 8:15.am-kadang lebih)

2. Kalau terlepas/train tak datang aku tunggu 15minit untuk train pukul 6:54.am (ikut suka dia jugak nak sampai bila)

3. Kalau terlepas/train tak datang aku tunggu 30minit pukul 7:24.am (ikut suka dia nak sampai bila-tapi ikut suka bos aku la nak maki aku kalau aku pun ikut train yang lembab macam pengurusan KTM)

*Masalah pertama bermula di Bangi. Train dah penuh tapi aku selesa sebab dah dapat duduk dari stesyen Senawang tadi. Orang lain yang bermasalah tapi aku kesian sebab aku pun naik train.Menteri tak naik train ni, Pengarah-pengarah dan bos-bos KTM tak naik train ni so..takde hal la..air-cond dah mula takde rasa sebab dh ramai..lain kali buat seat kt bawah enjin..sama je rasa bahangnya..aku pun selalu je hangin-hangin.

*Masalah seterusnya bila sampai stesyen UKM-Kajang-Serdang-Bandar Tasik Selatan-Salak Selatan lagi la ramai orang..pastu pengurusan KTM pun nampak nya makin bengap..ingatkan manusia ni dari hari ke hari makin kurang kot kat dunia ni.bagus lg la LRT tu..ni pun ada lg nak tambah MRT pulak..orang dah sendat-sendat sampai yang gemuk dah jadi slim.Stesyen Seputeh pulak??ada apa ntah kat sana??kawasan perumahan kaya-kaya..diorang pakai kereta lah!!bape ramai sangat yang naik!!

Balik:

1. Waktu naik kadang-kadang 5:32.pm seperti dalam jadual tapi dalam pengurusan KTM ikut:suka.pm.

2. Kalau terlepas boleh la naik train seterusnya pukul 6:02.pm tapi ikut:suka.pm. jugak..kadang-kadang kena tunggu sampai pukul 6:30.pm..tapi nak masuk kirim salam jela..penuh mcm sardin!!!

3. Tapi kalau aku terlepas 5:32.pm aku try naik 5:47.pm train turun ke Bangi.tunggu next train ke Seremban sebab kt situ dah tak penuh.tapi selalu delay, train Bangi tak sampai.Syabas KTM!!!

Peringatan: Tak perlu la nak tambah-tambah stesyen atau bagi promosi tambang bulanan la..student la..ape la..itu la..ini la..kalau sistem tuh hampeh..upgrade la dulu!!

Cadangan:

Rasanya sistem setiap 15 minit atau kekerapan tidak menyelesaikan banyak masalah tapi sebaliknya train perlu ditambah gerabak dari 3 gerabak menjadi 5 atau 6 gerabak.

Coach wanita jadikan 2 gerabak.sekurang-kurang nya mengurangkan masalah bukan menambah masalah. Bila orang yang tunggu train pukul 5:32.pm tak dapat naik sepenuhnya, orang yang tunggu train 6:02.pm pula datang..jadi bertambah ramai la pulak yang akan naik train seterusnya.

Perlu sentiasa servis train supaya tidak kerap berlakunya kerosakan. Mana sistem pengurusan oleh KTM menggaji juruteknik/penyelenggara train?Tidak dinafikan kerosakan pasti berlaku walaupun sudah cukup servis dilakukan tapi sekurang-kurangnya KTM sediakan train simpanan sekurang-kurangnya 1 setiap haluan ke Utara dan 1 ke haluan Selatan. Ini tidak, bila rosak kena tunggu train berikutnya, bertambah padat la train selepas tu..sediakan la train kosong..

Kami tidak perlukan train yang laju. Bagi kami train yang PERLAHAN masih sampai pada waktu yang di dalam jadual yang telah kami sedia maklum jika tidak ROSAK.

Kami tidak perlukan waktu train yang kerap.Kerana kami akan tuntut janji waktu train yang telah dijadualkan.Bila dah sampai waktu, train delay..yang ramai-ramai ni tunggu next train..lepas tu penuh tak boleh masuk..bila kami nk masuk???Bila sampai rumah?

KATA KERAJAAN NAK GALAKKAN PENGGUNAAN SISTEM KENDERAAN AWAM TAPI GAGAL!! Kami bukan mahu guna tapi kami TERPAKSA!!

Harap ada tindakan, jika tiada tindakan maka kami akan bertindak menghantar aduan ke pihak atasan..Menteri atau mana-mana agensi/Kementerian-kementerian yang lain..

Jika GAGAL maknanya TIADA USAHA.

jika tiada usaha kami sebagai rakyat sendiri akan ubah…macam mana nak ubah??

UBAH KERAJAAN!!

1 comment: