Thursday, August 11, 2011

Mana laporan KPI Menteri Kabinet ? Adakah laporan Idris Jala menipu ? najib lemah Zahir dan bathin ?

Sebaik sahaja suami Rosmah Mansor naik menjadi PM rakyat dijanjikan kelainan selain kelainan slogran negara bertukar lain dari Islam Hadhari ditukar kepada 1Malaysia, Malaysia dijanjikan transformasi yang katanya lebih hebat dari Reformasi.

Maka rakyat diperkenalkan dengan perbagai singkatan seperti KPI, NKRA dan seumpamanya. Masih kita tidak lupa bagaimana Najib dengan gah mengatakan semua Menteri Kabinetnya pun tertakluk kepada KPI siapa yang gagal akan berpotensi disingkir. Pada ketika itu semua lihat Najib akan mewarisi ketokohan ayahnya Abdul Razak yang tegas dan berjaya memacu negara dengan meninggalkan legasi yang tak dilupakan. Najib diperlihatkan kononya akan membawa Malaysia keluar dari zaman lemah ketika dikemudi Pak Lah dan Khairy.

Koh Tsu Koon diambil masuk ke dalam kabinet sebagai penyelia pencapaian walaupun pencapaian Koh Tsu Kun lah antara menghancurkan banyak perkara di Pulau Pinang hingga menjadi penyumbang besar tumbangnya Bn di Pulau Pinang. Koh Tsu Kun seharusnya menjaga program-program KPI, NKRA yang dicetus Najib. Ternyata Najib memperakui Koh Tsu Kun gagal kerana Najib membawa masuk Idris Jala dari dunia korporat ke dalam Kabinet sebagai pembantu Koh Tsu Kun katanya. Semua yang boleh berfikir pasti tertawa apabila memikirkan perkara ini. Idris Jala masuk untuk bantu Koh Tsu Kun dan diberikan jawatan setaraf Koh Tsu Kun iaitu bertaraf menteri penuh dengan segala macam kemudahan yang sama taraf.

Penjelasan yang munasabah ialah perlantikan Koh Tsu Kun hanya untuk jaga hati GERAKAN dan Najib harap dapat tambat hati orang keturunan Cina dengan kekalkan 'kuota' Menteri berbangsa Cina. Kedudukan menteri datang dengan begitu mewah peruntukan dan kemudahan lebur hanya untuk percaturan politik perkauman Najib ?

Saiz Kabinet Malaysia cukup besar kerana mahu menampung keperluan politik seperti memasukkan Sharizat dan kini Palanivel. Adakah yang memenangi kerusi parlimen Bn tidak layak untuk duduki kabinet negara ? atau Najib tidak mengiktiraf pilihan rakyat yang mengangkat ahli parlimen melalui pilihanraya.

Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Adakah ini berbaloi.

Idris Jala pun memulakan langkah kini sudah beberapa kali pembentangan NKRA yang dibuatnya.

Hampir setipa pembentangan Idris seolah terlupa janji Najib yang akan membentangkan KPI menteri dan pegawai tinggi. Yang hanya berkumandang hanya kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai. Itupun sejauh mana kebenaran belum diketahui lagi kerana setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri cuma yang pasti negara seperti negara polis apabila tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam. Tidak cukup dengan itu ada kawasan kejiranan yang terpaksa mengutip duit penduduk untuk upah pengawal di pintu masuk kawasan mereka.

Idris dilihat hanya alat sebagai sedikit memberikan wajah segar kepada kabinet Najib yang lemah dan jauh sekali dengan iltizam transformasi yang dijanji. Jika betullah Idris dijanjikan kerusi Menteri seperti yang dikatakan oleh orang kuat Anwar dalam satu acara debat baru ini maka Anwar pun tidak jauh beza dengan Najib. Tapi saya harap ia cuma ucapan memandai - mandai orang kuat Anwar bukan kalam Anwar.

Najib lemah zahir dan bathin

Dalam bab pertahankan kedaulatan negara jelas Najib sendiri lemah zahir dan bathin. Dari aspek pertahan syarikat berkepentingan negara hingga tanah berdaulat negara najib lemah.

Terbaru pertukaran saham MAS dan Air Asia jelas menunjukkan kelemahan pengurusan syarikat negara. MAS dan AirAsia bertukar-tukar saham. Sebab saham AirAsia mahal dan saham MAS murah, Tune Air, iaitu syarikat induk AirAsia, mendapat 20.5 peratus saham MAS dan Khazanah, induk MAS, dapat 10 peratus saja saham AirAsia. Pertukaran saham itu bernilai hampir RM2 bilion berdasarkan harga AirAsia RM3.95 seunit Jumaat lalu dan saham MAS RM1.60 seunit. Khazanah masih pegang 49 peratus saham MAS.

Percaya dan yakinlah jika Najib kekal berkuasa, dia yang berkiblat pengurusan ekonomi pasaran terbuka sepenuhnya pasti akan terus menggadaikan pegangan dan kawalan negara terhadap syarikat strategik malah lebih dari itu rakyat negara akan diserahkan sepenuhnya nasib kepada pasaran dunia terbuka.

Dari aspek masa depan ekonomi negara juga diragukan kemampuan kabinet Najib memacunya. Lihat sahaja Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop, memberitahu wartawan Jumaat lalu yang krisis kewangan Eropah dan kemerosotan ekonomi Amerika tidak akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia. Ini jawapan ahli politik dangkal semata yang fikir politik domestik semata.

Adakah Menteri ini melihat kejatuhan harga saham di Bursa Malaysia, kemerosotan import oleh Amerika, kejatuhan pengeluaran perindustrian dan kenaikan harga barang pengguna tidak jejas ekonomi negara ?

Kita harus ingat respon menteri ini apabila ditanya mengenai pengucupan ekonomi negara pada 2009 lalu tetapi sebelum itu kita mensasarkan pengembangan. Menteri boleh jawab 'TAK SANGKA'. Adakah kabinet Malaysia diurus oleh bomoh atau nujum yang hanya pakai jangkaan apa akan jadi seterusnya ?

Itu belum masuk bagaimana Najib lemah mempertahankan tanah strategik negara dari 'dirampas' Singapura. Ini dikhabarkan berkait rapat dengan Najib yang diugut kerana jenayah lampaunya.

Najib hanya peduli imej

Seperti mana kebanyakan regim dihujung usia. Penguasa nombor satu akan menjauhkan rakyat dengan fakta sebenar. Rakyat akan disajikan dengan perbagai putar belit media.

Dikahabrkan Najib punya 11 pegawai media. berapa banyak peruntukan rakyat untuk membela 11 orang pemuja Najib ini. Hampir semua mereka mempunyai pejabat dan kemudahan sendiri tersedia menggunakan dana rakyat. Najib juga baru ini juga bersama Ketua Menteri Sarawak telah didedahkan menggunakan wang untuk membiayai laporan media luar negara untuk beliau dilihat positif.

Najib harus sedar jika sebelum dia menjadi PM orang seriang perkatakan Pak Lah kuat tidur dan Khairy mengawal kerajaan. Kesempatan ini digunakan oleh orang Umno sendiri untuk menyingkirkan Abdullah. Kini lebih hebat lagi imej Najib dikenali sebagai seorang yang lemah zahir dan batin bukan sahaja lemah mengendali negara, pertahan hak negara tetapi malah lemah mengawal isterinya sendiri. Bukan misteri di setiap peringkat Umno sendiri menjadi cakap-cakap rahsia terbuka mengenai perbagai perangai Rosmah. Seorang anak muda cina mendahului senarai kroni ciptaan Rosmah. Ramai yang cakap kalau Najib lulus belum tentu dapat tapi kalau Rosmah lulus tentu dapat kerana Najib pasti akur.

Rakyat diarah berjimat dan dalam pada masa yang sama imej mewah Rosmah terus menghantui negara. Rosmah bukan sahaja akan jadi faktor kejatuhan Najib tetapi dia mampu memainkan peranan Imelda Marcos yang menjadi antara punca utama kejatuhan regim Marcos.

2 comments:

  1. Pengembara12:57 PM

    Assalamualaikum Tuan
    Selalu membaca di blog tuan, tapi cuma kali ni terpanggil untuk komen. Sedikit sebanyak penulisan tuan ni ada persamaan dengan isu yang sama dari blog seseorang. Mungkin pemikiran saya di bulan Ramadhan ni kurang baik. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Azali MS4:42 PM

    Assalamualaikum Tuan,
    Berfikir dan mengata orang lain adalah kerja Tuan."kata Dulang Paku Serpih"...Tuan pun apa kurangnya Khadam Anwar Ibrahim, Khadam Karpal, Khadam Lim Kit Siang, Khadam Hadi Awang, Khadam Dajal.

    ReplyDelete