Friday, July 15, 2011

Sistem kastam 'down' 3 jam semalam dan A.Krishnan telah 'diambil'



Pendedahan belian RM 24.4 j yang dikaitkan dengan Rosmah mansor kali pertama telah didedahkan pada malam sebelum BERSIH 2


Tidak pasti adakah kerana pendedahan malam itu, hotel yang menempatkan adik beradik SAMM telah diserbu secara luar biasa dan hampir semua bilik diketuk untuk mencari che'GuBard.

Sebaik sahaja pendedahan malam tersebut sebahagian dari bukti yang diperolehi telah di up load ke dalam blog ini. Maka serentak dengan itu beberapa blog termasuk Raja Petra telah sama menghangatkan isu ini.

Pembela "Rosmah' juga muncul untuk membela tanpa mengetahui kedudukan sebenar. Antara hujah mereka ialah gambar screen komputer tersebut palsu, tidak masuk akal cincin belian RM 24.4 j, nama A. Krishnan dengan jawatan Declaration Operation manager tidak wujud dalam jawatan kastam dan perbagai lagi hujah yang semakin memperlihatkan mereka lemas. Ada pula yang mencabar untuk che'GuBard menyebut terus nama ROSMAH MANSOR dan tampil membuat laporan jika ini benar.

Bagi che'GuBard biarlah mereka ini ingin menunjuk hero dan tidak perlu dilayan kerana
berdasarkan hujah mereka jelas tidak memahami lansung kes tersebut. Terima kasih kepada blogger seperti tulang besi dan milosuam menjawab dengan fakta dan akal.

Pada 13 Julai 2011, ditemani teman - teman SAMM di Pulau Pinang serta wakil DPP P.Pinang dan wakil AMK P.Pinang che'GuBard telah tampil bagi mewakili SAMM untuk membuat satu laporan SPRM di Pejabat SPRM P.Pinang, dan menyerahkan beberapa bukti yang telah disiarkan dan belum didedahkan kepada SPRM.

Secara terus terang che'GuBard maklumkan bukti yang diserahkan itu masih sebahagian dan ada yang masih disimpan. Ini kerana untuk melihat sejauh mana SPRM berani bergerak untuk melakukan siasatan dan mengumumkan hasil siasatan.

Kedua untuk mencabar jika berani Imelda Rosmah sendiri tampil untuk membuat penafian jika dia berani.

Ketika mencari gambar Imelda Rosmah untuk dipadankan dengan belian yang dimaksudkan che'Gubard menjumpai gambar dia menggayakan perbagai perhiasan yang amat mahal.

Antaranya ialah gelang tangan yang juga dibeli dari Jacob & co syarikat pengeluar cincin belian yang bernilai RM 24.4 j tersebut.

Sepasang gelang bertatah 3,424 belian menurut sebuah agensi berita FMT yang berkomunikasi dengan syarikat pengeluar yang berpengkalan di New York bernilai USD540,00 bersamaam RM1.65j.

Menurut maklumat yang diperolehi A.Krishnan, Pegawai di syarikat Aerocianic yang namanya tertera dalam sistem kastam telah 'diambil' pihak SPRM pada petang dua hari lepas dan hanya dilepaskan menjelang jam hampir 3 pagi. Siasatan nampaknya berat menjurus kepada bagaimana cincin belian itu masuk dengan cukai '0'.

Sistem kastam pula telah 'down' hampir tiga jam semalam dan sistem kastam tidak lagi boleh diakses secara mudah dari syarikat-syarikat agen pengurusan penghantaran seperti biasa.

Satu sumber yang lain pula menyatakan terdapat usaha memadamkan data tersebut dari sistem kastam dan hasil penelitian SPRm menyatakan semua data dan bukti yang diserahkan cukup untuk membuktikan bahawa 'transaksi' membawa masuk belian RM 24.4 j itu betul berlaku. Persoalanya kini bukan sekadar cukai '0' tetapi rakyat perlu sedar bagaimana mewahnya imelda ini ketika kebanyakan rakyat sedang mengira wang syillling untuk mendapatkan keperluan harian.

Terbaru : makluman dari kawasan kargo KLIA sistem komputer kastam telah ditutup dari boleh diakses oleh agen-agen pengurusan penghantaran barangan. Ramai pekerja agen-agen penghantaran mula merungut kerana prosedur yang sepatutnya mudah menjadi susah hanya kerana untuk melindungi Imelda Rosmah.

8 comments:

  1. Anonymous11:33 AM

    mano plak duit syiling den td...cmno den nk kol rosmah ni????alahai...hahahha...
    den nk kol dio mntk cincin belah rotan nk buek tunang ha...payung la sikit imelda oi...

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:43 AM

    kalau benar..maka bangsatlah seisi keluarga dan keturunan mereka ini dikala rakyat disuruh berhemah dan berjimat cermat..mereka pula mencilok wang rakyat sesuka hati..hari mu akan muncul jua wahai kerajaan BN..tunggu..

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:28 PM

    http://apanama2020.blogspot.com/2011/07/trailing-diamond-ring-in-n-out.html

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:42 AM

    Sharing info. (9yrs.exp@sqldb)

    those who have SUPER privilege access to d/base can easily change/modified/delete data (row/field). How EASY?? '1' to '0' = 'A' to 'B' = 'yes' to 'no'....

    Blog sites is an ex. of database driven web application.
    Vote pooling systems - U can trust 99.99%. Otherwise if there is art touching on d/b by BLACKhands, its worse!

    Who is the king? SiteAdmin @ D/baseAdministrator.

    # Rakyat@goodppl counts on Uall- GoodLuck&beware

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:54 AM

    kantoi dah tu bukan cincin rosmah. come on, it's to cheap lah untuk buat tuduhan camtu. where's ur dignity? takde modal lain?

    ReplyDelete
  6. Anonymous10:00 AM

    Apakah respond anda terhadap blog2x pro BN yang mengatakan bahwa Rosmah bukan lah pemilik cincin tersebut? Saya percaya anda mestilah bertanggung jawab atas tuduhan yg di buat kalau tidak kredibiliti tuan akan hancur.

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:34 AM

    Sungguh kelakar dan lawak bodoh dari Encik Bard ( Tidak Layak di panggil cikgu)...lain kali kalo awak nak pergi oversea, beli jer cincin harga berjuta-juta, lepas tu kirim dengan kourier, bayar cukai berjuta, simpan dalam peti besi...jangan dedah dan buka, nanti orang rompak...belajar lagi lah...bodoh sangat nya awak bard...hehehehe

    ReplyDelete
  8. Anonymous8:51 PM

    10:34...hang igt beli cincin belah rotan ke blh bwk gitu je?dah tu bwk duit cash ke beli brg mcm tu?beli berlian ni tgk katalog @ brg pameran pastu tempah nak yg mcm gitu,pastu transaksi duit puluh2 juta,dah sah baru dia hantar...bongok pe hang pernah beli berlian juta2 kowt?

    ReplyDelete