When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Tuesday, May 31, 2011
Hati - hati beli produk Al Quran dari China
semalam dan hari ini heboh di media tempatan mengenai produk Al Quran dari China ada yang 'menyeleweng'. che'GuBard secara peribadi terlibat dalam perniagaan membawa barang dari China dan menjualnya dalam pasaran tempatan tidak menafikan perkara ini wujud dan meminta semua berhati-hati.
Seharusnya semua produk Al Quran wajib mempunyai kebenaran Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran, Kementerian Dalam Negeri.
che'GuBard dan teman-teman melalui SAMM Enterprise terlibat menjual pen digital yang mampu membantu memperbaiki bacaan al Quran. Set ini datang dengan sebatang pen khas (yang diberi jaminan), sebuah Al Quran, Indeks dan buku yang mempunyai bacaan Iqra lengkap, doa harian dan tahlil ringkas. Pen khas tersebut akan membaca di mana sahaja ditunjukkan dalam Al Quran,Indeks atau buku khas yang disediakan. Pen ini mengandungi bacaan dari 3 qari ternama, terjemahan bahasa Malaysia/Inggeris dan boleh juga digunakan sebagai alat Mp3.
Produk ini dibawa masuk melalui sebuah syarikat yang telah mendapat kelulusan dari Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran, Kementerian Dalam Negeri. Bukan mudah untuk mendapatkan kelulusan tersebut. Pemohon terpaksa berulang alik lebih dari 5 kali ke China membuat pembetulan bacaan dan tulisan seperti yang di kehendaki oleh panel penilai.
Walaupun telah mendapat kelulusan melalui proses yang panjang dan rumit tetapi pen digital ini tetap dijual dengan harga yang boleh dikira murah.
Sila klik sini untuk membaca lanjut mengenai pen digital ini.
Tanpa menafikan memang ada produk yang betul disahkan oleh beberapa pakar tanpa melalui panel penilai KDN tetapi bukankah mudah dengan mendapatkan sahaja terus dari pengedar yang telah punya pengesahan tersebut.
oh meniaga rupanya org tua ni ingatkan dia makan duit billborad dan projek2 yg diperuntukan atas nama amk saja....
ReplyDelete