Friday, April 29, 2011

Lensa ketika PRN Sarawak

taktik kempen pecah belah rakyat yang menjadi. Dikawasan Melayu/Islam Bn kempen sungguh-sungguh agar rakyat kekalkan Ketua Menteri Islam kata mereka jika Bn tumbang Kristian akan 'jajah' negeri Sarawak. Namun depan pengundi bukan Islam mereka minta tolak Pakatan Rakyat khususnya DAP dan PKR kerana konon jadi tunggangan PAS untuk bentuk negara Islam, pengundi bukan Islam ditakutkan dengan mereka fitnah Islam sebagai jahat dan ganas. Kalau negara Islam maka undang - undang hudud dilaksana dan ramai akan kena potong kaki dan tangan.... PR perlu ada strategi yang lebih cekap dalam menghadapi kejahatan terancang Bn.
Ramai mungkin tidak sedar dengan kemunculan maskot roket dalam PRU lepas. Selepas kejayaan maskot Encik Roket yang comel dalam PRU yang lepas maka kali ini dengan lebih ke depan DAP memperkenalkan maskot Kenyalang yang diberi nama UBAH. Kehadiran UBAH berjaya menarik perhatian semua merentasi kaum dan agama.
Sempat bersama UBAH di salah satu kempen, turut bersama Anuar (Selangor) dan Ust. Fauzi , orang Pekan , Pahang teman lama yang berkhidmat di Kuala Baram.
Dalam bab poster memang tak terlawan, Bn menggunakan kren dan tenaga kerja luar negara untuk memasangnya. Remaja di atas lori ialah pemakai maskot UBAH di sekitar Miri.
Kebencian terhadap Taib disedari sehingga Najib menjadikan tajuk-tajuk utama akhbar dengan janjinya Taib akan berundur. Namun perkataan akan itu subjektif.... Kenapa Najib takut sangat dengan Taib ?
Antara Menu utama porpular di Sarawak
Bersama salah seorang Calon PKR yang bertanding dalam PRN Sarawak, Sdr. Ishak


Beberapa jam diperuntukkan untuk membantu calon muda PKR, sdr. Ishak.... dibawa untuk diperkenalkan di beberapa kawasan pekan dan desa dalam kawasannya.
Bersama melawat perkampungan Bidayuh di Baringian.

Hadirin yang terdiri dari orang Bidayuh ketika ceramah di orang kuat PKR di Mas Gading... che'GuBard juga kena hafal beberapa perkataan Bidayuh.
Mengisi pentas membantu calon Batu Lintang, Peguam See Chee How
Antara hadirin yang hadir mendengar ceramah di Batu Lintang, ketika ceramah che'GuBard ada yang ketawa sampai jatuh kerusi.
Menanti giliran mengisi pentas di Batu Lintang
Bersama pasukan kempen di Opar, pemilik rumah ialah tentera pencen...banyak soalan yang ditimbulkan cuba dijawab....rupanya propaganda Bn sampai dan penerangan PKR jauh dari mereka....inilah peranan media perdana memesongkan rakyat.
Sibuk berkempen, tetapi sempat ziarah seorang warga emas yang tinggal bersama 2 orang anaknya yang juga OKU. Hanya mendapat bantuan RM150 bagi salah seorang anak OKU yang dipeliharanya. Dia makin uzur hanya mampu mengensot sahaja untuk uruskan rumah. Pengorbanan ibu ini menyentuh dan menginsafkan.
Sempat memberikan 'taklimat jentera' di Pejabat PKR, Mas Gading
Di Kampung Lusut Jaya, perkampungan Iban. Anak tuan rumah ini UPSR tahun lepas dapat 5A tetapi tak lanjut pelajaran sebab sekolah menengah jauh dan keluarga miskin sangat dan tak mampu. Rumah keluarga ini pula terlalu 'rapuh' tak boleh naik ramai-ramai. Tahniah dalam kampung itu ramai diugut, ramai susah dan takut...cuma beliau yang berani....

Bersama Dato' John Tenawi, salah seorang calon PKR bertemu pengundi di pasar
Sempat berbual dengan anak - anak kecil. Masa berjalan tiba - tiba dalam kampung Bidayuh yang bahasa jauh berbeza namun tiba - tiba ada sekumpulan kanak-kanak menyanyi...".jangan pandang-pandang....duduk renggang - renggang"..... bila ditanya mana tahu lagu itu dia kata baru ada konsert di kampung mereka. Bn bawa hiburan ke pelusuk kampung tapi jauhkan ilmu dari rakyat.


bersama penduduk perkampungan Melayu Islam di Piasau, Miri.....teman-teman
dari PAS Miri turut bersama.
Projek - projek segera di mana - mana, selepas p/raya dilaporkan ada
yang setengah siap ditinggal begitu sahaja.
Gunung Singai.. Sapo duk sini memang asik menyeringai.. kahkahkahkah.. Dulu penduduk kampun duduk kek gunung ni lah.
Jeti Kg. Bauh.. Dapek peruntukan RM 10k untuk pembaikan.. Tompi ni lah ghoman ey'.. Kok sey dapek la sapo kontraktor ey', memang sey lompang laju-laju.. kahkahkah
Sempat singgah beberapa jam ke DUN Berkenu
Tak kisah di mana dan macam mana ...masej harus disampaikan...
Tulisan cina tu bermaksud UBAH.... anak muda bersama perubahan !!
Duduk disebelah YB Dr Boo (Johor) menanti giliran mengisi pentas...
malam ini 25 ribu hadir di Miri...
Di Rumah Panjang di Kg Segong
Taklimat gerak kerja di UPU, ramai jentera yang masih tak tahu apa patut dilakukan... kita lemah lain kali gerak kerja kena mula awal
Bincang hasil lawatan ke kawasan Bidayuh dan tindakan susulan
sambil minum-minum di Pekan Bau
Rumah panjang ini baru diubah suai dengan peruntukan RM100 ribu, tak tahu apa yang diubah suai.... senang jadi kontraktor di Sarawak rupanya... disini ada bilik gerakan SNAP juga tak tinggal dilawati untuk menyampaikan masej... mereka kata tak tahu apa suruh buka bilik gerakan depa bukalah dapatjuga sikit2 hehe...
Baja cap Dacing jadi bahan kempen... sapa tak sokong tak dapat baja... buget Kerajaan dinikmati Bn untuk berkempen...

Taklimat Jentera

Hadirin bersorak ketika cheGuBard sedang berceramah, sememangnya mood perubahan tinggi di Sarawak

strategi maskot UBAH berjaya menarik perhatian perbagai bangsa perbagai usia...
ketelusan, kiraan wang kutipan derma disiarkan melalui cctv yang boleh ditonton oleh orang ramai
sebahagian dari 25,000 yang hadir di Miri
dari tingkap pesawat MAS wing
Antara sesi taklimat jentera yang sempat diberikan
Bertemu Baru Bian di Lapangan Terbang Miri, cheGuBard nak ke Kuching, Baru Bian nak masuk ke Bekalalan...sempat berbual perkembangan kempen terkini.
Bn agih beribu unit astro ada tempat elektrik pun tak dapat.... kepada yang duduk di Pekan nak pakai Astro bayar bulan - bulan siap naik dengan cukai kerajaan lebih baik pakai parabola...rasuah sikit semua tutup matalah...

Rumah ini hanya 30 min perjalanan dari bandar terdekat.... orang hidup susah
di kedai kopi di pekan Ulu Niah dalam majlis dialog...perbagai pertanyaan dijelaskan...
semua golongan disantuni
Hadirin di Pasar Lutong yang sempat ditemui ketika sesi ceramah umum
Kawasan Tudan, penduduk dipindahkan di kawasan ini dari tanah mereka konon un tuk sementara 10 tahun lepas. tanah mereka diambil, tiada tanah ganti ...mereka tersadai di penempatan sementara yang longkang pun tidak ada...bila hujan lebat pasti banjir.

1 comment:

  1. Anonymous2:39 PM

    Tahniah Bard teruskan usaha gigih kau, kau memang gigih ... hebat... insyallah suatu hari masa kau akan sampai... den harap kau akan jadi YB Rembau lepas ni... dongar citor KJ dah hancur kek Rombau... Mat Hassan dah tutup peluang, ini peluang kau Bard..

    kau jangan gusar pasal video DSAI tu... terus terang bard... senjata makan tuan, rakyat tahu itu cito banggang... tak betulllllll akhirnya rakyat makin menyampah....

    Kawan lamo

    ReplyDelete