Monday, January 24, 2011

Pemimpin Bn terus membazir wang rakyat


Pilihanraya ialah urusan parti bukan urusan kerajaan. Maka sebarang bentuk penggunaan dana kerajaan (baca: wang rakyat) adalah salah dan satu bentuk pecah amanah.

Pada pagi hari penamaan calon dua buah helikopter telah mendarat di padang SMK Kamarul Arifin berhampiran pekan Labis. Helikopter tersebut tertera logo TUDM dan Bendera Malaysia, kelihatan ramai juga yang memakai seragam TUDM di kawasan tersebut.

Menurut orang kampung yang berkumpul di luar pagar sekolah mengambil kesempatan melihat helikopter mewah tersebut mengatakan yang ada orang turun helikopter tersebut terus naik konvoi kereta - kereta besar siap dengan iringan polis.

Berapa puluh ribu atau ratus ribu habis bayar kos helikopter, kakitangan, konvoi besar hanya untuk pastikan Pak Menteri hadir penamaan calon di pekan Labis.

Ketika sama budak - budak Umno bangga dapat RM10-RM30 satu malam upah buat bising usung bendera Bn.

Dalam satu perkembangan lain selepas penamaan calon terus ke kawasan sekitar Pekan Ayer Panas dan Kg Tenang untuk temui dan bersembang dengan pengundi-pengundi muda. Jumpa seorang pakcik yang melontar kata-kata yang harus difikir dalam dalam.

Pak cik itu sambut dengan kata-kata "masuk je salam semua orang dalam kedai ni, baik Umno ke Pas ke Adil ke....kita semua orang Melayu.....Melayu tak makan orang lain le bangsa kat Afrika yang ada makan orang tu..."

che'GuBard terus salam, peluk dan duduk sebelah pakcik tu untuk sembang. Katanya "Pak cik ni dulu undi Bn tapi sekarang tak tentu lagi....lepas tengok hancur bangsa kita ni pecah belah oleh kerana tamak nak kekal kuasa..."

"Umno ajak Melayu bersatu tapi dia yang pecahkan Melayu"

Antara contoh katanya "Kau tengok masa Chua Jui Meng datang Pekan Ayer Panas kawasan cina ada Mca datang hantar orang bising-bising dan ganggu ceramah ?"

"Tapi masa Nuar Berahim datang Kg. Tenang dekat beratus budak muda Umno upah naik motorsikal buat bising.... Kau faham apa aku cakap...." jelasnya.

"tapi masalahnya Umno yang atas tu oklah bayar sebab nak kekal kuasa tapi yang bawah ni bebal sangat kenapa ? " katanya dengan nada keras dan kuat.

Dalam kedai tu ramai juga orang pakai baju Bn termasuk budak muda semua tunduk.

Sah pakcik ni otai kampung ni yang ramai segan. Lepas tu SAMM terus bawa anak-anak muda sekitar mandi jeram dan sembang-sembang.... banyak juga masalah yang mereka luahkan.

Lepas mandi, lepas Asar kami sama buat BBQ dan sembang petang anak muda ramai datang dan maaf makanan habis dan tak cukup.

gambar-gambar boleh tengok di http://edyesdotcom.blogspot.com dan http://solidaritianakmuda.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment