Wednesday, December 01, 2010

SAMM ajak semua bersama dalam Pesta Merah 5 dis ini

Solidariti anak muda malaysia (SAMM) sebuah gerakan anak muda non structural yg yakin dengan penyusunan anak muda ke arah kebangkitan mendesak perubahan, telah memutuskan akan bersama dengan YAB Menteri Besar Selangor dalam satu himpunan aman bagi mengadap DYMM SPB YG Dipertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda tuanku dalam isu hak air rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan KL.

Syabas sebuah syarikat ciptaan regim yang terlalu kaya sehingga gaji CEO nya TanSri Rozali menjangkau RM425 ribu sebulan (itu belum masuk perbagai elaun keistimewaan) hanya dengan memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat.

Bukan sahaja kenaikan harus ditolak tetapi Air seharusnya dikendalikan oleh kerajaan bagi pihak rakyat.

Himpunan aman merupakan hak rakyat. Rekod setakat ini himpunan aman hanya menjadi kacau dan menyebabkan gangguan trafik teruk apabila melibatkan gangguan pihak polis.

SAMM sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi untuk bersama memastikan himpunan aman ini lancar. Sekurangnya 50 org 'marsyal demo' yang berpengalaman akan diturunkan bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang kejadian tak di ingini. Mereka ini berpengalaman sejak 1998, mereka ini terdiri dari yang pernah mengendalikan himpunan bersih,kesas dll. Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut. Maka petugas SAMM akan menbantu dan bergabung dengan mereka.

Samm menyeru semua anak muda untuk turun bersama atas semangat ketuanan rakyat mempertahankan hak asas. Ini juga kali pertama dalam sejarah himpunan anjuran kerajaan negeri.

Seharusnya semua anggota JKKK, ahli majlis dan jentera bawah kerajaan negeri harus hadir bersama mengiringi Menteri Besar. Semua ADUN tidak harus gagal hadir demi pertahan hak rakyat.

Difahamkan kerajaan negeri sudah berhubung dengan pihak istana. Acara 5 Dis 12tgh itu ialah praktik membesarkan institusi beraja, rakyat mengadap raja mengadu masalah... Siapa yg mengganggu urusan rakyat mengadap raja boleh dikira derhaka.

SAMM juga merafak sembah ke atas DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong ke atas keperihatinan baginda menerima rakyat mengadap. Begitulah seharusnya hubungan raja dan rakyat. Ingat ketika Malayan Union dipaksa kpd bumi ini yang bakal menelan kuasa raja, rakyat bangkit membela.. Maka sewajarnya bila rakyat derita pertahan hak air sebagai hak asas semua pintu istana yang terbuka amat bermakna.

Kesudian tuanku mencemar duli membuka pagar istana utk rakyat mohon mengadap amat dihargai dan sama sekali menghapuskan pandangan persepsi negatif bahawa raja melayu merupakan institusi yang tidak bermaya.

PDRM dipercayai akan bertindak lebih waras lagi terutama selepas keputusan mahkamah tinggi Kuala lumpur yang membebaskan tertuduh himpunan bersih dengan kenyataan hakim yang menyatakan masjid negara tempat awam dan orang ramai bebas berkumpul.

Ayuh semua datang raikan pesta kuasa rakyat. Warna tema kali ini merah. Datang dengan baju merah,belon merah,payung merah pendek kata serba merah.

Jumpa di sana.

che'GuBard
Penyelaras/pengasas SAMM
1 dis 2010

6 comments:

  1. aku sokong mana yg betul. kalau ko nk hantar memorandum pasal air tu ke tuanku sultan sgor, tolong bwk sekali memorandum ttg bagaimana keraaan sgor menjahanamkan wang yayasan sgor, tentang jual pasir kt sgor, ttg ybk. aku rasa ko kena jumpa ngo gaps utk dptkan maklumat ttg penyelewengan kerajaan pr kt sgor. aku hrp ko tidak hipokrit, sebab perjuangan reformasi adalah perjuangan menentang ketidakadilan, x kiralah bn ke pr. hidup reformasi!!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:25 PM

    sdr ialah ketua amk yg 'gagal' keadilan miliki.... saya cadang sdr keluar dan bina platform yang lebih sesuai dgn iltizam sdr

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:44 PM

    Bekas MPP Keadilan dan calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, Badrul Hisham Shaharin di beritakan akan meninggalkan PKR setelah berhempas pulas memimpin parti itu dan juga menerajui gerakan reformasi.

    Chegubard yang lantang dalam isu-isu khususnya Altantuya dan amat agresif dalam reformasi jalanan diberitakan akan meninggalkan perjuangan PKR. Sumber mengatakan Badrul telah dijanjikan Anwar Ibrahim jawatan tinggi (merujuk kepada ucapan Anwar Ibrahim pada konvensyen PKR baru-baru ini) dalam Parti Keadilan Rakyat sungguhpun tewas dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan tetapi menolak tawaran tersebut.

    Badrul baru-baru ini menjadi tumpuan bila surat yang ditujukan kepada Parti Keadilan Rakyat mengenai kepincangan pemilihan mengakui bahawa surat itu adalah surat beliau tetapi BUKAN untuk tatapan umum, hari ini dikatakan tidak menghadiri konvensyen parti Keadilan baru-baru ini. Tindakan tidak menghadiri konvensyen itu menguarkan spekulasi bahawa Badrul Hisham akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat. Sumber – sumber lain apabila ditanya oleh www.umno-reform2.com mengatakan bahawa hubungan dengan Badrul terputus sejak hari kedua Konvensyen.

    Meninggalkan perjuangan PKR juga dikatakan akan memberi impak kuat kepada gerakan reformasi jalanan PKR. Badrul begitu aktif dalam menyertai demonstrasi jalanan dan dikatakan adalah pejuang reformasi radikal jalanan. Sumber lain turut memaklumkan bahawa Badrul mendapat sokongan beberapa aktivis reformasi yang lain dan semestinya gerakan reformasi jalanan akan terganggu akibat penarikan diri Badrul dari PKR. Setakat ini masih tidak jelas sama ada Badrul akan menyertai UMNO sungguhpun desas desus itu sudah mula kedengaran.

    Pihak kami turut dimaklumkan Badrul yang agak rapat dengan kami sebelum ini tidak dapat dihubungi untuk tujuan memberi komen mengenai kedudukan beliau dalam PKR. Selain dari itu ramai mereka yang berada dalam PKR mengakui bahawa terdapat kepincangan dalam pemilihan untuk semua jawatan khususnya Ketua Angkatan Muda dan Timbalan Presiden. Mereka mengatakan Anwar Ibrahim melanggar semua ruangan semata-mata untuk menjayakan Azmin Ali serta kumpulan mereka.

    Azmin yang sering mendapat perhatian emas Anwar Ibrahim dikatakan adalah punca bagi mereka yang meninggalkan PKR dan keadaan ini dikatakan amat berlarutan. Ke mana Badrul Hisham Shahrin akan tuju sekiranya beliau meninggalkan PKR. Adakah UMNO pilihannya?

    SUMBER WWW.UMNOREFORM2.COM

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:10 PM

    Usah goyah dan gentar dgn bisikan halus wahai Che Gu Bard... Kewibawaan mu terserlah.. Ramai yg mengagumi bakat/sikap serta ketrampilan kamu dlm mendokong anak muda ke arah reformasi. Anda adalah ikon anak muda.. suara anda suara keramat.. pendirian anda yg turut membantu parti walaupun anda kalah dek kerana 'sebab tertentu' amat dikagumi.. tidak mustahil suatu hari nanti anda antara yg duduk di kerusi parlimen/dun dlm memperjuangkan nasib rakyat dan anak muda.. Muga Allah memberkati usaha kalian.. Adios - Anak Muda Sri Tmn Baru Ampang

    ReplyDelete
  5. Anonymous8:14 PM

    atas ni saje je provoke...dah kepala umno tu, ngaku je la..

    pada cikgubard, teruskan perjuangan rakyat bersama PR!!!!

    ReplyDelete
  6. Anonymous3:53 PM

    "Siapa yg mengganggu urusan rakyat mengadap raja boleh dikira derhaka."


    LOL.

    Abis tu...yang bergolek tengah jalan sambil pegang bendera kat perak dulu? Apa kemendanya? Hhahahahahaha...

    Hipokrit!

    ReplyDelete