Monday, November 22, 2010

Tidak Wajar Label Pengkhianat Kerana Tegur Dan Kritik Parti

Tidak Wajar Label Pengkhianat Kerana Tegur Dan Kritik Parti

imej drp malaysiakiniUmno dan B-end setiap hari serang Anwar sebab Anwar adalah musuh mereka yang paling mereka geruni. TV3 suku dan RTM serang Anwar itu perkara biasa tetapi jika puji Anwar itu luar biasa namanya. Anwar dituduh pengkhianat, ejen asing, ejen yahudi, ejen Amerika, tak kenang budi dan berbagai-bagai lagi hanya kerana Anwar berani menegur dan mengkritik ketempangan dan penyelewengan kerajaan Malaysia.
Benarkah semua tuduhan itu terhadap Anwar? Jawabnya sudah pasti tidak kerana sayangkan negaralah Anwar tegur dan kritik kerajaan umno b-end sebab itu Anwar lancarkan slogan "SELAMATKAN MALAYSIA"
Berbalik kepada pemilihan Keadilan 2010, mengapa kecoh sangat? Mengapa riuh sangat? Apakah yang sedang berlaku sebenarnya? Benarkah berlaku penipuan atau mereka yang bertanding tidak boleh terima kekalahan? Mengapa mereka tegur dan kritik parti sendiri?
Adakah dengan menegur dan kritik akhirnya mereka juga dilabel sebagai pengkhianat dan ejen umno b-end. Jika itu jawapannya, apa beza tindakan umno b-end melabelkan Anwar sebagai pengkhianat kerana menegur dan mengkritik kerajaan dengan tindakan Keadilan yang melabelkan mereka yang berani menegur dan mengkritk kepincangan parti sebagai pengkhianat dan ejen umno b-end?
Tindakan ahli parti bertindak mengadakan demo di depan pejabat parti adalah tidak wajar. Gunalah saluran dalaman dahulu dan kita amat berharap pimpinan parti juga tidak dilanda sindrom "NAFI".
Tindakan mereka yang mengugut akan keluar parti beramai-ramai juga adalah tindakan yang terlampau. Tak perlu ugut nak keluar parti. Jika nak keluar, silakan parti tak pernah menghalang. Tetapi dalam masa yang sama pimpinan parti wajib ambil tindakan terhadap aduan dan bantahan mereka dan hendaklah menubuhkan "Badan Siasatan Aduan"
Tindakan mereka di atas berbeza dengan tindakan Chegubard yang juga pernah beberapa kali menghantar bantahan dan aduan kepada pimpinan parti dan juga telah bertemu dengan Presiden Parti Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Dato' Fauzi.
Semalam Malaysiakini telah menerbitkan artikel Laporan Pemilihan: Ada 'campur tangan serius' Anwar.
Chegubard ketika dihubungi Malaysiakini mengakui ia salinan surat sebenar yang ditulisnya tetapi ia bukan aduan pertama. Bagaimanapun, katanya, surat itu seharusnya tidak didedah pada umum.
Tukar Tiub juga pernah terbitkan laporan aduan ini tetapi telah dikeluarkan semula beberapa jam selepas itu namun Malaysiakini telah 'pick-up' laporan tersebut di sini dan di sini.
Chegubard juga telah dihubungi Agendadaily dan ini jawapan Chegubard. “Saya tidak nafi surat itu wujud, tapi saya tidak mahu layan Agendadaily kerana selalu tidak beri ruang yang adil kepada Pakatan Rakyat,” Itu komen calon Ketua Angkatan Muda PKR Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi lewat petang Isnin untuk mengulas suratnya mengenai kepincangan pemilihan PKR yang bocor.
“Surat tersebut bukan untuk tontonan umum. Saya memang ada menulis bukan sekali, banyak kali tetapi hingga kini tidak ada jawapan. “itu sahaja jawapan saya, saya tidak mahu ulas panjang kerana menjaga disiplin parti,” kata beliau sebelum meletak telefon. Selanjutnya di sini.
"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat muka surat itu.
"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan."
Ada dua persepsi di sini. Pertama adakah berlaku penipuan dalam pemilihan atau yang kedua adakah mereka yang bertanding tidak boleh terima kekalahan?
Chegubard dalam kempen terakhirnya di Johor menjawab berbagai soalan dan kepincangan yang berlaku dalam pemilihan, katanya "Anwar adalah pemimpin yang paling layak menjadi Perdana Menteri dan Parti Keadilan Rakyat adalah yang parti yang sesuai oleh anak muda. Oleh itu jangan ada tindakan yang melampau dan semua harap bertenang dan bersabar, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan sudah laporkan segala kepincangan dan bukan soal siapa menang atau siapa kalah tetapi soal ketelusan itu wajib dilaksanakan dan berharap pimpinan parti akan ambil tindakan terhadap laporan".
Kesimpulannya adalah tidak adil dan tidak wajar jika umno dan b-end melabelkan Anwar sebagai pengkhianat dan ejen asing hanya kerana Anwar menegur dan kritik kepincangan dalam kerajaan dan begitulah juga dengan Chegubard. Adalah tidak adil dan tidak wajar melabelkan Chegubard sebagai pengkhianat dan ejen umno atau ejen Zaid hanya kerana menegur dan kritik kepincangan dalam parti.
Tidak timbul soal Chegubard tidak terima kekalahan tetapi soal ketelusan dan kepincangan itu wajib disiasat segera demi untuk "SELAMATKAN PARTI KEADILAN RAKYAT".
Kemenangan sebenar adalah kemenangan untuk menumbangkan umno dan b-end dalam PRU-13 yang dijangka akan berlaku dua minggu sebelum Tahun Baru Cina tahun 2011. Sehubungan dengan itu, sokonglah Pakatan Rakyat untuk "SELAMATKAN MALAYSIA".

Amizudin Ahmat (Din Binjai)

5 comments:

  1. Anonymous1:04 AM

    nak selamatkan malaysia? peehhhhhh

    ReplyDelete
  2. sokong sangat.....sebab sayangkan parti kita kritik demi kebaikan dan keutuhan perpaduan bersama PR...Dato' Seri n pemimpin pkr yang lain haru diingatkan sentiasa kerana manusia tidak ma'sum..selalu tersasar dalam pertimbangan...selalu khilaf dalam keputusan...Anak Muda paling sesuai untuk menegur...kembali kepada prinsip perjuangan..InsyaAllah kemenangan bergaya di PRU 13.......utamakan permasalahan rakyat...itulah penentu halatuju ke Putra JAya...aku sokong chegubard...

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:04 PM

    Saya amat hairan dgn ahli ahli PKR yg begitu komited terhadap perjuangan Anwar Ibrahim, sedangkan rakyat Malaysia yg lain telah mengalih pandangan kearah lain yg lebih berfaedah. PKR dan Anwar Ibrahim adalah satu wadah yg kalah dan akan hancur berkecai. Tiada insan yg waras mempercayai dan menaruh harap kpd Anwar Ibrahim lagi. Kreditbiliti beliau sudah punah dan masyarakat kini menggangap beliau hanya layak bertanding utk Raja Lawak dan hanya mampu membawa pembangkang ke PUDURAYA sahaja instead of PUTRAJAYA. Kepada Saudaraku Cikgu Bard, sudah sudah le tu, tinggalkan le kerja sia sia ini, anak kita masih kecil lagi, perlukan pembelaan, cari le kerja yg halal utk menyara anak isteri kita. Parti ni bukan utk org baik baik mcm kita...kita org ada agama dan harga diri...tolong lah Bard

    ReplyDelete
  4. Anonymous4:09 PM

    apa pa pun KOrang nak begasak aku x kesah yang penting PRU13 kita tawan Putra Jaya

    ReplyDelete
  5. Anonymous4:44 PM

    Syabas Cikgu Bard. Jika tidak ada penyelewengan
    anda telah menang. Tapi, apakan daya, Parti PKR
    Parti Kencing Rakyat, jadi musnahlah kebenaran..

    ReplyDelete