Sebelum bercakap soal ideologi atau memilih barisan menteri untuk memasuki Putrajaya kita seharusnya sedar 3 perkara penting yang bakal dihadapi dalam masa terdekat
- Anwar akan kembali ke penjara
ketakutan Najib terhadap Anwar sebagai kuasa penyatu rakyat akan menyebabkan Najib tidak sanggup berdepan dengan pilihanraya dengan Anwar sebagai Janeral PR.
- Kejatuhan Ekonomi dunia
USD 1 trillion gagal menyelamatkan ekonomi US. Kali pertama dalam sejarah negara boleh bankrup spt Iceland, Greace. Malaysia yang boros sudah tentu akan terima akibat. Krisis ekonomi merupakan peluang dan ruang menukar regim.
- Krisis perkauman
Protes rakyat kerana ketidak adilan undang -undang dan keperitan akibat kejatuhan ekonomi akan cuba dialihkan dengan krisis perkauman yang dicipta regimUntuk mencipta kebangkitan kerana Anwar ditahan (ketidak adilan dan kekejaman regim), untuk mencuri peluang menukar regim kerana kejatuhan ekonomi, untuk mendepani dan mematahkan ciptaan krisis perkauman maka kita memerlukan satu barisan anak muda progresif yang siap.
Adakah kita bersedia ? Hakikat kini KEADILAN ada 222 cabang. AMK ada di 163 cabang. Namun hanya sekitar 50 cabang saja mampu hantar pencalonan lengkap (Ketua, Timbalan,3 Naib dan 15 AJK). Maknanya sebelum memasuki tempoh krisis AMK sudah memasuki zon cemas. Ini berlaku kerana banyak faktor.
Sehubungan dengan itu perlu ada sasaran tumpuan iaitu :
- mempersiap jentera di 50 kawasan tumpuan (termasuk tumpuan khusus di 30 kawasan parlimen yang telah dimiliki)
- tingkat daya tahan AMK,tumpuan gerak kerja mobilisasi, tumpuan daftar pemilih dan seumpamanya
- mempertingkatkan daya tarikan AMK dikalangan anak muda dengan responsif terhadap isu semasa dengan lenggok gaya anak muda
- Kongres AMK Negeri
- Latihan dan pengkaderan
- Penjanaan Ekonomi
- Perubahan imej radikal
- Akedemi Anak Muda Malaysia
Sehubungan dengan itu kami memohon untuk semua sama memberikan sokongan dan dokongan tidak berbelah bagi demi memperkasakan AMK. Politik Baru berasaskan pemberdayaan Anak Muda.
(cetak dan sebar)
No comments:
Post a Comment