Saturday, June 12, 2010

Umno-BN Gentar Pendekatan Pakatan Rakyat Memakmurkan Institusi Masjid

Sidang media di depan Balai Polis Bayan Baru

BAYAN BARU 12 Jun - Umno-Barisan Nasional yang telah menyalahgunakan masjid sejak lebih 50 tahun memerintah bagi tujuan politik murahan kini tidak dapat menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat telah membawa pendekatan berbeza yang memakmurkan institusi keagamaan selari dengan ajaran Islam.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shahrin a.k.a CheGuBard, Pakatan Rakyat mahu menyuburkan perkembangan institusi masjid sebagai salah satu tempat untuk menyebarluaskan mengenai kefahaman Islam kepada semua golongan masyarakat.

Umno-BN bagaimanapun menggenakan pelbagai halangan untuk menyekat objektif ini termasuk membuat ugutan sebagaimana yang berlaku kepada Ketua Penerangan KEADILAN Bayan Baru, Rashid Hasnon selepas beliau menjemput Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah di Masjid Bayan Baru 6 Jun lalu.

Surat ugutan yang ditulis tangan dan tidak bernama itu mengugut Rashid supaya berjaga-jaga kerana tindakan beliau membawa Anwar ke masjid itu.CheGuBard berkata Umno-BN merasa tidak senang dengan penerimaan masyarakat Islam terhadap kepimpinan dan ketokohan yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Pwermatang Pauh itu dalam memperjuangan isu berkepentingan negara dan rakyat.

"Sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat saya sentiasa menyokong untuk meneruskan kebebasan menggunakan masjid ini untuk berpolitik. Sejak zaman Nabi lagi masjid telah dimartabatkan untuk pemerintahan sehinggalah ia menjadi satu keperluan dalam masyarakat Islam pada waktu itu.

"Sekiranya ada dikalangan kepimpinan Umno-BN yang merasakan mereka layak dan mampu untuk memberi khutbah dan memberi tazkirah maka peluang tersebut kita buka seluas-luasnya kepada mereka. Politik dalam masjid harus diteruskan tanpa menggunakan politik kepartian yang memecahbelahkan umat Islam," kata beliau pada sidang media diperkarangan Balai Polis Bayan Baru semalam.

Rashid yang ditemui pada sidang media yang sama berkata oleh kerana surat ugutan tersebut mengancam keselamatannya maka laporan polis terpaksa dibuat bagi memastikan keselamatannya terjamin.

"Segala ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus berjuang melalui saluran yang betul kerana masjid adalah salah sebuah institusi yang amat dihormati dan disanjungi umat Islam. Oleh kerana itu kita juga menyedari perlunya keterbukaan minda dalam menggunakan masjid sebagai satu platform untuk berdakwah dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat," katanya.

Sementara itu Setiausaha KEADILAN Pulau Pinang yang Senator Mustafa Kamal Mohd Yusoff menyelar pihak yang mengedarkan surat ugutan yang tidak bertandatangan itu sebagai tidak berprinsip dan pengecut.

"Jika mereka orang yang benar dan berani kenapa perlu buat surat layang dan ugutan.Ayuh berjumpa dengan kita dan berbincang sedangkan kebenaran telah pun kita perolehi daripada pihak yang mentadbir masjid ini untuk menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelas Mustafa Kamal.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu Bard.

    Poltik dibolehkan didalam masjid tetapi takrif dan pemahaman politik itu mesti jelas dan menyeluruh.

    Kepada Chegubard dan rakan-rakan yang lain,anda semua boleh melawat blog saya http://kalammindamuiz.blogspot.com/.anda boleh menjadi pengikut blog saya dan boleh memberi komen di blog saya.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:02 AM

    Rasullullah juga seorang ahli politik.... yg tak boleh dlm masjid ialah politik kepartian... mcm contoh Umno buat baca yassin utk calon india MIC hulu selangor itu politik kepartian... tapi kalau program tak sebut apa parti dan nasihta org ikut landasan lurus apa salah ...? tak kisah lah parti umno ke pas ke apa parti ke

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:01 PM

    salam,masjid adalah segalanya bagi umat islam,dari lahir hingga mati oleh itu ELOK KITA PAKAT RAMAI 2 MENGIMARAHKAN MASJID.

    ReplyDelete