Laporan Polis
7 Mac 2010
Saya.Jordan Kee Yu Wah no. kad pengenalan xxxxxx xx xxxx dengan ini ingin membuat laporan polis
Laporan Polis ini dibuat ke atas laman blog pro Umno yang secara jelas memainkan sentimen perkauman dan menyiarkan gambar yang lucah dengan tujuan sengaja menghina.
Contohnya dalam satu artikel berkenaan dengan Demonstrasi Pemuda Bn di depan kedutaan Australia, penulis blog marah apabila MCA dan Gerakan tidak turut serta dengan memberi komen menghina kaum cina yang kononya orang cina tak cintakan negara. Bukan semua masyarakat cina, orang Mca atau Gerakan. Mca dan Gerakan tidak sokong Khairy, itu masalah politik Bn bukan masalah negara. Sebaliknya penulis cuba menutup masalah Bn dengan memainkan sentimen perkauman melampau.
Laman – laman tersebut juga turut terlibat menyiarkan gambar – gambar lucah. Gambar – gambar tersebut dengan jelas telah diubah suai untuk tujuan menghina.
Untuk tujuan memudahkan penyiasatan pihak polis boleh mengakses
http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=641&Itemid=58#JOSC_TOP dan
http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=645&Itemid=58#JOSC_TOP
Laman Umno Reform sebuah laman yang juga pro Umno telah menyiarkan dua artikel yang mengkritik tindakan 'akal sempit' sekumpulan laman yang dikatakan didalangi kumpulan tertentu pemuda Umno (yang anti Khairy).
Tindakan segera harus dilakukan. Laman blog pro Umno ini semakin gila memainkan sentimen perkauman dan menggunakan gambar yang diubah suai dengan unsur lucah yang amat tidak sesuai jika ditonton oleh remaja dan kanak – kanak, kegilaan mereka semakin meningkat seiring dengan masalah politik dalaman Umno dan Barisan Nasional.
Sekian laporan saya
Jordan Kee Yu Wah
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Sunday, March 07, 2010
Laporan Polis terhadap blog Umno hina kaum dan lucah
berikut ialah salinan report yang akan dibuat jam 11.30 pg nanti di Balai Polis Sg.Nibong, P.Pinang.
Video ni memaparkan 1Malaysia yg sebenar-benarnya:
ReplyDeleteKlik di sini.
Selamat sejahtera Chegubard,
ReplyDeleteCuma ingin berkongsi satu tulisan mengenai pembalakan yg penuh korupsi di Sarawak yang mungkin saudara mahu terjemahkan sedikit utk tujuan pilihanraya di Sarawak nanti. Tulisan ini boleh didapati di sini.