Majlis Zikir dan bacaan Ya'sin Munajat yang di imamkan oleh Ust Badrul dimulakan sekitar jam 10 pagi di perkarangan Mahkamah
Pada 18 Mac yang lalu SAMM telah berjaya mengadakan Majlis Zikir dan Ya'sin Munajat di luar Mahkamah sementara kes perbicaraan DSAI berlansung. Majlis yang di imamkan oleh Ust. Badrul Amin ini telah diikuti lebih 70 orang penyokong yang hadir yang kebanyakanya ialah aktivis SAMM dan ahli KEADILAN dari Rembau yang digerakkan untuk hadir pada hari tersebut.
SAMM turut menginfaqkan/menghadiahkan 70 surah Yasin percuma kepada yang menyertai majlis tersebut.
Majlis ini diadakan sebagai tanda 'penyerahan' kepada Allah memohon DSAI diselamatkan dari fitnah dan perancangan konspirasi jahat lalu seterusnya memohon agar Malaysia diselamatkan.
SAMM mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan menjayakan majlis tersebut.
SAMM juga merakamkan rasa kecewa dengan 'cacian' terutamanya dari bloggers upahan pro Umno yang mencaci majlis tersebut. Sedarlah walau apapun kita sama makhluk kejadian tuhan dan seharusnya kepada Allah jua kita memohon.
No comments:
Post a Comment