When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Wednesday, January 13, 2010
Ke mana GERAK dan Nazree selepas ini ?
Banyak sms dan email diterima sejak semalam. Maklumatnya Nazree hendak meletakkan jawatan sebagai pengerusi GERAK.
che'GuBard kenal lama Nazree, dia banyak bantu che'GuBard dalam gerakan muda hinggalah ke pilihanraya. Cuma selepas beliau menyertai GERAK sebagai pengerusi banyak tindak tanduknya yang seolah gagal che'GuBard fahami. Sejak itu kami mula saling menjauh.
che'GuBard sayangkan GERAK kerana pernah bersama membidankan kelahiran satu gerakan anak muda pro demokrasi dan anti rasuah namun semuanya seolah tawar kerana beberapa perkara. che'GuBard sayangkan Nazree sebagai anak muda yang idealistik dan progresif.
Namun setelah cerita ini keluar ke mana Nazree dan GERAK ?
Mohon Nazree hubungi segera..... yakinlah Nazree Umno itu hanya berubah solekanya.....busuk tetap serupa.... jika saudara mahu ke sana...seperti ucapan cheGuBard kepada Ezam.... selamat jalan.... kita masih kawan.
Sekurang kurangnya kita semua hormati keputusan bersama untuk masuk politik GERAK perlu kekal bebas.
rasanya nazree nak aktif dlm pas lepas ni
ReplyDeleteCheGuBard,Saya mengikut perkembangan blog anda sejak 1 tahun lepas, sangat menarik dan benar anda dapat membuka minda pembaca.Namum sebagai kaum India saya merasakan,tidak banyak program diadakan atau ditumpukan. Kami kaum India di Rembau sudah muak dengan MIC,Ketua Bahagian MIC Remab VS Mogan,merangkap ADUN Jeram Padang kaki rasuah. baru jadi ADUN,sudah beli rumah besar,sudah pulak rumah itu di upgrade jadi macam rumah Samy Vellu, baru saya beli kereta KIA Sorento,tanah orang pun disebat,duit peruntukan kami semua masuk poket dia seorang je. Kalau CheGuBard nak berbuat sesuatu untuk kaum India di Rembau,tangkapkan orang ini dan laporkan ke BPR,biar orang India tau MIC penuh dengan orang orang tukang curi. Kami sokong Keadilan.
ReplyDelete