Muhamad Iqbal
Tmn Tuanku Jaafar
71450 Seremban.
Pengarang Harakahdaiy
Bloggers pro PAS
Tuan,
ISU: ADUN LENGGENG, NEGERI SEMBILAN LANTIK KETUA KAMPUNG LUAR KAWASAN
Berikut ialah isu yang panas diperkatakan oleh ahli-ahli UMNO bagi Dun Lenggeng(N09) dalam Parlimen Seremban mengenai Ahli Dewan Negeri Lenggeng yang mencalonkan ketua-ketua kampung dari penyokong-penyokong beliau yang duduk di luar kawasan.
Mengikut maklumat yang boleh dipercayai* dari beberapa pimpinan Cawangan UMNO di sini, mereka melaporkan bahawa Ketua UMNO Bahagian Seremban iaitu Datuk Ishak Ismail telah menempelak ADUN Lenggeng YB Mustapha Salim yang memainkan peranan dalam melantik ketua-ketua kampung yang menetap di luar kawasan. Beliau juga dilaporkan terkejut menerima peringatan dari orang-orang YB Mustapha Salim yang melarang beliau memberi ceramah dalam kawasan Lenggeng.
Sebagaimana yang sedia dimaklumi, Datuk Ishak Ismail adalah tokoh UMNO pro Tan Sri Isa Samad yang masih mengekalkan kerusi Ketua Bahagian Seremban. Beliau adalah tokoh kontroversi yang memeningkan YAB Datuk Seri Muhamad Hassan. Dalam perebutan kerusi peringkat Bahagian yang lalu, telah berlaku kekecohan yang menyebabkan beberapa perwakilan cedera akibat dibaling dengan kerusi.
Manakala YB Mustapha Salim adalah salah seorang wakil rakyat UMNO yang dalam siasatan pihak SPRM kerana dituduh menerima rasuah RM3,000 dari seorang kontraktor dan pihak berkenaan dikatakan telah memerangkap beliau ketika suapan itu berlaku. Malangnya, kes rasuah itu telah berlarutan sekian lama dan beberapa pihak mempertikaikan kewibawaan SPRM menangani kes ini.
Seorang ahli veteran PAS Jempol, Cikgu Abu Hanifah mempercayai kelewatan menangani kes rasuah itu ada kaitan dengan sumbangan kewangan Menteri Besar kepada Badan Sukan SPRM negeri.
“ Saya mendapat maklumat, MB sekarang sedang ditekan oleh kumpulan Isa Samad dan tidak mustahil satu rombakan luar biasa yang berlaku tidak lama lagi” dakwa beliau.
Kalangan UMNO pula begitu cemas jika bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad akan kembali mengambil pucuk pimpinan negeri dan Muhamad Hassan dikatakan akan ditarik ke Pusat untuk mengendur keadaan haru-biru dalam kepimpinan UMNO negeri sekarang. Beberapa rombakan yang melibatkan masa depan Ahli Parlimen dari negeri ini juga hangat diperkatakan.
Sekian, harap mendapat perhatian pihak Harakah dan Bloggers semua.
Pelapor,
Pahat Pusako
http://pahatpusako.blogspot.
com
nota: pimpinan UMNO Cawangan yang membekalkan maklumat ialah Ustaz Nayan dari Taman Tuanku Jaafar Seremban yang pro Datuk Ishak.
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Tuesday, December 01, 2009
Dari eMail Pembaca :Pergolakan Umno Seremban
berikut ialah email yang diperolehi dari pembaca blog ini, terpulang sesiapa nak menilai. che'GuBard perturunkan semua dari email tersebut di sini.
SALAM.
ReplyDeleteBEGITULAH NASIB DATO ISHAK DI LENGGENG.SIAPA TAK KENAL MUSTAPA SALIM.KONON NYA DULU KATA DATO' PENGANTI BELIAU DILENGGENG.KALAU LAWAN MUSTAPA SAMA LAWAN DIA.TAPI MUSTAPA JADI YB IKUT PINTU BELAKANG YANG BUKAN PILIHAN BAHAGIAN...TERIMA KASIH DATO' KERANA MENGAJAR YB MUSTAPA ILMU POLITIK KOTOR. YANG SEKARANG NI MURID DAH LAWAN GURU.