Wednesday, October 07, 2009

Umno pelindung tanah Melayu ?


Benarkah Umno pelindung tanah Melayu ?


Berita Harian 18 Julai 2009REMBAU: "Kami hanya mahu ganti rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta sebenar. Jangan aniaya kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk Amat.Beliau mewakili penduduk Kampung Waris Tebat, Kampung Chua Hilir dan Kampung Chembong Halt yang tidak berpuas hati dengan bayaran pampasan berhubung pengambilan tanah adat mereka untuk projek pembinaan landasan kereta api elektrik berkembar Seremban-Gemas bernilai RM3.45 bilion.
Chik Tak mendakwa, bayaran pampasan yang dinilai oleh jurunilai tanah pihak berkuasa tidak munasabah kerana terlalu rendah sehingga 50 peratus di bawah penilaian yang dibuat oleh jurunilai yang dilantik pemilik tanah."Bayaran RM1.20 hingga RM2.80 kaki persegi yang dibayar atas pengambilan tanah kami belum cukup untuk mendirikan rumah baru.
Jadi, kami berharap penilaian semula tanah dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang kampung," dakwanya.Beliau berkata demikian selepas bertemu dan mengemukakan masalah bayaran ganti rugi tidak setimpal yang diterima penduduk kampung yang terbabit dalam projek itu kepada Ketua Umno bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail di rumahnya, di sini.Chik Tak mendakwa, penduduk juga kesal dengan cara pihak terbabit dalam projek itu mengambil tanah penduduk yang tidak mengikut prosedur yang betul kerana majoriti penduduk masih belum menerima borang berkaitan proses pengambilan tanah."Kami juga tidak diberi pendedahan secukupnya untuk membincangkan masalah pengambilan tanah dan rumah oleh kerajaan dan pihak berkaitan," dakwanya.Seorang penduduk, Ismail Alias, 67, berkata pihaknya kesal dengan sikap tidak beradab pihak kontraktor yang sudah mula melakukan kerja mencedok tanah di rumahnya tanpa memberi notis pemberitahuan.
"Saya tidak diberitahu kawasan rumah saya turut terbabit dalam projek ini. Sepatutnya, hendak masuk rumah orang, berilah salam dulu. Ini tidak, terus melakukan kerja tanpa bertanya dulu kepada tuan rumah," katanya.Seorang lagi penduduk, Norizan Tamby, 50, berkata sejak mengetahui separuh daripada rumahnya akan diambil untuk projek itu, hampir setiap malam tidurnya tidak lena kerana memikirkan nasibnya.
"Saya juga terpaksa menunda majlis perkahwinan anak saya yang dijadualkan tahun ini ke tahun depan. Siapa yang tidak runsing separuh daripada rumah yang didiami sejak berpuluh tahun lalu akan dirobohkan," katanya.Sementara itu, Ishak berkata, beliau akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengemukakan masalah penduduk dan meminta supaya kerja pembinaan landasan itu dihentikan sementara.
"Terdapat banyak masalah yang dihadapi penduduk dan perkara ini tidak boleh di pandang ringan. Jadi, kerajaan perlu menghentikan sementara projek ini sehingga satu penyelesaian adil dan saksama dapat dicari," katanya.
Ini berita dari surat khabar gerombolan bukan Harakah bukan Suara Keadilan. Takkan nak berdalih UMNO. Bukan sikit tanah di N9 yang tergadai ke bangsa asing. Tak kira tanah adat ke tanah kubur ke, asal projek berbillion pasti dikaut dan disondolnya. Mana pergi pejuang Melayu dan pejuang Kepala Lembu..?Malah ada kes Masjid nak dirobohkan pun puaka pejuang Melayu Kepala Lembu ni diam membisu saja. Sebab yakin kerusi Bagan Pinang dalam tangan ke..?
Pasal tu tak ambil kisah.. maklumlah undi Pos saja hampir 5000 apa ada hal dengan Melayu. Yang penting UMNO bila tersepit baru ingat Melayu.. kalau selesa melayu dikutuknya dicampaknya ke tong sampah saja..Ingat apa kata-kata hina pemimpin UMNO pada Orang Melayu masa mereka selesa berkuasa dulu...! Melayu Mudah Lupa..! Melayu Haprak..!Eh..! bila dah tersepit ni baru nak laung hidup Melayu.. ? Bubar lagi baiklah UMNO.. Dulu dah haram ingatkan tubuh yang baru nak buat cara halal lah.. rupanya lagi haram dari UMNO yang diharamkan.. Melayu je kena tipu dengan UMNO baru ni.. Bila masa dia merdekakan Negara.
UMNO baru pun baru tubuh 1988. UMNO yang kononnya merdekakan Malaysia dah lama pupus diharamkan lah.. Jangan Nak belit..!!!P/S..Amaran buat sesetengah Pemimpin Pakatan Rakyat..! Jangan nak tolong anjing yang tersepit. ( UMNO la tu ) Buat kerja demi rakyat jangan sampai rakyat menolak anda seperti UMNOBN. Kami rakyat berjuang tanpa apa-apa bantuan semata-mata mahu melihat ketelusan pemimpin terhadap rakyat dan menjadi pelindung kami rakyat yang tertindas ini.Jadilah pemimpin yang disayangi rakyat bukan pemimpin yang ditolak seperti BN. Jangan bazirkan masa, tenaga dan usaha kami berjuang dan mempertahankan kamu semua jika kamu sendiri melayan karenah bodoh sombong UMNOBN dan berperangai sewaktu dengannya.Lakukanlah yang terbaik demi rakyat dan pasti kami akan lebih bersemangat berjuang bersama anda semua.Ingat rakyat yang mengangkat kamu dan rakyat jugalah yang akan menjatuhkan kamu nanti jika kamu sesekali lupa prinsip asal perjuangan rakyat yang kamu cetuskan sendiri.Kerana Sayangkan Pakatan Rakyat.. Pemimpinnya kami tegur-tegurkan..Kerana Sayangkan ketelusan.. Rasuah harus ditangan-tangankan..

No comments:

Post a Comment