Wednesday, August 05, 2009

Ramai Demonstran dan orang awam cedera

Regim penguasa berusaha bersungguh untuk menenggelamkan isu utama yang berjaya dibawa oleh Himpunan Mansuh pada 1 Ogos. Najib dan pemimpin regim langsung tidak mahu membaca masej jelas dari Himpunan MANSUH 1 Ogos yang dihadiri kira - kira 30,000 orang. Walaupun disekat, diugut dan seumpamanya ramai masih bersama turun ini membayangkan ugutan, sekatan dan penipuan regim makin tidak laku.

Mahu lari dari isu sebenar mendesak pemansuhan ISA, regim telah mengerahkan puak Umno Wilayah untuk mengumpulkan tandatangan persetujuan peniaga - peniaga Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Chow Kit untuk membolehkan peguam upahan Regim membuat tuntutan saman. che'GuBard yang baru dihubungi pagi tadi oleh seorang peniaga menyatakan ada sekumpulan lelaki pergi dari gerai ke gerai dan kedai ke kedai mengutip tandatangan persetujuan dengan menyatakan sapa tandatangan saman kalau menang dapat RM10,000. Maka siapa yang tak nak tandatangan sebab nasib baik dapat RM percuma.

Kalau regim ini ikhlas bagilah pampasan kepada mereka yang kononya rugi. Bukan semua perniagaan rugi tetapi ada juga peniaga yang mengakui membuat keuntungan, khususnya peniaga makanan dan minuman. Restoran penuh dari pagi sampai lewat petang. Peniaga air yang selalunya susah nak habiskan satu balang besar cuma memerlukan 1/2 hari untuk menghabiskan balang besar mereka.

Memang ada yang rugi tidak dinafikan tetapi kerugian kerana tindakan melampau Polis. Contohnya Polis menyerbu restoran dan menangkap orang ramai. Tangkapan yang kasar itu menyebabkan ada peralatan yang jatuh dan pecah, juga yang ditangkap tidak sempat membuat bayaran makanan dan minuman. Peniaga pakaian di Chow Kit berhampiran Pejabat Agong PAS merungut kerana pakaian mereka rosak kerana disembur secara sengaja dengan semburan air asid oleh Polis.

Skrin TV besar di Maju Junction rosak akibat semburan asid dengan tekanan tinggi secara sengaja oleh Polis. Ada kereta rosak cat (di Jalan Mahameru) dan ada cermin kereta pecah (depan Kompleks Wilayah) kerana terkena peluru gas pemedih mata yang sengaja dihalakan kepada orang ramai oleh Polis.

Polis secara sengaja dilihat menyepak tong sampah di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman untuk menakutkan orang menyebabkan tong sampah dan pasu bunga rosak.

Ada orang yang langsung tak terlibat juga ditangkap, terkena kesan gas pemedih mata dan air asid.

Ramai sangat demonstran yang cedera. Tiada Polis cedera, kalau demonstran ganas maksudnya adalah polis cedera sedangkan memang banyak kali peluang untuk cederakan polis tapi demonstran elakkan bertempur.

Teh Hong Ping dari Johor (gambar atas) contohnya cedera teruk di tangan kanannya kerana Polis dengan sengaja menempak Gas Pemedih mata dari jarak dekat ke arahnya, walaupun prosedur tembakan harus dihala ke udara.

Turun demo kena upah

Ini satu bentuk subjektif. Upah maksudnya apa, che'GuBard juga belanja kawan-kawan dari Pulau Pinang sarapan pagi tu, kalau itu dianggap upah maka ada kalangan sukarelawan unit ehsan juga kena upah lah.... sebenarnya Rais Yatim, Menteri Penerangan Malaysia ini ingat semua macam Umno nak main upah baru jalan. Jika pemikiran dan kenyataan sengal ini terus - terusan InsyaAllah orang Jelebu akan benamkan dia macam orang S.Petani benamkan Zainuddin Maidin.

Pelajar Universiti dan Kakitangan awam terlibat.

Ya memang benar ini bukan tuduhan. Memang ramai wajah mahasiswa dan kakitangan awam yang dikenali ada dalam demonstrasi 1 Ogos. Menurut dua tiga menteri sengal menyatakan dua golongan ini yang kalau dapat disahkan sertai demo 1 Ogos akan dikenakan tindakan kerana telibat dalam politik.

Menteri yang jaga IPT kata ikut AUKU pelajar dan Institusi Pengajian tak boleh terlibat politik. Ini kenyataan hipokrit, adakah dia tidak sedar pada waktu yang sama 1 Ogos, Umno bahagian Serdang buat program bersama Mahathir di UKM, Bangi. Adakah Umno itu bukan parti politik....?

Najib kata buat di stadium jerit sampai subuh

Najib altantuya ini lagi satu nak buat kenyataan 'bangang'.... tahu tak kamu sebelum kami terperangkap satu ketika dahulu di Lebihraya Kesas yang menghimpunkan 100,000 rakyat kami telah mohon stadium Bukit Jalil tetapi kamu yang tak beri. Pengalaman peribadi che'GuBard sendiri pernah sewa Stadium Paroi dah bayar deposit tetapi MB Negeri Sembilan arah batal dan pulang deposit. Malah Majlis perkahwinan che'GuBard beberapa tahun dahulu pun diganggu walaupun peringkat awal dapat sewa dewan MPS, Seremban.

Semasa Pilihanraya di Rembau calon Bn boleh 'berjoget' menggunakan kemudahan awam tapi bila che'GuBard nak guna padang awam Rembau mereka kata tak boleh sebab 'pembangkang'....... Najib eloklah tanya dulu Rosmah apa yang nak cakap tu........

1 comment:

  1. Anonymous9:05 PM

    idup laie ko bard,

    bapo ari masuk lokap?

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete