Pada 1 Ogos 2009 yang lalu 9 orang Jawatankuasa KEADILAN Cabang dan AMK Rembau telah ditahan Polis ketika berjalan dari Stesen LRT Masjid Jame' Kuala Lumpur dan berjalan ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Berikut ialah nama yang ditahan
Berikut ialah nama yang ditahan
- Zairul Izman (Ketua AMK Rembau)
- Nor Azizi Abd Aziz (Setiausaha Cabang Rembau)
- Md Sani Md Shah (Timbalan Ketua AMK Rembau)
- Mohd Fadzri Shamsir (AJK AMK Rembau)
- Ridzuan (AJK Cabang)
- Ain Ghazali (Setiausaha AMK Rembau)
- Salleh (AJK AMK Rembau)
- Fazli(AJK AMK Rembau)
- Mohd Yaser (Pegawai Seranta KEADILAN Rembau)
Mereka ditahan secara kasar dan ganas. Ada antara mereka yang mengalami kecederaan ringan. Ketika ditahan, dalam sesi soal siasat sehingga dibebaskan tanpa syarat polis gagal menjelaskan kenapa mereka ditahan.
Malah mereka ditahan lokap semalaman tanpa polis mampu memberikan alasan penahanan. Kecuali ada anggota polis yang tidak mahu memberikan pengenalan mengatakan mereka ditahan kerana berbaju hitam. Semasa tahanan juga mereka dikecam dengan tuduhan dan kecaman perkataan yang tidak seharusnya dikeluarkan dari mulut penjawat awam seperti anggota polis.
Adakah undang - undang negara atau perintah mahkamah diperolehi oleh polis yang melarang rakyat mengenakan baju hitam pada 1 Ogos ?
Jelas penahanan mereka ialah salah guna kuasa polis. Pembebasan tanpa syarat juga menyaksikan Polis gagal membuat pendakwaan dan tangkapan gagal diperjelaskan.
Sehubungan dengan itu pada 8 Ogos 2009, jam 11 pagi, KEADILAN Rembau akan membuat laporan polis ke atas Ketua Polis Negara, Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan pegawai yang menahan kerana salah guna kuasa. Laporan juga akan mensabitkan Datuk Seri Hishammudin kerana menyalahgunakan kuasa selaku Menteri Dalam Negeri mengarahkan polis bertindak keterlaluan.
KEADILAN Rembau juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang - undang yang lain berkenaan perkara ini.
KEADILAN Rembau mengucapkan tahniah kepada semua yang turut bersama dalam Himpunan MANSUH ISA 1 Ogos lepas khususnya yang ditahan dan percaya tangkapan tersebut tidak sama sekali menggugat semangat kuat untuk terus berusaha ke arah memastikan kuasa dan hak rakyat diperkasakan dalam negara ini.
Polis sebenarnya bertindak tidak matang dan lebih bersifat mempertahankan kuasa dan polulariti Regim Bn. Berkumpul dan menyatakan bantahan bukan sesuatu yang asing dalam negara demokrasi. Malah dalam perlembagaan negara juga termaktub jaminan tersebut. Polis seharusnya menjadi pengawal keselamatan rakyat. Di Amerika ketika negaranya membuat keputusan menyerang Iraq, ratusan ribu rakyat bangkit menentang keputusan kerajaan US itu. Namun semuanya aman kerana polis bertindak profesional dan mengawal kerajaan. Lantas Polis dan penganjur bantahan bekerjasama erat memastikan protes rakyat disampaikan dalam keadaan baik. Sebaliknya di Malaysia Polis bukan sahaja diperalat malah seronok diperkuda oleh regim kuasa politik memerintah.
Kerugian dan kesesakan serta kesulitan yang terjadi di Bandaraya Kuala Lumpur, 1 Ogos lepas ialah angkara Polis yang tidak profesional.
Badrul Hisham Shaharin (che'GuBard)
Ketua Cabang KEADILAN Rembau

No comments:
Post a Comment