Wednesday, July 22, 2009

PEWARIS sengaja cari kecoh ?


Pasukan 'taktikal' yang menyusun BERSIH telah berjaya memperdaya Polis yang bercita - cita menggagalkan himpunan BERSIH sebelum pilihanraya lalu dengan keganasan. Himpunan BERSIH berjaya diadakan dengan 'bersih' dan lancar. Polis hari tersebut seolah 'terkedu' dengan taktik jalanraya yang boleh dikatakan antara yang terbaik pernah dilakukan oleh demontsran tempatan.

Hampir pasti ramai antara pasukan 'taktikal' itu telah dipanggil semula untuk menjayakan Himpunan anti ISA 1 Ogos ini. Mungkin panik dengan perkembangan itu dan takut malu dimainkan sekali lagi Regim Bn telah menggunakan sekumpulan NGO upahan mereka untuk membuat kecoh.

Mereka yang dikenali sebagai Pewaris ini bukanlah ramai sangat, kumpulan yang sama pernah muncul beberapa kali dan juga pernah diberi kebenaran dan kerjasama oleh Polis untuk berarak tengah Kuala Lumpur namun tetap gagal mengumpulkan ramai.

Kali ini mereka sekali lagi kononya menggunakan hak berhimpun mereka (walaupun mereka inilah yang kata demonstrasi bukan budaya kita) akan cuba membuat gangguan. Mereka sedar tidak akan mampu turun ramai. Apa yang mereka cuba lakukan ialah harapkan perhimpunan tersebut dibatalkan atas alasan takut bergaduh.

Percayalah tidak akan ada berlaku pergaduhan, pasukan keselamatan kita telah sedia mengawal segala bentuk kontroversi dan dengan jumlah kita yang jelas beratus kali ganda dari mereka pasti mereka juga akan menyuruk di belakang polis nanti.

Jika Pewaris boleh bertindak matang dalam menyuarakan pendapat biar sahaja 1 Ogos kita berhimpun dan mereka yang punya perlindungan Regim Bn termasuk PDRM pilih saja mana - mana hari yang mereka suka yang lain untuk melawan jumlah mobilisasi. Kita sudah merancang lama, kumpulan NGO upahan ini hanya memutus malam semalam untuk berhimpun 1 Ogos juga, bukankah itu sesuatu yang memang berniat iri hati dan jahat ?

Apa pun di seru kepada semua pencinta keadilan dan pejuang rakyat ayuh kita turun beramai - ramai untuk bersama di Kuala Lumpur pada 1 Ogos ini. Hasrat utamanya ialah untuk mendesak dihapuskan ISA, ia himpunan kuasa rakyat....turunlah atas apa jua jeritan rakyat. Boleh saja ia lambang protes terhadap kematian Teoh Beng Hock, isu Bahasa Melayu, kenaikan harga Minyak (September), Kenaikan Tarif Elektrik (Ogos), Kenaikan Harga Tambang, Isu tanah atau apa sahaja....asalkan turun dan tunjukkan kuasa rakyat.

(sila klik baca berita berkaitan di Malaysiakini)

4 comments:

  1. Puak..Puak PEWARIS mmg pelaq

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:24 PM

    heheh..
    apo ko nak risau, nak kocut2 bard.. pewaris dengan pekida tu kocik jo, tak ramai do... anwar kut dah jadi montori nanti ko akan jadi senator apo bard?

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:49 PM

    rasenya patut kita tunda dulu perhimpunan nie, bukan sbb kita takut..tapi kita tgk kalu kita tunda diorg ikut tunda gak..mmg sengaja nak cari pasal le puak pekida/pewaris ni, mmg diorg nk sgt 'bertembung' dgn kita..aku pun dah simpan lama dah ni dari start kes perak lagi..sbb kalau teruskan jugak..konpom diorg akan buat pasal..dan konpom kita jugak yg akan disalahkan..so minta..pikir balik..berundur bukan bererti mengalah tapi menyusun strategi..

    ReplyDelete
  4. salam chegubard,
    ini ada youtube khas sempena himpunan ISA dan solidariti utk teo beng hock pada 1 ogos ini.u tube ini khas dari rakyat kpd rakyat:

    http://www.youtube.com/watch?v=EeYqEaLfvQA

    Ini pula petition khas utk membela Teo beng Hock : http://www.petitiononline.com/j4bhmacc/petition.html

    ReplyDelete