Wednesday, June 24, 2009

Antara Chin Peng dan Henry Gurney ?

'Chin Peng anak kelahiran Tanah Melayu, ketika membesar telah terserap dengan mood anti penjajah yang amat kuat. Mood anti penjajah yang ada pada beliau bukan setakat membebaskan negara tetapi lebih tinggi menjadi mood fahaman pengurusan ekonomi menentang fasis kapitalisme dan menghanyutkan beliau ke fahaman komunisme dengan dalam. Chin Peng percaya dengan fahaman Komunisme negara ini mampu di urus dengan lebih baik kerana pada kepercayaannya Komunisme lebih humanis dan menjamin hak sama rata bukan seperti kapitalis yang hanya menjamin hak pemodal besar Lantas atas kenyakinan kuatnya beliau menentang penjajahan British dengan sepenuh daya dan pemikiran beliau.'

Pada 21 Jun yang lepas telah di adakan satu majlis yang kononya 'amat bermakna' di tepi jalan, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.

Pegawai Daerah tersebut, Nor Hisham Dahlan (yang mungkin sudah siap menangani semua aduan penduduk dan pembayar cukai setempat) telah hadir bersama dengan anggota Persatuan Bekas Perajurit Tentera Malaysia untuk memotong reben merasmikan terletaknya papan tanda lokasi pembunuhan Henry Gurney di Batu 56 ½, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.

Maka sesiapa yang melalui jalan tersebut pada waktu itu pasti akan terkejut dengan kehadiran anggota agak ramai polis dan tentera yang turut diarahkan hadir meraikan perletakan papan tanda tersebut yang mewirakan Henry Gurney. Mana tidaknya jalan yang sehari – hari sunyi dan lengang tiba – tiba kelihatan ramai anggota beruniform bukan kerana kemalangan tetapi kerana meraikan sebuah pana tanda.

Sudah tentu bersungguh – sungguh lagi majlis ini apabila ia dibuat ketika semangat menolak Chin Peng pulang ke Malaysia.

Pertama sekali, siapa dia Henry Gurney yang nak diagungkan kematiannya ini? Henry Gurny ialah warga kelahiran British. Dia dibesarkan dalam keluarga bangsawan yang percaya bahawa bangsa mereka gagah dan kuat serta berdaulat. Maka semua bangsa lain perlu tunduk kepada kekuasaan bangsawan British. Di besarkan dengan persekitaran Eropah masih dipenuhi hamba abdi dari Asia dan Afrika.

Sebelum dihantar bertugas di Malaysia beliau merupakan Ketua Pentadbiran Inggeris di Palestin (1946 – 1948). 'Jasa' beliau yang harus kita tidak lupa ialah menjadi antara perancang membawa masuk bangsa Yahudi khususnya yang berfahaman Zionis untuk menjadikan Palestin sebagai kawasan perlindungan. Tanah rakyat Palestin dirampas untuk menjadi perlindungan Yahudi yang kononya dizalimi di Eropah. Dari hanya kawasan perlindungan, 'berkat' usaha gigih Henry Gurney pada tahun 1948 tertubuhlah negara zionis Israel lakhanat.

Atas kecekapan beliau memperdaya arab Palestin dan menubuhkan negara Israel maka, Henry Gurney telah dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948.

Perlantikan beliau ke jawatan nombor satu di Tanah Melayu oleh British dengan harapan mampu terus memperdaya penduduk Tanah Melayu untuk terus mempertahankan sistem kapitalis dengan menolak unsur komunisme yang anti imperialis serta paling penting mematahkan gerakan kemerdekaan anti penjajah yang tidak seiring dengan kapitalisme amalam British.

Sejak September 1948 bukan sedikit pejuang kemerdekaan ditangkap, dipenjara dan dibunuh oleh Henry Gurney dengan menabur fitnah bahawa mereka pengganas dan menentang negara.

Ingat negara atau kerajaan pada masa itu ialah kerajaan penjajah British. Banyak kumpulan yang bangkit menentang penjajah dilabel komunis dan pengganas. Memang tidak dinafikan fakta sejarah ada kumpulan yang membuat keputusan membebaskan negara dengan memikul senjata dan masuk ke dalam hutan.

Itupun atas perbagai faktor. Bayangkan pertubuhan atau gerakan kemerdekaan negara diharamkan,ramai pemimpin gerakan kemerdekaan ditangkap dan ada yang mati dan hilang tanpa dikesan. Selaku pemimpin pada masa itu hanya ada 3 pilihan, bergabung bersama badan siasah yang direstui penjajah atau menanti ditahan (mungkin dibunuh) atau masuk ke hutan pikul senjata pertahankan prinsip.

Untuk memutuskan bantuan kepada pihak yang menentang dari dalam hutan. British memperkenalkan sistem kampung baru, masyarakat dipaksa pindah ke dalam kawasan penempatan baru yang berpagar duri dan di bawah kawalan senjata.

Ada rekod kebun orang asal dan penduduk di pinggir hutan dibakar kerana takut menjadi sumber makanan pasukan bersenjata menentang penjajah. Orang asal dan penduduk kampung dipinggir hutan diugut jangan bekerjasama dan dimainkan ilusi bahawa pasukan bersenjata di dalam hutan yang menentang penjajah jahat dan ganas.

Tanpa menafikan memang ada juga rekod keganasan dari pasukan bersenjata yang menentang penjajah.

Tidak cukup dengan itu didatangkan tentera upahan dari luar negara yang turut dijajah British untuk mempertahankan 'keamanan' dan 'kestabilan' kerajaan penjajah British. Maka wujudlah tentera Gurkha dan perbagai tentera luar yang sama membelasah pasukan bersenjata yang anti penjajah tidak kira mereka berideologi apa.

Dari 1948 – 1951, British bangga dengan Henry Gurney yang berjaya bukan sahaja mengekang tentangan bersenjata malah berjaya memainkan 'psywar' untuk mengheret sama anak tempatan mempertahankan Kerajaan penjajah British dengan perang anti Komunis nya, sedangkan kita perlu tahu dan sedar ada juga guru agama yang menanam sentimen anti penjajah turut ditangkap dan dikatakan terlibat dalam kegiatan komunis.

Ini tidak dapat dinafikan sehingga sekumpulan mereka yang berpendidikan agama juga telah membuat keputusan masuk hutan menyertai Regimen ke 10 menentang penjajah British.

Henry Gurney begitu menikmati zaman kegemilanganya di Tanah Melayu. Dia dipuja dan dikawal umpama 'Presiden Tanah Melayu'. Bergerak ke mana – mana dengan koleksi kereta mewahnya seperti Rolls Royce yang bangga terkibar Union Jack (bendera penjajah) didepanya.

Pada 7 Okotober 1951, semua kemegahan Henry Gurney musnah apabila beliau mati dengan tembakan dalam satu serang hendap oleh pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya yang serangan itu dikatakan diketuai oleh Chin Peng.

Tepat 12 kilometer sebelum sampai pusat peranginan mewahnya di Bukit Fraser beliau ditembak mati, namun isterinya yang turut berada di dalam kereta tidak dicederakan.

Sejurus selepas itu semua tentera baik anak watan mahupun tentera upahan asing digerakkan secara besar – besaran memburu 'pengganas' komunis. Digambarkan ganasnya komunis ini sehingga saggup membunuh Henry Gurney.

Lupakah kita Henry Gurney ialah antara manusia yang mencipta negara Israel yang sehingga kini menjadi masalah dunia.

Di bawah ini diperturunkan ayat di perenggan ke dua di papan tanda yang dengan bangga diletakkan mengenang tempat kejadian pembunuhan Henry Gurney.

Henry Gurney bersama isterinya dan setiausaha peribadi D.J Stapler bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Fraser untuk urusan rasmi dan berehat. Apabila kereta Rolls Royce yang membawa rombongan Gurney itu dengan kibaran bendera 'Union Jack' oleh Konstable Mohd Din sedang mengambil selekoh s di bt. 56 ½, kira – kira 8 batu dari Bukit Fraser tiba – tiba Rolls Royce menjadi sasaran peluru pengganas komunis”

Ayat di atas menggambarkan kita tidak pernah belajar untuk menulis sejarah sendiri. Tulisan penjajah yang merakam sejarah kita salin bulat – bulat. Kita bangga dengan kibaran Union Jack. Ada rekod Henry Gurney mati dan isterinya selamat tetapi apa nasib Mohd Din yang diperdaya menjadi pemandu lantikan penjajah, kita tidak kisah.

Bukankah sebagai anak Malaysia kita harus bangga antara manusia yang menyebabkan tertubuhnya negara Zionis Israel mati dan darahnya dipaksa menyimbah bumi kita.

che'GuBard bukan penganut komunisme, tetapi tidak hairan lepas membuat posting ini ada juak yang membuat tuduhan che'GuBard komunis kerana mereka mewarisi taktik Henry Gurney.

Ini juga berlaku kepada Ust. Ibrahim Libya yang dibunuh mati kerana dituduh komunis, hanya kerana kepercayaan bahawa negera ini bukan negara Islam dan dia tidak mahu ditangkap ISA kerana kepercayaannya itu. Dia ahli PAS, pondok tempat dia mengajar menjadi Markas PAS. Namun regim warisan penjajah ini menggerakkan 'aparat' bersenjata membunuh bukan sahaja Ust. Ibrahim Libya tetapi pengikutnya tidak kira perempuan atau orang tua mahupun kanak – kanak. Mana lebih kejam serangan Chin Peng ke atas rombongan Henry Gurney (penjajah) tanpa membunuh isterinya atau serangan 'aparat' bersenjata Regim Bn ke atas pondok agama di Baling Kedah dibawah arahan Musa Hitam dan Mahathir Mohamad ?

Dalam mengangkat sejarah kita perlu jujur. Jangan gunakan sejarah untuk menakutkan ganerasi selepas itu atau mencari siapa yang salah, siapa yang benar ? Siapa kita yang hendak menjadi hakim kepada sejarah, tetapi sejarah perlu diangkat menjadi pengajaran …..agar bangsa kita ini menjadi bangsa yang kuat...... kesilapan dalam merakam sejarah harus dihentikan.

Tidak benar kemerdekaan negara pada tahun 1957 diperolehi hanya dengan runding-runding atau bincang – bincang sahaja. Mengangkat fakta salah ini umpama menghina sejarah perjuangan bangsa sendiri. Kemerdekaan ini telah dipaksa diberikan oleh penjajah setelah tidak tahan dengan tekanan yang diterima. Dari penentangan awal seperti Tok Janggut, yang difitnah sebagai penentang dan pengganas sehingga tokoh agama ini dihukum mati digantung terbalik dan mayatnya dibiar berhari – hari. Sehinggalah penentangan tekanan Parti Komunis Malaya mahupun gerakan politik seperti Melayu Muda, API , AWAS dan seumpamanya. British tidak punya banyak pilihan terus menjajah secara konvensional dan berdepan dengan tentangan rakyat yang mula meningkat atau mencari satu pewaris yang mampu mentadbir negara ini dengan imej tempatan tetapi dengan syarat mampu menjaga polisi kapitalisme British. Maka British telah memilih untuk mengharamkan semua pertubuhan pro kemerdekaan yang tidak mampu menjaga kepentingan British dengan perbagai label dengan hanya membenarkan beberapa organisasi politik yang mampu menjaga kepentinganya bergerak dan mendapat kemerdekaan darinya.

Henry Gurney mendapat layanan begitu istimewa di tanah ini sama ada ketika hidup atau ketika sudah mati. Bukan setakat jalan, sekolah, bangunan dinamakan dengan namanya malah tempat dia mati yang selama ini terlupa diletakkan makamnya sudah diletakan baru baru ini. Adakah 'regim warisan penjajah' ini tidak tahu akan sejarah Henry Gurney dan kaitannya dengan kekejaman Zionis atau 'regim' ini tidak kisah dengan kekejaman zionis.

Melihat kepada beberapa perkembangan ia lebih kepada regim warisan penjajah ini tidak kisah.

Ramai mungkin tidak percaya dan mengatakan che'GuBard hanya menulis berdasarkan sentimen bukan fakta.

Secara mata kasar sememangnya negara ini kelihatan anti Amerika , anti – Zionis yang kuat. Itulah gambaran media negara ini membentuk persepsi kepada rakyat sendiri.

Lihat sahaja selepas ucapan 'berapi – api' Dr. Mahathir menghentam barat dan Amerika dalam satu Perhimpunan Agong Umno media tempatan terus memainkan ucapan tersebut seolah ucapan itu juga menjadikan Dr.Mahathir hero negara Islam. Malangnya ramai tidak tahu bahawa selepas itu Dr.Mahathir membazirkan jutaan wang rakyat untuk membayar Jack Abramoff, Heritage Foundation, kumpulan pelobi Yahudi (zionis) untuk melobi sehingga membolehkan Dr.Mahathir berjumpa dengan Bush buat beberapa minit dan menjelaskan ucapanya. (sila klik membaca lanjut isu pelobi yang dibayar untuk membolehkan bertemu Bush). Tradisi menggunakan pelobi tersebut juga diteruskan dengan bayaran jutaan ringgit oleh Abdullah kepada Jack Abramoff untuk membolehkan beliau berjumpa Bush.

Jack Abramoff telah dijatuhkan hukuman bersalah di Mahakamah di Amerika kerana mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes beliau di mahkamah ada tercatat kes Malaysia membayar beliau.

Masih ingatkah kita, dengan insiden menantu Abdullah Badawi pada 2006 yang membawa pemuda Bn berkumpul di depan KLCC membuat demonstrasi menghalau Condoleezza Rice . Khairy yang patah tangan pada ketika itu diberikan imej juara anti Amerika dengan mengumpulkan anak muda menghalau pemimpin Amerika yang dibawa masuk oleh bapa mertuanya. Tindakan Khairy seolah menggambarkan Malaysia benar anti Amerika , Anti Zionis Israel. Namun ramai yang tidak tahu pada waktu yang sama tentera Amerika sedang berada di Johor 'berseronok' mengukur tanah negera ini dalam sesi latihan ketenteraan.

Ketika keganasan Israel memuncak semula baru – baru ini, regim warisan penjajah yang memerintah negara ini cuba menggambarkan bahawa negara ini serius menentang dan ingin melumpuhkan negara Zionis itu. Maka rakyat pun di ajak jangan makan KFC (walaupun KFC itu milik saham terbesar anak tempatan), jangan makan Mc Donald atau jangan minum coke.

Boikot itu kuasa pengguna tetapi boikot barangan kecil tidak akan ada sudahnya. Jika berani halang saja barangan tersebut masuk ke Malaysia...sudah tentu tidak berani....

Malaysia sebenarnya tidak kisah, tahu atau tidak banyak kontrak atau hubungan perniagaan yang lebih besar dari setin coca cola yang agihan kek ekonominya tidak dirasai rakyat tempatan tetapi terus masuk ke poket zionis berlaku di Malaysia.

Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchisebuah agensi perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim Bn. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan.

CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun. (Sila klik sini untuk baca siapa EDS? )

Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan. (sila klik sini carian CIMB aniaya pekerja)

EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008. (sila klik untuk laporan CIMB 2008)

Sudahlah kita telah lama sangat dibodohkan.................. Kini masa anak muda untuk bangkit melawan kebodohan....Kita seharusnya bosan dengan memu momokan 'perkauman' yang sudah disajikan berulangkali sejak zaman penjajah lagi kemudian di ulang – ulang oleh regim pewaris penjajah ini.

Konsep satu Malaysia harus didokong, tetapi bukan satu Malaysia versi Najib yang hanya retorik sebaliknya kita harus mendokong satu Malaysia versi Rakyat dengan rukun pertama merdeka dari politik perkauman.

Bangsa yang kuat ialah bangsa yang merdeka mindanya.

40 comments:

  1. Aku sokong hang 435%...hat dok menyalak pemutar alam sejarah & fakta,pegi mampus..lagi 1,ada pula yang akan cuba kalihkan isu dengan tuduhan liar...

    Pirah.....rakyat la mengkaji kebenaran sejarah...

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:17 AM

    Gua setuju ngan lu chegubard...antaro artikel lu yang paling bernas dan terbaik, wajar disiarkan di akhbar perdana Pakatan Rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous11:00 AM

      Yg atas betul ckit2, part yg bawah langsung x betul. Try fikir jap, semua belanjawan negara x kan la nk kena declare? Ada yg hidden taw, jgn x tahu. Yg hidden tu la kita beli mcm2 utk aset pertahanan negara, tolong saudara di palestin atau bantu islam yg ditindas, di mana kerajaan akan pilih somebody utk dikambinghitamkan. Yg otak singkat terus je salahkan kerajaan, xde otak ke? Yakin la dgn kerajaan, raja-raja Melayu, RAMD, islam dan kurangkan sikap suka mmbenci sesama manusia

      Delete
  3. Husin Rahman6:46 AM

    Artiel ini patut dibaca oleh pencinta kemerdekaan sejati, dan para pelajar sekolah supaya tidak dipedayakan oleh penulis sejarah "upahan". Bacaan buku sejarah disekolah hanya untuk lulus periksa saja, dan tidak boleh dijadikan panduan berfikir membina negara dan diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous3:07 PM

      Ya.. saya sokong tuan!!

      Delete
  4. Anonymous7:18 AM

    siapa dalam negara kit ayang tahu henry guni nie punya asal??aku baru tau lepas baca entry nie..tq..i was really interested with this topic..
    -karim khar (UPSI)-

    ReplyDelete
  5. salam ...

    TQ chegu Bard artikel yg bernas dan berfakta.

    dari moneyadsblog

    ReplyDelete
  6. salam...

    TQ chegu Bard artikel yg bernas dan baik dan menelanjangkan sejarah sebenarnya Tanah Melayu ini.

    Allah Hu

    ReplyDelete
  7. Anonymous2:57 AM

    isu-isu serta fakta-fakta yang tepat perlu dipergiatkan penjelasannya kepada semua blogger agar rakyat yang `buta' dibukakan mata dan hati...tq 4 info..

    ReplyDelete
  8. Anonymous12:08 PM

    ini la cerita dongeng yang x disertakan dengan bukti2 bergambar. mmg artikel haprak!

    ReplyDelete
  9. CheGu Bard telah membuka tingkapnya, langit maklumat terbuka luas untuk kita mencari, memeriksa dan melihat kebenaran.tanyalah lebai google

    syabas dan tabik CheGu Bard!

    ReplyDelete
  10. Anonymous1:00 PM

    Sesuai untuk bacaan ahli Parti Kelentong Rakyat (PKR)..

    ReplyDelete
  11. Anonymous11:58 PM

    sungguh menarik artikel ni, terpegun seketika dengan segala perkara yang sarat dengan fakta...tapi pikir-pikir balik, ek elehhhh...macam la 100% benar

    perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata kebenaran..takat kata-kata je..herm

    ReplyDelete
  12. Anonymous7:00 PM

    ....bak perpatah pernah berkata...barang siapa yang banyak bercakap ,,,, die sebenarnya yang banyak tipu

    ReplyDelete
  13. rakyat Malaysia memang sentiasa di bodohkan untuk kepentingan rejim UMNO/APCO yang berfahaman Yahudi Lakhnatullah

    ReplyDelete
  14. Anonymous6:03 PM

    tahniah. fakta yg diberikan sungguh bernas dan menyemarakkan semangat keadilan.

    ReplyDelete
  15. betul tu betul, tapi saya agak hairan apa lebihnya datuk seri anwar bila amerika menyanjung2 beliau. sebagai pemimpin yang berdemokrasi,telus. kalo betul bguslah. MALAH JIKALAU PEMIMPIN BN DAPAT LAYANAN ISTIMEWA PUN, saya akan kata pelik. Cuma saya hairan jikalau layanan yang istimewa pasti mengudang sikit tnda tanya, saya bukan berniat jahat untuk memburuk kan beliau, cma saya teringat dalam al quran pun ada sebut "orang kafir tidak akan redha selagi kamu tidak megikut ajran mereka" (betulkan ayat saya jikalao salah.). Saya tidak berniat memburuk sesiapa malah ingin mengigatkan semua pembaca agar berhati2. tidak kra anda dari parti mana, biarlah kita saling ingat mengigati. Jikalau dilihat, mengapa pemimpin Islam yang sebulu yang dgn Amerika sahaja akan dipuji dan dilambung tetapi pemimpin seperti Ahmadniejad diserang dgn pelbagai tohmahan.

    .
    Adakah demokrasi yang diwar2kan oleh Amerika benar-benar telus. Saya ingin mengajak semua pembaca berfikir sejenak, Dalam dunia akhir zaman ini, kita perlu berhati2 dalam memilih pemimpin. Setelah menonton siri Arrival didalam you tube pelbagai agenda Zionis telah didedahkan. Pusatnya adalah Amerika, menjalankan semua agenda mereka.

    ReplyDelete
  16. Anonymous1:35 PM

    artikel ini menarik tetapi isinya mengelirukan. apa point sebenar nak disampaikan?kenyataan ttg henry gurney dan israel tu benar tetapi adakah perlu dibandingkan dgn chin peng? nampak seperti teknik NLP cuba diselitkankan dlm minda bawah sedar pembaca. Adakah perjuangan PKM pimpinan chin peng itu lebih baik dari British? Ideologi komunis itu sendiri menolak fahaman beragama? saya tidak menuduh chegu bard komunis tetapi kena kena sedar bahawa tulisan spt ini boleh mempengaruhi minda generasi muda yg kurang mengkaji. perlu kita ingat setiap yg kita buat dipertanggugjawabkan di akhirat nanti. Mmg bn bukan pemerintah yg baik tetapi adakah chegubard boleh menjadi pemimpin yg jauh lebih baik dari pemimpin yg ada sekarang? sedangkan dlm ini pun sudah menampakkan seolah2 chegubard cuba menggunakan suatu perkara dn mengaikan dengan perkara yg lain utk kepentingan politik yg chegubard bawa.adakah PKR boleh membawa perubahan sedangkan dlm pemilihan dlm parti sendiri byk kepincangan. Ini belum lagi dpt memerintah negara. macamana kami rakyat biasa ini nak yakin dgn PKR dan DSAI Anwar.???

    ReplyDelete
  17. PKR (parti kelentong rakyat) ni sebenarnya adalah parti celaka tp baik sket la dr DAPig tu...konon keadilan..keadilan celah mn? xde apa pn yg brubahnya...hnya mnguntungkn kroni sndiri... mnyesatkn minda rakyat lg ada...

    ReplyDelete
  18. Tahniah Che'Gubard..saya anak Pahang yang mewarisi semangat perjuangan Datuk Bahaman sentiasa bersama..teruskan perjuangan!

    ReplyDelete
  19. Anonymous4:27 PM

    Parti Kelentong Rakyat

    ReplyDelete
  20. Anonymous1:33 AM

    Ada yang betul ada yang benar ada yang berbaloi -@hooliganatwork-

    ReplyDelete
  21. Anonymous2:59 PM

    Chegubard kena muhasabah diri dulu...tahu tak yang komunis tu menolak fahaman beragama. aku tak kisah jika dia bunuh henry gurney tu. Tapi mengagong-agongkan Chin Peng, pemimpin komunis dah jadi lain...boleh menyimpang dari agama islam...satu lagi anwar ibrahim pun masih diangkat lagi pemimpin kafir amerika syarikat...jangan cuba manipulasi rakyat...betulkan diri dulu la...

    ReplyDelete
  22. Anonymous2:40 AM

    research tu penting..xpayah nak tunding jari sana sini...umno salak pembangkang kate pembangkang salah...pembangkang salak umno salah..tapi malaysia tak maju2 jugak...senang cita dua2 tak boleh pakai..dua2 kena betulkan diri dulu la...nak tunding2 jari lak...bengong...majukan malaysia tu penting...bukan salak menyalak kate sape betul sape salah...kalau PKR tu betul dan hebat sangat..malukan UMNO dengan majukan malaysia...baru rakyat respect..bukan buat hujah mengarut...hantu

    ReplyDelete
  23. Anonymous1:15 AM

    kita masih di kongkong dan di jajah minda. Komunis itu idelogi, sama seperti kapitalis. ...adakah kapitalis membenarkan agama? Henry Gurney lebih besar jenayahnya berbading dgn chin peng. Zionist adalah penjajah dunia buat masa ini. Sila google The Rothschild Bloodline anda akan faham akan semua perancangan zionist terhadap dunia hari ni. Malaysia tidak terlepas dari cengkaman zionist ini. Dari seawal kita lahir sehingga kita mati zionist telah rencanakan kehidupan kita. Monetary system,banking,education,food chain,entertainment, government policy dan akhir sekali united nation. Kita kini menuju kepada one world order. ini semua ats usha gigih org2 seprti henry gurney. Tq chegu bard kerana berani menyedarkan umat malaysia yg sememangnya buta sejarah dan lebih menyedihkan lagi ialah buta hati. Kita takan hidup selamanya cuma yg perlu kita persiapkan ialah untuk generasi akan datang. Agar generasi kita selepas ini sentiasa berada dalam golongan yg benar.

    ReplyDelete
  24. Anonymous1:01 AM

    Bekaih PM mamak piang dah kata...yang cerdik pandai semua dah masuk PR..tinggai hat piang dengan bengong saja dalam umno...yang dok bagi komen macam haramjadah ni semua umno la nih....bodoh sampai mati pun nak jadi bodoh jugak..tak pandai2,kesiannnnnnnnnnnn.........
    Ada mata buta...
    Ada hati pun buta...
    Serah tongkat utk panduan..buang...
    Toya mat'amin maarokk sintok la ahli umno nih.....
    Lagi sekali..!!!
    Kesiannnnnn.......

    ReplyDelete
  25. Anonymous12:38 PM

    memang bodoh nak mampus puak umno ni, kg tergadai, tanah rezab melayu di jual, tanak ktm tergadai... puak2 celaka dan bangang nak mampus.Itu pun sokong lagi . mmg bangak..besok anak dara sendiri dilari pemimpin umno baru tau. bodoh!

    ReplyDelete
  26. Anonymous8:37 PM

    yang penting islam tue diutamakan.BELAJO ILMU AGAMA.. ilmu islam kena belajar.. penyakit hati kena buang jauh2.... akhir zaman sgt besar fitnahnya....
    org yg beribadat byk yg jahil (ikut2 tnpa belajar)...
    ulama fasik-keluarkan fatwa bkn2.....
    kita tahu x sifat2 WAJIB bagi Allah??
    kita tahu x syarat2 sah bagi solat??
    kita kena belajar sume..insyallah islam akan kuat...ilmu fardu ain adalah utama...ilmu kifayah akan automatik jadi kalau ilmu fardu ain diutamakan...

    ReplyDelete
  27. Anonymous10:04 PM

    CheguBard memang berfahaman komunis... Yang telah membunuh ramai orang Islam. Bahaya idea ko chegu Bard

    ReplyDelete
  28. pada yang tak sekolah tu mmg susah nak paham apa erti tersirat artikel di atas.. aku rasa pada mereka2 yang tak paham tu tak payah la bazir masa nk baca.. untuk korang umno lagi la baik korang baca utusan dan tgk tv3.. sebab cerita dongeng mmg layak untuk korang yg IQ rendah dan pemalas nak berfikir sebab semua dah disuap..
    apa pun chegubard.. teruskan perjuangan kau.. from johor with salute!!!

    ReplyDelete
  29. Anonymous2:28 PM

    Syabas cgu Bard! Sy gtu ttasik & kagum dgn tulisan anda yg mngajak pembaca mlihat sejarah 'Henry Guni' dari sudut & skop yg lbih luas. Saya yakin stelah baca dan faham, bagi mreka yg ada otak akan trus bfikir ncari kbenaran fakta sjarah tetapi yg 'ada otak tapi akai tarak!' mcm majoriti org Um No (yg memang dah mngaku dari dulu, kini & slama2nya.. BEBALL!!!) akan trus jatuh hukum tanpa siasat. Antaranya cgu bard pasti dtuduh sokong komunis bla, bla..bla..!! Apapun, truskan perjuangan shingga tcapai matlamat rakyat smasa..kita UBAH!!! It's Now or Never!!!

    ReplyDelete
  30. Anonymous1:17 PM

    Tahniah CheguBard. Itu cuma sebahagian saja yg d dedah ttg sejarah. Teruskan perjuangan.Teruskan pendedahan. Biarkan org2 berkata apa juga kerana mereka menganggap umnobn lebih benar dan nyata. Mereka telah d butakan umnobn sedang umnobn apa yg d utarakan?Fakta? yg ada karaoke atau berpoya2. video porno dan kata2 tanpa fakta.dpt 20-50rm,mereka merasa bangga. memperjuangkan umnobn bermati2an krna mereka tidak memiliki fikiran lagi.cuma tau mengutuk sdg semua kutukannya ibarat meludah ke langit. Hidup PR!!! Hidup PKR-DAP-PAS!!!!!!

    ReplyDelete
  31. Pencapaian terbesar manusia di dunia adalah diterima menjadi ahli parti Komunis… Chegu Bard belum pernah apply tentunya..so x bleh kata Chegu Bard komunis. Titik!

    ReplyDelete
  32. Anonymous7:37 AM

    Mcm kalau ko bard pergi ke negara china pastu ko perjuang kan rakyat yg miskin....ko org first yg kena tembak oleh kerajaan komunis di sna....jgn tgk chin peng....ko tgk sejarah stalin dah cukup betapa kejam pemimpin komunis nie....ko cikgu tapi fikiran mcm budak br nk belajar...patut mak ayah ko yg kena tembak dek komunis masa dulu...baru ko sedar siapa chin peng yg bodoh tu...

    ReplyDelete
  33. Nama saya Yusri aisyah, saya dari malaysia, dengarlah, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang keras anda yang diperolehi. Saya dan suami saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita dengan mendapatkan pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
    Kami juga meminjam wang untuk membayar pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kami mendapat apa-apa.
    Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar $ 125,000 tanpa cagaran.
    Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
    Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Maha Suci: gloryloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete
  34. Berita baik!!!
    hari yang baik untuk semua warga malaysia, nama saya Puan aisha bukafia, tinggal di bandar bandar george, sila, saya ingin berkongsi kesaksian hidup yang sebenar saya di sini pada platform ini untuk semua rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan pemberi pinjaman pinjaman atas internet, Allah telah trully memihak kepada saya melalui ibu yang baik Puan Emiliana

     Selepas beberapa tempoh cuba untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan, dan ditolak sentiasa, jadi saya memutuskan untuk memohon melalui pinjaman dalam talian tetapi saya telah ditipu dan i hilang RM5000, dengan seorang wanita di Arab Saudi.

    i menjadi begitu terdesak dalam mendapatkan pinjaman, jadi saya berbincang dengan seorang kawan saya yang kemudian intorduce saya kepada Puan Emiliana yang juga pemilik sebuah organisasi pinjaman global, jadi kawan saya meminta saya untuk memohon dari Puan Emiliana, jadi saya summorned keberanian dan dihubungi Puan Emiliana.

     Saya memohon untuk jumlah pinjaman RM80,000 dengan kadar faedah yang lebih rendah daripada 2%, jadi pinjaman yang diluluskan dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dibuat pada pindahan kredit, disebabkan oleh hakikat bahawa ia tidak memerlukan cagaran dan jaminan untuk pemindahan pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen daripada mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang daripada dua jam wang pinjaman itu telah didepositkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah jenaka sehingga saya menerima panggilan daripada bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah RM80,000. Saya begitu gembira kerana akhirnya Allah menjawab doa saya dengan pesanan pemberi pinjaman saya dengan pinjaman saya yang asli, yang boleh memberikan apa yang diinginkan hati saya.

    Semoga Allah memberkati Ibu Emiliana untuk membuat berpatutan hidup saya, jadi saya cadangkan sesiapa berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk sila hubungi
    Puan Emiliana melalui e-mel:
    emilianawilson111@gmail.com untuk pinjaman anda

    Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana sudi untuk membaca kesaksian hidup yang sebenar saya mengenai kejayaan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    satu lagi nama saya mrs aisha bukafia, anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui e-mel saya: mrsaishabukafia@gmail.com.

    ReplyDelete
  35. Berita baik!!!
    hari yang baik untuk semua warga malaysia, nama saya Puan aisha bukafia, tinggal di bandar bandar george, sila, saya ingin berkongsi kesaksian hidup yang sebenar saya di sini pada platform ini untuk semua rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan pemberi pinjaman pinjaman atas internet, Allah telah trully memihak kepada saya melalui ibu yang baik Puan Emiliana

     Selepas beberapa tempoh cuba untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan, dan ditolak sentiasa, jadi saya memutuskan untuk memohon melalui pinjaman dalam talian tetapi saya telah ditipu dan i hilang RM5000, dengan seorang wanita di Arab Saudi.

    i menjadi begitu terdesak dalam mendapatkan pinjaman, jadi saya berbincang dengan seorang kawan saya yang kemudian intorduce saya kepada Puan Emiliana yang juga pemilik sebuah organisasi pinjaman global, jadi kawan saya meminta saya untuk memohon dari Puan Emiliana, jadi saya summorned keberanian dan dihubungi Puan Emiliana.

     Saya memohon untuk jumlah pinjaman RM80,000 dengan kadar faedah yang lebih rendah daripada 2%, jadi pinjaman yang diluluskan dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dibuat pada pindahan kredit, disebabkan oleh hakikat bahawa ia tidak memerlukan cagaran dan jaminan untuk pemindahan pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen daripada mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang daripada dua jam wang pinjaman itu telah didepositkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah jenaka sehingga saya menerima panggilan daripada bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah RM80,000. Saya begitu gembira kerana akhirnya Allah menjawab doa saya dengan pesanan pemberi pinjaman saya dengan pinjaman saya yang asli, yang boleh memberikan apa yang diinginkan hati saya.

    Semoga Allah memberkati Ibu Emiliana untuk membuat berpatutan hidup saya, jadi saya cadangkan sesiapa berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk sila hubungi
    Puan Emiliana melalui e-mel:
    emilianawilson111@gmail.com untuk pinjaman anda

    Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana sudi untuk membaca kesaksian hidup yang sebenar saya mengenai kejayaan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    satu lagi nama saya mrs aisha bukafia, anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui e-mel saya: mrsaishabukafia@gmail.com.

    ReplyDelete
  36. Hello Semua orang,
    Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi Encik Osman Loan Firm untuk jumlah pinjaman perniagaan sebanyak $ 250,000, Kemudian saya diberitahu tentang langkah Meluluskan jumlah pinjaman saya diminta, selepas mengambil risiko lagi kerana saya begitu banyak terdesak untuk menubuhkan sebuah perniagaan untuk kejutan terbesar saya, jumlah pinjaman Telah dikreditkan ke akaun bank saya dalam tempoh 24 jam perbankan Tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan pinjaman saya. Kerana saya Telah terkejut i adalah yang pertama untuk menjadi mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan apa-apa jumlah pinjaman & anda yang terletak di mana-mana negara, saya akan memberi nasihat boleh menyentuh Mr Osman Loan Firm melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com

    BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
    Nama pertama ......
    Nama tengah .....
    2) Jenis Kelamin: .........
    3) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .........
    4) Tempoh Pinjaman: .........
    5) Negara: .........
    6) Alamat Rumah: .........
    7) Nombor Telefon: .........
    8) Alamat e-mel ..........
    9) Pendapatan Bulanan: .....................
    10) Pekerjaan: ...........................
    11) Yang laman web adakah anda di sini tentang kami .....................
    Terima kasih dan salam mesra.
    E-mel Derek osmanloanserves@gmail.com

    ReplyDelete
  37. saya ingin memulangkan semua kemuliaan kepada Allah SWT atas apa yang dia gunakan Ibu Rossa lakukan dalam hidup saya, nama saya adalah Mira Binti muhammad dari bandar klang di malaysia, saya seorang janda dengan 2 anak, suami saya meninggal di dalam kereta kemalangan dan sejak itu kehidupan menjadi sangat kasar bagi saya dan keluarga saya dan saya telah cuba untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan saya dinafikan dan ditolak kerana saya tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjaman dari bank dan saya sangat sedih
    pada hari ini yang setia ketika saya melalui internet, saya melihat kesaksian Annisa berkarya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Rossa dan saya menghubunginya untuk bertanya tentang ibu Rossa dan betapa benarnya pinjaman dari ibu Rossa dan dia memberitahu saya memang benar dan saya menghubungi Ibu Rossa dan memohon pinjaman dan pinjaman saya diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam saya mendapat perhatian wang pinjaman saya dalam akaun saya dan ketika saya memeriksa akaun saya pinjaman saya utuh dan saya sangat gembira dan saya telah bersumpah bahawa mana-mana syarikat yang meminjamkan pinjaman saya akan memberi keterangan mengenai syarikat itu, jadi saya mahu menggunakan medium ini untuk memberi nasihat kepada semua orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi ibu Rossa melalui e-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com dan anda boleh juga menghubungi saya melalui e-mel saya: mirabintimuhammed@gmail.com untuk maklumat dan juga kawan saya Annisa Barkarya melalui e-melnya: annisaberkarya@gmail.com

    ReplyDelete
  38. Memang benar kisah henry gurney tu..
    X da ape yg perlu kita bangakan dgn beliau.elok kita mengangkat bangsa sendiri.tetap di malaysia kebanyakan nya tempat2 sejarah semuanya sejarah penjajah.mcm tiada langsung sejarah melayu terdahulu.sedangkan org melayu itu lebih terkehadapan dlm ape segi pn.sampaikan menarik penjajah untuk menguasai tanah melayu.kenapa sejarah melayu d hilangkan.
    Berbangalah dgn melayu.jika tahu sejarah melayu dahulu.

    ReplyDelete