Sunday, May 31, 2009

Peti undi ditutup ; 5.00 petang

(5.25 petang) Semua pusat mengundi telah ditutup.Setelah semua usaha yang dilakukan regim untuk memastikan pengundi tidak keluar mengunsi seperti kehadiran polis yang ramai, kamera video merakam semua pengundi dan rombongan serta arahan jangan mengundi maka sebanyak 46.15 % pengundi atau 7,100 pengundi telah keluar mengundi.

Dijangka kira - kira jam 7.30 malam keputusan penuh akan diumumkan.

Satu majlis meraikan kemenangan akan diadakan di Yayasan Aman, Jalan Kubang Ulu Sekitar jam 10.00 malam.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sembilan pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).

SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.

che'GuBard menjangkakan keADILan akan diistiharkan menang dengan majoriti yang lebih besar InsyaAllah.

1 comment:

  1. Tahniah dan Syabas mengekalkan kemenangan PKR (PR). Kerja kuat dgn mengekalkan penerangan yang berterusan juga, insyallah kerusi Rembau akan memihak kepada Cgu Bad PKR.

    @@Paktam Jemapoh @@

    ReplyDelete