kemaskini 8.15pm Tiga ditahan di depan kompleks pejabat perdana menteri di Putrajaya selepas cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas.
Kumpulan kira-kira 30 aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga menyerahkan sepucuk surat daripada bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev dan memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak.
Sani Md Shah ditahan jam 11.15 pagi apabila memegang kek hari jadi, sementara Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman ditahan tidak lama selepas itu sewaktu memegang kain rentang di depan pintu masuk kompleks tersebut.
Ketiga-tiganya kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.
Kek seberat 2kg dan kain rentang itu yang dibawa oleh SAMM yang diketuai pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin turut dirampas polis.
Kek putih dan kain itu bertulisan "Selamat Hari Jadi Altantuya". Jika masih hidup, wanita itu kini berusia 31 tahun.
Setelah Badrul Hisham masuk ke balai, beliau dimaklumkan agar hadir semula jam 2 petang ini.
Sewaktu hadir petang ini, beliau bersama rakannya Nor Azizi A Aziz turut ditahan untuk soal siasat berhubung sambutan hari jadi itu sewaktu kedua-duanya membawa makanan tengahari untuk tiga aktivis tersebut.
Mereka berdua bagaimanapun dibebaskan jam 4.45 petang, sementara tiga lagi masih ditahan di balai polis tersebut.
Sebagai membantah tindakan polis itu, Badrul Hisham membuat aduan terhadap Ketua Polis Putrajaya, Supt Abdul Razak Abd Majid atas dakwaan "menahan mereka tanpa mengikut prosedur" dan "sengaja melengah-lengahkan siasatan" terhadap ketiga-tiganya.
Dihubungi Malaysiakini awal malam ini, Badrul Hisham berkata beliau difahamkan Sani, Saufi dan Yasir dimasukkan ke dalam lokap polis balai tersebut mulai jam 6 petang tadi.
Beliau menjangkakan ketiga-tiganya akan bermalam di balai tersebut.
Apa la Barb, bodoh punya kerja. Orang dah mati, buat apa nak sambut birthday. Asyik nak menyakitkan hati orang je.
ReplyDeleteDah agak mesti tak approve punya.
ReplyDeleteYAALLAH....KENAPALAH BODOHNYA BANGSAKU MELAYU NIH??? MUDAH TERPEDAYA DAN DIPERDAYAKAN.SUDAH TIDAK SEMPURNAKAH AKAL FIKIRAN MEREKA NI??? APA HAL YG SIBUK2 NAK SAMBUT HARIJADI SI ALTANTUYA YG TAKDE SANGKUT PAUT DGN KORANG TU?? HARIJADI MAK BAPAK KORANG, ADIK BERADIK KORANG, ANAK BERANAK KORANG ADA KE KORANG SAMBUT?? TARIKH HARIJADI DIA ORANG PUN MUNGKIN KORANG TAK TAU?? SEDARKAN LAH DIRI BAHAWASANYA KITA INI MELAYU DAN MELAYU ITU ISLAM! MARILAH KITA BERSATU MEMAJUKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. SINGKIRKAN MELAYU YANG MENGHANCURKAN BANGSA SENDIRI UNTUK AGENDA PERIBADI. LEBIH BAIK KITA SAMA2 PERBAIKI MANA2 BAHAGIAN ATAP YANG BOCOR INI, DARIPADA MENGGANTIKAN DENGAN ATAP YANG BARU, KERANA BELUM PASTI ATAP YANG BARU DAPAT MEMBERI KITA TEDUHAN SEPERTI MANA YANG KITA DAPAT PADA HARI INI.
ReplyDeletePADAN MUKA!!! KIRA NASIB BAIK JUGAKLAH TU.TAK TAULAH NASIB KALAU MALAYSIA DIPERINTAH MACAM SINGAPURA? AMACAM?
ReplyDeleteJelas, mereka ini cuma memperjuangkan utk kepentingan peribadi. Cubalah mereka memperjuangkan mangsa-mangsa terutamanya kaum Melayu yg telah dirogol, didera dan dibunuh semasa komunis berkuasa. Mereka sanggup memperjuangkan seorang yg rendah moralnya...yatak ya apataknya....Wong.
ReplyDeletesalam chegubard...
ReplyDeleteTeruskan perjuangan...kami doakan anda dan pemimpin yang lain berjaya membebaskan malaysia dari zionis malaysia.
shamsul.
bodoh...baik sambut hari ibu..budaya melayu?
ReplyDeletecikgu bard sila lawat laman web baru kami bagi misi bebaskan tahanan ISA melayu muslim.setelah meraikan pembebasan P.uthayakumar,mari cikgu Bard kita berjuang bersama2 membebaskan tahanan ISA melayu muslim pula.mari lawat web kami dan tandatangai petition yg disediakan oleh sekumpulan anak muda yg amat anti kpd kezaliman dan ISA.
ReplyDeletehttp://bebaskanmereka.blogspot.com/
lg satu bodohnyer melayu....hari ibu x perlu diraikan...stiap hari adlh ari ibu..lg satu...betape bodohnyer ko melayu yg mementingkn diri sendiri..ape bezanyer altantuya dgn mangse bunuh dan rogol yg lain..nmpk sgt ko ni trlmpau memntingkn perkauman...ksian org mcm ko nih...
ReplyDelete