Tuesday, May 12, 2009

Bantuan kepada masyarakat India miskin Kuala Sawah




Dalam kesibukan menangani isu nasional, kebajikan penduduk Rembau tidak dilupakan. 8 Mei 2009, jam 5.oo petang bertempat di rumah seorang teman berbangsa India yang dikenali sebagai Jay di Taman Ramai, Kuala Sawah, Rantau telah dikumpulkan 8 keluarga miskin untuk menerima bantuan.

Bantuan peribadi che'GuBard berupa makanan harian dan wang tunai disampaikan pada tiap keluarga tersebut. Atuk Selvam pula yang 'tempang' setelah sekian lama mengadu memerlukan basikal untuk pergi dan balik kerja akhirnya petang itu menitiskan air mata apabila disumbangkan basikal terpakai untuk memudahan beliau.

Di kawasan Kuala Sawah dalam DUN Rantau dan Parlimen Rembau ini sekurang kurangnya 30 aduan telah diterima oleh Pusat Aduan Rakyat. Aduan telah dipanjangkan ke pihak berkenaan seperti Jabatan Kebajikan, Pusat Zakat, Pejabat Daerah dan Tenaga Nasional, namun hampir semua aduan tersebut tidak dilayan. Malah ada respon yang diperolehi 'maaf kami tak layan aduan dari pembangkang..."

Walaupun ditekan dan dipinggirkan namun Keadilan Rembau tidak pernah berhenti, jesteru itu dengan kewangan yang amat terhad petang itu 8 keluarga telah mendapat bantuan makanan dan wang tunai sumbangan peribadi che'GuBard dan seorang warga emas telah mendapat bantuan basikal sumbangan Muru, Naib Ketua AMK Rembau.

Turut hadir dalam majlis ringkas itu ialah Pn. Aisyah Lamsah, Naib Ketua Bahagian Rembau merangkap Pengarah DUN Rantau, Norazizi Aziz, Setiausaha keADILan Rembau, Musliadi, Naib Ketua AMK Rembau, Selvam, aktivis penggerak DUN Rantau dan kira - kira 10 ahli setempat selain dari penerima bantuan.

Majlis petang itu lancar walaupun Polis hadir cuba mengganggu dan meletakkan kenderaan polis berhampiran rumah dijangka untuk menakut-nakutkan.

4 comments:

  1. Anonymous11:43 AM

    tabik aku kat badrul nie... tak pernah kenal letih.... teruskan bro...!!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:19 PM

    dalam sibuk demo, sibuk buat benda2 mengarut,sibuk kena tangkap, sibuk jual batu serai, sibuk pegi ceramah, sibuk jual topeng altantuya, sibuk sampai tak angkat telefon, kaorang sempat lagi bagi bantuan..Maknanye apa yang kitorang dengar pasal korang selama ni, nak jahanamkan korang je la??? Idup korang n pegi mampos dengan tukang buat fitnah tu....
    Terbaru aku dengar orang yang tabur fitnah kat rembau tu kena tipu dengan sindiket sms RM 5 Ribu dan kereta Kembara dia accident...Kesian..Bala Allah SWT dah tiba..Orang tu nak pegi umrah tapi aku nasihat dia agar jumpa korang settle cara anak beranak...Hablum minannas kono jago...Harap bard n kengkawan tak layan sangat benda remeh ni coz kitorang tau kaorang ada agenda lagi besar..Long livw SAMM

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:53 PM

    siapa penfitnah tu ? hahahah biasalah cikgu dunia akhir zaman apa pun teruskan usaha murni..

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:14 PM

    nama tak boleh didedahkan..tapi kalau bagi clue boleh..Dia tua, mengaku de facto rembau dan muka iras-iras cam chua soi lek...hehehehehe

    ReplyDelete