Thursday, April 30, 2009

'Sue or we stage mock funeral for Altantuya'

ikhsan Malaysiakini

A PKR leader has challenged Prime Minister Najib Abdul Razak to sue all the international media groups that linked him to the murder of Altantuya Shaariibuu or face a mammoth nationwide mock funeral procession for the slain Mongolian national.

In issuing the ultimatum at a public forum in Penang last night, PKR supreme council member Badrul Hisham set nomination day for the Penanti by-election (May 23) as the dateline for Najib to file his suits against the media groups across the globe.

"If he has nothing to do with the murder, Najib should immediately sue those international newspapers, some 19 of them, that linked him to the gruesome killing," he said.

Badrul, the PKR Rembau division chief, told this to some 1,000 people in a hard-hitting speech during the forum held at a municipal wet market complex in Bayan Baru.

If Najib failed to meet the dateline, Badrul, commonly known as "Chegu Bard", warned that he will lead a mammoth convoy of cars and trucks carrying a coffin of Altantuya's effigy from Rembau to Penanti during the by-election campaign.PKR national election machinery director and Machang parliamentarian Saifuddin Nasution, local assemblypersons Abdul Malik Kassim (Batu Maung), Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak) and V Raventhiran (Batu Uban) also spoke at the forum organised by PKR Bayan Baru division's Youth wing.

'Remote controlled by Dr M'
Meanwhile, an enveloped package, containing translated copies of foreign newspaper reports on the Altantuya murder, and a book and a video compact disc on an alleged assault crime committed by Minister in Prime Minister's Department Ahmad Zahid Hamidi enjoyed brisk sales at the forum.

Within minutes after Badrul introduced the RM10 package, which had Altantuya's photograph on the cover, some 1,000 envelopes were sold like hot cakes. (note from cheGuBard : i just bring not more than 60 pieces)

The package is set for brisk sales during the Penanti by-election campaign period.

Badrul said he could not help but take a swipe at Najib over the Altantuya episode for it involved the image, reputation and pride of the country’s prime minister.

"When the prime minister is implicated in such a crime, the country is at risk of being controlled by the foreign powers. We risk international condemnation," said Badrul.

In his speech, Saifuddin called on the government to explain the reasons behind the lack of congratulatory messages from governments around the world for Najib's appointment as the country's sixth prime minister.

"Is it because of the (Altantuya's) articles that appeared in 19 international newspapers?" he asked.

He said although Najib was against Umno contesting the Penanti by-election, the party would eventually field a candidate because "the prime minister is just a puppet of former prime minister Dr Mahathir Mohamad.

"Since Mahathir wanted Umno to challenge PKR in Penanti, he said Najib would follow orders because "the former premier is the remote controller of the current premier.""Najib does not have the backbone to stand up against his old master. This is dangerous because it would revive Mahathirism and send Malaysia back to the dark ages," he said.

Satu lagi PRK kali ini mungkin Selangor


belum pun lagi buka gelanggang di Penanti, Bn sakit perut lagi kali ini mungkin PRK akan berlaku di Selangor. che'GuBard tidak mahu komen lagi boleh baca terus pertikan berita dari Malaysiakini di bawah

ADUN Kota Alam Shah ; M Manoharan yang sedang ditahan di bawah ISA, dipercayai sedang menimbang untuk mengosongkan kerusi tersebut, demikian Malaysiakini difahamkan.Satu sumber yang rapat dengan peguam tersebut berkata, beliau semakin kecewa kerana tidak dapat memberi khidmat kepada para pengundinya di DUN tersebut."Beliau juga menyedari bebanan yang ditanggung oleh isterinya yang terpaksa menjadi wakilnya semasa ketiadaannya sekarang," tambah sumber itu."Isterinya, S Pushpaneela (kanan), terpaksa membahagikan masanya antara menjadi empat anak-anak mereka, menjaga firma guamannya dan kawasan
pilihanrayanya.," kata sumber itu lagi.

Manoharan ditahan di bawah ISA pada 13 Disember 2007 bersama empat lagi pemimpin Hindraf.Beliau merupakan penasihat undang-undang Hindraf, yang telah diharamkan oleh kerajaan.Manoharan bertanding atas tiket DAP di DUN Kota Alam Shah, Selangor dalam pilihanraya umum tahun lalu, dan berjaya menewaskan calon BN dari Greakan, Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.

selsema babi 2

Petikan dari email Rozmal Malakan.
Sila ke pautan Kementerian Kesihatan Malaysia berikut untuk muat turun beberapa maklumat Langkah Penting Pencegahan Selesema Babi (Swine Influenza)http://www.moh.gov.my/MohPortal/newsFull.jsp?action=load&id=450

Antara RISALAH penting ialah :- Etika Batuk- Pandemik Influenza : Pastikan tangan anda bersih- Influenza : Virus Influenza- Pandemik Influenza : Soalan yang sering ditanya- Pandemik Influenza : Apa yang anda perlu Tahu- Pandemik Influenza : Penggunaan Penutup Mulut- Petua pengendalian makanan yang selamat

Anda perlu tahu beza Avian Influenza , Epidemik Influenza dan paling kritikal dan bahaya iaitu Pandemik Influenza

Sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit influenza, anda dinasihatkan :- Makan ubat demam seperti paracetamol- Banyakkan minum air- Berehat secukupnya- Elakkan mengambil alkohol dan merokok- Jangan mengunjungi tempat awam atau majlis keramaian untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain- Tutup hidung dan mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin- Maklumkan kepada pihak berkuasa.
Nota ; rujuk risalah doa bencana dari blog bekas Mufti Negeri Sembilan (klik sini)

Wednesday, April 29, 2009

Selsema babi

Tiba - dunia 'akhir zaman' ini digemparkan lagi dengan selsema babi pula. Ramai rakyat negara ini panik dan kadar cemas itu meningkat apabila pemimpin Bn mengatakan keadaan terkawal dan tidak perlu cemas. Ini berikutan kadar kepercayaan terhadap pemimpin Bn dan berita media arus perdana berada ditahap paling rendah semenjak merdeka.

Semua pintu masuk negara kini diletakkan dalam keadaan berjaga - jaga, orang yang masuk di paksa mengikuti beberapa prosedur untuk memastikan kuman selsema babi itu tidak mengikut masuk. Namun menurut Sani, Timbalan Ketua AMK Rembau menerusi blognya (sila klik sini) menyatakan kegusaran beliau yang melihat sendiri hanya penumpang diperiksa tidak barangan dan kargo. Ini seharusnya diambil perhatian sewajarnya.

Bagi yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai selsema babi ini boleh layari sebuah blog Info Kesihatan Anda (klik sini) yang ada menceritakan secara aga terperinci mengenai selsema babi.

Isu selsema babi ini perlu ditangani dengan kawalan dan pendidikan kepada rakyat. Namun sedih melihat beberapa blog pro Umno antaranya yang menggunakan kesempatan isu babi ini dengan menyiarkan beberapa gambar yang telah di edit dan penulisan kononya selsema babi sebagai bukti pakatan rakyat harus ditolak kerana pakatan pro bela babi.

gambar demo yang dianjur oleh Karim di luar bangunan SUK Selangor

Antara yang dimainkan ialah sentimen selepas Pilihanraya yang dibakar oleh seorang wakil rakyat Selangor, YB Dr.Karim. Beliau telah mengumpulkan orang untuk buat demostrasi yang kononya melayu ditekan, dizalimi dan dihina di Selangor, kerana tiba - tiba lepas menang ladang babi banyak di Selangor.

Perlu jelaskan memang faktanya di Sepang contohnya bilangan babi dikatakan menjangkau ratusan ribu. Maknanya di Sepang babi lebih banyak dari orang. Ketika serangan Karim ini dibuat Pakatan Rakyat baru tak sampai 3-4 bulan memerintah Selangor tak kan lah baru 3-4 bulan babi dah membiak ratusan ribu ekor ? Tentu sebelum itu sudah banyak ladang babi. Maknanya kewujudan ladang babi yang tak tersusun dan terurus adalah hasil sumbangan 50 tahun lebih Bn memerintah Selangor.

Namun oleh kerana kepentingan politik sentimen perkauman dibakar oleh Karim, kononya melayu dizalimi dalam isu babi ini.

Tidak selesa dengan permainan politik jijik Karim maka Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng telah membuat kenyataan media menjelaskan perkara sebenar. Kata Dr. Lee bahawa projek penyusunan ladang babi di Selangor ini telah diusahakan semenjak di bawah Bn lagi. Malah Karim yang pada ketika itu setiausaha Politik kepada Datuk Seri Khir Toyo, Menteri Besar Selangor turut terlibat secara aktif.

Dr. Lee mendedahkan sekeping gambar, yang menunjukkan Karim bergambar manja dengan babi ketika melawat ladang babi di luar negara untuk mempelajari teknologi pembelaan babi secara tersusun untuk dibawa balik ke Malaysia.
muka depan akhbar The Sun yang melaporkan secara terperinci pendedahan Dr.Lee, Pemimpin MCA Pusat

Dr. Lee memberikan amaran kepada Karim dan Umno agar menghentikan kegiatan memanipulasi isu babi dan membakar sentimen perkauman untuk kepentingan politik, jika tidak dia akan terus mendedahkan syarikat bumiputera mana yang terlibat dalam cadangan projek penstrukturan perladangan babi di Selangor ketika Bn tetapi malangnya tak sempat meneruskan hajat kerana Bn tumbang oleh kuasa rakyat.

Sementara ketua kampung itu turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam. Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Isunya ialah isu alam sekitar, isu kesihatan dan keselamatan rakyat. Sungai dan pantai telah teruk jahanam kerana Bn yang membiarkan perternakan babi bersepah tanpa kawalan selama 50 tahun dikawasan sekitar.

Dan jelas selepas itu Karim serta Umno takut memainkan isu ini kerana takut 'kemaluan' mereka terdedah. Isu ini hanya dimainkan oleh blog 'upahan' Umno.

Isu babi ini juga muncul sekejap di Bukit Selambau, Kedah. Penjelasanya mudah perancangan membina ladang babi di Bukit Selambau wujud zaman Bn. Maka Pakatan di bawah YAB Ust. Azizan mengkaji semula cadangan lama dan melihat cadangan tersebut tidak masuk akal dan membatalkanya. Namun media pro regim memanipulasi kononya Pakatan yang bawa cadangan tersebut.

gambar Karim bersama penyokong Bn menikmati minuman selepas lelah menjerit-jerit

Dalam isu menghadapi selsema babi yang melanda dunia ini, kerajaan dan masyarakat tidak kira apa parti pun seharusnya menumpukan peningkatan kawalan, pendidikan dan jangan ada penyelindungan maklumat.

Semoga bencana ini lebih menginsafkan kita.

Kenyataan penuh DSAI : Dr Mansor calon Penanti


28 April 2009

(Permatang Pauh, Pulau Pinang) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.

Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.

Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KEADILAN bagi kawasan Penanti pada pilihanraya 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KEADILAN Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KEADILAN Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.

Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.

En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.

Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.

Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, April 28, 2009

Jangan tertipu dan ditipu SPR lagi.

SPR telah menetapkan hari pengundian dan penamaan calon. Kepada semua jentera parti (KEADILAN atau PAKATAN) dan penyokong di ingatkan jangan tertipu dengan perkembangan semasa yang di orkestrakan untuk kepentingan regim.

Pasti akan ada pertandingan

Harap jentera dipersiapkan tanpa mempedulikan sentimen Bn mungkin tidak bertanding. Ini kerana sejak bila pula Bn atau pemimpinnya bercakap benar dalam isu pilihanraya ini. Lupakah kita Abdullah yang mengatakan pasti tidak ada pilihanraya dalam masa terdekat dan kemudian membubarkan Parlimen esok tengahari ? Atau lupakah kita dengan manifesto Bn yang disampaikan Najib bahawa minyak pasti tidak naik tahun ini 2008 tetapi minyak tetap naik selepas pilihanraya ?

Memang Najib tidak mahu bertanding kerana pertandingan akan digunakan sebagai medan membogelkan beliau yang banyak skandal jenayahnya. Tetapi ketahuilah Umno kita masih gagal dikawal sepenuhnya oleh Najib. Kumpulan yang hendakkan Umno bertanding lebih kuat dan ramai dari suara Najib. Najib yang mula dikenali sebagai penakut untuk membuat keputusan pasti akur dengan kehendak yang lebih ramai, walaupun akhirnya merugikan dia sendiri.

SPR kata jangan datang ramai - ramai dan tidak ada pondok panas.

SPR cuba menipu mereka akan hadkan penyokong PAKATAN dan biarkan penyokong Bn maka nanti dalam media mereka akan mainkan betapa Bn ramai penyokong. Bukan tak biasa SPR menipu. Tahun 2004 SPR memperkenalkan larangan bina pondok panas pihak BA (pada ketika itu) akur dan tidak membina sebaliknya Bn membina pondok panas macam biasa. Bila aduan dibuat SPR kata luar bidang kuasanya.

Apa yang SPR harus lakukan kalau berani ?

Pastikan tiada jentera kerajaan digunakan untuk berkempen sama ada kerajaan pusat atau negeri. Halang menteri - menteri datang sebagai menteri dengan di iring polis dan menggunakan peruntukan kerajaan sebagai bahan kempen. Kalau tak berani maka minta pengerusi SPR diminta berhenti menyiarkan kenyataan lawak jenaka.

SPR tidak telus, secara peribadi soalan cheGuBard pun masih SPR tidak jawab... bagaimana jumlah kertas undi yang dikeluarkan di peringkat Parlimen Rembau dalam PRU 12 , 2008 berlebih dari jumlah kertas undi dikeluarkan bagi 4 buah DUN dibawah kawasan tersebut ? Adakah ada yang datang cuma diberi kertas undi parlimen atau nombor jumlah undi bertukar sebelum pengumuman keputusan untuk memenangkan calon Bn...?

SPR alat untuk memperlihatkan Malaysia negara demokrasi dan sebaliknya hanya memastikan Bn menang.... Orang akan tanya habis tu macam mana bila ada tempat Bn kalah juga...jawapanya ialah SPR dah tak larat nak tipu lagi itu sebab Bn tetap kalah walaupun dah tipu....

Bincang - Bincang : SELCAT

Sesuai dengan perkembangan politik baru iaitu maklumat dan ilmu memperkasakan rakyat. Maka Kerajaan Selangor telah mewujudkan stesen tvnya sendiri. Sudah tentu bukan stetesen tv seperti Tv 3, tetapi ia adalah web Tv. Mana mungkin regim Bn berani memberikan kebenaran bukan stesen Tv atau radio tetapi akhbar harian pun tak dibenarkan.

Minggu lepas che'GuBard telah dijemput sebagai maderator untuk satu rancangan bual bicara di stesen berkenaan iaitu 'Bincang - Bincang' dalam siaran kali ini perbincangannya ialah mengenai SELCAT dengan menampilkan panelis seperti YB Theng Chang Kim, YB Saari Sungip dan YB Amiruddin Saari.
untuk mengikuti siaran rakaman Bincang - Bincang sila klik tajuk bawah




Beranikah PEWARIS berdebat ?

GMI jemput PEWARIS berdebat

Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam debat mengenai ISA anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) pada 9 Mei depan.

Menurut GMI, debat bertajuk 'Debat ISA: Haram atau Halal?' akan diadakan di Auditorium Dewan Sivik MPPJ mulai jam 3 petang.

Katanya, PEWARIS dijemput untuk mempertahan ISA ekoran dakwaannya bahawa ISA diperlukan untuk mempertahankan Islam.

PEWARIS menyifatkan diri sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam di negara ini dan berkecuali dari mana-mana fahaman politik.

"GMI telah menghantar jemputan kepada PEWARIS untuk menghantar wakil mereka bagi menyangkal pendirian anti-ISA GMI.

"Sehingga ini, kami belum menerima sebarang jawapan dari PEWARIS sama ada mereka akan hadir atau tidak untuk menyatakan pandangan mereka menyokong ISA," kata GMI.

Selaras dengan semangat kebebasan bersuara, GMI berhartap PEWARIS akan menerima jemputan tersebut.

"Kami menjemput orang ramai untuk menghadiri debat tersebut," tambahnya.

Monday, April 27, 2009

Dulu Mufti Perak kata Jom Heboh Haram...

Mufti Perak pernah haramkan satu program TV3 iaitu Sure Heboh.Keputusan dan pengumuman mufti ini langsung tidak diendahkan oleh Kerajaan mahupun penganjur. Namun selepas 8 Mac TV3 mengumumkan konsert atau program tersebut yang sudah ditukar nama Jom Heboh tidak akan dibuat di negeri Pakatan Rakyat, termasuk Perak.

Walaubagaimanapun seiring dengan rampasan kuasa di Perak maka TV3 telah menarik balik rancangan membatalkan program tersebut di Perak. Maka semalam ia diadakan di Lumut Perak.

Adakah Kerajaan 'haram' Bn Perak menghina dan tidak menghormati Mufti Perak ? atau mufti Perak akan jawab bukan apa ok semua yang saya kata haram sure heboh bukan jom heboh.....

Khidmat Kesihatan Percuma dapat sambutan di Mini Karnival Wanita (Sendayan)

KKP- Khidmat Kesihatan Percuma kali ini kami adakan di Bandar Baru Sendayan sempena program MINI KARNIVAL WANITA BERSAMA RAKYAT anjuran Wanita Keadilan Rembau. Dapat juga saya mengenali Ketua Wanita Keadilan Rembau, Pn MasAyu dan AJKnya. Karnival dan program ini diadakan diperkarangan rumah Pn MasAyu sendiri.InsyaAllah, next KKP pada 26 April nanti saya akan bawa sekali Normala.Alhamdulillah Dr Linda dan Dr Marsyidah turun membantu menjayakan program ini. Meskipun bilangan individu yang menjalani pemeriksaan sekitar 50-60 orang sahaja, kami seolah tak menang tangan kerana semuanya menyerbu sekaligus. Syukur ada Normala (mualaf baru 7 bulan) datang membantu kami. Mala memaklumkan dia berminat sekali untuk turun membantu program-program sebegini.
Sambil sibuk membantu para doktor mengira BMI, saya sempat juga mendengar DIALOG SANTAI BERSAMA YB Zuraidah Kamarudin (Ketua Wanita Keadilan Pusat / Ahli Parlimen Ampang),YB Haniza Talha (Timbalan Speaker Wanita Selangor), YB Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja), che'GuBard (MPT Keadilan / Ketua Bahagian Rembau) dan YBhg Aisah Lamsah (Ketua Wanita Keadilan N.S). Banyak pengalaman mereka sebagai YB dikongsi bersama wanita dan para tetamu yang hadir.

tulisan diatas dipetik dari blog Puan Norwani Ahmat, salah seorang sukarelawan Yayasan Amal yang hadir membantu ketika Mini Karnival Wanita di Sendayan baru baru ini. Terima Kasih banyak-banyak !!

KEADILAN Rembau dokong penuh sambutan 1 Mei di Seremban

Jerit atau Jaringan Rakyat Tertindas sejak beberapa tahun lepas telah secara konsisten mengadakan Sambutan Hari Buruh (alternatif) pada 1 Mei setiap tahun sejak 1994.

Tahun 2009 Jerit telah memilih Seremban untuk diadakan sambutan Hari Buruh. Maka KEADILAN Bahagian Rembau dengan ini menyatakan sokongan penuh ke arah menjayakan program tersebut.

Bukan sekadar akan menyalurkan tenaga bantuan sukarela tetapi KEADILAN Bahagian Rembau turut menyeru seluruh ahli dan penyokong untuk turut sama meraikan Hari Buruh bersama Jerit.

Perayaan Hari Buruh ialah kesinambungan Hari mengenang perjuangan pekerja melawan penindasan kapitalis. Tema sambutan tahun ini : Krisis Ekonomi - Selamatkan Pekerja bukan Kroni di lihat tepat pada masanya dimana dalam krisis kewangan seluruh dunia ini pekerja menjadi mangsa tetapi pemodal diselamatkan dengan perkabagi pakej ransangan dari kerajaan.

Kepada semua kaum pekerja ayuh kita berjumpa :

Sambutan Hari Buruh
1 Mei 2009 , 10.30 pagi
Dataran Seremban, Seremban

Di seluruh dunia termasuk di negara Kapitalis sambutan hari buruh diraikan dengan perarakan besar kaum pekerja di bandar - bandar besar. Harapnya begitu juga di Malaysia, himpunan aman hari buruh ini tidak diganggu regim pemerintah. Ia merupakan himpunan menunjukkan kekuatan kaum buruh kepada kapitalis besar agar lebih prihatin dengan kebajikan pekerja.

31 Mei mengundi di Penanti

Setalh bergelut bersungguh - sungguh cuba mengelakkan Pilihanraya di Penanti bagi pihak Bn maka akhirnya SPR terpaksa akur dan membuat pengumuman pagi tadi.

Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon jatuhnya pada 23 Mei, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas ADUN PKR itu bagaimanapun tidak diseret ke mahkamah kerana SPRM kononya tidak mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian walaupun sebelum itu bersungguh-sungguh membuat beberapa kenyataan media mengaitkan bekas wakil rakyat Penanti dengan rasuah.

Saturday, April 25, 2009

PENANTI: Najib menanti mesyuarat biro politik

KEPUTUSAN Presiden Umno Najib Tun Razak untuk menunggu mesyuarat biro politik Umno bagi membuat keputusan sama ada bertanding pilihanraya kecil Penanti atau tidak menunjukan beliau takut untuk berhadapan dengan rakyat.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrin, secara rasionalnya Najib tidak mahu dimalukan dengan kekalahan sekali lagi selepas kalah beberapa pilihanraya sebelum ini.

“Najib terpaksa menunggu untuk membuat keputusan selepas mesyuarat biro politik Umno, nampak sangat Najib takut untuk membuat keputusan,” katanya kepada Suara Keadilan Online pagi ini.

Najib Tun Razak yang juga pengerusi biro politik berkata keputusan berkenaan diambil dalam mesyuarat majlis tertinggi semalam yang diadakan kali pertama semejak Najib mengantikan Abdullah Badawi

Kata Badrul lagi, Najib adalah satu-satunya Presiden Umno seterusnya Perdana Menteri yang takut untuk membuat keputusan sama ada bertanding atau tidak.

“Ini kerana Najib tahu keputusan yang bakal diambil bukan sahaja mampu merosakan parti, malah beliau bakal menghancurkan negara,” katanya.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti kosong selepas penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin menyerahkan surat perletakan jawatan 16 April lepas kepada Speaker Dun.

Thursday, April 23, 2009

Benarkan Mohamad Hassan akan ditukar ?

Sudah kedengaran agak lama desas - desus mengenai kedudukan Mohamad Hassan (MB Negeri Sembilan) yang tak berapa nak selamat. Ini kerana kononya dia adalah bekas orang Pak Lah dan dinaikkan oleh Khairy. Ini menurut sumber Justify Fullorang - orang Umno lah.

Namun beberapa hari lalu ada dipelawa sembang - sembang sambil dibelanja makan oleh seorang pemimpin Umno di Negeri Sembilan telah mengesahkan kemungkinan ini bakal berlaku wujud.

Mohammad Hassan bukanlah kuat dalam Umno Negeri Sembilan sebelum jadi MB dia tokoh korporat (menurut satu versi cerita lagi dia kawan baik dengan YB Azmin Ali). Dia naik konon atas lobi Khairy Jamaluddin. Setelah naik secara mengejut di Negeri Sembilan dia agak panik kerana tak tahu nak percaya siapa kerana pengaruh Isa Samad cukup kuat lagi. Maka dia telah mengambil abangnya Azman Hassan untuk menjadi Setiausaha Umno Negeri, Setiausaha Umno Rembau dan seterusnya penasihat dan tempat rujukanya. Abangnya yang jauh lebih berpengalaman dalam politik telah mengaturkan perbagai perkara untuknya. Malangnya kegahirahan Azman mengaturkan sehingga mencampuri beberapa urusan kerajaan mengundang rasa kurang senang orang - orang lama di Negeri Sembilan. Begitu juga keghairahan keluarga dan kerabat Hassan dan orang Rantau dalam meraih peluang dengan kerajaan negeri telah menjadikan label di pusat kerajaan anak beranak dan di Negeri Sembilan wujud kerajaan adik beradik.

Namun politik sentiasa bergerak dan berubah. Ada timbul beberapa ura - ura yang agak jelas kebelakangan ini bagaimana Mohamad dan juak - juaknya mula melahirkan rasa kurang senang dengan Khairy. Namun tidak secara terang, kerana itu Khairy masih dibiarkan menang pencalonan Pemuda Umno Rembau. Khairy tidak duduk diam tahu keadaan tidak selesa dia yang mampu menang dalam pemuda Umno langsung tidak menghulurkan tangan kepada Mohamad yang terkapai - kapai tidak cukup undi untuk calon MKT Umno.

cheGuBard ingatkan pertembungan senyap Khairy dan Mohamad akan menjamin tempat Mohamad selaku MB selamat kerana membuktikan kepada Najib dia bukan orang Abdullah.

Nampaknya tidak dari apa yang diterangkan oleh 'pemimpin Umno Negeri Sembilan' dalam pertemuan santai dan makan - makan beberapa hari lalu memang sesuatu sedang hendak berlaku.

Pada 16 April 2009, Azman Hassan (abang MB) telah meletakkan jawatan sebagai setiausaha Umno Negeri Sembilan. Namun mengekalkan jawatan selaku Setiausaha Umno Rembau. Perletakan jawatan ini bagi mengurangkan tekanan kepada kerajaan adik beradik di Negeri ini.

YB Cikgu Hashim Rusdi, exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Labu dijangka akan mengisi kekosongan Setiausaha Perhubungan Negeri Sembilan.

Pengekalan Rais Yatim sebagai MB juga memeningkan lagi kepada Mohamad Hassan. Walaupun Isa Samad kalah dalam perebutan Naib, ia tidak melegakan Mohamad kerana Isa Samad cukup dikenali sebagai politikus yang licik dan berpengalaman.

Persoalannya cheGuBard cuba lontar kepada teman pimpinan Umno itu ialah siapa nak ganti Mohamad? Dia kata ada banyak tokoh antaranya ialah yang rapat dengan Najib kini ialah Hassan Malek.

Ditanya bukankah Hassan Malek bukan ADUN tetapi ahli Parlimen Kuala Pilah. Mereka kata mungkin akan berlaku pilihanraya kecil nanti. Sekarang mungkin tidak ada sebab sokongan terhadap Bn sedikit terganggu tetapi bila sokongan terhadap Bn di Negeri Sembilan diyakini kuat maka saat itulah Mohammad akan digantikan dengan Hassan Malek. Dengan kerusi Parlimen Kuala Pilah dikosongkan dan bertukar dengan ADUN dalam Kuala Pilah.

Cuma che'GuBard senyum, bukan apa takut sampai 3 pilihanraya nak jadikan Hassan Malek, Menteri Besar tak menang sebaliknya memang NS dapat MB baru tapi dari Pakatan Rakyat sebab dapat rampas 3 kerusi Bn.

Yang kedua dikalangan ADUN juga ada yang mula membina jambatan dengan Najib tak kurang yang mengintai ruang dengan Rosmah. YB Cikgu Hashim Rusdi juga dah mula cium tangan Najib dan Rosmah. Kata teman pimpinan Umno yang makan sama itu ialah Mohamad ni bukan cerdik sangat silap gaya dia ambil Cikgu Hashim ...akhirnya YB cikgu Hashim yang juga Ketua Umno Bahagian Rasah ini juga yang akan dipilih Najib menggantikanya.

S.Muliadi juara Nescafe Tarik

pada 18 April yang lepas telah diadakan Mini Karnival Wanita bersama rakyat di Felda Sendayan. Program mula dari jam 2.30 petang - 12 tgh.

Gambar 19 April, jam 0015, Selepas tamat program.



S.Muliadi ialah bekas pemimpin Pemuda Umno di Rembau yang baru setahun masuk KEADILAN. Namun komitmen yang ditunjukkan selepas masuk amat membanggakan. Dia yang merupakan pemilik Restoran di Senawang juga merupakan Juara Nescafe Tarik berpasangan, itu sebab hampir semua program KEADILAN Rembau meriah sekarang ini sebab ada show Nescafe Tarik. Gambar - gambar di atas ialah rakaman pertunjukannya semasa Mini Karnval Wanita di Sendayan. Sesiapa yang nak jemput S.Muliadi buat show di tempat dia boleh hubungi Azizi 0123696474 untuk buat pelawaan.

gambar dari kamera Sani

semalam Sani (Timb. AMK Rembau) hantar email beberapa pic dari kameranya. Maka cheGuBard perturunkan disini untuk kongsi bersama.
Gambar bersama selepas Ceramah Umum di Pontian Johor, 11 April yang lalu. Sebelah kanan cheGuBard ialah Pengerusi AIC di situ. Kelihatan Altantuya juga muncul di Pontian.


Gambar diambil semasa perjalanan pulang dari Bukit Selambau malam pengumuman keputusan. Sampai di terowong sebelum Ipoh jalan 'jem' teruk. Namun keadaan agak meriah dengan masing masing membunyikan hon banayk kereta yang masih dihiasi bendera dan perbagai pelekat PR. Buhril sempat mengedarkan kira kira 100 lebih topeng kepada pemandu-pemandu yang terperangkap dalam kesesakan. Pemandu lori dan bas pun ambil dengan menjeritkan sokongan.

Gambar ceramah malam akhir di depan Markas AMK Kedah dekat Yayasan Aman.
posing dengan wajah 'kacak', Azizi (setiausaha Bahagain Rembau), Muru (Naib Ketua AMK Rembau) dan Buhril yang menutup muka

Kenderaan 'rasmi Rembau' atau stor JKR (gelaran yang diberikan oleh Sani) sedang di make up...sehari sebelum hari pengundian di depan Yayasan Aman yang akhirnya menyebabkan cat kerena punah....hahahaha

kaum asal juga terbela di bawah PR Selangor



KERAJAAN SELANGOR TAMATKAN PERBALAHAN PENDUDUKAN TANAH DENGAN KAUM TEMUAN DALAM KES SAGONG TASI

SHAH ALAM: Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajan Negeri (AMMKN / EXCO) hari inimemutuskan untuk menarik balik rayuan Kerajaan Negeri kepada Mahkamah Persekutuanberkaitan kes Sagong Tase pada tahun 1995, yang melibatkan pendudukan tanah pusaka kaumTemuan seluas 38.477 ekar di Bukit Tampoi, Dengkil.

Kerajaan Negeri percaya keputusan Rayuan Mahkamah yang menyatakan bahawa pendudukantanah tersebut tidak sah dan kaum Temuan berhak mendapat ganti rugi, hendaklah dihormati.Ekoran keputusan tersebut, esok Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri bakal menemuiMahkamah Persekutuan bagi memberitahu hasrat Kerajaan Negeri menariki balik kes tersebut.

Kerajaan Negeri memang memberi perhatian terhadap perkara yang dibangkitkan dalampenghakiman Mahkamah Rayuan dalam hal menggazet tanah pusaka Orang Asli dan membentuk Jawatankuasa Khas Tanah Orang Asli – yang bakal dilancarkan pada 4 Mei 2009 – bagi mengkajisoal tanah dan isu-isu lain yang berkaitan. Sebagai tambahan, Kerajaan Negeri juga sedangmengkaji keperluan meminda enakmen khas untuk melindungi hak-hak kepentingan Orang Asliberhubung pendudukan tanah pusaka.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor berharap keputusan ini mampu mengeratkan hubungankeraja yang diperlukan bagi menangani banyak masalah yang berkaitan Orang Asli yang semakindipinggirkan daripada arus pembangunan. Kerajaan Negeri percaya usaha melindungi hak-haktanah pusaka rakyat pribumi sebagai langkah ini yang tepat dan berazam untuk memberikan layanan yang adil kepada komuniti Orang Asli oleh sebab mereka pun berhak menerima layananyang saksama sebagaimana dinikmati oleh warganegara Malaysia lainnya.

TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR

Tuesday, April 21, 2009

teknologi...........politik baru

cuba kita lihat gambar di atas.... Peta Dunia di badan lembu .... tentu ramai yang melihat ini gambar lembu istimewa... tidak ada cacat dengan mata kasar lembu di atas... tetapi adakah ia gambar asli... inilah istimewanya teknologi masa kini...
Lihat pula tikus atau buah kiwi ? kepakaran grafik mampu mengubah hampir apa sahaja.


Antara mangsa grafik terbaru ialah seorang artis Indonesia, Sandra Dewi. Gambarnya di super imposekan dengan begitu teliti sehingga riuh dalam media negara jiran. Namun mujur carian internet menemukan dengan gambar asal yang boleh menjawab fitnah teknologi yang menggunakan gambarnya.

Penyakit ini bukan sahaja menjangkau ke dunia artis sebaliknya kita digunakan di dalam arena politik tempatan.... di Bukit Gantang ada satu gambar (solah di Kelab Malam) dengan dua versi. Satu versi dengan kepala Nizar dan satu versi dengan gambar calon Bn. Ini politik lama yang busuk. Tidak mungkin dapat menghalang kegiatan berseronok dengan teknologi ini tetapi nilai humor dan satira perlu ada tanggungjawab, jangan sesekali katakan yang diubah suai itu asli.

Politik baru perlu mendidik dan memperkasakan rakyat bukan dengan benda remeh seperti itu.... tersebar juga gambar anak - anak Najib 'bersosial' dan dibezakan dengan anak - anak Anwar.... apa ini semua ? Fikirkan... jika anak Najib ustaz tidak bermaksud kesalahan korup, misteri pembunuhan Altantuya boleh dipadamkan...

Khir Toyo yang tidak ada gambar tidur bogelnya tidak beerti dia bagus untuk dijadikan pemimpin.... nilai wang rakyat yang dijahanamkan ketika menjadi Menteri Besar Selangor mampu menjadikan rakyat 'berbogel'...

Krisis Perlembagaan : Ucapan Ku Li 1993

Di bawah ini di perturunkan dua video ucapan perbahasan Ku Li di parlimen semasa pindaan perlembagaan yang dilakukan oleh Mahathir Mohamad. Harap semua boleh mendengar dan memahami masejnya dengan hati terbuka.


Cara berfikir yang salah....

Yg. Bhg. Dato' Hj. Abd. Halim b. Hj. Abd. Latif
Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Nilai

Ketika menganjurkan satu program di Bandar Baru Sendayan (kawasan penempatan baru penduduk Felda Sendayan) Bn telah panik. Apa tidaknya penduduk yang baru sahaja mendapat 'banglow' baru seharusnya setia teguh bersama Bn, tetapi sebaliknya gempuran KEADILAN Rembau di kawasan Sendayan mendapat sambutan baik.

Seperti biasa Bn akan mengkudakan jentera kerajaan. Maka penguatkuasa Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dikerahkan berkejar pada hari cuti ke Sendayan. Beratus bendera, banner dan persiapan program dirampas dan dilarikan MPN. Sedangkan pada hari yang sama Bn juga mengadakan program yang mulanya Ahli Parlimen Rembau akan turun tetapi mungkin gusar jika bilangan kehadiran dibandingkan maka saat - saat akhir membatalkan kehadiran ke program tersebut, tetapi persoalanya pada waktu KEADILAN diganggu MPN tetapi tidak mengganggu majlis Bn yang juga parti politik.

Norazizi Aziz, Setiausaha Bahagian Rembau dan Sani, Timbalan Ketua AMK Rembau kemudian telah ke MPN untuk mengambil semula barang yang dilarikan MPN. Sedih sekali seorang 'pegawai tinggi MPN' berhujah bahawa apa yang berlaku merupakan perkara biasa.

Kata pegawai tinggi MPN itu "biasalah sekarang Umno perintah maka KEADILAN kenalah macam ini dan nanti KEADILAN perintah Umno kena pula".

Ini adalah bentuk pemikiran yang salah penjawat awam seharusnya bertindak mengikut undang - undang bukan sebagai penjilat parti politik pemerintah.

PBT seperti MPN seharusnya menumpukan khidmat kepada rakyat yang banyak lagi masih berada pada tahap tidak memuaskan bukan sibuk memenuhi permintaan Umno - Bn untuk menekan parti politik lain.

Iklan tak berbayar : Proton Exora

Posting ini adalah iklan tak berbayar.

Sesiapa nak dapatkan Proton Exora Bayaran Pendahuluan RM1622 (boleh runding) dan bulanan RM 843 sila hubungi Manja 0123535698 (bendahari AMK Rembau). Boleh juga dapatkan semua model Proton dan Toyota Baru.

Rumah Untuk Di Jual SEGERA !!Sebuah rumah Teres (kembar dua - lot tepi) 3 bilik tidur, stor dan 2 bilik air. Telah diubah suai terletak di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Harga RM 200k (boleh runding). Minat hubungi 0126262929


Grill, owning dan pagar besi. Perbagai rekaan terbaru termurah dipasaran. Hubungi 0129186472

bagi yang suka menyimpan atau membuat perhiasan/alat kemas dengan batu serai boleh hubungi Yaser Sheikh Abd Rahman - 0126794704 atau klik sini untuk keterangan lanjut

bagi yang ingin mencari perkhidmatan katering untuk apa jua acara sila hubungi Hassan Jab 016 469 5343 (Pulau Pinang) atau sesiapa yang mahukan pakej lengkap untuk upacara perkahwinan khemah, pelamin dan andaman sila hubungi Kak Aisyah 0172852767 (Negeri Sembilan)

Bekas Pesuruhjaya PAS NS keluar buku panduan Gaharu


Itulah tajuk buku terbaru dari Dr Rosly Yaakop yang menceritakan secara lengkap tentang pokok gaharu, jenis-jenisnya dan peluang perniagaan berkaitan dengan pokok gaharu ini. Dilengkapi dengan gambar-gambar warna-warni sepenuhnya dan menggunakan kertas licin yang berkualiti. Penulis juga telah terlibat secara langsung dengan perniagaan ini dan telah mendirikan sebuah kilang pengeluaran minyak gaharu. Turut bersedia untuk membeli pokok-pokok gaharu yang tumbuh secara liar dari anda semua. Yang berminat untuk membeli buku yang menarik ini ,ingin menjual pokok gaharu yang anda miliki atau berminat mendapatkan anak benih gaharu , sila hubungi pejabat DUN Paroi.

Pusat Khidmat Masyarakat Paroi

No 22 , Jalan Bunga Raya 27
Taman Tasik Jaya
70400 Seremban , N.Sembilan
Tel : 06-6794609

Bn tetap akan tanding jangan terperdaya

Ucapan Najib yang menyatakan bahawa kemungkinan Bn tidak bertanding di Pilihanraya Kecil Penanti adalah suara hati beliau.

Sememangnya ada desakan untuk Bn tidak bertanding di Penanti kerana bukan faktor pembaziran tetapi faktor ketakutan untuk kalah. Jika Bn kalah maka keadaan Bn dan Umno akan lebih parah. Malah imej Najib akan lebih teruk.

Najib berada di kedudukan telan mati bapak luah mati emak. Jika bertanding dia akan ditembak 'gila-gila' tetapi jika tidak bertanding dia akan dilabel sebagai PM paling penakut.

Namun hakikatnya desakan untuk Bn tidak menurunkan calon tidak sehebat atau sekuat untuk bertanding. Ramai yang mahukan pertandingan. Pihak yang paling kuat desak untuk mesti turun calon ialah pihak yang mendapat habuan setiap kali pilihanraya. 'Runner' penghantar bekalan pastinya mahukan Bn menurunkan calon agar mereka boleh terus mencukai bekalan yang dihantar. Pihak kedua yang kuat mendesak ialah saki baki penyokong Abdullah, anti Najib dan pro Muhiyuddin, ini kerana untuk menamatkan lebih cepat riwayat Najib. Penyokong Abdullah tentu seronok melihat Najib dimalukan, maka dapat dibuktikan kekalahan Bn sebelum ini bukan faktor Abdullah semata - mata. Kumpulan pro Muhiyuddin tentu menilai jika faktor usia sudah tentu Muhiyuddin tak sempat duduk kerusi Pm kerana Najib lebih sihat dari Muhiyuddin yang kelihatan begitu sembab.

Maka kepada seluruh jentera parti perlu jangan leka dan bersedia. Jentera Pakatan Rakyat perlu bersedia sepenuhnya dan jangan terhanyut dengan kata - kata ketakutan Najib kerana ikutkan Najib memang tidak mahu letak calon tetapi Najib tidak mampu mencengkam Bn untuk mengikut katanya.

Pilihanraya membazir ?
che'GuBard berada di bumi Sarawak 3 hari sebelum penamaan calon Pilihanraya Kecil Batang Ai. Sebelum pulang mata ini menyaksikan sendiri bagaimana di satu kawasan rumah panjang setiap rumah mendapat habuan tunia kononya rebet enjin bot, yang lucunya yang tidak pernah ada enjin juga memperolehi rebet tunai tersebut.

Ini semua tidak akan berlaku jika tidak ada pilihanraya kecil ? bukan itu sahaja kerana pilihanraya juga Shahril Samad ketika itu Menteri Pengguna berlari ke pendalaman Sarawak membawa minyak dan barangan keperluan asas untuk di edar kepada orang di pendalaman dengan harga yang ditetapkan.

Tiap kali pilihanraya projek 'mee segera' berguguran..maka kontraktor, rakyat dan banyak pihak beruntung kerana tanpa pilihanraya mereka tidak akan melihat semua ini berlaku. Jika dulu hanya anak sekolah mendapat basikal kini orang tua juga mendapat basikal. Yang dapat basikal untung, tauke basikal untung, pemilik lori yang hantar basikal untung....

Bagi jentera KEADILAN mahupun Pakatan Rakyat 'harganya cukup murah berbanding nilai' ikhlas dan tidak berbayar. Tetapi bagi Bn harganya cukup mahal...sebutir peluh dikira...adakah salah Pakatan jika Bn belanja besar masa pilihanraya ?

Asyik - asyik kerusi KEADILAN dikosongkan ?

Jawapan pertama ialah jika dengan kosongkan kerusi rakyat untung apasalahnya ?

Bukan suka - suka ! Regim pemerintah perlu jawab fakta ini...kenapa Pilihanraya Bukit Selambau terjadi....?

V.Arumugam bukan calon Pakatan Rakyat. Calon Pakatan Rakyat Saiful ditolak pencalonan kerana 'permainan SPR'.... Pertandingan dalam PRU 12 2008 di Bukit Selambau berkeputusan calon Bebas (Kunci) yang disokong Pakatan Rakyat menewaskan calon Bn. Selepas menang calon Bebas membuat keputusan menyertai KEADILAN.

Penyertaannya memasuki KEADILAN tidak disenangi. Ada pula pihak yang konon bagi pihak Bn menaja beliau muncul. Beliau telah membuat laporan polis pertama kerana disogok wang untuk keluar KEADILAN dan menyertai Bn. Laporan Polis kedua dibuat kerana selepas itu dia dihantar ugutan. Laporan Polis ketiga kerana kenderaanya dipecahkan. Laporan polis ke empat ialah kerana ada cubaan bunuh / culik dibuat ke atas beliau. Ada kawad cam dilakukan dan ada tangkapan...tetapi oleh kerana mereka merupakan gangster yang dilindungi maka tiada tindakan lanjut seperti pendakwaan dan suspek yang ditunjukkan oleh V. Arumugam dalam kawad cam bebas. Ini lebih membahayakan nyawanya.... namun demi rakyat dia terus bertahan... akhirnya anak dan isterinya menerima ancaman... maka dia telah hilang kepercayaan kepada sistem... nyawa keluarganya diancam kerana di sebagai wakil rakyat tidak menyertai Bn... maka keputusan dibuat dia meletakkan jawatan dan menyerahkan mandat kepada rakyat.....sudahlah banyak surat layang memburukkan keluarganya bertebaran di kalangan masyarakat setempat...

Atas fakta itu apa penjelasan Bn....?

Hak rakyat untuk memilih dan mendapatkan wakil rakyat yang 'bagus'....hak wakil rakyat ialah memberikan khidmat yang terbaik dan jika merasakan tidak mampu jangan bazirkan wang membayar gajinya ...letak jawatan dan serahkan semula pada rakyat...

Pilihanraya bukan beban ia pesta demokrasi hak rakyat memilih wakil mereka... Namun kehadiran Bn dengan gangster, polis yang ramai dan mempergunakan jentera kerajaan menyebabkan pilihanraya yang seharusnya menjadi pesta itu menjadi medan tempur....

Saturday, April 18, 2009

terus mela ngkah bergaya skuad Rusa

Teringat zaman gila tengok bola, cuma lokasi stadiumnya di Stadium Perbandaran Seremban sekarang ini dah tersergam Seremban Parade.

Ketika zaman Negeri Sembilan menjuarai Division 2 masih ingat lagi perlawanan terakhir merebut takhta melawan Sarawak.

Selepas itu ada beberapa kali menjengah ke Stadium Paroi.

Namun kesempatan ini mengucapkan 'tahniah' kepada seluruh warga skuad Rusa termasuk para penyokong setia kerana NS tahun ini melangkah bergaya. Sabtu ini N.Sembilan akan menerima tandangan pasukan Kelantan yang telah ditewaskan 1-o di Kota Bharu dalam separuh akhir pertama. Berbekal Agreget 1-0 cheGuBard yakin skuad Rusa mampu lakukan kerana rekod cemerlang di tempat sendiri yang amamt membangkakan sepanjang musim ini.

Sabtu ini telah ada komitmen bersama program wanita Rembau di Sendayan. InsyaAllah jika ke Final nanti che'GuBard akan bersama gelombang skuad rusa ke stadium.

Friday, April 17, 2009

Sidang Dun Perak 7 mei ? apa muslihatnya...?

Di maklumkan satu notis telah dikeluarkan oleh Antong Sabri yang menyatakan 7 Mei merupakan tarikh persidangan DUN Perak. Antong Sabri ialah Setiausaha DUN yang lama, Setiausaha DUN kini ialah Ust. Misbah Munir Masduki. Lantikan Setiausaha DUN ialah hak mutlak Speaker Dewan.

Notis pelik ini dikeluarkan tanpa pengetahuan Speaker DUN Perak.

Mengikut undang - undang tubuh perlembagaan Negeri Perak, Dewan Undangan Negeri akan secara automatik terbatal dan terbubar jika tidak bersidang lebih dari 6 bulan.

7 Mei ialah 6 hari dari genap 6 bulan persiadangan terakhir.

Nasihat che'GuBard ialah supaya semua di Perak berhati - hati, di Kelantan pernah jadi ketika Bn dibawah bapa Najib, speaker diculik dan akhirnya kerajaan PAS Kelantan digulingkan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan hina doktrin pengasingan kuasa

Mahkamah Persekutuan (16 April) semalam yang menafikan kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) yang menggantung Menteri Besar BN Perak, Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya dari menghadiri sidang Dun.

Keputusan ini telah menghina doktrin pengasingan kuasa dan dan bakal memberikan kesan langsung terhadap sistem demokrasi negara.

Negara Demokrasi berpelembagaan Malaysia ini terbina dengan 3 asas kuasa yang didirikan atas dasar pengasingan kuasa, doktrin pengasingan kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Keputusan berkenaan jelas juga telah menghancurkan ketetapan bahawa pengasingan kuasa akan dipelihara dan dijaga menurut peraturan undang-undang oleh pihak kehakiman.

Dr. Mahathir pernah melakukannya sehingga menghasilkan krisis perlembagaan dan kehakiman. Kini ketika Najib (baca : boneka Mahathir) menjadi PM keadaan akan bertambah parah.

Selaku orang muda cheGuBard memberi amaran kepada regim jangan keterlaluan dalam mengganggu sistem negara demi menjamin keselamatan regim kamu, takut nanti mengundang anak muda dan rakyat keseluruhan untuk bangkit menghumban regim penguasa ke bawah. Ini banyak berlaku dalam sejarah dunia sebelum ini.

AMARAN!!

Anwar antara 100 orang terpenting dunia : TIMES


Majalah antarabangsa Time sekali lagi mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai antara 100 orang tokoh paling berpengaruh dunia untuk tahun 2009. Pada tahun lalu, Anwar diiktiraf sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam kategori Pemimpin & Revolusioner sebaris dengan Barack Obama, Hillary Clinton, Dalai Lama dan Vladimir Putin.

Sekiranya anda ingin memilih calon tokoh berpengaruh dunia untuk tahun 2009, anda boleh layari pautan di bawah:

The 2009 TIME 100 Finalists

Najib dan sepupunya menipu...lagi bahaya tangkap ISA diam - diam..

Najib kononya cuba menonjolkan imej baik dengan membebaskan beberapa tahanan ISA ketika hari angkat sumpahnya.... sepupunya Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri pula beberapa kali mengeluarkan kenyataan sedia mengkaji ISA untuk menjamin hak asasi semua dan seterusnya menjadikan Malaysia dihormati....

rupa - rupanya dalam pada masa itu ada 3 lagi ditahan dibawah ISA senyap - senyap.... lagi bahaya depa dua beranak ni...guna ISA tapi tak umum.... sila baca berita di bawah yang dipetik dari malaysia kini...

Walaupun perdana menteri membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini, tiga lagi ditahan bawah akta kontroversi itu sejak bulan lalu.

Abdul Matin Anol Rahmat ditahan di rumahnya di Ulu Tiram, Johor pada 1 April, dua hari sebelum Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam.

Beliau ditahan bagi siasatan berhubung gerakan Jemaah Islamiah (JI), kumpulan pengganas di Asia Tenggara yang dikaitkan dengan al-Qaeda.

Abdul Matin mengikut jejak menantunya Zaini Zakaria yang meringkuk di kem tahanan Kamunting, Perak selama lima tahun sehingga 13 Februari lalu.

Agus Salim yang berasal dari Medan, Indonesia ditahan di sebuah restoran tempatnya bekerja di Larkin, Johor pada 5 Mac.

Seorang lagi Johar Hassan diura-urakan turut ditahan tetapi tiada maklumat lengkap mengenai penahanannya.

Menurut sumber-sumber jaringan JI, beliau dipercayai ditahan seawal-awalnya bulan lalu.

Maklumat ketiga-tiga individu ini didedahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) jam 11 pagi dalam satu aduan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Mereka ditahan menurut Seksyen 73 (1) ISA untuk soal siasat selama 60 hari, kata NGO itu lagi.

"Penahanan ketiga-tiga mereka ini tidak diumumkan oleh polis atau kerajaan dalam mana-mana saluran media.

"Malah ahli keluarga juga belum berjumpa tahanan. Mereka digelapkan daripada sebarang maklumat tentang keadaan tahanan dan di mana ditahan," kata pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Turut hadir di pejabat Suhakam hari ini, ibu dan adik Agus yang tiba dari Medan.

Projek istana diteruskan ?

Mula - mula Najib kata ekonomi kukuh, kini Najib yang sama kata ekonomi mula parah.....

Pada 2006 cheGuBard pernah menulis kenyataan (ketika itu atas nama GERAK) mengenai projek Istana Negara yang baru.... sila klik sini untuk baca kenyataan tersebut.

Persoalanya sekarang adakah projek tersebut amat diperlukan. Adakah istana yang ada amat tidak sesuai untuk di diami oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ....? atau suatu alasan untuk mengeluarkan wang diperlukan atas nama projek Istana ?

sila klik sini untuk melihat laman JKR mengenai istana negara baru.

Thursday, April 16, 2009

Forum : Memperkasa Politik Baru


Forum : Memperkasakan Politik Baru
(rakaman Forum Kubik Minda TvPAS)

bersama : Zulkifli Sulong, cheGuBard dan Suhaizan Kayat.

untuk ikuti sila layari http://www.youtube.com/user/tvpas09

Eli, teruskan membantu rakyat

pic terbaru Eli di pejabatnya pagi tadi - mstar

Walaupun terpaksa menunggu lama semalam kerajaan Selangor telah mengumumkan menolak perletakan jawatan YB Elizebeth Wong sebagai Exco dan Adun. Dan hari ini beliau sudah kembali ke pejabat untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat. sila klik untuk membaca lanjut.

Namun Ketua Pembangkang di Selangor YB Dr Khir Toyo menyambut pengumuman tersebut dengan ikrar akan mengeksploitasi isu itu untuk keuntungan Bn. sila klik untuk membaca lanjut.

cheGuBard menyambut baik keputusan kerajaan Selangor walaupun agak terlalu lambat. harap lain kali apa juga keputusan perlu dibaut cepat dan tegas. Kini rakyat masih tunggu keputusan dalam kes Fairus di Pulau Pinang. Harap kita juga mampu buat keputusan tegas, tepat dan cepat.

Batu serai atau permata serai





Semalam cheGuBard dipanggil untuk ke rumah seorang teman dalam Parlimen Rembau. Tidaklah pelik kerana memang selalu bertandang ke rumahnya tetapi cuma kini macam ada rahsia.

Jam 9.00 malam tiba di perkarangan rumahnya sudah ada beberapa kereta milik teman yang dikenali.

Terkejut katanya nak ajak tengok macam mana nak bawa keluar batu serai atau permata serai. Memang cheGuBard pernah dengar sebelum ini mengenai permata serai atau batu serai dan khasiatnya. Namun tak pernah terfikir ada peluang melihat sendiri.

BATU SERAI hanya diperolehi daripada pokok serai kampung yang berbunga atau pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga seakan bunga padi. Untuk makluman semua, pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga amat sukar dan jarang-jarang untuk ditemui. Jika ditemui pokok serai berbunga, untuk mengambil batu-batu yang terdapat dibahagian bawah perdu pokok serai tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara yang tertentu dan hanya orang-orang yang arif dengannya saja yang berjaya mendapatkan batu serai. Terdapat pelbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna merah, kuning, warna jernih, biru,hijau dan unggu.

Malam itu melihat sendiri bagaimana 'operasi' itu berlaku. cheGuBard berasa sedikit lucu (tapi dalam serius) apabila diterangkan apa alasan kenapa che'GuBard diajak sekali. Katanya 'operasi' ini bergantung pada niat, tak boleh tamak. Maka niat mereka nak bantu 'perjuangan' menegakkan keadilan, maka suku dari apa yang diperolehi akan di infaq kan kepada Tabung Pusat Khidmat khususnya untuk membantu orang miskin dan anak yatim di Rembau.

Setelah operasi tamat memang ada batu diperolehi dan beberapa peralatan lain. che'GuBard sendiri semalam benar - benar insaf melihat kebesaran Allah s.w.t. Batu serai yang diperolehi diuji katanya yang melekat dicermin itu yang asli. Jelas semua melekat di cermin. Ada juga batu jed !! MasyaAllah !!

Sesiapa yang nak dapatkan batu serai atau permata serai hasil atau barang berkaitan yang diperolehi semalam dengan niat membantu perjuangan, menyimpan khasiat barang tersebut, tetapi ingat semua atas kebesaranNya.

Menurut yang arif (cheGuBard sendiri kurang arif) , batu serai ini digunakan orang sebagai pelaris, pemanis dan seumpamanya dengan izinNya.

Sila hubungi segera 0126794704 (Yasir Sheikh Abdul Rahman). Rupanya batu tersebut di pasaran boleh menjangkau harga RM1500 sebutir namun sesiapa yang nak miliki boleh hubungi nombor tersebut dan dapatkan dengan fidyah yang amat - amat rendah (katanya sekitar RM200 sahaja). InsyaAllah

berdasarkan carian internet ada satu laman memasarkan batu tersebut sila klik sini untuk rujukan kita bersama.

bawah ni pula video yang diperolehi melalui carian di you tube berkenaan batu ini. (malam tadi lupa pula nak rakam gambar)





p/s : banyak menerima email dari pembaca. Ingin di tegaskan sekali lagi, terpulang kepada individu masing - masing....mahu percaya atau tidak...namun semuanya adalah kuasa Allah... tidak akan bergerak walaupun sekecil zarah tanpa IzinNya... dan keduanya tidak perlu hubungi cheGuBard untuk membeli atau mengetahui mengenainya... cheGuBard tidak ada kena mengena terus hubungi no sdr. Yaser seperti yang diberikan di atas.

Wednesday, April 15, 2009

MINI KARNIVAL WANITA BERSAMA RAKYAT


MINI KARNIVAL WANITA BERSAMA RAKYAT
Tarikh : 18 April 2009 (Sabtu)
Tempat : 419, Persiaran Idaman Villa, Bandar Baru Sendayan, Seremban.
Masa : 3 ptg – 12 mlm

Semua Dijemput Hadir

TENTATIF PROGRAM1
3 ptg – 7 mlm :

DIALOG SANTAI BERSAMA
YB Zuraidah Kamarudin (Ketua Wanita Keadilan Pusat / Ahli Parlimen Ampang)
YB Haniza Talha (Timbalan Speaker Wanita Selangor)
YB Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja)
che'GuBard (MPT Keadilan / Ketua Bahagian Rembau)
YBhg Aisah Lamsah (Ketua Wanita Keadilan N.S)
(Ketua Dewan Muslimat PAS NS)

- PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA
- PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
- Kaunter keahlian Keadilan, PAS, DAP
- ahli keADILan boleh dapatkan Kad Keahlian mereka
- Kaunter pendaftaran pengundi baru SPR
- Demonstrasi teh tarik oleh bekas juara teh tarik F&N 2004
- Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim / miskin
- JAMUAN PETANG


TENTATIF PROGRAM 2
WAKTU : Jam 9.00 Malam

CERAMAH PERDANA ISU SENDAYAN & PELANCARAN VCD SENDAYAN
Masa : 9 mlm
Penceramah :
YB Zuraidah Kamarudin (Ahli Parlimen Ampang / Ketua Wanita Keadilan Pusat)
YB Taufek Abd. Ghani (ADUN Paroi)
YB Chaa Kee Chin (ADUN Kepayang / DAP)
YB Aminuddin Harun (ADUN Sikamat / Keadilan)
che'GuBard (MPT Keadilan/ Ketua Bahagian Keadilan Rembau)

- PENYAMPAIAN HADIAH
- PRA PELANCARAN SRI KANDI KEADILAN

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian 012 3696474 Norazizi
Kepada yang ingin sama menderma untuk sumbangan anak yatim dan fakir miskin boleh hubungi Pengarah Program Pn. Mas Ayu 0173795204

Anjuran :
Wanita Keadilan Bahagian Rembau dengan Kerjasama Keadilan Bahagian Rembau
serta Wanita Keadilan Negeri Sembilan dengan sokongan PAS Rembau.

RM 45786 wang rakyat untuk puja Rosmah

Pada 7 April yang lepas ketika ramai sedang memberikan tumpuan ke Bukit Selambau, Batang Ai dan Bukit Gantang, Isteri Perdana Menteri Malaysia (baca : de factor PM) telah turun ke Rembau untuk melawata Pusat Anak Permata Negara di Chembong, Rembau.

Sempena itu iklan satu muka Utusan Malaysia telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk 'memuja' Rosmah yang sudi turun 'mencemar duli' ke Rembau.

Menurut sumber dari Utusan Malaysia harga iklan untuk memuja Rosmah itu sahaja sudah berharga RM 45786.00

che'GuBard mengecam Kerajaan Negeri Sembilan kerana membazirkan sebegitu besar jumlah wang rakyat hanya untuk memuja dan mengambil hati isteri seorang PM. Itu baru iklan di Utusan sahaja bagaimana dengan iklan di akhbar lain ?

Itu tidak termasuk berapa perbelanjaan banner sambutan, bendera (termasuk kos pemasangan) dan lain persiapan yang dibazirkan.

Kerajaan Negeri Sembilan di bawah menteri besar yang sama pernah dilaporkan dalam laporan audit negara bahawa pernah melakukan penyelewengan dengan menggunakan wang untuk rakyat miskin dan peruntukan lain untuk mengubah suai dapur rumahnya dan membuat banner ucapan dan sambutan.

setelah carian dibuat ahli parlimen Rasah juga telah membuat posting lebih awal mengenai perkara ini dalam blognya.