Friday, January 30, 2009

Ketua Umno Bahagian Seremban cuba teka sapa yang berpotensi ......

Jika benar akan berlaku usaha melompat parti dalam masa terdekat di Negeri Sembilan, hanya tiga wakil rakyat Umno yang berpotensi menyertai Pakatan Rakyat, dakwa ketua bahagian Seremban.

Datuk Ishak Ismail berkata calon-calon itu kemungkinannya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serting, Shamsul Kahar Md Deli, Datuk Aziz Shamsuddin (Palong) dan Mustafa Salim (Lenggeng).

sila baca lanjut dengan klik sini

p/s : kepada Datuk Ishak jangan serkap jarang nanti bertambah 'jantungan' Tok Mat !!!

Ringkasan sidang media 30 Januari 2009

Isu kematian A.Kugan bukan isu perkaumandan mendewakan penjenayah.

keADILan Bahagian Rembau dengan ini merakamkan takziah kepada keluarga mendiang A.Kugan yang baru dikebumikan dua hari lepas kerana mati dalam tahanan Polis.keADILan Rembau menegaskan isu ini bukan isu perkauman.

Jika dirujuk kepada statistik kematian dalam lokap beberapa tahun kebelakangan tidak salah rasanya jika wujud persepsi di kalangan masyarakat India bahawa mereka di diskriminasi dan jadi sasaran keganasan PDRM. Sebagai badan penguatkuasa undang undang PDRM bukan sahaja perlu 'betul' tetapi perlu dilihat 'betul'. Jika persepsi (masyarakat India) ini salah PDRM seharusnya berusaha membetulkan bukan bertindak sombong dengan memberikan perbagai amaran kepada masyarakat sebaliknya perkara yang sama terus berlaku.

Realiti sebenarnya semua kaum terlibat dalam kematian dalam tahanan polis ini.

Menjawab dakwaan Menteri Dalam Negeri yang menyatakan rasa peliknya kenapa penjenayah 'diherokan'?

KeADILan Rembau tidak sama sekali mengherokan penjenayah. Semua individu yang melakukan jenayah tidak harus terlepas dari undang – undang dan perlu dihukum. Kami tidak menghalang penahanan dan siasatan terhadap Kugan. Jika dia bersalah harus di hukum tetapi kematian dalam tahanan Polis , PDRM harus bertanggungjawab.

Alasan kematianya dipalsukan, Polis yang terlibat termasuk Doktor yang terlibat dalam bedah siasat yang pertama harus bertanggungjawab. Jika tanpa campur tangan dan desakan rakyat belum tentu Peguam Negara akan mengklasifikasikan kematian itu sebagai kes bunuh. Kematian Kugan tidak bermaksud jaringan jenayah dapat dihapuskan. Sindiket mencuri kenderaan melibatkan ramai pihak malah ada 'khabar angin' mengatakan pihak berkuasa turut terlibat secara tidak lansung. Kematian Kugan jika benar dia terlibat dalam jenayah samun kenderaan akan melindungi jaringan jenayah tersebut malah menguatkan 'khabar angin' ada jaringan yang cuba dilindungi.

Kalaupun Kugan bukan wira tetapi mayatnya ialah simbol kezaliman penguatkuasaan undang undang rimba yang salah.

Kami mengecam sebarang usaha menjadikan kes ini sebagai isu perkauman dan memutar belitkan pembabitan keADILan dalam pembelaan kematian A.Kugan dan kesemua mangsa kematian dalam tahanan polis.

Imej SPRM lebih buruk dari BPR

Pada 2 Januari 2009 saya telah menghantar kompilasi laporan rasuah kepada SPRM. Ia merupakan laporan pertama yang diterima SPRM. Laporan ini bertujuan menguji sejauh mana keberkesanan SPRM berbanding BPR.

Namun hari ini genap 30 hari, perkembanganganya amat mengecewakan. Semuanya masih sama. Laporan saya yang turut mengandungi kertas siasatan BPR dan aduan kes rasuah nyata seperti disejuk bekukan (amalan biasa BPR). Sebaliknya SPRM dilihat hanya bertindak dengan kes rasuah atau salahguna kuasa mengikut kepentingan politik.

Tanggapan saya bukan melulu tetapi berasaskan kejadian benar.

November lepas Norazizi A.Aziz, Setiausaha keADILan Rembau ada membuat laporan polis terhadap laporan media yang melaporkan aduan PUTERI Umno Jempol yang disoal siasat secara pelik di dalam bilik Hotel Murah di Bahau. Dia dan rakanya telah disoal siasat secara berasingan dalam bilik dan dikelilingi pegawai yang semuanya lelaki. Namun BPR telah membuat laporan balas terhadap laporan tersebut malah mengugut akan menyaman saudara Azizi kerana menfitnah. Puteri Umno yang membuat laporan polis dan pendedahan media bagaimana BPR menggunakan sesi siatasan sebagai sesi turning over dan memaksanya menandatangani pengakuan palsu itu sebaliknya tidak dikenakan sebarang tindakan malah dilaporkan dalam media ketika Puteri Umno itu berjumpa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa kes itu selesai..... selesai bagaimana tidak pula dinyatakan.....

Kes tersebut disenyapkan. Jika benar ahli Puteri itu membuat laporan palsu mengapa tiada pendakwaan terhadap laporan palsunya ? Jika laporan mereka benar kenapa perlu ditutup kes tersebut ?

Sebelum itu lagi saya telah membuat sidang media bersama seorang kakitangan sebuah bank di Kuala Pilah yang ditahan BPR di tempat kerjanya kerana dituduh oleh YB Datuk Hassan Malek sebagai duta kecil yang dihantar Anwar Ibrahim untuk membelinya. Dalam sidang media tersebut kerani Bank tersebut telah mendedahkan bagaimana soal siasatnya juga telah digunakan sebagai 'turning over' dimana pengarah BPR yang menyiasatnya sendiri berkempen agar dia membenci Anwar Ibrahim.

Dan yang terbaru ialah kewujudan laporan polis Saudara Halimi Kamarulzamman, 46, yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di dalam lokap tahanan Tingkat 10, Wisma Persekutuan di pejabat SPRM Kuantan, Pahang.

Bersama ini dilampirkan laporan polis yang saya terima menerusi email dari seseorang yang tidak dikenali. Namun setelah diselidiki laporan polis ini benar wujud.

Dalam laporan polisnya, Hamidi berkata beliau telah menyerah diri pada pagi 23 Januari berhubung siasatan rasuah melibatkan pemilihan UMNO di negeri tersebut.

Menurut laporan polis yang tersebar melalui email itu, Halimi, seorang kontraktor, mendakwa beliau dipukul oleh tiga pegawai SPRM semasa proses soal-siasat.

Selain dipukul, mangsa juga mendakwa dibogelkan dan di minta berguling-guling di atas lantai.

"Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu UMNO berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 28 Januari.

Menurut Halimi, pada 24 Januari, sewaktu di bawa untuk tahanan reman, beliau sudah memaklumkan kepada Majistret di Ibu Pejabat Polis Kuantan dan dinasihatkan untuk membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam selepas dibebaskan.

Katanya lagi, beliau dipaksa untuk mengaku bahawa seorang pemimpin UMNO, Datuk Norza Zakaria terlibat dengan politik wang.

Jelasnya lagi, biarpun didera dan disiksa, beliau tetap memberitahu perkara yang sebenar dan menafikan pembabitan Datuk Norza Zakaria dengan politik wang.

"Sepanjang masa saya dipukul dan didera, mereka telah memadamkan kamera CCTV yang berada di dalam bilik tahanan itu dengan menggunakan plaster," kata beliau.

Di akhir laporan polisnya, Halimi mendakwa, jenayah yang dilakukan oleh pegawai SPRM tersebut kepada beliau adalah mirip peristiwa yang sering berlaku di Abu Gharib (penjara di Iraq).

"Saya amat terkejut dan takut bahawa perkara ini juga berlaku di bawah SPRM yang baru ditubuhkan ini," katanya.

Ini adalah pengakuan salah seorang yang ditahan berhubung dengan rasuah politik dalam UMNO. Yang di tahan tersebut membuat laporan polis mengenai penderaan yang dilakukan oleh SPRM tindakan SPRM memaksa orang tersebut menuduh seorang kepimpinan MT UMNO untuk tujuan yang diragui. Apa yang kita persoalkan ialah tindakan SPRM dan adakah SPRM benar-benar telus atau sebenarnya SPRM juga ada campur tangan tangan-tangan politik. Ini menunjukkan bahawa SPRM tidak telus. Bolehkah kita percaya pada penubuhan SPRM ini atau SPRM ini hanya perubahan kosmetik untuk UMNO dan mereka yang ditangkap juga adalah mangsa untuk mengaburi mata rakyat bahawa UMNO sedang melakukan reformasi
Jika ini benar, maka SPRM yang menggunakan wang rakyat berkali ganda lebih banyak dari BPR sungguh mengecewakan. Saya sama sekali tidak membela Dato' Norza Zakaria. Sebaliknya tidak menolak tanggapan bahawa kemungkinan SPRM mungkin dipergunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu.
Persepsi yang kononya dengan 'terperangkapnya' Norza maka SPRM sudah berani menangkap 'jerung' adalah satu persepsi silap. Norza hanyalah ikan bilis di kalangan MT Umno.
Dalam laporan rasuah yang saya hantar 2 Januari lepas secara terang – terangan dikepilkan
  • kertas siasatan BPR yang mana BPR nyatakan dua individu ketika menjadi Menteri bersalah rasuah namun dalam ruangan kesimpulan BPR mencadangkan agar digugurkan pertuduhan jika kedua dua individu ini meletakan jawatan termasuk jawatan dalam parti politik.
  • Kertas aduan bersama bukti rasuah yang dilakukan oleh Datuk Dr. Shafie (Setiausaha Politik Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di Kementerian Pertahanan)
Malangnya berdasarkan makluman dalaman kedua – dua kes ini 'disenyapkan'.

Sebaliknya SPRM pula dilihat begitu pro Bn apabila tanpa ada pengaduan dengan sendiri menyatakan minat untuk menyiasat kes ADUN Bota yang keluar Bn masuk keADILan.

Amalan rasuah dan pendakwaan terpilih ransang ADUN ubah parti

Nampaknya Umno makin celaru dalam isu membenteras rasuah ini. Umno betul betul seperti seloka Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pernah ucapkan....

“Rasuah oh Rasuah...Beri salah....tak beri kalah...buat Umno serba salah...”

Selepas PRU ke 12 yang lalu, sememangnya ada jambatan 'perhubungan' telah dibina antara PAKATAN dengan 4 orang yang bergelar YB Bn di Negeri Sembilan. 2 daripadanya secara terang memberikan isyarat 'setuju keluar Bn masuk PAKATAN sebaik sahaja PAKATAN berjaya mengambil alih kerajaan pusat. Jujurnya selepas pertengahan September lepas hubungan itu 'senyap'. Namun melihat beberapa perkembangan kebelakangan ini mungkin menjadi sebab beberapa minggu lalu ada 'signal ' positif dari yang bergelar YB Bn di Negeri Sembilan.

Mereka menyatakan bosan dengan polimik politik yang tidak kesudahan dalam Bn sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.

Mungkin panik dengan perkembangan terkini kami diberitakan Menteri Besar Negeri Sembilan telah memanggil perjumpaan tergempar menemui semua YB Bn di Negeri Sembilan dan memberikan amaran kepada mereka. Jika yakin dengan kestabilan Bn mengapa perlu memanggil dan memberikan amaran. Malangnya tindakan beliau telah menjadikan beberapa ADUN semakin menyampah.

Namun saya tidak punya mandat untuk mengumumkan siapa dan bila ? Terpulang kepada YB. Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum ataupun YB. Datuk Kamarul Baharin Abbas, Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan untuk mengumumkan bila masa yang sesuai.

Kita punya banyak masa sebaliknya yang panik ialah Bn itu sendiri. Kes di Negeri Sembilan ini amat menarik kerana seorang ADUN Bn sudah dalam proses perbicaraan di mahkamah tuduhan rasuah. Menurut maklumat dalaman seorang lagi ADUN Bn di kawasan Jempol telah disiapkan kertas siatan rasuahnya dan akan didakwa dalam masa terdekat. Hanya 4 kerusi menjarakkan kuasa rakyat dari mentadbir Kerajaan Negeri Sembilan. Jika dua sudah didakwa di mahkamah maka kedudukan Bn Negeri Sembilan sudah benar goyah.

Namun kita cukup berhati - hati dalam hal ini dengan mengambil pengajaran September 2008. Walaubagaimanapun tumpuan kita yang utama ialah khidmat kepada rakyat.


Bn juga sedang memancing dengan umpan besar

Walaubagaimanapun kita tidak menolak ada perkembangan di mana Bn sedang berusaha gigih dalam memancing menggunakan umpan besar beberapa pimpinan termasuk YB PAKATAN. Mereka menawarkan habuan besar jika setuju lompat. Antara strateginya ialah Bn menggunakan bekas pimpinan keADILan untuk menghantar masej tawaran. Ini diketahui apabila ada YB PAKATAN yang menceritakan tawaran tersebut kepada pucuk pimpinan parti.

Anwar Ibrahim dalam blognya memperingatkan ;

Namun kita harus terus istiqamah dan waspada dengan muslihat pihak penguasa. Perhatikan cara mereka memutarkan kes jenayah terhadap A. Kugan dengan imbasan pertelagahan kaum, penguasaan media dan keangkuhan nada suara mereka.

Arakian, berwaspadalah dengan tekanan atau keganasan baru, ugutan dan sogokan. Pimpinan dan aktivis yang lemah atau punyai masalah akan menjadi tumpuan kalangan tersebut. Kita sudah mara jauh dari kegetiran pengalaman dilanyak dan dibantai oleh sang penguasa zalim lebih satu dasawarsa lalu. Ketika itu kita mampu bertahan. Dan kini kita diminta bersabar, istiqamah dan berjuang ditahap akhir dengan pecutan pantas, berhikmah dan yakin.

sila klik untuk baca penuh

Lompat parti tidak bermoral

Sebaik sahaja kemasukan ADUN Bota ke dalam keADILan isu lompat parti mula diperkatakan semula. Ramai pemimpin Bn termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan mengatakan bahawa amat tidak bermoral bagi mana – mana YB Bn untuk lompat masuk PAKATAN. Kononya YB Bn yang ingin masuk PAKATAN harus menghormati pengundi yang memilih mereka atas tiket Bn.

Kenyataan ini berbeza sekali bunyinya dengan kenyataan Pengerusi Bn Negeri Sembilan ketika menyambut seorang ADUN DAP di Bahau yang meengisytiharkan masuk MCA pada penggal pilihanraya lepas. Pada ketika itu Mohamad mengatakan tindakan ADUN Bahau bertukar parti amat bijak dan tepat demi membela rakyat.

Ini mungkin maksud 'kluk klek' perkataan baru yang diperkenalkan oleh Umno semasa pilihanrya kecil Kuala Terengganu.

Jemputan Pesta Ponggal dan Tahun Baru Cina keADILan Rembau

keADILan Rembau menjemput seluruh rakyat khususnya di Rembau dan Negeri Sembilan untuk hadir sama dalam Pesta yang diadakan sempena Ponggal dan Tahun Baru Cina yang akan diadakan pada 1 Febuari 2009 di Padang Awam, Taman Koperasi, Pedas, Rembau.

Majlis akan dimulakan jam 5 petang dengan istiadat kaum India dan kemuncak akan bermula jam 8.00 malam dengan acara jamuan perdana, persembahan kebudayaan, penyampaian bantuan rakyat miskin dan ucapan pemimpin.

Majlis yang akan menjadi Pesta Ponggal dan Tahun Baru Cina terbesar yang pernah diadakan di Rembau itu akan turut dihadiri oleh YB Datuk Kamarul Baharin Abbas, YB Gobalakrishnan, YB Guna, YB Chai Tong Chai, YB Taufek A.Ghani dan ramai lagi pimpinan PAKATAN

Nota : ini ialah ringkasan transkrip sidang media yang diadakan pada 30 Januari 2009 jam 10.45 pagi di Pejabat Perhubungan keADILan Negeri Sembilan.

Pemuda Umno demo bantah Jawatankuasa Displin dan SPRM - malaysiakini

gambar dari Mstar. Demo Putera dan Pemuda Umno selaman

Umno makin celaru..... semalam (29 Januari 2009) sekumpulan 30 orang yang mahu dikenali sebagai ahli Pemuda dan Putera Umno telah berkumpul di Perkarangan Menara Dato Onn, PWTC sempena Mesyuarat MT Umno malam semalam. Perhimpunan tanpa sebarang gangguan polis ini dibuat membantah Jawatankuasa / Lembaga Disiplin Umno dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kononya menganiaya dan diperlalatkan untuk kepentingan politik orang tertentu untuk menganiaya orang tertentu.

Pecinta - pecinta bahasa akan berdemo di Sogo -esok-

Malaysiakini melaporkan kira-kira 500 orang aktivis-aktivis bahasa kebangsaan akan berkumpul di hadapan kompleks Sogo esok, 3 petang untuk membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Klik disini.

Selain daripada itu, tokoh sastera negara, A. Samad Said menyeru rakyat agar menggunakan kuasa undi dalam pilihanraya akan datang jika kerajaan tidak melayan tuntutan ini. Klik disini.

Semua rakyat dijemput hadir.

Gelombang bermula.......

PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenakan jaket sebagai simbolik penyertaan
ADUN Bota, Nasarudin Hashim (kiri) ke dalam parti itu petang ini. Turut memerhatikan ialah

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. - foto The Star oleh AZHAR MAHFOF

Tahniah diucapkan kepada keADILan Perak atas kemasukan Datuk Nasarudin Hashim (ADUN Bota, Perak) ke dalam keADILan. Setelah senyap dan ramai pemimpin Bn serta juaknya mula tidur lena sekali lagi mereka mula tidak lelap tidur. Mimpi 16 Sept. menghantui mereka semula.

Seperti peringatan Anwar dalam MPT yang lalu, lepas ini jangan sesiapa nak pandai - pandai komen. Biar Bn rasa selesa.... dalam senyap lepas ini dalam mereka rasa selesa Bn akan tumbang....

Lebih menggelisahkan Bn apabila Tajul Rosli memanggil mensyuarat tergempar wakil Rakyat Bn Perak 5 dari wakil rakyat Bn Perak tidak hadir. Demi menjaga air mukanya Tajul telah menghubungi Najib dan mengatakan tiada apa yang berlaku. Usaha memujuk telah bermula Tajul juga memalui beberapa 'agennya' cuba memujuk ADUN Bn untuk kekal dalam Bn dengan perbagai tawaran. Namun kelihatan hampir semuanya kelihatan gagal. Hilang punca dan merakan seolah Bn makin hilang cengkaman, maka hari ini dia sendiri telah meletak jawatan Pengerusi Bn Perak.

Di Negeri Sembilan pula hanya 3 kerusi memisahkan kuasa rakyat dari pemerintahan. Di akui selepas pilihanraya umum yang lalu sememangnya ada perbincangan mempelawa ADUN Bn N.Sembilan berhijrah. Ada 4 bersetuju namun 2 meletakkan syarat akan setuju masuk PAKATAN jika benar Anwar mengambil alih Kerajaan Pusat. Secara jujurnya perbincangan itu terhenti di situ dan mula sejuk selepas hujung September.

Namun beberapa hari lalu ada antara mereka mula menghantar 'signal' semula. Mungkin panik Menteri Besar Negeri Sembilan juga telah memanggil semua wakil rakyat Bn N.Sembilan dan memberi amaran supaya jangan ada sebarang hubungan dengan pimpinan PAKATAN sama ada di peringkat pusat atau negeri.

Namun melihat perkembangan seorang ADUN Bn (Lenggeng) telah didakwa di mahkamah kerana rasuah. Beliau yang ditangkap bersama wang rasuah ketika menerimanya secara logik akal akan disabitkan kesalahan. Khabar kuat pula mengatakan kertas siasatan terhadap seorang ADUN dalam Jempol telah siap dan terbukti bersalah rasuah. Maka jika dua ADUN sudah sangkut maka dua ADUN yang setuju bersama ......... sesuatu akan berlaku dalam Negeri Sembilan dalam masa terdekat....InsyaAllah...... sabar dan doa'....

Dalam isu lompat ini Bn kata tak bertanggungjawab kerana pengundi pilih Bn masa pilihanraya dahulu. Tapi bila Adun DAP (Temiang) ataupun ADUN DAP (Bahau) satu ketika dahulu masuk Bn kerana 'tawaran baik' Bn kata masa tu syukur ADUN yang lompat masuk Bn telah sedar hanya Bn yang boleh...... haha.... ingat slogan Bn dalam PRK K.Trg 'Kluk Klek' sekarang sapa yang 'kluk klek'?.............

sila klik sini untuk baca kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan selepas ADUN DAP Bahau masuk MCA penggal lepas.

Thursday, January 29, 2009

Asal usul nama Rembau - malaysiakini

REMBAU merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang banyak menyimpan sejarah kedatangan orang-orang Minangkabau di Negeri Sembilan. Malah Rembau menjadi tempat berkumpulnya orang-orang Minangkabau untuk memulakan penghidupan baru di tanah melayu.

Nama Rembau diambil dari nama sejenis pokok yang bernama Merbau. Kisah bermula apabila sekumpulan orang asli terjumpa sebatang pokok Merbau yang amat besar dan tinggi menjulang. Pokok tersebut tumbuh di kaki Gunung Datok. Adapun Gunung Datok itu banyak menyimpan kisah sejarah dan kini orang ramai suka mendakinya sebagai salah satu aktiviti mendaki gunung.

Nama Rembau bermula dari peristiwa sekumpulan orang-orang asli yang diketuai oleh Batin Sekudai hendak membuat penempatan baru dikaki Gunung Datok. Semasa membuat kerja menebas dan menebang dalam usaha membersihkan kawasan tersebut mereka terjumpa sebatang pokok yang amat besar dan tinggi menjulang. Setelah bebincang akhirnya mereka membuat keputusan menebang pokok Merbau itu kerana kawasan tersebut hendak dijadikan tempat kediaman. Mereka bimbang pokok yang besar itu akan membahayakan keselamatan mereka.

Maka mereka pun menebang pokok Merbau tersebut secara bergilir-gilir dengan menggunakan kapak dan beliung. Mereka berkerja siang dan malam selama tujuh hari tujuh malam. Tetapi apa yang menghairankan mereka ialah pokok tersebut masih juga tidak mahu tumbang.

Setelah genap tujuh hari tujuh malam mereka berusaha untuk menumbangkan pokok Merbau tersebut tetapi masih tidak berjaya, akhirnya mereka mengadukan perkara itu kepada seorang Bomoh yang paling handal di kalangan mereka. Dan setelah bomoh itu melihat pokok tersebut maka bomoh itu menyuruh orang-orang asli itu mendaki Gunung Datok hingga sampai ke kemuncak. Kemudian mereka hendaklah meminta izin dari penunggu Gunung tersebut untuk menebang pokok Merbau tua itu.

Esoknya beberapa orang asli mendaki Gunung Datok dengan membawa pelbagai persembahan untuk diberikan kepada penunggu yang dipercayai berada di puncak gunung tersebut. Setelah sampai di puncak Gunung Datuk, mereka pun menyeru nama penunggu gunung itu sambil meminta kebenaran untuk menebang pokok Merbau tua yang tumbuh di kaki gunung itu. Setelah selesai mereka pun pulang ke rumah masing-masing.

Pada malamnya turunlah hujan lebat bersama ribut kencang. Dan pada keesokan paginya mereka beramai-ramai keluar dari rumah masing-masing menuju ke pokok Merbau tua itu untuk meneruskan kerja penebangan.

Tetapi alangkah terperanjatnya mereka bila melihat pokok Merbau tua yang amat besar dan tinggi itu sudah pun tumbang menyembah bumi. Mereka amat hairan melihat pangkal pokok yang begitu besar dan untuk mengukur lebarnya mereka duduk bersila di perdu pokok itu. Kabarnya setelah 40 orang duduk bersila barulah penuh pangkal pokok Merbau yang ditebang itu.

Mereka menjamu selera sambil bersuka ria menandakan sudah berjaya menumbangkan pokok yang paling besar itu. Sebahagian dari mereka menyusuri batang pokok itu untuk mencari pucuknya. Kabarnya pucuk pokok Merbau yang tumbang itu sampai ke sebuah sungai lalu Sungai itu dinamakan Sungai Ujung.

Dan kawasan pangkal pokok itu mereka namakan Kampung Merbau Tua. Untuk meringkaskan sebutan mereka sebut " Kampung Merbau" sahaja dan akhirnya bertukar menjadi Rembau sahaja. Menurut ceritanya, sekumpulan orang-orang Minangkabau yang datang dari Pagar Ruyung Sumatera Barat telah datang ke Rembau dengan tujuan mengembangkan agama Islam di samping berniaga.

Oleh kerana orang-orang asli disitu menyambut kedatangan mereka dengan baik lalu mereka mengambil keputusan untuk menetap di situ malah ramai yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Datok Lela Balang iaitu ketua orang-orang Minangkabau telah membuka sebuah penempatan baru berhampiran kampung Merbau Tua dan kampung yang baru dibuka itu dinamakan kampung kota. Kampung tersebut masih ada hingga sekarang.

Adik Datok Lela Balang pula membuka sebuah penempatan lagi lalu dinamakan Kampung Padang Lekuk. Sejak itu semakin ramailah orang-orang Minangkabau datang ke Rembau dan orang-orang asli pula meninggalkan tempat itu untuk membuat penempatan baru.


Menurut ceritanya lagi, Raja Melewar dari Pagar Ruyung Minangkabau datang ke Negeri Sembilan melalui Sungai Rembau lalu bersemayam di Kampung Penajis, tidak jauh dari Kampung Kota. Kemudian baginda mendirikan sebuah istana lalu dinamakan Kampung Istana Raja.

Apabila istana itu terbakar maka didirikan sebuah istana baru di Seri Menanti. Dan hingga sekarang Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilkan bersemayam di Istana Besar Seri Menanti.
Adapun nama-nama kampung seperti kampung Kota, kampung Penajis, kampung Istana Raja dan kampung Sawah Raja masih kekal namanya sehingga sekarang.

Lawatan ke Perkampungan Orang Asal

Pada 24 Januari yang lepas che'GuBard bersama Sani (Naib Ketua 1 AMK Rembau), Zahar (AJK Bahagian Rembau), Iskandar @ Itik (AJK AMK Rembau) dan Ain (Setiausaha AMK Rembau) yang datang bersama adik iparnya telah melawat ke Kampung Chuai (perkampungan orang Asal).

Fariz penunjunjuk jalan kami sememangnya sudah biasa dengan perkampungan tersebut kerana bapanya yang juga AJK keADILan Rembau mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat orang asal di sini.

Kelemahan komunikasi dalam pengurusan bahagian. Lawatan pagi itu tanpa pemberitahuan awal ke Tok Batin Kg. Chuai. Nasib baik ketika kami sampai Tok Batin baru sahaja pulang dari menjual 'lantun'. Dari jauh lagi Tok Batin dah tegur che'GuBard dulu terharu rasanya Tok Batin masih ingat dengan lawatan masa pilihanraya dahulu.

Che'GuBard terangkan maksud lawatan dan mohon maaf kerana tak beritahu awal. Tok Batin ajak ke rumah. Sempat berbual mengenai beberapa masalah kampung tersebut.

Kerana tak ada penyusunan awal tak dapat sampaikan hadiah 'permainan dan baju terpakai' untuk kanak - kanak di situ. Cuma sempat pergi beberapa buah rumah. Namun semua hadiah ditinggalkan di rumah Tok Batin untuk dia agihkan dan sampaikan salam kami kepada penduduk Kampung Chuai yang lain.

Sebelum beredar Tok Batin mengajak kami melawat satu keluarga yang baru melahirkan anak perempuan yang diberi nama Mulan.

che'GuBard dapat merasai kegembiraan anak - anak kecil Kg. Chuai ini mendakap permainan terpakai yang mereka perolehi. Sedih rasanya apabila melihat anak kecil berlari girang memeluk anak patung Kanggaroo yang sudah tidak bertelinga.... Maaf itu sahaja yang che'GuBard mampu beri....

Sekalung penghargaan kepada penyumpang permainan dan pakaian terpakai...sumbangan tersebut amat bermakna.

Lawatan sehari itu kemudian terus ke Kampung Sawah Raja ke Majlis Perkahwinan seorang aktivis PAKATAN. Selamat Pengantin Baru Sdr. Ramadhan dan pasanganya yang juga anak Rembau (orang Sendayan). Kemudian bertolak ke Bongek menziarahi jenazah ayahanda Sdr. Nizam (orang kuat unit Amal). Sempat bersama dalam solat Jenazah dan menghantar ke kubur. InsyaAllah ayahandanya yang juga aktivis PAS dikenali sebagai seorang yang alim. Moga Allah tempatkan rohnya bersama pejuang kebenaran. Takziah buat Sdr. Nizam.

Sepanjang hari tersebut sempat bertemu beberapa orang rakan dan berhenti 'pekena' cendol Madu tepi sungai (Batu Hampar)...sebelum singgah menziarahi orang tua di rumahnya.

sempat berbual - bual mengenai kehidupan seharian dan penduduk mengetengahkan
beberapa masalah yang dihadapi.
Sempat melawat Mulan memberikan beberapa hadiah permainan dan
'angpow' sempena kelahiranya.
Walaupun ia permainan terpakai namun kanak - kanak di kawasan terpencil ini
begitu seronok dan teruja mendapatkanya.

Kugan bukan wira tapi mayatnya simbol kezaliman 'penguasa'


Semalam dari berpanas di hadapan hospital University sekitar jam 1.45 petang hingga berhujan di tanah perkuburan penganut Hindu di Puchong sehingga lewat 5.00 petang che'GuBard bersama ribuan rakyat perbagai bangsa dan agama menghantar mayat Kugan ke liang lahad.

Kugan ditangkap polis kononya kerana terlibat dalam mencuri kenderaan mewah akhirnya mati dalam lokap polis. Dia yang ketika ditangkap dalam keadaan sihat dan cergas dikatakan mati kerana asma atau paru paru berair. Kecoh bermula apabila dua timbalan Menteri berbangsa India dikatakan menyerbu masuk bilik mayat hospital untuk melihat mayat Kugan.

Apapun Kugan mati dalam 'jagaan' polis maka polis harus bertanggungjawab. Dari gambar mayat jelas sekali kelihatan lebam, luka dari logik akal biasa pun akan mengatakan Kugan mati kerana dikasari (dipukul teruk). Malangnya polis cuba menipu dengan mengatakan akibat asma. Malah laporan perubatan pertama turut perlu disiasat siapa yang terlibat kerana wujud unsur penipuan. Penipuan diteruskan menerusi lidah Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Negara. Malah bukan sahaja mereka menipu sebaliknya mereka juga yang mula menjadikan isu ini isu perkauman.

Samy Vellu, Presiden Mic juga tanpa lepaskan peluang jadikan isu ini perkauman dengan kononya dua timbalan menteri yang menyerbu rumah mayat hospital akan dibela oleh Mic kerana Mic parti India akan bela India.

Nasib sedikit menyebelahi Kugan kerana kematianya berlaku ketika gelombang kesedaran rakyat sedang kuat. Jika ini berlaku 5-6 tahun lalu percayalah ia akan terpadam dan tersorok. Malangnya Menteri yang menjaga Polis Syed Hamid Albar terus mengeluarkan kenyataan bodoh dan sombong serta bertujuan mengelirukan. Dia cuba mewujudkan persepsi seolah ini masalah orang India, orang yang turun beramai-ramai membela kematian Kugan ganas dan merusuh.

Pertama sekali siapa yang ganas .....polis yang memukul itu yang ganas... melihat kepada statistik kematian dalam lokap yang menunjukkan bilangan luar biasa kematian tahanan berbangsa India maka tidak salah rasanya kaum india mempunyai persepsi bahawa kaum India menjadi sasaran keganasan Polis dalam tahanan. Sepatutnya persepsi ini diperbetulkan dengan mengakui hakikat dan memohon maaf serta seterusnya meningkatkan pengiktirafan terhadap hak asasi tahanan bukan dengan menekan terus kebangkitan rakyat.

PEWARIS sebuah pertubuhan yang kononya ditubuhkan untuk membela Melayu (tetapi senyap terhadap isu bahasa Melayu) secara tiba tiba mengeluarkan kenyataan sehari sebelum perhimpunan dan perarakan 'menanam' mayat Kugan. Wakil Pewaris yang diberi liputan media menyatakan bahawa mereka juga akan turut berhimpun dan bersedia bertindak jika keadaan luar kawal. Wakil Pewaris itu memberi amaran jangan cabar Melayu dan Islam.

Kanak - kanak yang baru akhir baligh juga pasti tertawa dengan kenyataan keliru Pewaris ini. Siapa yang cabar Islam dan siapa yang cabar Melayu...? Ini isu kemanusiaan.... semalam sememangnya kelihatan beberapa kerat pemuda dan petua (buncit) yang berjaket dan berbaju hitam bertulis 'skuad jihad'.... apa yang mereka boleh buat pun .... kalaulah ini isu perkauman mereka pun sudah pasti tak boleh buat apa kerana mereka sudah tentu lunyai dirojak ribuan yang hadir menghantar mayat Kugan.

Semalam bukan setakat India yang hadir ada Melayu, Cina, Sigh dan perbagai lagi rakyat dari perbagai keturunan hadir. Isunya bukan kaum, isunya bukan mewirakan Kugan tetapi Kugan ialah lambang kezaliman dan kepincangan dalam penguatkuasaan yang sudah lama dibiarkan.

Sebelum mengakhirkan isu ini ada yang mengatakan bahawa che'GuBard boleh lah kata macam macam kerana dia belum dirompak lagi..... Buat pengetahuan tulisan pendapat ikhlas ini ditulis oleh seorang yang pernah di acu pistol dan parang di leher selama 3 jam ketika mempertahankan kereta Toyota Harier milik bos lama semasa bertugas dalam GERAK. Dua pemuda berbangsa Cina yang merompak itu sendiri mengatakan tak guna buat laporan polis kerana mereka sendiri sudah 'kautim semua'. Sehingga kini kes tersebut masih belum selesai lagi.

Bukan masalah salah atau tidak.... Polis ada kuasa tangkap dan buktikan di mahkamah siapa yang bersalah harus dihukum setimpal dengan perundangan negara, tetapi dalam kes ini belum terb ukti bersalah sudah dipukul hingga mati.

p/s : itulah nak buat hukum hudud tak bagi..............jika nampak seorang dipotong tangan nescaya yang lain takut merompak...

SPRM terus jadi alat politik - malaysiakini

SPRM tidak ubah seperti BPR hanya jadi alat politik. Malah SPRM yang menggunakan wang rakyat berkali ganda banyaknya dari BPR lebih brutal imejnya dalam menjadi alat politik.

Terbaru che'GuBard menerima email yang mengandungi laporan polis dibawah :


SEORANG ahli UMNO membuat laporan polis mengatakan bahawa beliau dikasari semasa dalam tahanan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Pahang pada 23 Januari lalu.

Halimi Kamarulzamman, 46, mendakwa kejadian tersebut berlaku di dalam lokap tahanan Tingkat 10, Wisma Persekutuan di pejabat SPRM Kuantan, Pahang.

Dalam laporan polisnya, Hamidi berkata beliau telah menyerah diri pada pagi 23 Januari berhubung siasatan rasuah melibatkan pemilihan UMNO di negeri tersebut.

Menurut laporan polis yang tersebar melalui email itu, Halimi, seorang kontraktor, mendakwa beliau dipukul oleh tiga pegawai SPRM semasa proses soal-siasat.

Selain dipukul, mangsa juga mendakwa dibogelkan dan di minta berguling-guling di atas lantai.

"Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu UMNO berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 28 Januari.

Menurut Halimi, pada 24 Januari, sewaktu di bawa untuk tahanan reman, beliau sudah memaklumkan kepada Majistret di Ibu Pejabat Polis Kuantan dan dinasihatkan untuk membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam selepas dibebaskan.

Katanya lagi, beliau dipaksa untuk mengaku bahawa seorang pemimpin UMNO, Datuk Norza Zakaria terlibat dengan politik wang.

Jelasnya lagi, biarpun didera dan disiksa, beliau tetap memberitahu perkara yang sebenar dan menafikan pembabitan Datuk Norza Zakaria dengan politik wang.

"Sepanjang masa saya dipukul dan didera, mereka telah memadamkan kamera CCTV yang berada di dalam bilik tahanan itu dengan menggunakan plaster," kata beliau.

Di akhir laporan polisnya, Halimi mendakwa, jenayah yang dilakukan oleh pegawai SPRM tersebut kepada beliau adalah mirip peristiwa yang sering berlaku di Abu Gharib (penjara di Iraq).

"Saya amat terkejut dan takut bahawa perkara ini juga berlaku di bawah SPRM yang baru ditubuhkan ini," katanya.

Ini adalah pengakuan salah seorang yang ditahan berhubung dengan rasuah politik dalam UMNO. Yang di tahan tersebut membuat laporan polis mengenai penderaan yang dilakukan oleh SPRM tindakan SPRM memaksa orang tersebut menuduh seorang kepimpinan MT UMNO untuk tujuan yang diragui. Apa yang kita persoalkan ialah tindakan SPRM dan adakah SPRM benar-benar telus atau sebenarnya SPRM juga ada campur tangan tangan-tangan politik. Ini menunjukkan bahawa SPRM tidak telus. Bolehkah kita percaya pada penubuhan SPRM ini atau SPRM ini hanya perubahan kosmetik untuk UMNO dan mereka yang ditangkap juga adalah mangsa untuk mengaburi mata rakyat bahawa UMNO sedang melakukan reformasi

November lepas Norazizi A.Aziz, Setiausaha keADILan Rembau ada membuat laporan polis terhadap laporan media yang melaporkan aduan PUTERI Umno Jempol yang disoal siasat secara pelik di dalam bilik Hotel Murah di Bahau. Namun BPR telah membuat laporan balas terhadap laporan tersebut malah mengugut akan menyaman saudara Azizi kerana menfitnah. Puteri Umno yang membuat laporan polis dan pendedahan media bagaimana BPR menggunakan sesi siatasan sebagai sesi turning over dan memaksanya menandatangani pengakuan palsu itu sebaliknya tidak dikenakan sebarang tindakan malah dilaporkan dalam media ketika Puteri Umno itu berjumpa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa kes itu selesai..... selesai bagaimana tidak pula dinyatakan.....

Sebelum itu lagi saya telah membuat sidang media bersama seorang kakitangan sebuah bank di Kuala Pilah yang ditahan BPR di tempat kerjanya kerana dituduh oleh YB Datuk Hassan Malek sebagai duta kecil yang dihantar Anwar Ibrahim untuk membelinya. Dalam sidang media tersebut kerani Bank tersebut telah mendedahkan bagaimana soal siasatnya juga telah digunakan sebagai 'turning over' dimana pengarah BPR yang menyiasatnya sendiri berkempen agar dia membenci Anwar Ibrahim.

Nampaknya SPRM lebih parah dari BPR !

Esok akan ada satu sidang media khas mendedahkan bukti SPRM menjadi alat politik dan sidang media tersebut juga sempena sebulan selepas menghantar Kompilasi laporan rasuah pertama kepada SPRM.

Tarikh : 30 Januari 2009
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pejabat Perhubungan keADILan Negeri Sembilan, Jln Rahang, Seremban

Semua di jemput hadir.

Pelancaran Program “Malam Air Mata Palestin” meruntun jiwa.

gambar Demo Anti Israel di Masjid Senawang dari kiri Musliadi (Naib Ketua AMK Rembau),
Nor Azizi (Setiausa keADILan Rembau) dan YB Taufek A.Ghani (ADUN Paroi)

gambar NorAzizi ketika meberi taklimat dalam perjumpaan
Persatuan Keluarga Ganerasi Yang Chek


Palestin terus di kenang...baru baru ini di SENALING - “Di saat kita bergelak ketawa bersama teman-teman, mereka menangis meratapi kematian. Di saat kita berlari berkejar-kejaran, mereka berlari sambil diulit ketakutan..” . Itulah di antara bait-bait sajak yang dideklamasikan oleh anak-anak kecil daripada Persatuan Keluarga Generasi Yang Chek sempena pelancaran program “Malam Air Mata Palestin” di Kampung Batang Pilah, Senaling.


Program yang dimulakan dengan majlis tahlil dan aqiqah pada siangnya itu telah dihadiri lebih daripada 70 orang ahli keluarga Generasi yang Chek.


Menurut ahli jawatankuasa persatuan itu, Norazizi A. Aziz, program itu diadakan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran serta menanamkan rasa insaf dalam menyelami penderitaan yang dihadapi oleh insan di Semenanjung Gaza yang diserang secara kejam oleh Zionis Israel.


“ Ini adalah persoalan kemanusiaan sejagat yang melampaui perbezaan fahaman politik, bangsa mahupun agama. Sebagai insan yang prihatin, kita harus ada rasa tanggungjawab untuk memainkan peranan kita sesama manusia dalam membantu teman-teman di Gaza. Justeru, pihak persatuan telah menganjurkan program ini untuk menyuntik kesedaran tentang peri pentingnya kita mengetahui isu ini dengan lebih mendalam,” ujarnya.


Menurut beliau lagi, program yang dimulakan dengan rentetan sejarah Palestin dan Israel serta tayangan keganasan Israel di bumi Gaza telah berjaya menitiskan air mata para penonton. Selain itu deklamasi sajak tentang penderitaan dan harapan anak-anak Palestin juga turut meruntun perasaan.


Menurut Norazizi, program pada malam itu juga turut diisi dengan kempen boikot barangan Yahudi dan kempen membeli barangan tempatan. “Kempen boikot barangan Yahudi ini adalah strategi untuk memperkasa dan memartabatkan ekonomi ummah. Ia secara tidak langsung akan meningkatkan hasil produk tempatan disamping mengurangkan aliran wang keluar negara. Kempen boikot ini harus bermula daripada diri kita sendiri dan apabila ramai yang menyokong kempen ini, keseimbangan produk tempatan dapat diwujudkan sekaligus mampu mengurangkan kebergantungan kita terhadap produk import. Inilah peranan setiap individu,” katanya.


Dalam kempen itu juga, telah diedarkan senarai produk Yahudi yang perlu diboikot. Setiap ahli persatuan itu juga telah digesa agar membuat salinan dan mengedarkan senarai produk Yahudi itu kepada kenalan. “ Ini merupakan strategi dan mesej jelas dari kita dalam memberi tekanan kepada syarikat induk produk-produk ini di AS yang turut terlibat ke atas keganasan rejim Zionis,” ujarnya lagi.

Kemuncak program itu adalah pelancaran kutipan dana untuk rakyat Palestin. Dengan kutipan sebanyak RM 570 yang berjaya diperolehi pada malam itu, Persatuan Keluarga Generasi Yang Chek akan menyalurkan kutipan itu kepada Tabung Kemanusiaan MERCY yang kini sedang berkhidmat di Gaza.


Norazizi yang menyifatkan walaupun jumlah kutipan itu kecil tetapi berharap sekurang-kurangnya ia dapat membantu rakyat di Gaza.

Lawatan muhibbah ke Media berbahasa Cina




Angkatan Muda Rembau pada 28 Januari telah mengadakan lawatan muhibbah ke pejabat media berbahasa cina di Negeri Sembilan dengan menyampaikan Kad Ucapan Tahun Baru Cina dan minuman herba sarang burung dari keADILan Rembau.

Lawatan melibatkan :

1. Pihak media China Press
2. Pihak media Sin Chew Daily
3. Pihak media Nanyang Siang Pau.

Gong Xi Fa Chai!

Tujuan dan matlamat perjuangan keADILan

Pihak tertentu begitu banyak mengelirukan rakyat tentang perjuangan Parti Keadilan Rakyat. Oleh itu diperturunkan Fasal 5 Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat untuk tatapan rakyat. Ianya menangkis segala andaian dari pihak musuh yang sentiasa mengelirukan fikiran rakyat ....
FASAL 5: TUJUAN DAN MATLAMAT PERJUANGAN

5.1 Mewujudkan masyarakat adil dan negara demokrasi yang progresif serta bersatu.

5.2 Menghormati sistem Raja Berpelembagaan, memperkukuhkan Demokrasi Berparlimen, dan mendukung hak serta kuasa rakyat, dan berusaha untuk memantapkan sistem politik negara yang sesuai dengan kehendak serta kepentingan rakyat.

5.3 Menegakkan kedaulatan undang-undang yang adil, media massa serta kehakiman yang bebas, dan pasukan keselamatan yang mendukung prinsip-prinsip profesionalisme.

5.4 Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan kepada semua.

5.5 Menghayati Islam sebagai agama Persekutuan sambil memastikan bahawa hak masyarakat bukan Islam mengamalkan agama atau kepercayaan masing-masing terus terjamin dan menggalakkan peranan agama serta nilai-nilai sejagat untuk menegakkan kebenaran, keadilan, ketinggian akhlak, pembangunan insan dan martabat manusia.

5.6 Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi, disamping menjamin hak rakyat mengguna, mempelajari dan mendapat pendidikan dalam bahasa-bahasa lain; dan menggalakkan perkembangan kebudayaan serta kesenian Malaysia, berasaskan unsur-unsur unggul daripada semua warisan peradapan yang wujud di negara ini.

5.7 Mengukuhkan sistem pemerintahan Persekutuan yang adil, bertanggungjawab serta demokratik dalam mengimbangi kepentingan negeri-negeri dengan kekuasaan Kerajaan Pusat.

5.8 Mempertingkatkan kemuliaan insan, nilai keehsanan serta budaya ikram, menegakkan hak asasi manusia, dan berpegang teguh kepada prinsip intergriti dan akauntabiliti dalam bidang ekonomi, politik danb pentadbiran.

5.9 Melaksanakan ekonomi yang adil serta dinamik, yang mengutamakan pertumbuhan serta pengagihan yang adil, dan bebas daripada penindasan, kecurangan serta pembaziran, disamping mengatasi kemiskinan dan mencegah penumpuan kekayaan.

5.10 Berasaskan prinsip keadilan, mempastikan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Serawak digunakan khusus untuk mnenaikkan taraf sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terbiar, serta pembelaan yang adil bagi golongan bukan Melayu dan bukan Bumiputra yang miskin dan terbiar, demi mencapai kesaksamaan untuk perpaduan nasional.

5.11 Menyediakan kemudahan pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan awam yang bermutu dengan bayaran yang berpatutan sebagai tanggungjawab sosial pemerintah, terutama sekali bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

5.12 Memperjuangkan serta menjamin hak bekerja, upahan yang adil, keselamatan di tempat kerja dan mutu kehidupan yang baik untuk setiap orang.

5.13 Mempertingkatkan martabat dan peranan wanita dalam kehidupan masyarakat, menjaga hak serta kepentingan mereka dan memastikan mereka mencapai taraf yang saksama serta tidak menjadi mangsa diskriminasi dan eksploitasi.

5.14 Memperjuangkan hak dan pengembangan potensi belia dsan remaja serta menjamin peranan yang bermakna bagi mereka dalam semua bidang kehidupan.

5.15 Meningkatkan mutu hidup Orang Asal di samping menghormati adat mereka, menyediakan rancangan pembangunan yang sesuai setelah berunding dengan mereka, dan melindungi hak mereka ke atas Tanah Adat.

5.16 Melindungi alam semulajadi daripada pemusnahan; mencegah perosakan serta meningkatkan mutu alam sekitar dan memastikan pembangunan yang mapan.

5.17 Menegakkan sistem antarabangsa baru yang adil serta demokratik, melaksanakan dasar luar yang bebas serta beretika, menyediakan persekitaran yang sesuai untuk melahirklan masyarakat berilmu yang dapat menghadapi cabaran globalisasi yang mengancam kepentingan negara, rakyat dan manusia sejagat dan seterusnya melindungi ekonomi, politik serta keselamatan negara daripada kuasa-kuasa besar dunia

p/s : terima kasih tokperan.blogspot.com

Wednesday, January 28, 2009

Asal usul nama Rembau - malaysiakini

REMBAU merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang banyak menyimpan sejarah kedatangan orang-orang Minangkabau di Negeri Sembilan. Malah Rembau menjadi tempat berkumpulnya orang-orang Minangkabau untuk memulakan penghidupan baru di tanah melayu.

Nama Rembau diambil dari nama sejenis pokok yang bernama Merbau. Kisah bermula apabila sekumpulan orang asli terjumpa sebatang pokok Merbau yang amat besar dan tinggi menjulang. Pokok tersebut tumbuh di kaki Gunung Datok. Adapun Gunung Datok itu banyak menyimpan kisah sejarah dan kini orang ramai suka mendakinya sebagai salah satu aktiviti mendaki gunung.

Nama Rembau bermula dari peristiwa sekumpulan orang-orang asli yang diketuai oleh Batin Sekudai hendak membuat penempatan baru dikaki Gunung Datok. Semasa membuat kerja menebas dan menebang dalam usaha membersihkan kawasan tersebut mereka terjumpa sebatang pokok yang amat besar dan tinggi menjulang. Setelah bebincang akhirnya mereka membuat keputusan menebang pokok Merbau itu kerana kawasan tersebut hendak dijadikan tempat kediaman. Mereka bimbang pokok yang besar itu akan membahayakan keselamatan mereka.

Maka mereka pun menebang pokok Merbau tersebut secara bergilir-gilir dengan menggunakan kapak dan beliung. Mereka berkerja siang dan malam selama tujuh hari tujuh malam. Tetapi apa yang menghairankan mereka ialah pokok tersebut masih juga tidak mahu tumbang.

Setelah genap tujuh hari tujuh malam mereka berusaha untuk menumbangkan pokok Merbau tersebut tetapi masih tidak berjaya, akhirnya mereka mengadukan perkara itu kepada seorang Bomoh yang paling handal di kalangan mereka. Dan setelah bomoh itu melihat pokok tersebut maka bomoh itu menyuruh orang-orang asli itu mendaki Gunung Datok hingga sampai ke kemuncak. Kemudian mereka hendaklah meminta izin dari penunggu Gunung tersebut untuk menebang pokok Merbau tua itu.

Esoknya beberapa orang asli mendaki Gunung Datok dengan membawa pelbagai persembahan untuk diberikan kepada penunggu yang dipercayai berada di puncak gunung tersebut. Setelah sampai di puncak Gunung Datuk, mereka pun menyeru nama penunggu gunung itu sambil meminta kebenaran untuk menebang pokok Merbau tua yang tumbuh di kaki gunung itu. Setelah selesai mereka pun pulang ke rumah masing-masing.

Pada malamnya turunlah hujan lebat bersama ribut kencang. Dan pada keesokan paginya mereka beramai-ramai keluar dari rumah masing-masing menuju ke pokok Merbau tua itu untuk meneruskan kerja penebangan.

Tetapi alangkah terperanjatnya mereka bila melihat pokok Merbau tua yang amat besar dan tinggi itu sudah pun tumbang menyembah bumi. Mereka amat hairan melihat pangkal pokok yang begitu besar dan untuk mengukur lebarnya mereka duduk bersila di perdu pokok itu. Kabarnya setelah 40 orang duduk bersila barulah penuh pangkal pokok Merbau yang ditebang itu.

Mereka menjamu selera sambil bersuka ria menandakan sudah berjaya menumbangkan pokok yang paling besar itu. Sebahagian dari mereka menyusuri batang pokok itu untuk mencari pucuknya. Kabarnya pucuk pokok Merbau yang tumbang itu sampai ke sebuah sungai lalu Sungai itu dinamakan Sungai Ujung.

Dan kawasan pangkal pokok itu mereka namakan Kampung Merbau Tua. Untuk meringkaskan sebutan mereka sebut " Kampung Merbau" sahaja dan akhirnya bertukar menjadi Rembau sahaja. Menurut ceritanya, sekumpulan orang-orang Minangkabau yang datang dari Pagar Ruyung Sumatera Barat telah datang ke Rembau dengan tujuan mengembangkan agama Islam di samping berniaga.

Oleh kerana orang-orang asli disitu menyambut kedatangan mereka dengan baik lalu mereka mengambil keputusan untuk menetap di situ malah ramai yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Datok Lela Balang iaitu ketua orang-orang Minangkabau telah membuka sebuah penempatan baru berhampiran kampung Merbau Tua dan kampung yang baru dibuka itu dinamakan kampung kota. Kampung tersebut masih ada hingga sekarang.

Adik Datok Lela Balang pula membuka sebuah penempatan lagi lalu dinamakan Kampung Padang Lekuk. Sejak itu semakin ramailah orang-orang Minangkabau datang ke Rembau dan orang-orang asli pula meninggalkan tempat itu untuk membuat penempatan baru.


Menurut ceritanya lagi, Raja Melewar dari Pagar Ruyung Minangkabau datang ke Negeri Sembilan melalui Sungai Rembau lalu bersemayam di Kampung Penajis, tidak jauh dari Kampung Kota. Kemudian baginda mendirikan sebuah istana lalu dinamakan Kampung Istana Raja.

Apabila istana itu terbakar maka didirikan sebuah istana baru di Seri Menanti. Dan hingga sekarang Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilkan bersemayam di Istana Besar Seri Menanti.
Adapun nama-nama kampung seperti kampung Kota, kampung Penajis, kampung Istana Raja dan kampung Sawah Raja masih kekal namanya sehingga sekarang.

Apa salah Camry....(posting di edit)

cheGuBard mendapat email yang menghantar gambar kereta Polis Volvo..... tajuk email tersebut ialah mana paling tidak patriotik pakai Camry atau pakai Volvo....

Siapa leh tolong jawab...?

Ada beberapa email dan komen dihantar mengenai posting ini..... antara komennya dibawah ;

dizzy boy said...12:51 PM
Saudara chegubard,mereka(UMNO) buat boleh,PR buat memang tak boleh.Itulah rejim dan sikap UMNO sekarang.Volvo lagi mahal dari Camry,maintenance dan spare part juga mahal giler.Itulah rejim UMNO.

Anonymous
said...4:21 PM
cikgu, saya ada dpt email, menunjukkan PDRM akan terima 10 atau 25 unit kereta mitsubishi lancer evo X (yg berharga rm300k++ sebuah)... ni apa cerita plak? klu kerajaan PR nk pakai, kecoh satu dunia... ni saya tgk ada jugak agensi kerajaan pusat terutamanya pakai kenderaan import.. JPJ ada yg pakai fortuner, Tribunal Pengguna M'sia pun pakai Nissan X-Trail klu x silap saya...ni mana yg nmpak dpn mata la...

Seladang
said...

Den ingat Rosmah Mansor boleh jawap sebab dia berangan jadi Wanita no 1 Malaysia!

Apapun bagi che'GuBard PDRM ada alasan untuk membeli dan menggunakan apa jua kenderaan import bagi menyesuaikan dengan tugasan seharian mereka.

Begitu juga dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor, jika dengan menerus gunakan Proton Perdana maka perbelanjaan amat tinggi maka seharusnya dicarikan alternatif untuk menyelamatkan wang rakyat dari terus dibazirkan begitu sahaja.

Jika dibandingkan Camry dengan Perdana dari segi kos 'servis', alat ganti, kos bahan api, kadar hanyat dan keselamatan jauh Toyota Camry amat munasabah dibandingkan Proton Perdana. Maka dengan memiliki Camry dalam menyelamatkan wang dengan lebih dalam jangka masa panjang.

Jika itu tidak patriotik maka adalah juga tidak Patriotik juga PDRM yang pakai Volvo, Nissan...........

Pimjam kata Nabil.... Lu Pikir lah sendiri !!!

Pak Lah Bohong Pasal Tender Terbuka, Arahkan Ahli Lembaga Pengarah Serahkan Projek PERKESO Bernilai RM152 Juta Kepada Kroninya !!-malaysiakini

-petikan dari Pahangdaily- Tempoh peralihan kuasa antara Pak Lah dengan Najib Razak dikatakan akan berlaku pada bulan Mac 2009 ini. Bermakna bila dicongak maka tidak sampai pun sebulan setengah lagi untuk perkara itu berlaku. Namun ramai pihak yang berpendapat bahawa ianya tetap tidak akan terjadi berdasarkan kepada senario semasa mutakhir ini. Justeru itu, apakah Pak Lah akan terus kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO lagi selepas Mac. Ini semua pasti amat merungsingkan fikiran juak-juak Najib dalam UMNO. Mereka sedang berkira-kira untuk bersama-sama Najib "merompak wang rakyat" yang diidam-idamkan selama ini. Di atas kertas kita tidak nampak apakah Najib layak dan wajar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, sedangkan morak, akhlak dan imej dirinya kini sudah tercemar seantero dunia. Apakah kita boleh menerima rakyat Malaysia yang terlibat dengan berbagai skandal untuk diangkat sebagai pemimpin nombor satu negara?. Rakyat harus menidakkan perkara ini dari berlaku. Jika tidak sudah pasti kita akan terus berada dalam "kegelapan" lagi selepas ini. Tercari-cari apakah erti demokrasi yang sebenarnya. Sudahlah selama ini kita terpaksa berhadapan dengan situasi seperti itu. Demokrasi ala-Malaysia yang dilihat jauh terpesong daripada apa yang diharapkan.

Mutakhir ini juga, isu rasuah dalam UMNO semakin mendapat perhatian. Apatah lagi kini ramai pemimpin UMNO akar umbi yang didakwa terlibat telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ramai pemimpin yang mula takut dengan senario ini. SPRM kini dilihat sebagai "duri dalam daging" yang akan memusnahkan masa depan pemimpin tertentu. Ramai yang menganggap bahawa SPRM adalah "senjata beracun" Pak Lah untuk menidakkan kemaraan Najib. Pak Lah seboleh-bolehnya mahu menggagalkan apa jua usaha ke arah peralihan kuasa. Beliau tahu, jika Najib naik nasib beliau dan anak-anaknya belum tentu selamat. Tambahan pula beliau kini sudah bermusuhan dengan mantan PM Mahathir. Dalam masa yang sama anak Mahathir, si Mukhriz akan bertembung dengan menantunya Khairy Jamaluddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan Mac ini. Silap-silap hari bulan Khairy juga akan "tenggelam bersama labu-labunya" bila Pak Lah undur diri. Maka itu, apakah Khairy sanggup berhadapan dengan situasi ini. Sedangkan beliau sendiri pun belum puas lagi untuk menikmati limpahan kemewahan yang dibolot oleh ayahandanya itu. Atas faktor inilah maka ramai yang menganggap Khairy akan menggagalkan usaha Najib berkuasa dengan apa jua cara sekali pun.

Kami difahamkan bahawa, desas-desus dikalangan pemimpin UMNO sendiri pun memang sudah kedengaran bahawa mereka sependapat mengatakan 70% Najib tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri. Isu rasuah dikalangan perwakilan UMNO akan menjadi faktor utama kegagalan itu. Berasaskan kepada laporan dan siasatan yang dilakukan oleh SPRM. Ada kemungkinan besar yang Khairy akan mendesak bapa mertuanya, membatalkan mana-mana mesyuarat bahagian yang ada unsur rasuah terbabit. Maka itu, mesyuarat tersebut akan "tidak sah" dan perlu di adakan semula selepas ini. Jika banyak bahagian yang dibatalkan mesyuaratnya akibat rasuah, ini bererti perhimpuna untuk pemilihan UMNO Mac ini juga terpaksa ditangguhkan dulu. Akhirnya Pak Lah akan terus berkuasa dan Khairy akan mendabik dada. Inilah sebenarnya percaturan "licik" antara kedua-kedua anak mertua ini yang gagal dikesan oleh Najib Razak sebenarnya. Jika ini berlaku, pastilah Pak Lah akan terus berkuasa dan orang-orangnya akan "menjelajah" satu Malaysia mengatakan Pak Lah masih "relevan". Dengan kekalahan BN di Permatang Pauh dan Kuala Trengganu, jelas membuktikan kepimpinan Najib Razak ditolak rakyat. Maka itu, sememangnya beliau tidak layak bergelar Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 seperti yang dirancangkan itu.

Apapun, ini ada satu berita gempar yang kami terima. Ia berkaitan dengan perihal PERKESO yang dipaksa meluluskan satu tender projek ICT secara "runding terus" dengan syarikat kroni Pak Lah. Dipercayai Khairy dan Datuk Norza terlibat dengan syarikat terbabit. Kami difahamkan tender bernilai RM152 juta itu adalah projek PERKESO untuk rakyat dan sepatutnya dibuka tender secara terbuka. Sebelum ini, Pak Lah pernah mengatakan beliau akan telus dalam hal ini. Namun bila tiba masanya, Pak Lah mengarahkan semua Ahli Lembaga Pengarah PERKESO memberi tender itu kepada syarikat anak menantu beliau. Keputusan ini amat mengecewakan Ahli Lembaga Pengarah PERKESO. Tambahan pula jumlahnya agak besar dan sudah pasti akan mendapat tentangan dari banyak pihak. Maka itu, kini kita melihat bahawa Pak Lah rupanya "cakap tak serupa bikin" dalam hal kronisme ini. Apakah beliau telus? Dan sepatutnya orang-orang Najib mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini dan laporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jika ini berlaku, sudah pasti harapan Najib akan lebih cerah lagi selepas ini. Soalnya, apakah SPRM akan mendakwa pemimpin tertinggi kerajaan seperti yang diwar-warkan selama ini. Sedangkan dalam isu rasuah UMNO baru-baru ini, mereka hanya mendakwa pemimpin bawahan semata-mata. Walhal, rasuah tersebut adalah diberikan oleh pemimpin atasan sepert dua bekas MB Selangor Mat Taib dan Khir Toyo di Pahang sebelum ini. Kami mempunyai maklumat tentang perkara ini, mengapakah puak-puak UMNO Pahang membisu akal hal ini.

Saturday, January 24, 2009

Kenyataan Akhbar PKR BTR: Sumbangan Lembu Korban

KENYATAAN AKHBAR

1. PKR Bahagian Bandar Tun Razak ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Badan Pencegah Rasuah Selangor yang telah bertindak dengan cekap dan pantas atas laporan Gerak pada 21 Januari 2009 yang mendakwa berlaku penyelewengan kewangan dalam pemberian lembu korban kepada penduduk di Bandar Tun Razak. Tidak sampai 12 jam, pegawai-pegawai dari pejabat BPR telah bertindak dan menyoal siasat orang-orang yang dikatakan terlibat dalam pemberian lembu korban itu. Kami berharap agar pegawai-pegawai BPR juga dapat bertindak sepantas ini terhadap pelbagai laporan penyelewengan yang telah dibuat oleh pelbagai NGO dan PKR sendiri semenjak bertahun-tahun yang lalu.

2. Kami ingin membuat penjelasan tentang pemberian lembu korban yang didakwa berlaku salah guna kuasa sempena menyambut Aidiladha yang lalu. Menjelang Aidiladha 1429 yang baru lalu, sebanyak 46 ekor lembu telah disumbangkan kepada surau-surau dan masjid-masjid di Bandar Tun Razak. Sumbangan ini dengan hasrat agar penduduk-penduduk Islam di Bandar Tun Razak dapat sama-sama menikmati Aidiladha dengan sumbangan daging lembu.

3. Lembu untuk agihan kepada penduduk di Bandar Tun Razak ini adalah sumbangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan syarikat bersekutunya. Sumbangan ini diberikan atas permohonan oleh PKR Bandar Tun Razak kepada PKNS yang telah dibuat menjelang Aidiladha. Bukan sesuatu yang janggal apabila sebuah anak syarikat kerajaan negeri memberikan sumbangan ketika menyambut perayaan apatah lagi, pada suatu ketika dahulu, Kuala Lumpur, dan sudah tentunya Bandar Tun Razak adalah kawasan di bawah negeri Selangor. Ramai juga warga Bandar Tun Razak adalah anak Selangor.

4. Pemberian lembu menjelang Aidiladha adalah dengan niat yang murni yang memberikan manfaat kepada ramai orang. Amalan anak syarikat kerajaan negeri memberikan sumbangan sebegini seharusnya digalakkan dan bukannya dipersoalkan dan dibuat tuduhan bahawa berlaku salah guna kuasa. Sehubungan dengan itu Parti Keadilan Rakyat Bandar Tun Razak ingin merakamkan rasa kecewa dan malu dengan sikap individu-individu tertentu yang rendah akhlaknya yang tidak dapat membezakan amalan bersedekah dah tolong-menolong dengan amalan politik wang yang diamalkan oleh parti-parti tertentu.

5. Kami juga ingin merayu agar penduduk Bandar Tun Razak amnya dan penduduk Wilayah Persekutuan dan mana-mana individu sekalipun agar bersama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim agar terselamat daripada tuduhan dan fitnah ini yang berniat jahat serta bermotifkan politik. Bersama-samalah kita memohon ke hadarat Allah SWT juga dengan solat hajat jika berkemampuan agar amalan murni yang kami lakukan ini dapat disuburkan dengan individu-individu ini dilepaskan daripada pertuduhan yang tidak masuk akal ini. Semoga mereka yang membuat tuduhan palsu ini diberikan petunjuk oleh Allah agar sama-sama berjihad melaksanakan amal makruf nahi mungkar. Terserahlah kepada Yang Maha Esa jika mahu memberikan balasan terhadap mereka yang berniat jahat terhadap amalan baik kita ini.

6. Sekali lagi ingin kami menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang salah guna kuasa oleh YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam pemberian lembu untuk sambutan Aidiladha 1429. Kami menerima sumbangan lembu yang disumbangkan oleh anak syarikat kerajaan kepada surau dan masjid atas permintaan kami sendiri.

7. Kami juga ingin menegaskan bahawa salah guna kuasa yang sebenar dan yang paling besar dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN dalam menggunakan jentera kerajaan sepenuhnya semasa pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Kami mencabar Gerak supaya membuat laporan polis berkenaan salah guna kuasa oleh pemimpin BN ini.

Amin Ya Rabbil Alamin, 23 Januari 2009 bersamaan 25 Muharam 1430

Friday, January 23, 2009

The Political Compass

Melayari blog seorang pelajar Malaysia di Canada telah menemukan che'GuBard dengan sebuah laman yang mengandungi beberapa soalan berkenaan pendirian dalam isu politik 'klasik'. Setelah menjawab sebanyak 6 muka soalan tersebut maka laman tersebut akan mengukur dan memberikan kompas politik. Di bawah ini kompas politik che'GuBard....

Economic Left/Right: -3.88
Social Libertarian/Authoritarian: -0.97

KT tanda jelas politik perkauman berkubur

Altantuya sentiasa menghantui Najib termasuk di setiap penjuru Kuala Terengganu

Nampaknya Umno-Bn seolah tidak memahami politik perkauman sudah hampir tidak laku lagi di negara ini. Dalam Pilihanraya Umum ke 12 Mac 2008 yang lalu dengan jelas politik perkauman telah terkubu. Kekalahan calon Bn ialah kerana rakyat sudah tidak lagi rasa tertarik untuk menari bersama dendangan lagu politik perkauman (lagu biasa) yang dimainkan oleh Umno-Bn lagi. Pengundi lebih tertarik dengan isu korupsi, salah guna kuasa, agihan ekonomi yang tidak adil dan harapan baru buat rakyat Malaysia.

Malangnya Umno-Bn seperti biasa memekakan diri (pekak) dan gagal memahami. Selepas tewas banyak kerusi dalam PRU ke 12 lagu perkauman makin kuat dimainkan. Tiba - tiba 'ketuanan Melayu digendangkan'. Kononya hasil dari keputusan PRU 12 Melayu hilang kuasa. Pelik yang banyak kalah ialah kerusi GERAKAN, Mic dan Mca kenapa pula Melayu yang dikatakan hilang kuasa ? Apakah hilang kuasa Melayu apabila kemenangan Dr. Siti Mariah menewaskan calon Mic disambut oleh kaum India sebagai kemenangan Rakyat di Kota Raja ? Apakah hilang kuasa Melayu apabila kemenangan Datuk Kamarul Baharin dan Tan Sri Khalid disambut meriah oleh perbagai kaum sebagai kemenangan rakyat di kerusi tradisi Mic dan Mca di Teluk Kemang dan Bandar Tun Razak ?

Sepatutnya inilah masa jika Umno mahu membincangkan persoalan kekuatan Melayu. Sebaliknya tidak Umno terus mempergiatkan usaha memsabotaj orang Melayu. Ramai yang ditukar kerja, diganggu perniagaan malah bukti jelas seorang AJK keADILan Rembau tidak mendapat pinjaman TEKUN sedangkan dia layak kecuali dia keluar dari keADILan.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh menyaksikan Umno menggunakan taktik 'buang undi bukan Melayu dan raih setinggi mungkin undi Melayu'. Taktik ini telah menyebabkan api perkauman Melayu dibakar sepenuhnya. Anwar seharusnya dilabelkan penjual tanah air kepada Cina supaya di tolak Melayu. Melayu Pulau Pinang seharusnya diberikan persepsi betapa Melayu sudah tergadai haknya di negeri yang diperintah DAP walaupun baru beberapa bulan.

Antara tuduhannya ialah Anwar menyerahkan kerusi ketua Menteri kepada cina DAP dan mengkhianati Melayu. Pelik dengan tuduhan ini kerana sebelum Lim Guan Eng , Koh Tsu Kon juga sememangnya bukan Melayu, ternyata Umno bangkrap idea. Pakatan Rakyat menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada Lim Guan Eng (DAP) kerana DAP mendapat majoriti kerusi dalam DUN Pulau Pinang hasil PRU 12 lalu. Itu konsep asas demokrasi menggambarkan pilihan rakyat Pulau Pinang. Malangnya Umno menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada GERAKAN ketika kerusi yang Umno miliki dalam DUN Pulau Pinang melebihi kerusi GERAKAN. Jika Umno mengatakan penyerahan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada bukan Melayu sebagai pengkhianatan kepada Melayu maka Umnolah pengkhianat Melayu Pulau Pinang.

Kempen perkauman melampau Umno di Permatang Pauh ini juga membenarkan seorang Ketua Umno Bahagian (Bukit Bendera) berucap dengan menghina serta membakar sentimen perkauman dengan mengatakan jangan beri peluang kepada orang cina kerana mereka kaum pendatang. Ucapan ini telah disokong oleh ramai kepimpinan Umno termasuk Umno Kepala Batas yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia. Selepas perkara ini kecoh GERAKAN telah membuat bantahan seperti biasa Umno akan ketakutan dan akhirnya Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera yang melaksanakan taktik 'buang undi bukan Melayu raih undi Melayu sebanyak mungkin' di Permatang Pauh digantung. Namun walaupun digantung dia masih menjadi penasihat Umno Bahagiannya.

Hasil dari taktik perkauman Umno bukan sahaja bukan Melayu menolak Umno - Bn tetapi Melayu Permatang Pauh juga menolak Umno Bn dengan memberikan kemenangan majoriti besar kepada Anwar Ibrahim.

Mungkin belajar dari taktik yang salah akhirnya jentera Umno - Bn di bawah Najib Tun Razak telah hadir di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dengan taktik yang sedikit berbeza. Tumpuan khusus telah diberikan kepada pengundi bukan Melayu. walaupun begitu Umno masih tidak boleh memainkan peranan di peti undi bukan Melayu. Berbeza dengan PAKATAN ketiga - tiga parti mampu memainkan peranan besar di peti undi bukan Melayu. DAP menurunkan hampir keseluruhan kepimpinanya, PAS melalui Kelab Penyokong PAS dan keADILan berkampung sehinggakan YB Chai Tong Chai (ADUN keADILan Chua, N.Sembilan sudah ada keluarga angkat di Kampung Cina). Mungkin tertekan dengan itu bukan sahaja Najib malah Abdullah Badawi sendiri terpaksa turun lebih dari sekali menemui masyarakat cina dan bukan Melayu di Kuala Terengganu.

Ingin juga berkongsi di sini ketika bersama berkempen di sebuah kawasan bukan Melayu, che'GuBard ditegur oleh seorang pengundi berbangsa cina dengan mengatakan "bagi I Hudud ok maa.... sapa curi potong tangan...apasal takut...kalau takut jangan curi maaa..."

Terlalu banyak tumpuan jentera Bn terpaksa ditabur kepada pengundi bukan Melayu untuk mengimbangi kempen Pakatan Rakyat. Dalam satu siri kempen menggunakan nama Jabatan Perpaduan dibuat konsert dan ada cabutan bertuah termasuk memberikan motosikal percuma. Najib dalam satu ucapanya 'kemuncaknya' depan masyarakat cina terpaksa menyatakan dia juga membaca buku Sun Tzu The Art of War untuk memahami masyarakat cina. Malak paling lawak Najib menyatakan Tun Razak ialah orang yang pergi ke Negeri China untuk membuat hubungan diplomatik dengan negara cina. Tun Razak memahami orang cina dan maka selaku anak Tun Razak maka dia juga amat memahami orang cina. Kita tidak menafikan mungkin Tun Razak seorang pemimpin yang memahami orang cina tetapi belum tentu anaknya faham kehendak dan masalah masyarakat cina di Malaysia tetapi kalau memahami orang Monggolia mungkin.

Malangnya kempen Umno secara sederhana ini hanya melibatkan jentera rasmi mereka tetapi malangnya jentera tidak rasmi mereka tetap meneruskan kempen perkauman jahat. Bukan sedikit risalah ditaburkan bertujuan membakar sentimen perkauman.

Di jumpai di kawasan Cina 'surat terbuka' merayu undi masyarakat cina kepada Bn kerana jika Pas menang maka makin dekatlah Malaysia dengan undang - undang hudud. Dalam surat terbuka yang berbahasa Cina ini dengan jelas menyebut Hudud ialah undang undang kuno yang dibuat ketika mula Islam dicipta zaman arab kuno dahulu. Sokongan harus diberi kepada Pemimpin Bn yang berjaya mencipta Islam Hadhari iaitu Islam moden yang lebih liberal. Anwar dan PAS dilabel sebagai ekstrimis Islam dan Melayu jika berkuasa akan menindas bukan Melayu.

Malangnya dalam pada masa yang sama di kawasan Melayu bertaburan risalah mengatakan PAS dan Anwar serta keADILan menjual Melayu kepada DAP. Malah secara berani seorang penceramah Umno Perak Hamdan Taha dengan jelas mengatakan orang Melayu harus tolak PAS kerana Menteri Besar PAS Perak beri tanah kepada cina komunis.

Apa salahnya memberikan hak milik tanah kepada keluarga masyarakat cina. tanah yang diberikan hanya sekangkang kera tapak rumah yang sudah di diami lebih lima puluh tahun ? Jika hendak dibezakan dengan anugerah tanah dan membenarkan rompakan wang rakyat oleh kroni seperti Ting Penk King, Ananda Krishna, Vincent Tan ataupun Patrick Lim yang menjadi amat-amat kaya hasil 'rompakan halal' di Terengganu.

Di kawasan Melayu PAS di label 'kluk klek' kerana tidak laksana hudud tetapi di tempat cina diajak tolak Pas kerana nak laksana hudud.... maka siapa yang 'kluk klek'...?

Majalah tajaan Umno dibawah seliaan Umno-Reform.com turut bersepah di K.Terengganu

Turut dijumpai taburan percuma Majalah Suara Baru terbitan sebuah syarikat kepunyaan ahli MKT Umno. Berapa yang dihabiskan apabila ribuan majalah berharga RM6.00 senaskah ini ditabur percuma di Kuala Terengganu ? Majalah ini penuh dengan sentimen dan hasutan perkauman. Malah di kulit belakang majalah ini tertera sajak yang memberikan 'lensa' agar orang Melayu melihat kaum cina sebagai warisan kongsi gelap yang jahat dan sentiasa hendak merampas hak Melayu. Setelah diselidiki tidak hairan kerana ketua editor majalah ini ialah pengendali laman web Umno-Reform.com sebuah laman milik Umno yang sentiasa berusaha membakar sentimen perkauman.

Dalam bab rasuah juga masih tidak dikurangkan. Itu yang peliknya Umno Bn ini dalam pada ketika kononya perangi politik wang dalam pemilihan Umno tetapi sebaliknya ketika dalam Pilihanraya mereka menggunakan wang untuk meraih undi. Bukan sahaja pengundi wartawan juga dapat 'ang pow' dari jentera Bn kali ini. sila klik sini untuk baca lanjut

salinan laporan Polis yang dibuat seorang wartawan selepas menerima 'Ang Pow' dari jentera Bn

Bukan sedikit yang ditaburkan di Kuala Terengganu semua Menteri Kabinet dan Menteri Besar turun untuk memastikan kemenangan Bn dengan mengelirukan rakyat. Bukan sedikit tohmahan dan dakyah bertaburan. Bekas ahli komponen Pakatan Rakyat juga digunakan sepenuhnya. Dari isu perkauman, hudud, tuduhan gabungan goyah hinggalah kepada isu Anwar agen Amerika penjual Melayu semua telah digunakan oleh Bn. Hasilnya Wahid Endut menang dengan lebih besar dari majoriti Bn masa PRU ke 12.

Pilihanraya ini seharusnya memberikan Pakatan pengajaran bahawa betapa pentingnya berpakat demi kepentingan rakyat. Isu remeh harus diketepikan. Kepada Bn ia isyarat bercampur adakah ia penolakan calon yang terkenal sebagai Kroni KJ-AAB atau penolakan terhadap Najib yang turut menjadi bahan uatam kempen ? tetapi apa yang pasti ialah politik perkauman telah makin dekat kuburanya di Malaysia ini.

Thursday, January 22, 2009

KJ ktitik Baitulmal pilihj kasih ...syukur MAGNUM datang membantu


Gambar dalam satu program menyampaikan bantuan Parlimen Rembau yang jelas terpampang logo Magnum (sila klik; apa dia Magnum?). Awal Disember lepas Ahli Parlimen Rembau merungut kerana Baitulmal pilih kasih (sila klik untuk baca lanjut) cheGuBard turut mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap sungutan Ahli Parlimen Rembau tersebut (sila klik untuk baca lanjut). Mungkin kerana bosan dengan baitulmal yang tak kasihkannya maka Ahli Parlimen Rembau tersebut telah membawa Magnum untuk membantu orang miskin di Rembau. Tahniah KJ.

(pic di ragut dari blog Harimau Menaip)

politik wang dalam Umno vs politik wang luar Umno - malaysiakini

Rakyat keliru sungguh dengan Umno ni....... katanya perangi politik wang.... politik wang bermaksud menggunakan tawaran wang alam apa jua cara untuk meraih undi secara lansung mahupun tidak lansung.

Maka seperti biasa untuk membuktikan kesungguhan perang rasuah dalam bab politik wang ini maka jelmaan baru BPR iaitu SPRM (yang menggunakan peruntukan wang rakyat jauh lebih banyak dari BPR) telah memainkan peranan lama BPR iaitu menangkap ikan bilis sebagai bukti kejujuran. Maka semalam dan hari ini penuh media melaporkan beberapa ikan bilis telah ditangkap dan didakwa.

Antara yang ditangkap ialah cikgu Sekolah. Cuma yang peliknya kalau cikgu sekolah bukan kata aktif dalam PAS ke keADILan ke atau DAP tetapi hanya pergi dengar ceramah dah kelam kabut Pegawai Pendidikan Daerah ambil tindakan tetapi bagaimana pula dengan warga pendidik yang terlibat dengan Umno....bukan sedikit warga pendidik yang terlibat dengan Bn ni....banyak malah ada yang menikmati cuti tanpa rekod untuk program Bn juga ada...tetapi PPD malah Kementerian tak berani cakap apa...

sila baca laporan mStar

Di KUALA LUMPUR, seorang penolong kanan sekolah rendah di Raub, Pahang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di ibu negara hari ini atas dua pertuduhan memberi rasuah dalam bentuk wang semasa pemilihan Umno Bahagian Raub.

Pertuduhan ini merupakan kes pertama melibatkan "politik wang" sejak penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Junaidi Abdul Hamid, 46, didakwa memberi suapan berbentuk wang tunai kepada dua anggota Umno, Noranizah Abd Hamid dan Adnan Samad masingmasing RM200 sebagai dorongan untuk mengundi Datuk Mustafar Kamal Abdul Hamid sebagai ketua Umno bahagian Raub dan Datuk Abdullah Bakar sebagai Timbalan Ketua Umno bahagian Raub.

Bercakap semula soal perang politik wang...... Umno ni keje dia cukup konpius lagi mengkonpiuskan orang' kononya perangi politik wang tak boleh guna wang untuk dapat undi tetapi apa yang berlaku di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu benar - benar berbeza.... umno guna wang untuk beli undi. Bukan sahaja pengundi malah wartawan juga dapat wang tunai dari jentera Bn.

Contohnya che'GuBard sendiri tengok bagaimana ratusan (mungkin ribuan) pengundi beraturpada hari pengundian di luar bilik gerakan BN di tiap DUN untuk mengambil wang tunai upah kononya kerana mengundi BN.

Jika pengundi luar mungkin boleh dapat sehingga RM400 ringgit malah menurut sumber ada dapat lebih dari itu. Bayangkan berapa banyak Bn belanja untuk beli undi. Adakah itu bukan politik wang....?



gambar - gambar tersebut dirakamkan sendiri di depan Bilik Gerakan Bn DUN Batu Buruk sekitar jam 4.30 petang. Walaupun sudang waktu penghujung masih ramai beratur. Mana duit yang sebegitu banyak diperolehi kalau bukan dengan merompak wang negara...