keADILan Rembau 'disahkan' kewujudanya.
Berbeza dengan Bn tiap kali persempadanan semula urusan penubuhan bahagian baru akan dapat kelulusan segera. Sejak 2004 keADILan Rembau telah mewujudkan Penaja dan memohon untuk mendapat kelulusan pendaftar pertubuhan bagi menubuhkan keADILan Rembau. Namun setelah 4 tahun keADILan Rembau dinafikan hak untuk wujud sebagai entiti berdaftar, malah 2 pilihanraya terpaksa dihadapi tanpa kewujudan organisasi yang sempurna akhirnya hujung Julai sepucuk surat telah diperolehi dari pendaftar pertubuhan mengesahkan pendaftaran dan semalam telah berlansung dengan jayanya Mesyuarat Agong Pertama keADILan Rembau. Seramai hampir 500 ahli berdaftar sempat diuruskan pendaftarannya dan ribuan lagi keahlian yang masih 'pending' dan akan diuruskan secepat mungkin selepas ini.
che'GuBard yang cuba banyak kali untuk mengelak akhirnya terpaksa akur dengan desakan ramai untuk memegang amanah sebagai Ketua Bahagian Rembau yang pertama. Walaupun dewan pejabat sempit dan padat dengan kira kira 200 orang tetapi semua berjalan lancar dan tanpa pertandingan. Kecuali jawatan Timbalan pada peringkat awalnya terdapat dua pencalonan iaitu Cikgu Razak dan kak Aisah lamsah namun Cikgu Razak menjadi Timbalan selepas Kak Aishah Lamsah menarik diri. Segar, seorang pemilik syarikat pengangkutan dari Rantau pula dipilih menjadi Naib Ketua Bahagian. seramai 15 orang AJK telah di pilih yang mewakili semua DUN di dalam Parlimen Rembau dan dari perbagai kaum.
Dalam mesyuarat tersebut 4 usul telah dibawa iaitu
- usul dalaman - mencadangkan kewujudan sistem cawangan dan perlunya ada sistem induksi (pengenalan) parti kepada ahli baru
- usul luaran parti - perlunya parti serius mengadakan hubungan dengan kesatuan sekerja dan membawa isu - isu pekerja dengan lebih serius. perlunya parti meneruskan ketegasan dalam isu kaum dan agama dan jangan sesekali terperangkap dengan permainan kaum yang sempit yang dimainkan oleh Bn.
semua isu telah dibentangkan dan diterima tanpa bahas.
Dalam ucapan penangguhan che'GuBard sebagai Ketua Bahagian yang lalu telah menyentuh
- penghargaan kepada semua tenaga 'penajaan' bahagian Rembau yang diketuai oleh sdr. Razali
- penghargaan kepada semua petugas p/raya lalu, penyumbang dan pengundi
- terima kasih di atas mandat dan kepercayaan yang diberikan agar dapat terus mendapat kerjasama kuat
- Umno makin lemah kerena ego mereka, umumkan kemasukan Umno yang sudah memohon dan alukan lebih ramai lagi ahli parti komponen Bn untuk bersama
- 16 September ialah agenda rakyat bukan agenda Anwar. Jika kerajaan tidak takut mereka tidak melarikan MP Bn untuk lawatan sambil belajar ke Taiwan.
- Anwar boleh tunggu, parti boleh tunggu sampai pilihanraya akan datang tetapi rakyat yang sedang dihimpit kesusahan tidak mampu tunggu... negara makin hilang daya saing perlu diselamatkan... semua rakyat punya peranan... agenda 16 Sept. pasti akan berjaya dalam tahun ini juga.
- nasihat kepada pimpinan Bn N.S jangan heboh Anwar nak ambil kerajaan persekutuan tetapi perlu sedar NS juga akan jadi negeri pertama akan tumbang selepas 16 Sept. keADILan sudah punya hubungan dengan lebih dari 4 ADUN Bn NS semenjak selepas PRU 12. PAKATAN hanya memerlukan 5 kerusi DUN sahaja lagi untuk mentadbir NS.
Jejak Fakir
Selepas Mesyuarat Agong, keADILan Rembau meraikan kehadiran Tn. Hj Syed Shahir, MPT keADILan yang juga Presiden MTUC. keADILan Rembau ucap terima kasih kerana sudi hadir untuk bersama. Tn Hj Syed Shahir telah berucap sebelum melancarkan Program Jejak Fakir Ramadhan 2008. Kemudian sudi menyampaikan bantuan kepada 10 orang fakir miskin. Bantuan berbentuk barang makanan dan wang tunai. Kemudian orang ramai berpusu - pusu ke depan untuk mengambil bubur lambuk percuma. Sebanyak 200 bekas bubur lambuk, 100 bekas kurma dan 100 bekas mee goreng telah diedarkan kepada hadirin dan dihantar ke Surau Taman Sri Rembau.
Untuk Program Jejak Fakir keADILan Rembau telah berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah RM2100.00 yang terdiri dari sedekah, wang zakat dan fitrah untuk disampaikan kepada golongan miskin dan memerlukan di Rembau dan sekitar N.S
Biasaler UMNO, mana ada mengaku kalau berduyun-duyun ahlinya keluar parti, yang penting banyak bukti mereka sedang lemah....
ReplyDeleteRakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Syukur dan tahniah Bro Bad.. Harapan dan amanah Org2 Rembau amat tinggi waktu ini. Menjadi Ketua dlm satu parti seperti PKR adalah tanggung jawab yg perlu sempurna di samping wajib mempertahanankan kejujuran. Pengetahuan politik yg tinggi perlu jugak seiring dgn peradapan. Doa kami agar Bro Bad, bijak dan menyusun petadbiran secara berhemah dan sistematik. Ilmu politik dan pengalaman yg ada perlu jugak di kongsi bersama2 dgn PR yg ujud di NS ini. Kelemahan dan longgarnya hubungan antara pemimpin PR perlu di atasi dgn segera dan bijaksana. Ingat Bro.. Jawatan adalah amanah dan bukan inginkan populariti. Susun semula kerja2 parti terutama petadbiran AMK NS. Buang segala andaian yg negatif dan taupkan semula sifat kekeluargaan. Jangan kita terlalu membiarkan DSAI keseorangan mengurus kerja2 Parti.@@ PAKTAM JEMAPOH @@ http://jemapohku.blogspot.com
ReplyDeleteBERJAYAKAH ANWAR BENTUK
ReplyDeleteKERAJAAN PAKATAN RAKYAT PADA 16hb SEPT INI?
BERIKAN UNDIAN ANDA DI SINI
http://kerajaanrakyat-news.blogspot.com/
salam...
ReplyDeletehello////kalau banjir di Kedah dan Pulau Pinang tu..parti pembangkang lah yg kena pergi jenguk.. itukan kawasan depa. Jgn nak suruh org BN je gi tengok dan jengok.
MB Selangor pun tak gi jenguk sb buang masa katanya.
Dia org MP penang dan MP kedah pi la tengokKalau di Kedah, MP Jerlun dia pi la jenguk sb kawasan dia snediri. Jgn nak lepas tangan je bila dah berkuasa.
dr penduduk Selangor
ye ke 500 org?...aku kira 5ribu...heheheh..
ReplyDeletecamne pun tahniah atas pelantikan...kami rakyat sendayan (peti undi paling ulu dalam parlimen rembau)dah tak sabar-sabar nak lihat PR berkuasa...mat asan dah temberang tanah kami!...
Salam chegu Bard,
ReplyDeletemaaf tak dapat hadir AGM, saya baru buka kedai @ kelas komputer dan x menang tangan nak uruskan sorg diri.. kena keje gak hari Ahad.. tgk2 jam dah pukul 4pm.. tak sempat nak pegi.. apa pun, syabas dan tahniah diucapkan kpd chegu bard dan ahli2 PKR Rembau semua sekali..
tahniah..... che'GuBard icon anak muda 'reformasi'...
ReplyDeleteaku pelik ramai dalam parti juga kata macam macam kat dia tapi bagi aku ramai dengki kerana tak mampu buat macam dia...
bard teruskan !!! kamu juga telah lahirkan ramai anak muda rembau yang ke depan !!! Rembau jangan jadi macam Jasin