Tuesday, September 23, 2008

profile che'GuBard

Badrul atau lebih dikenali sebagai “Che'GuBard” adalah seorang aktivis rakyat dan seorang pemimpin muda yang berpengalaman luas dan lantang dalam memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat. Anak jati Negeri Sembilan ini membesar dalam keluarga sederhana.che'GuBard telahpun mendirikan rumah tangga dengan Zarerah Hanim Md Zaki dan dikurniakan dua cahayamata.

Selepas menamatkan pengajian pada tahun 2000, beliau mengajar di beberapa sekolah di Negeri Sembilan. Keinsafan dari melihat sendiri bagaimana negara sedang dihancurkan oleh kelompok orang politik berkuasa yang tamak telah menyebabkan beliau meninggalkan kerjayanya sebagai guru lalu memilih untuk aktif bersama Parti Keadilan Nasional. Keputusan meninggalkan kerjaya guru juga kerana tekanan yang dihadapi selepas polis datang dan menahan beliau ketika sedang mengajar kerana ceramah tanpa permit yang diadakan dua minggu sebelum itu. Selain menyertai parti beliau juga aktif dalam aktivisme gerakan reformasi. Beliau terlibat dalam melahirkan beberapa laman web seperti black14.net dan banyak lagi. Pelibatan tidak terbatas termasuk menganjurkan demonstrasi, ceramah sehinggalah kepada aksi isu-isu pembelaan rakyat.

Dalam usia yang amat muda dan tanpa pengalaman politik pada tahun 1999 beliau salah seorang terlibat dalam menubuhkan Parti Keadilan Nasional (yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat) di N.Sembilan. Tahun 2001 beliau telah menawarkan diri dan menang dalam pemilihan Exco Pemuda Keadilan Malaysia dengan undi tinggi dalam kelompok 10 yang teratas.

Bermula dari anak kampong biasa beliau mendaki puncak dan matang dalam perjuangan. Beliau juga banyak terlibat dalam dunia aktivis peringkat antara bangsa. CheGuBard pernah menghadiri beberapa seminar dan latihan yang dianjurkan oleh pertubuhan antarabangsa. Antaranya, penglibatan awalnya di peringkat antara bangsa ialah kursus media mengenai teknik untuk berhadapan dengan media elektronik yang dianjurkan oleh Frederick Naumann Stiftung di Bangkok, Thailand pada Julai 2003. Selain daripada itu, beliau turut mengikuti seminar mengenai kerelevanan parti-parti berunsur sosial demokrat dan gerakan progresif Asia Timur dan Asia Tenggara yang dianjurkan oleh Frederick Ebert Stiftung di Manila, Filipina dan banyak lagi

Pada tahun 2006, beliau telah terpilih antara 20 aktivis muda Asia untuk menyertai latihan hak asasi manusia yang dianjurkan oleh Yayasan Memperingati Tragedi 18 Mei di Gwangju, Korea Selatan. Oleh kerana keaktifannya dalam bidang kemasyarakatan dan ketekunannya, beliau telah terpilih sebagai pelajar terbaik yang justeru melayakkan beliau untuk mendapat biasiswa penuh tajaan Kerajaan Korea Selatan untuk menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana di Universiti Sungkonghae, Seoul, Korea Selatan.

Kesempatan berada di bumi asing telah dipergunakan sepenuhnya untuk menimba pengalaman dan membina jaringan antarabangsa. Beliau berpeluang untuk menyaksikan bagaimana pergerakan sosial di Korea Selatan berkembang.

Beliau sering mendapat undangan sebagai panel dalam banyak forum antara bangsa. Beliau juga merupakan setiausaha jawatankuasa penaja ASEAN Activist Forum yang dipengerusikan oleh NurKholis seorang aktivis muda Indonesia yang juga Timbalan Pengerusi Komisi Hak Asasi Indonesia.

Selain politik, Badrul juga mahir dalam bidang pemasaran dan perhubungan awam. Beliau adalah Pengurus Pemasaran dalam beberapa syarikat swasta semenjak tahun 2003. Badrul pernah terlibat dalam Gerakan Belia dan Kebudayaan Di peringkat kebangsaan dan negeri. Beliau pernah bersama sebagai tulang belakang Persatuan Seni Budaya NS, Anak Teater Seri Melewar, dan menjadi pengerak sebuah pertubuhan seni silat yang menjadi badan pendiri PESAKA di NS. Beliau juga pernah menerima beberapa anugerah kerana penglibatannya di dalam gerakan belia dan kebudayaan.

Penglibatan Badrul sebagai aktivis sosial berada di tahap kemuncak apabila beliau bersama-sama dengan beberapa orang teman menubuhkan Gerakan Demokrasi dan Anti- Korupsi (GERAK) yang dipimpin oleh Ezam Mohd Noor, bekas Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri. Namun apabila GERAK mampu bergerak aktif Badrul meletakkan jawatan sebagai Eksekutif Ko ordinator, agar memastikan GERAK benar bebas dari pengaruh politik

GERAK telah menjadi sebuah organisasi yang terkenal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam usaha memerangi rasuah. GERAK kini dianggotai oleh 10,000 orang sukarelawan dan bergiat di arena antarabangsa. Namun oleh kerana sebab yang amat mengecewakan GERAK yang mula membesar dan diterima dalam dan luar negara telah 'hancur' dengan sendirinya.

Badrul telah mencipta sejarah bagi dirinya apabila beliau terpilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat yang termuda yang memang bertanding sewaktu Kongres Parti Keadilan Rakyat pada Mei 2007 dengan undi yang agak tinggi dalam keadaan beliau sendiri berada di luar negara.

Menyertai pemilihan KEADILAN 2010 dengan menawarkan diri sebagai calon Ketua Angkatan Muda Malaysia namun tewas kerana 'penyelewengan demokrasi' yang serius. Sehingga kini aduan lengkap bersama fakta bukti yang dihantar gagal dijawab oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti mahupun Setiausaha Agung parti.

Beliau kini juga merupakan Ketua Cabang Keadilan Rembau. Selain itu beliau juga pengasas sebuah gerakan muda yang diberi nama Solidariti Anak Muda Malaysia. SAMM mula bergerak sejak 2004 lagi.

45 comments:

  1. saya amat kagum denganp prinsip perjuangan anda...orang muda yang penuh semangat juang demi keadilan untuk berjuta insan tertindas...ketika pemuda lain diulit keseronokan dan dibuai dengan kata2 indah pemimpin rakus..and tetap teguh bangun menentang kejahtan ...semoga perjuangan anda diberkati ALLAH dan dikenang sepanjang zaman oleh generasi akan datang...

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:38 AM

    Salam..

    Teruskan Ushamu untuk membela Rakyat... dengan seadilnya.


    -iraqidinarinvestment

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:29 PM

    cegubard
    terusakan perjuangan walau apapun badai yang menghalang,penyokong yang senyap memerhatikan anda...

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:03 PM

    cik badrul xkan kemana....krn cik badrul mungkin jaguh kampung sj..cita2 sbenar ahli politik pkr adalah mencari pangkat,kedudukan...betul x...selagi azmin ada...cik badrul boleh mimpi saja..jgn nk bersuara,hntar kek altantuya,apa kena mengena itu dgn membela rakyat..jgn mintak sumbangan dari rakyat,mintak lah dr anwar...
    terima kasih..
    Org mahathir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous6:52 PM

      orang mahathir konon.hang tau tak apa mahathir cakap.hudud tak ada dalam AL-QURAN.memanglah ko ni buta hati.tak ada feadah langsung mata ko yg celik 2

      Delete
    2. Anonymous11:06 PM

      cukup la...
      semua bergaduh sesama sendiri
      pada hal kita tiada apa2 pun
      kita kosong belaka
      ayam, beras, pun org lain bela
      harap kita asyik bergaduh sesama sendiri
      kain kapan pun beli kt sapa

      Delete
  5. Anonymous3:04 PM

    ooo...xberani nak terus view komen ya...jgnlah mcm tu...view ja la

    ReplyDelete
  6. Anonymous9:29 PM

    dengan semangat juang yang tinggi aku yakin chegubard akan menang pada pemilihan ketua amk yang akan berlangsung tidak lama lagi.....semangat golongan rebelion

    ReplyDelete
  7. Anonymous5:52 PM

    he3 yg kerja dkt satu pejabat di shah alam tp tak pernah masuk kerja smpi kena buang kerja & makan gaji buta tu, tak nak masukkan sekali ke?

    waaah besar btol diagung-agungkan anak muda yg tak berkelulusan, mcm mana nak buat sarjana bila ijazah pun x de?

    klu si penipu ni menang, durian runtuhlah umno!

    ReplyDelete
  8. Anonymous9:59 AM

    Saya berasa amat kagum sekali dengan cheguBard krn walaupun tewas dlm pemilihan calon tp masih kekal memperjuangkan keadilan bagi rakyat.. Mahupun begitu semangat cheguBard mmperjuangkn parti dilihat lebih bersemangat.. Semoga Allah s.w.t memberkati perjuangan cheguBard.. yg penting ialah perjuangan bukan kekuasaan, krn dgn perjuangan, nama anda tetap termetri di sanubari sbg pejuang yg sejati..spt Sahabat Nabi s.a.w, Abu Ayob Ansari r.a, wlupun dgn hanya menjadi org pertama yg memberikn penginapan kpd Nabi s.a.w di rumahnya di Madinah sewaktu peristiwa hijrah, beliau ttp dikenang oleh seluruh umat islam hingga kini dalam sejarah.. Teruskn semangat wahai pejuang keadilan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous11:31 PM

      benar.. kalau UMNO dah lama diaorang cabut. Sebab tak 'masukkk' kalau tak dipilih jadi ketua bahagian.. hehehe

      Delete
  9. Salam Chegubard. Saya betul2 berharap Chegubard dpt mempertimbangkan semasak2nya ttg keluar dari parti. saya bukanlah seorang pejuang atau seorang yg terlibat secara terus dengan politik. Hanya seorang pemerhati dari jauh. Mmg apa yg berlaku semasa pemilihan PKR mengecewakan saya juga. tapi saya masih mampu bertahan krana saya tahu di dalam PKR adanya pemuda2 seperti Chegubard. pemuda2 generasi bru yg berani berjuang. bakal pemimpin masa depan. Saya minta Chegubard mempertimbangkan semasak2nya sebelum membuat keputusan. Pada saya, walaupun Chegubard tewas, namun pada saya Chegubard seorang pemenang. Teruskanlah berjuang, sehingga tertewasnya kebatilan.

    ReplyDelete
  10. Anonymous9:22 AM

    Hidup tanpa perjuangan adalah KOSONG. Perjuangan tidak semenstinya berkesudahan gembira ada yang dukacita. Sebenarnya perjuangan tiada penamat maupun didunia, alam kubor dan akhirat. Teruskan berjuang murni -dari rakyat demi rakyat untuk rakyat.

    ReplyDelete
  11. Aku Seorang Pejuang9:29 PM

    Saya akui akah ramai dikalangan pendidik2 muda yang akan mengikut jejak CheguBad memperjuangkan keadilan.. mencari kebenaran itu fitrah bagi semua umat Islam.. Teruskan perjuangan yang murni ini.. Sekiranya kita tidak mengejar pangkat atau kekuasaan, nescaya semua itu akan dtg dan tunduk pada kita..

    ReplyDelete
  12. Anonymous11:16 AM

    sebagai PEMUDA, aku bangga mempunyai wakil pimpinan seperti kamu....(ank longgeng)

    ReplyDelete
  13. Anonymous1:50 AM

    Saudara, saya ada membaca artikel di beberapa laman bahawa saudara telah meninggalkan PKR. saya amat2 berharap berita itu tidak benar kerana apa yang saya nampak, saudara antara pelapis yang amat menonjol. memang tak dinafikan PKR mempunyai masalah, maka pelapis2 seperti saudara amat2 diperlukan. saya amat berharap berita itu palsu.

    ReplyDelete
  14. Anonymous11:04 PM

    Sokong semangat perjuangan chegu. Harap chegu terus istiqomah. Ambil segala cabaran sebagai dugaan dlm perjuangan. Semoga chegu terus membawa PKR/PR maju ke hadapan. Hadirkan keikhlasan, InsyaAllah, Allah akan menunjukkan jalan yg benar kpd chegu.

    ReplyDelete
  15. Anonymous9:29 AM

    Semangat juang yg tinggi dlm diri CHEGUBARD menjadi semangat kpd kami warga muda utk terus bergempur melawan musuh negara...syg sekiranya anda meninggalkan PR...bersama PR akan mmpunyai penyokong yg ramai........jika anda berhijrah ke umno belum tentu anda mempunyai penyokong bersama anda...tanpa penyokong siapalah anda???Kuatkan semangat tetapkn iman dan cekalkan hati...Semoga tabah menempuh dugaan dalam politik ini...PERJUANGAN ADALAH PELAKSANAAN KATA2...Buktikan kemampuan anda!!!Kami barisan anak muda PR tetap bersama anda...

    ReplyDelete
  16. Anonymous11:39 AM

    kalau nak jadi leader yg handal, bertanding, menang dan bukti pd rakyat. Tak payah kutuk2 orang lain. benar atau tidak tuduhan2, hanya Allah akan membalas-nya. Astaghfirullahilazim. I can already see the rebellious side, do i have the confidence?

    ReplyDelete
  17. azali ms10:52 AM

    Saya amat menghormati anda pejuang muda... sayang nya perjuangan anda di landasan yang salah. Mana mungkin kapal laut berlandasan kapal terbang. Anda tidak sepatutnya menggunakan gelaran Chegu dimana gelaran tersebut khas diberi kepada pendidik yang mendidik sehingga akhir hayatnya. Anda orang politik diharapkan jangan menggunakan gelaran tersebut.Selagi anda tidak kena liwat oleh Anwar Al-Juburi selagi itu lah anda akan merepek-repek dalam berpolitik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam saudara.. sy rasa saudara ni dah ketinggalan zaman.. mahkamah najib dah putuskan anwar tidak bersalah dalam kes liwat.. adakah saudara tau apa hukumnya memfitnah ? sekian..

      Delete
  18. Anonymous4:47 PM

    Berapa banyak imbuhan yang Al Juburi berikan kapada Chegu Butt untukmenyebarkan fitnah?

    USD 24 juta sekarang RM 24 juta, Utusan Malaysia rekaan Chegu Butt yang fake dan banyak lagi.

    Apa pula hubungan Chegu Butt dengan NGO Frederick Ebert Stiftun (agensi CIA di Asia Tenggara)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous11:34 PM

      Mangkuk.. kalau anwar bagi duit dah lama masuk utusex.. begini mudah hang dapat info, takkan utusex tak secekap hang. Jadi sapa yang fitnah?

      Delete
  19. Anonymous11:49 AM

    satu lagi ko tak tulis..ko tu bangang, suka fitnah orang...insaf2 la sikit bro...ko jgn menang sorak kampung tergadai..ko takpe la macam manapun ko akan ada jawatan gaji ribu2...tapi yang merana rakyat jelata akibat dari tindakan ko..insaflah sebelum terlambat...aku tahu ko akan delete komen aku...sebab ko penakut..at least ko baca jugak komen aku nie!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous10:28 AM

      rakyat dh jd mcm lembu lg kau sokong kerajaan BN ka..

      Delete
    2. Anonymous11:35 PM

      cakap macam lembu, macam mana komen tak di delete.. bangang muuu

      Delete
    3. hahaha.. nak sembang pasal tanah ke ? kau pergi felda.. kau tanya peneroka.. apa felda dah buat dgn drang.. tayah sembang kalau tatau fakta.. utusan tu penipu sbb tu kalah saman..

      Delete
  20. Lancau la kau Bard. Kaki fitnah.

    ReplyDelete
  21. Anonymous11:31 PM

    you the best of a new revolusiner abad baru di tanah melayu yang rata2 banyak pengumpu dan gila kuasa tapi x jaga hak2 org melayu.. bhs dn tulisan jawi pun dah dinisankan oleh mrk..apa yang nk diharapkan... teruskan usaha murnimu untk ank cucu bangsa dan negara.. lihatlah mrk yg nk kena jaga agama pun pengampu jgk.. CAIR dlam MERDEKA!!!

    ReplyDelete
  22. Lau Suraksakh7:06 AM

    Perjuangan bukanlah sesuatu yang indah; keindahan itu bukannya perjuangan. Bersama kita berjuang menyelamatkan hak generasi-generasi yang bakal digelar anak Malaysia yang bermaruah.

    ReplyDelete
  23. Assalam. Peminat-peminat che'gubard di Kg Gangsa, Durian Tunggal, Melaka ingin mengundang che'gu untuk memberi ceramah pada tarikh kosong yang terdekat. Terima kasih setiausaha kerja PAS Kaw Alor Gajah.

    ReplyDelete
  24. Anonymous10:07 AM

    Ceramah 24 Okt 2011, orang Selama Perak buka mata.

    ReplyDelete
  25. Anonymous8:54 PM

    Kami dari sarawak amat kagum dengan keberanian chegu bard yg merungkai kerahsiaan rakus bn dlm semua aspek. Dulu kami selalu membaca dannmenonton media2 yg dipelopori olh bn. Sekarang kami dpt mengakses dan membuka internet di bandar2 maupun di pendalalamn serta tahu lebih mendalam perkembangan semasa,apa yg tersirat dan tersurat serta selok belok kajahilan bn setelah mendengar beberapa ceramah olh pemimpin2 pakatan, TAHNIAH ....

    ReplyDelete
  26. Anonymous2:15 PM

    like..like...like...adioss..adioss...maju terus maju..smoga perjuanganmu berhasil..dipermudahkan oleh Allah..yang penting jujur dan ikhlas lillahi ta'ala...sukses..sukses..

    ReplyDelete
  27. aku harap che` gu bard tetap dengan pendirian dan prinsipnya supaya berjuang untuk rakyat marhaen, semoga setiap langkahnya mendapat restu dari allah S.A.W, dan juga rakyat malaysia yang cintakan demokrasi tulen. disini juga aku nak mencadangkan ABU ditukar dari asal bukan umno kepada `AKU BENCI UMNO` mudah2 an umno terlingkup lah hendaknya pada PRU 13 nanti, Amin.

    ReplyDelete
  28. Anonymous9:01 PM

    teruskan che gu..pedulikan apa j kata mereka yg munafik...perjuangan che gu adlh krn allah...azman

    ReplyDelete
  29. Anonymous8:40 PM

    Perjuangan menegakkan kebenaran sememangnya perit dan penuh dengan liku-liku kepahitan. Tidaklah dijanjikan kemenangan begitu mudah kerana benteng kemungkaran tidak pernah lapuk malah terbena begitu kukuh sejak berzaman. Namun apa yang perlu adalah keteguhan dan kekuatan iman dan sesungguhnya allah bersama mereka-mereka yang berjuang kepada jalannya. Insyak allah perjuangan anda tidak sia-sia dan anda senantiasa bersama keampuhan doa dari umat-umat yang menyintai kebenaran. Semuga allah jua bersama anda!!

    ReplyDelete
  30. Anonymous2:40 AM

    knapa pnykong kerajan BN suka memfitnah ya???

    ReplyDelete
  31. saya rasa sangat bersemangat ketika mendengar ucapan cikgu Bard untuk memperjuangkan Islam dan kini saya lebih yakin yang Untuk bersatu menjatuhkan Umno.!
    walaupun saya masih dibawah umur. Saya cuma mampu berdoa dan belajar bersungguh-sungguh agar suatu hari saya dapat menjadi aktivis seperti cikgu. :) Insha-Allah.

    ReplyDelete
  32. sliey2:56 PM

    sangat suka dengan semangat chegubard...ceramah berapi2...pedas macam masakan n9...syabas kerana ceramah dengan fakta dan bukti2 yg relevan n tepat...boleh buat rakyat terbanyak celik...teruskan perjuangan chegubard dan jangan jadi macam sedara2 PKR yg lain yg sanggup lompat parti...tak paham betul aku...ceciter nape diaorg ni sggup lompat parti dari sudut pandangan PKR sendiri...nak harapkan citer diaorg mcm2 lah yg tak kena...

    ReplyDelete
  33. Anonymous12:52 AM

    Salam Cikgu Bard. Saya baru menonton ytube ceramah2 anda yg berani, bersemangat. Terutama menganai cincin R. dan trade link antara Malaysia dgn negara yahudi tu. Tapi saya belum 100 % boleh percaya hingga saya sendiri lihat bukti2nya. Mengenai chin peng tu, meskipun saya anti penjajah, saya rasa cara cikgu bard keluarkan hujah condong untuk mengagungkan seorang yg sah pembunuh. Mungkin british juga telah membohongi kita semua, tapi untuk meletakkan chinpeng sebagai wira, rasanya tak kena.

    ReplyDelete
  34. abg yus ..kg belimbing dalam durian tungal melaka.10:38 AM

    salam reformasi,salam sejahtera utk semua.segunung tahniah ku ucapkan diatas segala uaha murni chegu bard yg semakin hari semakin lantang mendedahkan kerakusan peminpin kerajaan. kami dimelaka pon x tau ketua mentri 'makan' duit zakat sampai berjuta.maklumat terbaru tmpt kami PERANAN KETUA PENGHULU DAN KONCONYE JKKK SEDANG CUBA MENAFIKAN HAK ORG KAMPUNG yg telah ushakan tanah rezab lebih 20 THN dgn cukai RM 50 setahun tnh sebesar tapak rumah..inilah adalah kebenaran yg nyata dgn ape yg chegu bard perjuangkan ..fikirkqanlah wahai org bn 'BERUBAH LAH DEMI MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN buka mata dan minda fikirrr kan dan renung2 kan....salam

    ReplyDelete
  35. Anonymous3:55 PM

    Salam semua......sebelum kita nilaikan atau menghukum seseorang......sebaik baiknya kita nilaikan DIRI kita sendiri dulu......apakah amalan2 yg kita amalkan di bulan ramadhan yg lalu kita teruskan di bulan yg berikutnya....? Jika kita dapati seseorg melakukan kesilapan kita maafkan dia dan berdoalah kpd ALLAH, moga diampunkan segala dosanya dan kembalilah kpd AL QURAN dan SUNNAH. Amin.

    ReplyDelete
  36. Anonymous6:01 AM

    Assalamualaikom wrh wbt. Salam uhkwah Chegu Bard,juga pd semua saudaraku seagama.
    Berdoalah kita bersama Kehadrat Yg Esa, meminta agar dimenangkan semua calon yg bertanding dlm PRU13 ini, adalah dari PAKATAN RAKYAT. Saya terasa dipanggil utk memberi sepatah dua ayat, yg mana rasanya tak semua saudaraku yg tahu dgn jelas jalan cerita mula perihal undang undang tubuh parti. Rasa2nya, jika kita baca dan jelas tentang undang undang tubuh parti ini, tentu Parti UMNO tak akan kembali semula stlh DIHARAMKAN dahulu. Spenting mana manifesto rasa saya lebih penting lagi bersuluh jelas tentang undang undang tubuh parti. Apa yg saya cuba maksudkan adalah, CONTOH yer, Manifesto utk memberi kita berada dalam keselesaan didunia, manakala UNDANG2 Tubuh Parti pulak utk kita menjawab diakhirat nanti. BACALAH hanya dua tajuk, jika malas nak baca semua, iaitu UNDANG2 Tubuh Parti UMNO dan PAS. Nyata pasti anda akan jelas tentang apa yg saya cuba maksudkan. pasti ramai yg tahu, atau ada juga yg pura pura pura pura buat tak tahu. Sesungguhnya ada ayat AlQuran yg menjelaskan bahawa diakhir zaman nanti, akan ada pemimpin yg terang tang tang menolak AlQuran. Adakah kita berada dizaman yg terang lagi bersuluh ini.
    Akhir kalam, maafkanlah ayat ayat hamba yg tak sepertinya ini, Pada Chegu Bard yg dihormati, teruskanlah perjuangan ihklas ini, Percayalah dgn kemampuan sendiri utk mengharungi ujian Yg Esa ini. WASSALAM. TAKBIR...

    ReplyDelete
  37. Anonymous4:34 AM

    dia letakkan chin peng komunis tu sebagai wira? aku tak heran la... kepala org PKR ni memang pelik. diorg ni mcm sengaja gali kubur sendiri. yg group muda2 tu pun, baru dok dlm UNIVERSITI KERAJAAN sesemester 2 dah nak tunjuk jaguh! malu la woi!!! gi keluar cari universiti swasta! Hari ni aku terbaca satu kad jemputan ke rumah terbuka pembangkang. siap ada muka izah kat situ. dia tulis 'dear combrat' apa maknanya tu? aku rasa org umno akan terfikir sesuatu dgn hal ni. tp org PKR hanya akan senyum sinis. sure....

    ReplyDelete