Monday, September 15, 2008

KeADILan Tidak Anjur Perarakan ke Istana- Dato Salehuddin

(Imej suarakeadilan.com: Petugas sedang menanggalkan poster palsu yang dijumpai di Wangsa Maju, poster yang sama
juga terdapat di perbagai tempat di K.L)


Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) telah dimaklumkan tentang adanya beberapa poster dan kain rentang yang telah diletakkan di beberapa tempat di Kuala Lumpur tentang suatu perhimpunan dan perarakan ke Istana Negara pada 16 September 2008 yang kononnya dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat.

KeADILan dengan ini ingin memaklumkan bahawa ia TIDAK sama sekali terlibat dalam penganjuran mana-mana perhimpunan mahupun perarakan ke Istana Negara pada 16 September 2008 seperti yang diwar-warkan. Penyebaran maklumat palsu yang melibatkan PKR ini dilihat sebagai suatu usaha terdesak pihak tertentu yang mahu menimbulkan kekacauan dan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan akan seterusnya menimbulkan kebimbangan kepada warga penduduk Kuala Lumpur.

KeADILan juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang dakyah palsu yang sedang dijaja dan disebar secara meluas oleh golongan jahat yang mengamalkan politik fitnah tentang penglibatan PKR dalam mana-mana aktiviti yang melanggar batas-batas kesusilaan dan prinsip demokrasi, yang secara nyata bertujuan untuk memburukkan pertalian yang baik di antara PKR dan Dulu-Duli Raja-Raja Melayu.



Dato Salehuddin Hashim
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

3 comments:

  1. Anonymous4:31 PM

    tak kisah 16 ke 20 ke bulan 10 ke tapi da;lam tahun nie anwar kena bagi jadi...ubah kerajaan

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:06 AM

    perkara yang baik tu lebih baik segera, tapi bir berhemah dan tertib. lambat laun kebenaran akan muncul dan kebathilan akan musnah hancur.
    perangai yang dilakukan umno/bn ini macam perangai syaitan, tak mahu lihat untuk manusia lain buat perkara yang baik.
    lebih patut umpama perangai yahudi, bangsa yang dikutuk oleh Allah dalam Al-Quran. tu sebab umno tak suka ikut apa yang Allah suruh melalui Quran.

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:27 PM

    kadang kadang betul juga kata cikgu masa dalam ceramah di johor....

    UMNO BN tak kuat mana tapi kekuatan rakyat yang terlalu lemah...

    lihat sahaja bila kita nak dekat pas lak buat taik..... mana hj hadi masa kat stadium ari tu....

    tak kisahlah apa pun alasan ini peluang terbaik kita kena bantu...

    if anwar mulakan cywar kita harus bantu.... jadikan realiti...bukan tunggu anwar gagal then tibai... kalau berjaya kita senyum nak jadi menteri.....

    ReplyDelete