Sunday, August 17, 2008

Kenyataan bersumpah Dr. Osman ...lautan manusia bersama

Berikut ialah kenyataan bersumpah Dr. Osman seorang doktor beragama Islam yang bertugas di Pusrawi yang telah memeriksa Saiful dan mengesahkan bahawa sehingga 28 Jun 2008, Saiful tidak pernah diliwat.
















sila klik http://chegubard.blogspot.com/2008/07/saiful-tidak-diliwat.html untuk membaca salinan asal laporan perubatan. Maknanya sehingga 28 Jun Saiful tidak diliwat... dan selepas itu dia berada dalam jagaan Polis dan jika selepas itu ada laporan lain mengatakan Saiful diliwat siapa yang meliwat dia..?

Tidak sampai 24 jam sebelum pernamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 2008, seperti dijangka Saiful muncul membuat 'sumpah'nya di dalam masjid, kemudian apabila ditanya wartawan kenapa dia membuat sumpah hari ini ? dia panik dan menjawab saya tidak tahupun Anwar akan bertanding di Permatang Pauh.... hahahaha ini lawak antarabangsa kerana satu 'Malaya' tahu Anwar akan tanding kecuali Saiful. sila klik untuk membaca penuh

Saiful juga panik untuk mengulas mengenai pertemuannya dengan Najib... sebelum laporan polis dibuat.. dan bagaimana dengan masih tidak terjawab kenyataan che'GuBard mengenai bagaimana Ezam juga bertemu Saiful sebelum laporan polis dibuat dan 'budak' Ezam yang mengiringi Saiful pergi membuat laporan perubatan....

Apa kesan sumpah Saiful ? Bn mengharapkan Anwar keseorangan ketika penamaan calon tetapi lihatlah ini realitinya...
Hampir seluruh Menteri Kabinet bersama termasuk bekas-bekas menteri dan mereka berjaya menurunkan seramai ini penyokong !!
Penamaan calon dibuat pada ketika Muktamar PAS berlansung agar pemimpin PAS tidak hadir supaya berjaya cywar mereka yang mengatakan keADILan hanya didokong DAP. Namun kehadiran Tuan Guru Nik Abd Aziz pasti menghancurkan harapan mereka.
lautan manusia (lebih 60,000 orang) bersama "Harapan baru rakyat Malaysia"

No comments:

Post a Comment