Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah telah membawa Usul Tidak Percaya Terhadap Perdana Menteri Abdullah Badawi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat di Parlimen pada 3:30 petang semalam.
Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) ini akan diputuskan oleh Yang Dipertua Dewan Parlimen pada hari Isnin depan (14 Julai) samada akan dibahaskan dalam Dewan Rakyat. Tiada pengundian belah bahagian akan dijalankan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2).
Memandangkan usul ini tidak akan membawa kepada pengundian, maka tiada alasan kerajaan tidak membenarkan usul ini dibahaskan dalam Dewan Rakyat, kecuali kerajaan takut sangat biarpun sekadar membahas.
Teks penuh kenyataan media Dr Wan Azizah:
10 Julai 2008
KENYATAAN AKHBAR KETUA PEMBANGKANG
Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2)
Sebentar tadi saya dengan diiringi wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk membawa satu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2).
Usul tersebut berbunyi:
“Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan.”Pilihanraya Umum ke-12 menyaksikan ‘Tsunami Politik’ yang mengakibatkan 5 negeri dan juga Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sekaligus menafikan penguasaan majoriti 2/3 Barisan Nasional.
Kemenangan tipis BN ini telah dicapai melalui manipulasi SPR dan pembohongan yang tidak bermaruah. Harga minyak telah dinaikkan secara mengejut selepas PRU walaupun Timbalan Perdana Menteri semasa melancarkan manifesto BN telah berjanji tidak akan menaikkannya. Negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat juga dianaktirikan menunjukkan sikap BN yang bertentangan dengan semangat demokrasi dan federalisme. Ahli-ahli Parlimen BN yang bertindak menolak sikap pimpinan mereka yang tidak bertanggung-jawab diugut dan dipaksa supaya tidak bersuara.
Perkembangan ini mengakibatkan wujudnya krisis keyakinan terhadap YAB Perdana Menteri dan kabinet beliau. Rakyat kini dilanda beberapa krisis besar seperti harga minyak yang terlalu membebankan rakyat, harga bahan makanan dan keperluan asas rakyat yang semakin mahal, keyakinan rakyat yang semakin terhakis terhadap institusi Polis, Peguam Negara dan Badan Kehakiman, Peningkatan kadar jenayah dan gejala Rasuah yang semakin membarah.
Kami yakin Dewan yang mulia ini wajar membincangkan Usul yang dikemukakan ini.
Sekian, terima kasih.
YB Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Permatang Pauh
Membawa usul tapi bukannya untuk diundikan. takde kerja lain nak buat di Parliament? Kalau betul2 SPR dimanipulasikan, Pakatan tak kan menang satu negeri pun. memang mandat telah diberikan kepada BN, dengan amaran yg rakyat sudah mula marah, dan mandat diberikan untuk PR, yang rakyat sekarang beri peluang nak tengok PR boleh ke tak jadi kerajaan. Kenapa tak boleh buat kerje sendiri elok2?
ReplyDeleteGimik semata-mata.No-confidence motion ini dikeluarkan untuk mengalihkan perhatian negara daripada isu DSAI. PKR dah takde taktik baru, terpaksa recycle idea-idea lama.
ReplyDeleteKalau betul PR tidak berpuas hati mengenai PRU dulu, kenapa tak suara kan terus?
Ni nak tunggu berbulan-bulan dulu baru nak keluarkan.
mamat kat atas ni mmg bangang,akal yg ALLAH bg tu bukannya digunakan utk berfikir dgn waras.mudah betul ko ni diperkotak katikkan oleh Kerajaan 3 Beranak ni yer.apa yg di sogokkan oleh kerajaan zalim ni ko terima bulat dan tanpa berfikir pun.kat mana ko letakkan akal ko tu?
ReplyDeleteko nk tahu kenapa PR boleh menang?
ini kerana pakdolah and the gang (termasuk ko skali) tak sangka yg rakyat byk yg dah cerdik dan sedar akan korupnya parti yang ko sanjung sgt tu.oleh kerana cerdiknya mrk ni,mrk tak kecoh2 nk pangkah PR.oleh sebab itu,SPR(suruhanjaya pengkhianat rakyat) takde la stanby kertas2 undi TIPU byk sgt psl dorg ni(trmasuk ko skali) dok jangka yg perti ko akan menang mcm biasa la kan.rupanya dgn kuasa TUHAN,kertas undi TIPU korang tak cukup jugak utk menidakkan kebangkitan kuasa rakyat.
ketua ko si paklah and son+son in law dok pulun nk ambik Kelantan kononnya,smpai berjuta RM habis buat rasuah rakyat Kelantan diperantauan utk balik undi umno/bn,tp last2 TAKBIR yg dorg laungkan.trkena lg la parti ko tu.
dah la geng,ckup la dgn penindasan serta penipuan yg bos2 ko dok amalkan selama ni.rasuah,pecah amanah,salahguna kuasa dan bermacam lagi penyelewengan yg dh mnjadi darah daging dlm umno.bos2 ko bknnya nk mnyenangkn rakyat,dorg hanya mmentingkan kuasa dan poket dorg lebih dari segala2nya.rakyat yg mndokong PR tlh muak dgn penyelewengan ini smua.mereka sedar yg umno/bn tdk lg relevan utk mmimpin negara.
aku tak masuk mana2 parti pn,tp aku bencikan penyelewengan2 pemimpin2 umno yg tlh jauh terpesong perjuangannya dlm mmbela nasib bangsa dan negara.rakyat bawahan kian ditindas,yg dibela hanyalah kroni2 dan diri sndiri.
...BARAH DALAM umno TAK DAPAT DIPULIHKAN,HANYA MENUNGGU MASA UNTUK DITALKINKAN...
BG PEMIMPIN2 DLM PAKATAN RAKYAT,KUASA YG DIBERI JGN DISALAHGUNAKAN.RAKYAT MENRUH HARAPAN YG BESAR TERHADAP KALIAN.JGN BENARKAN PENYAKIT DIDALAM umno/bn MENULAR PULA KE TUBUH PAKATAN RAKYAT.
............by farisan aswad...