Selasa lalu, ribuan rakyat menyambut DSAI di Jemapoh, Kuala Pilah dan di Muasasah darul ulum, Batu Kikir, Jempol. Selepas ceramah DSAI terus pulang bersama konvoi. cheGuBard tidak pulang terus kerana nak ambil kesempatan bantu kerja pembersihan tapak dan bemesra dengan teman - teman setempat. Tahniah diucapkan kepada semua tenaga kerja. Khususnya anak muda dari Rembau dan Kuala Pilah, tanpa anda semua belum tentu program tersebut boleh berjalan lancar.
Bertolak dari sana kira - kira jam 2.30 pagi selepas pekena durian di Jemapoh dan kemudian berhenti minum pula dengan Sarazita serta kawan - kawan di Kuala Pilah. Sampai ke Kuala Lumpur kira - kira jam 4.00 pagi, dan terus hantar Fadhil (teman yang membantu saya memandu kereta) ke rumahnya di Melawati / Gombak.
Dari rumahnya cheGuBard menyelusuri jalan Pahang ke jalan TAR untuk mengambil semula Lebuhraya KL-Seremban untuk pulang ke Bangi. Dalam perjalanan terima panggilan telefon dari Faizal (seorang teman sukarelawan yang menjadi pemandu DSAI) menyatakan sesuatu mungkin tidak kena kerana jam hampir 5.00 pagi tetapi ramai wartawan depan rumah DSAI di Bukit Segambut. Panggilan terpaksa saya tamatkan kerana perut sakit,saya katakan pada Faizal kejap selepas ini saya akan hubungi semula selepas saya ke tandas.
Kenderaan dihentikan di sebuah stesen minyak untuk tujuan ke tandas. Rasanya kurang dari 15 minit pun saya sudah menaiki semula kenderaan. Setelah kenderaan bergerak semula saya mencari telefon yang saya letak di kerusi sebelah..... argh! telefon sudah tidak ada... saya lihat beg duit saya terjatuh di tempat kaki... wang tunai kira - kira RM400 hilang !... Pada masa itu saya masih tenang ... ini mungkin sudah nasib... tetapi pelik kerana kereta langsung tidak ada kesan umpil atau pecah dan masanya cukup singkat... cekap sungguh mereka yang buat kerja tu...
Kemudian sampai di rumah saya mencari beg laptop untuk di bawa masuk ke rumah seperti biasa. Argh !!! beg laptop kosong !!! Laptop bersama charger hilang !! Pelik beg masih ada tetapi laptop sahaja yang hilang. MUla rasa 'panic' kerana bukan sedikit data yang tersimpan dan banyak hasil kerja yang tersimpan dalam laptop itu ....
Saya cuba menghubungi no. telefon yang hilang itu... ada nada dering tetapi tidak di angkat. Sehingga jam 7.00 malam no. itu masih berdering tetapi tidak diangkat.. mula pelik kerana kenapa jika benar dicuri tetapi tidak di offkan.
Satu laporan polis telah saya buat di Balai Polis Dang Wangi (no report 026316/08)
Tengahari singgah di 'cybercafe' untuk memeriksa email dan membuat sedikit update dalam blog. Sungguh terkejut akaun gmail gagal dibuka kerana password bertukar. Cuba dari 2-3 komputer berlainan tetapi masih gagal. Nampaknya bukan pencuri biasa. Satu email terus dihantar ke pengurusan gmail memaklumkan mengenai kejadian ini dan satu salinan laporan polis turut dihantar.
Kemudian saya diingatkan dengan cuba memecah masuk semula ke akaun saya dengan menggunakan 'soalan rahsia' ... pagi ini Alhamdunillah akaun 'chegubard' berjaya saya tembusi dengan cara itu dan saya menukar semula kata kuncinya. Terus memeriksa blog dan email...tiada yang hilang rasanya kecuali email baru semuanya sudah dibaca dan ada beberapa email kosong dihantar kepada beberapa teman khususnya pengendali laman web dan pimpinan. Apa tujuan semua ini tidak diketahui.... ???
Petang ini akan ke maxis centre pula untuk dapatkan semula 'sim card' .... tension juga hilang hand phone yang simpan beratus no. teman2. Kepada teman yang membaca artikel ini tolong sms semula no. saudara ke talian saya 0176688404 selepas esok pagi. Nampaknya perlu berjimat cermat untuk kumpul RM lah untuk beli handphone 2nd hand dan ganti laptop 'fujitsu' milik teman yang dipinjamkan kepada saya.
bahaya la bro..
ReplyDeleteko tak patut keseorangan jika nak ke mana2..
aku dah mula sangsi ni bukan keja penyamun tapi keja ehem..ehemm...
sendiri mau ingat la...
hmmm...time tengah panas macam skang ni macam2 boleh jadi...tak brani nak tuduh sape2 tapi kemungkinan2 untuk tuduh puak2 rasis bersongkok hitam tu boleh jadi jugak! apepun, perjuangan tetap perjuangan! Lawan tetap lawan!!!
ReplyDelete-back-up contact h/p guna www.zyb.com
ReplyDelete-always set auto clear browser cache/cookies
-backup email (set auto fwd)
sabar jer la chegu bard...ada la tuh orang2 yg target chegu bard tuh...tp make password reminder pon kasi tukar...
ReplyDeleteUjian dari Allah senantiasa disusuli dengan hikmah. Bersabar Che gu.
ReplyDeleteSalam chegubard,
ReplyDeleteKejadian yg berlaku mungkin kebetulan atau mungkin ada sesuatu,perhatikan keadaan sekeliling sebelum membuat sesuatu. Saya mengharapkan yg baik sahaja namun begitu anda kene berwaspada.Awas,kalau pencuri itu hendakkan duit, mereka tidak akan akses serta hantar email melalui blog anda.
Saya minta sekiranya terdapat perkara yg provokasi mengenai anda serta perjuangan anda, sila maklumkan di dalam blog anda. Saya khuatir pembaca blog anda akan terkeliru.
Salam perjuangan dari saya-panglima.
*haih. awat la jadi lagu ni. tak pa. next time more careful na?? =P*
ReplyDeletesalam che'gu,
ReplyDeletejangan risau, don wori kami akan tubuhkan dana tabong KHAS untok mangsa ragut,rompak seperti yang che'gu alami.
Salam Chegu..wah mcm ado yg jadi barua nak curi maklumat tu..kono hati2 chegu'.Kadang2 dalam parti ni ado yg bpuro2 jd kawan sambil2 mbuek angkaro...ado yg xpueh hati tu..
ReplyDeleteSey totap myokong chegu..
Saya terbaca di blog Mr Black, simpati saya kepada Chegu, rasanya seperti begitu pro pencurinya, tiada kesan langsung, betul, sepatutnya Chegu jangan keseorangan, keadaan begitu bahaya sekali, ini pula pendedahan chegu di Suara Keadilan tentang si ezam ...
ReplyDeleteRakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Hati2 lain kali,hanphone saya sendir di crossline oleh malaun mana pun tak tau,tiap kali aku keluar samaada urusan keja atau parti mesti ada yang ikt,masa aku jumpa awek pun ikt jgk mcm la aku nie osama.tapi memg btl kami di kedah juga di pantau.semoga kita sama2 dapat perlindungan dari allah swt.amin
ReplyDeleteso lepaih ni cikgu tak perlu Remember password dalam mana2 program / browser lagi utk keselamatan
ReplyDeletetambah2 lagi Mozilla Firefox boleh simpan password dan ID, walaupun beratus
utk email jangan TICK "Remember password on this computer"
bahaya tu
salam
Mungkinkah masih ada musang berbulu ayam yang bersama-sama anggota gerak kerja PKR selepas saiful?
ReplyDeleteJika begitu, kita berharap semoga chegubard dan rakan2 berhati2lah dan jangan terlalu mudah mempercayai sesiapa meskipun kelihatan baik dan tidak mencurigakan.
Dalam dunia sekarang di mana "the money rules"!, apa saja boleh berlaku.
Jika ada apa2 maklumat sulit (highly confidential) jangan terlalu mudah dikongsi dengan orang lain.
Walau apapun, usahlah khuatir kerana Allah sentiasa bersama orang2 yang benar.
klau boleh access CCTV gas station tu kan bes .. boleh tgok anjing2 menjalankan kerja ^_^
ReplyDeletebala utk kau badUT anjing
ReplyDeletekeran kuat menipu.
nak berlagak jadi macam khairy konon kononnya
kawin dgn anak buah anwar aljubori kerana ada kepentingan.
mampus kau sial
kalau nak beli handphone secondhand atau baru yang murah dari harga market...sila ke http://murahdotcom.blogspot.com/
ReplyDeletebanyak barangan secondhand yang gerenti original tapi murah.hehehehe..promo sket leh yek che gu bad.kedai saya kat tesco ampang..sederet ngan kedai asam pedas linda onn..sekian terima kasih.
Jgn cuba salahkan orang lain dgn kehilangan laptop kau tu, takde sape berminat dgn komputer kau tu, melainkan mat gian, entah2 kau beli secondhand kat low yat je, takde keje mana mampu nak beli laptop yang power2..
ReplyDeleteAku heran la, kau ngan penyokong korang perasan lebih-lebih sgt apehal, konon pejuang bangsa dan negara..nak termuntah aku baca komen puak-puak kau tu, sape kau ni, hanya pencacai anwar saje..
RONTIKAN lah..
tak habis lagi cerita umno/pas/pr.. bila nak dengar cerita naik kan ekonomi negara lebih2 lagi bangsa melayu yang hampir layu.
ReplyDeletemuak la.. ekonomi sekarang ni semakin teruk.sudahlah tu cerita pasal politik memanglah tak boleh habis sampai bila2 selagi tak dapat nak memerintah selagi tu lah ada kacau nya..ekonomi rakyat ni sekarang kita kena dulu kan.kalau setakat dua tiga orang punya pasal.. campakkan aje dia orang ni ketepi.juta2 lagi rakyat nak hidup.
sibuk2 nak kerusi datang rumah aku bersepah yang dah burok2 tak boleh nak ganti.free jer aku bagi
kena hati-hati mulai sekarang. anda mungkin diperhatikan. jangan lalai
ReplyDeleteSalam terima kasih atas doa ...sms ..email dan komen semua.
ReplyDeleteInsyaAllah saya akan lebih hati-hati.
Kehilangan ini saya tak tuduh sesiapa tetapi ditulis untuk menyedarkan teman agar lebih hati hati.
Jauh sekali untuk raih simpati.... ada menelefon yang tawar untuk belikan laptop ...saya telah tolak... saya tak tagih simpati...
Kadang2 aku kesian dengan orang2 UMNO yang macam tak ada akal menuduh orang yang bukan2, macamlah dia saja yang pandai dalam dunia ni. Sesetengah tu aku tengok macam orang yang tak ada agama, tak takutkan Tuhan...
ReplyDeleteAgaknya betullah firasat aku yang parti UMNO ini hanyalah layak disertai oleh orang2 Melayu yang tak ada akal yang waras dan sihat yang tergamak berbuat apa saja termasuk membunuh, memfitnah, mengkedarah duit rakyat dan sebagainya semata2 untuk terus berkuasa dan demi kesenangan diri, keluarga dan kroni2 mereka.
Mungkin sebab itulah ia dinamakan UMNO..
U - Untuk
M - Melayu
N - No @ Nil (maksudnya "Tiada")
O - Otak
UMNO Dulu Sekarang Selamanya.
ReplyDeleteIni ada satu cerita,
Tentang apa?
Siapa meminta,
Meminta apa?
Mana mungkin kan terjadi,
PKR hampir mendekati,
PKR termimpi-mimpi,
Umno tetap menyengat dan walau disakiti,
Tetap selamanya menjadi pilihan dihati,
Mana kau tahu kerusi disana akan menjadi milik kau,
Fikirkanlah keadaan kita,
Fikirkanlah nasib anak-anak kita,
Jangan disebabkan lain orang punya pasal,
Negara kau gadaikan,
Jangan disebabkan nafsu songsang kau,
bangsa kau gadaikan,
Fikirkanlah nasib kita,
kau Fikirkanlah nasib kita,
UMNO marilah berjuang sehingga kafan menutupi,
UMNO teruskan perjuangan sehinggan nafas terakhir,
Zaman sekarang ramai intelektual,
Aku dah naik mual,
UMNO jangan bersembunyi lagi,
jangan berselindung lagi,
Mohon kemaafan untuk kesilapan lama,
UMNO kau sapu habis buku lama,
Kau buang habis rekod lama,
Buku lama jangan kau jadikan panduan,
Mara kehadapan dengan azam dan semangat baru,
Buang jauh-jauh kisah lama,
Jangan disimpan di bawah karpet,
Jangan simpan di kepala lagi,
Sejarah tetap sejarah,
Takut nanti kita yang tersempit....
INDIA dan CINA,
Bila kami menindas?
Siapa tertindas???
Bila kami menghapus kaum?
Siapa yang kami ghapus???
HINDRAF???
Apa yang dituntut?
Ini Negara Malaysia,
Bukan INDIA MARI...
Ini Negara Malaysia,
Bukan Cina KONGKANG...
Buktikan penindasan yang kami lakukan,
Apa yang kami buat semua releven,
Apa yang kami buat demi negara,
ISA itu penting,
demi keselamatan,
Tanya apa salah mereka kena ISA,
Jangan tanya siapa bersalah dan kenapa tangkap mereka,
PKR dan PAS kau julang CINA dan INDIA sebagai rakan,
PKR dan PAS kau buang bangsa sebagai panduan,
PKR dan PAS fikirlah mereka kah yang akan tahlil kan kau nanti ???
Peluang masih terbuka,
Pintu masih terbuka luas,
UMNO tetap releven,
UMNO pejuang agama dan melayu sejati,
UMNO tetap dihati,
UMNO Dulu, Sekarang dan Selamanya.....
FIKIR-FIKIR KAN LAH....
KAHAAHAHAHAHAAHAHHAH KENA POW???? HAHAHAHAHAAHAH. PADAN MUKA.
ReplyDeleteUMNO tetap di hati? kah kah kah...
ReplyDeleteApalah agaknya Ustazah Mashitah dan ulamak2 UMNo sedang buat sekarang ya?
UMNo tetap di hati? ha ha ha
ReplyDeleteApalah agaknya yang sedang dibuat oleh Ustazah Mashitah dan ulama2 UMNo sekarang yea?
aku heran la chegubard,ada orang suka komen nak maki hamun kau, tapi rajin jugak bukak blog kau.apasal tak bukak blog umno ke.balik2 bukak blog kau.
ReplyDeletekalau dah sampai nak muntah baca blog kau tapi bukak jugak.
TARAK AKAI PUNYA UMNO.
P/S JAGA2 BRO LAKNAT UMNO RAJIN MASUK SINI TENGOK BLOG LU
memang selalu kejadian curi laptop dan hp ii di semua stesen minyak. especially bila laptop tu dalam kereta dan bukan bonet.
ReplyDeleteJangan terkejut, sebab yang ekrja di stesen minyak selalu nampak semua ni. Tak buat apa-apa sebab samada takut atau terlibat sama.
Ini bukan frist time. Dato Wan Rahim bekas Speaker Kelantan dan MP Kota Bharu sekarang pernah hilang di airport US. Berpuluh airport dah bawa beg yang sama x pernah hilang.
Sapa nak ambik beg buruk dengan semua dokumen penting??
CheguBard,
ReplyDeletetakpelah gaji keje sekarang dah besokan, belilah yg baru tak payah nak pura nak beli yg 2nd hand pulak. Kalu tak cukup duit juga mintalah dgn bapa sedara yg kat penang tu
Anonymous tu biadap ek
ReplyDelete