Saya Badrul Hisham Bin Shaharin, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Keadilan Rakyat dengan ini menafikan mempunyai hasrat memasuki Umno dan menolak dikaitkan dengan kemasukan Saudara Mohamad Ezam Mohd Nor ke dalam Umno. Saya juga menafikan bahawa Ezam ada memujuk saya memasuki Umno dan jauh lagi menawarkan habuan untuk saya memasuki Umno atau keluar keADILan. Saya kurang pasti niat mengenai laporan perbagai media yang melaporkan ada pertemuan sulit saya dan Ezam.
Memang diakui saya ada bertemu beliau dan kerap berhubung dengan beliau mutaakhir ini, sebagai seorang teman. Tiada pertemuan sulit. Kami membincangkan secara serius mengenai masa depan GERAK sebuah gerakan muda yang memfokuskan usaha pembenterasan rasuah dan pemerkasaan demokrasi yang saya terlibat membantu Ezam menubuhkanya. GERAK telah diserahkan kepada sekumpulan anak muda untuk mengekalkan sikap non partisan demi matlamat kelahiranya yang lebih besar.
Sebelum ini saya mengelak memberikan komen kerana melihat perkembangan Ezam yang sememangnya sudah setahun lebih keluar parti tidak perlu diperbesarkan. Saya tidak mahu terperangkap untuk memberi komen dalam peristiwa yang kurang penting. Saya selaku MPT yang di pilih melalui pertandingan parti tidak akan sekali kali mengkhianati mandat yang diberikan kepada saya oleh perwakilan parti.
Ezam masih teman saya. Semoga beliau tidak 'hanyut' dalam Umno.
Saya kini dan saya percaya teman MPT yang lain juga sedang secara serius dan bersungguh - sungguh mempersiapkan keADILan dan PAKATAN yang berada di peringkat akhir untuk mengambil alih kerajaan pusat. Saya menyeru seluruh pimpinan, ahli parti dan aktivis reformasi terus bekerja keras demi merialisasikan agenda pemerkasaan kedaulatan rakyat.
Salam REFORMASI.
Saudara Badrul,
ReplyDeleteSebelum ini saya amat terkejut dengan kenyataan media yang saudara ada keinginan untuk menyertai UMNO dan saya menunggu komen dan kenyataan saudara secara terbuka, saat ini bila membuka blog saudara barulah saya lega bahawa saudara tetap bersama-sama dengan PKR. Teruskan perjuangan saudara walaupun saudara tidak mengenali saya tetapi saya sentiasa mengikuti perkembangan blog saudara setiap hari. Saya boleh dihubungi melalui emai:
jef007_lagan@yahoo.com
Salam Perjuangan
SAM
Assalamualaikum saudara.
ReplyDeleteSaya amat terkejut dengan berita sebelum ini, tetapi alhamdulillah setelah saya dan ramai rakan-rakan membaca pengakuan saudara dalam blog ini, terasa lega yang teramat sangat. Walaupun saudara telah hilang mata pencarian sebagai cikgu, yakinlah ada rahmat yang besar disebaliknya. selamat berjuang...
Tahniah CheGuBARD. Hidup mesti mempunyai prinsip yg ihklas dan jujur. Berpegang untuk pada amar maaruf nahi mungkar. BUkan mencari kedudukan dan kuasa. Gua salute anda. Perjuangan anda akan sentiasa dikenang. Bukan orang yg lari dari pejuangan untuk mengejar sesuatu.
ReplyDeleteChegu Bad,
ReplyDeleteEse harap cikgu totaplaak iman untuk sama dalam mkeadilan rakyat. Ezam tu pedulikan lah .Orang ta ado prinsip. Dio akan jadi macam Roslan Kasim dan geng dio yang lain. Mano dio sekarang? Ezam tu sok jd macam tulah. Ese ponek nyokong Chegu Bad. Jangan hampokan orang Rombau!
Rasa syukur saya kepada Allah kerana chegubard masih bersama kami dan ternyata khabar angin itu tidak benar.
ReplyDeleteKomen saya terdahulu, saya berharap di mendatang kecil hati chegu dan pandangan saya dahulu cuma pandangan kalau chegu betul2 keluar PKR.
Saya berasa kesal ada org2 yang bersikap kurang ajar terhadap chegu,mungkin ini asam garam kehidupan berpolitik.
Chegu, saya sangat gembira akan keputusan untuk teruskan segala perjuangan untuk menentang salah guna kuasa oleh pemerintah.
Teruskan chegu ..... Kalau ada apa-apa masalah dipucuk kepimpinan parti, diharap selesai secara bersama, saya tidak mahu melihat ezam nombor 2 lagi.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
bard,
ReplyDeletesecara pribadi aku sedih dan terkezut jugak ezam msuk umno...aku ingatkan kau pun ikut sama sebab blog kau dah x bole masuk...tapi, harini alhamdulliah, kau masih bersama utk teruskan perjuangan yg suci ini...harapan aku pada ezam biarla dia dgn cara tersendiri utk membenteras rasuah dan segala kemungkaran yg ada pada BN.
Reformasi
T shrit 'Che' tu muat ke?
Adoi, lega betul dengar ko tak masuk UMNO!
ReplyDeletePenyokong PKR
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah dengan keputusan ini.
ReplyDeleteSama-sama kita berdoa kepada Allah agar kita senantiasa dalam dakapan hidayahnya.
Salah perjuangan CheguBard.
ZAINUL
Bedul,
ReplyDeleteEkau ni sape nak perasan lobih-lobi ni, nak ado orang rasuah kau masuk umno, org umno pun bonci kek ekau..stakat dapat kurangkan undi KJ je pun kau dah perasan lobih-lobih..
Orang nogori tak sodar diri, mano ado org nogori nak jadi PM..ekau dgn KJ pi dok pulau pisang kek sebolah batu putih nu lg baguih, kau jadi presiden, KJ jadi PM..elok latu
Laptop pun tak mampu boli, anwar ibrahim dapek juto-juto dari singapore tak kasi kek ekau sikit ke..
Ekau dulu che'gu apo ha? Che'gu sekolah koling ko
Apolah, nyampah eden
aku adalah pengundi cikgu walau pun kalah dgn undi pos aku puas,jangan terikut2 dgn gelagat ezam sial tu.
ReplyDeleteTeruskan perjuangan. Jangan sesekali kianati perinsip yang diperjuangkan. Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata! Jangan jadi macam saudara Ezam. Dulu meludah, kemudian dijilat ludah kembali..
ReplyDeletecaya lah badrul...
ReplyDeletereformasi...reformasi...reformasi
Cikgu Bad,
ReplyDeleteTahniah.. kera na sikap terpuji anda.. semoga anda tabah & meneruskan perjuangan ini..
Bagi saya. UMNO telah kehabisan idea dalam perjuangan sehingga Ezam re-join pun dibesar-besarkan..
Saya percaya selepas ini Ezam akan menjadi seperti Ruslan Kassim, SD Johari dan rakan-rakannya yang lain..
Thx
Bro Badrul,
ReplyDeleteNasib bangsa Malaysia terletak di bahu Pakatan Rakyat sekarang. Teruskan perjuangan dan nasib kitorang. Tapi kalau masuk UMNO untuk menkucar-kacirkan Dollah dengan anak-anak dia,kita pun boleh terima jugak. Biarlah virus yang menyerang UMNO sekarang bertambah parah.
Syabas Waghih,
ReplyDeleteWalaupun kito tak ponah konar tapi den sentiasa mengikuti perkembangan kalian. Jadi anak nogori yang ado pendirian,jgn jadi Ruslan Kasim sudah. Malu! Mengenai Ezam biarkan luncai terjun dgn labu-labunya. Selamat berjuang!!!!Kalau boleh samo-samo kito turunkan MB kito.....
perjuangan tetap diteruskan.....
ReplyDeletesalam perjuangan
carcoon
Alhamdulillah...
ReplyDeleteSekurang-kurangnya, Che' Nur Zaima Jahida tidak malu dengan Ayahnya bila dewasa kelak...
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Teruskan perjuanganmu yang ikhlas, Dik...
salam hormat,
kaklin.
Walaupun agak lewat komen saudara mengenai isu ini, tetapi baguslah, skrg semua orang dah dgr dari tulisan chegu sendiri. Inilah namanya ada blog, benda ynag salah harus cepat2 diperbetulkan.
ReplyDeleteTetapi apa nak dikata, Ezam itu walaupun hanya ahli biasa, bukannya bertanding dlam pilihanraya pun baru2 ni, jadi tidak ada apa yang diperbesarkan. Tetapi jika dia rasa dia boleh memperjuangkan apa yang dia rasa benar, tak kira apa parti pun yang dia sertai, kita harus menghormati keputusannya.
Walaupun berlainan parti, tetapi sebagai rakan, orang Islam dan sesama orang malaysia, apa salahnya.
saudara,
ReplyDeletesaya adalah ahli amk di selangor berasa teruja dengan kenyataan berterus terang oleh saudara ttg isu ezam. bagi saya saudara adalah aset generasi muda masakini yang patut menerajui jawatan amk di pusat. tinggalkan mpt, masuklah gelanggang saudara yang sebenar di amk pusat. insyaAllah dengan kudrat yang ada saya akan gerakkan kekuatan yang ada di negeri ini dan seluruh negara utk pastikan saudaralah orangnya yang patut mengemudi bahtera amk pusat. saya tidak suka beretorik. biar ezam terjun dengan labu2nya..tapi saudara jangan hampakan harapan baru anak muda masakini..tawarlah diri mulai sekarang dan tahulah kami merencanakan episod seterusnya....wassalam
Baguslah tu CikguBard "for clearing the air". Ese pun dulu agak terkilan gak bila Ezam kuar PK, selepas mati-matian membela DSAI yang dalam dalam kepayahan. Tak taulah apa tujuan dia masuk UMNO, yang pasti gembira menerima Ezam akan mengambil kesempatan untuk memulihkan imej yang dah terpuruk.
ReplyDeleteJangan cikgu berganjak dari perjuangan PKR yang tetap "malay-based" dan "multi-racial" dan bagi se PKR "has never crossed that line" seperti yang Ezam dakwa.
tahniah...teruskan perjuangan
ReplyDeletehaha..sume puji ko cheGu,tapi aku tetap dgn Islam. Selagi ko tak jadikan Islam asas perjuangan, jgn harap ia kekal abadi.
ReplyDeleteNway, congrats!!
AllahuAkbar
Tahniah che gu bard, dan tahniah ezam kerana sanggup menjadi gunting dalam lipatan buat UMNO. sama-sama kita hancurkan UMNO dan saya pasti strategi ini menjadi!
ReplyDeletebadrul;
ReplyDeletePerjuangan yang sama-sama kita lakukan dulu dalam silat ialah mendaulatkan orang melayu.
Kau pun faham matlamat Guru, kita berjuang untuk orang melayu.
Dan aku yakin kau masih berjuang untuk orang melayu sbb aku pernah baca cerita pasal kau berpegang kepada kata-kata Guru' Berani kerana benar'.
Aku dah dengar lama yang Ezam semasa dalam AMK sangat vokal untuk perjuangan bangsa melayu walaupun PKR ahli berbilang kaum.
Kau setuju tak yang Ezam masuk sebab UMNO boleh jadi landasan dia untuk perjuangkan orang melayu dan dia tak sesuai dalam misi dan polisi DSAI anwar sekarang tentang orang melayu?
Harap kau tak nafikan fakta bahawa hasrat jiwa dan raga kau yang masih sayang dan cintakan bangsa kau masih banyak perlukan pembelaan.
Bertindaklah bad, fikirkan anak-anak kita besok.
-Masih hormatkan kau-
Jangan peduli ngan Ezam... Lidah bercabang kot.... Kau mesti terus berjuang... aku mmg respect pendirian kau....
ReplyDeleteEzam adalah pengasas Keadilan, beliau masuk UMNO sudah tentu bukan pasal wang.
ReplyDeleteIanya berkaitan dengan perlaksanaan prinsip yang cakap tak serupa bikin DSAI.
Kamu yang masih mentah didalam dunia politik tidak dapat saya salahkan, kerana melihat ianya adalah murni dan bersih. Tetapi, saya percaya kamu akan mengikuti jejak saudara Ezam apabila tahu apakah perjuangan sebenar.
Kita berjuang bukan sekadar melihat yang tidak baik. Perjuangan kita perlu lebih luas dari setakat menjaga seorang yang mata lebab kene tumbuk.
Janganlah jadikan Malaysia sebagai Singapura, mungkin elok di mata tapi anak kita yang menderita. Kesilapan orang melayu dahulu perlu kita betulkan.
Betulkan .. bukan kita percepatkan proses merosakan ....
fikirkanlahh
Masa zaman Reformasi, saya teringat secara tak langsung terkena semburan pemedih mata (masa tu baru balik Court jalan kaki aje) dekat dengan Bangunan Sultan Abul Samad.
ReplyDeleteMasa itu juga nama Ezam mmg dipandang tinggi. Mana ada Anwar, ada lah Ezam.
Sekarang ni "ezam sial", "ezam pengkhianat" dan bermacam-macam lagi gelaran yang ezam dapat.
Satu pesana kepada semua :-
Dalam dunia politik, apa-apa boleh berlaku. Jika "Tsunami Politik" yg melanda baru-baru ini mengejutkan BN, kejadian tsunami yang serupa juga tidak mustahil berlaku pada PKR.
Jangan ingatkan mereka yang kita sanjung selama ini, yang kita harapkan memperjuangkan apa yang kita pegang selama ini akan kekal menerajui obor perjuangan. Apa-apa jua mungkin berlaku.
terima kasih diatas pengakuan terbuka ini. diharap agar bro bard tidak melukakan hati penyokong bro. pesce!
ReplyDeletekenapa komen saya tidak disiarkan ??
ReplyDeleteEzam kata dia dah tawar hati nak berjuang lepas kuar penjara sebab yang kuat....aku dah tahu dah... kenapa Ezam gila -gila nak lantik SAM ketuai AMK masa tu walaupun semua tahu SAM tak leh ketuai AMK kerana dia lemah... tapi Ezam nak di sebab nak AMK lemah...
ReplyDeleteaiii...bru satu hari tak kuar dah sibuk...relaxla bro, bard tgh carik laptop tu...aku ada satu yg 2nd hand..tu pun klu ko nak....
ReplyDeleteKepada En. Badrul,
ReplyDeleteSebagai "orang kuat" PKR, sila berikan penjelasan anda mengenai perkara-perkara di bawah :-
(a) dimanakah letaknya prinsip PKR di dalam isu hak-hak kepentingan Melayu ?
(b) adakah PKR yakin, sekiraya Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan negara bahawa kepentingan dan hak Melayu akan terpelihara ?
(c) bagaimanakah PKR akan menangani isu "hak samarata" yang diperjuangkan oleh DAP ?
(d) apakah pandangan atau prinsip yang dipegang oleh PKR mengenai suara-suara yang tidak puas hati terhadap hak & keistimewaan orang Melayu (sila rujuk kepada Malaysiakini.com di mana artikel2 sebegini setiap hari dipaparkan)
Saya rasa PKR harus mengeluarkan kenyataan yang konkrit mengenai isu-isu di atas sekiranya PKR inginkan kemenangan bagi pilihanraya yang akan datang.
Sejak akhir-akhir ini, khususnya setelah PRU, telah timbul banyak persoalan yang mencabar hak & kepentingan orang Melayu. PKR, sebagai sebuah parti alternatif bagi majoriti orang-orang Melayu wajar mengeluarkan satu bentuk VISI bagi meyakinkan kedudukkan orang-orang Melayu. PKR harus meyakinkan orang-orang Melayu akan kedudukan mereka di bumi asal ini tidak digadaikan demi merebut tampok pemerintahan. PKR harus menyedari kepentingan untuk mempertahankan isu kepentingan dan hak orang-orang Melayu dan bukannya sekadar mencari kesalahan-kesalahan pemimpin UMNO.
Adakah pemimpin PKR sanggup digari, disepak dan diterajang demi mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu tatkala rakan politik mereka (DAP) melaungkan pemansuhan keistimewaan dan hak orang-orang Melayu ?
Syukur Alhamdullillah krn kini rakyat semakin matang berfikir & juga berpindahnya penyakit barah dlm PKR kpd Umno.
ReplyDeletebad. jom lepak pekena roti bakar kat KB. :)
ReplyDeletesaudara,
ReplyDeleteandai kata kalaulah saudara memang betul2 kecewa dengan keADILan dan berhasrat untuk meninggal parti tersebut, saya pohon untuk saudara tidak SEKALI menyertai UMNO, akan tetapi menyertailah mana2 parti pembangkang yang lain. saya cadangkan saudara sertai PAS. wadah perjuangan PAS lebih tersusun dan insya allah diredoi oleh_Nya. saya cukup kesal dengan Ezam menyertai UMNO...sepatutnya jika beliau sudah berpatah arang dalam keADILan masuk sahaja mana2 parti pembangkang yg lain...saya sedih umno yang diibaratkan kapal yg bakal pecah/robek still dicarinya untuk bertaut....
pohon difikirkan kembali cadangan saya ini....
petikan dari KLpos :
Eksklusif: "Saya kecewa dengan pemimpin, tapi setia pada parti," Badrul
Rujukan : http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=1396&Itemid=70
Thanks for finally writing about > "Kenyataan Media 28 MEI 2008" < Loved it!
ReplyDeleteHere is my blog post roofing companies evansville