Wednesday, April 30, 2008

Khir + isteri bukan setakat mencabar tetapi sudah kurang ajar !!!

Perhimpunan Rakyat menuntut Khir + Isteri memulangkan wang rakyat yang dicuri atau pun ditangkap.....

Tarikh : 2 Mei 2008 (Jumaat)
Masa : selepas solat Jumaat
Tempat : Masjid Negeri Shah Alam.

datang ramai ramai bawa banner, poster, bendera masing masing...

Sambutan hari pekerja..jumpa di dataran!!

MEI 1,

HARI PEKERJA SEDUNIA.
JOM MERAYAKANNYA!

Tarikh: 1 Mei 2008 (Khamis)

Masa : 9.30 pagi

Tempat:
Berkumpul di Dataran Merdeka Perarakan ke SMJK Confucion dan Program Bersama Wakil Rakyat & ADUN

PROGRAM:

9.30 pagi : Rakyat Berkumpul di Dataran Merdeka

10.00 pagi : Berarak ke SMJK Confucian , KL( berhampiran Stadium Merdeka)

11.00 pagi : Program Rakyat bersama Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat

* Ucapan wakil-wakil pekerja, peneroka Bandar, anak muda , orang asal, Gabungan Mansuhkan ISA dan ramai lagi
* Penyerahan tuntutan kepada Ahli Parlimen dan ADUN pakatan rakyat
* Ucapan wakil Ahli PArlimen dan ADUN
* Persembahan rakyat

1tengahari : TAMAT

Peta ke Dewan Confucian:

http://www.confucian.edu.my/main/images/map/map_b.htm
Untuk maklumat lanjut, Hubungi: 03-77843525 @ jerit2002@gmail.com

Deklarasi MAYDAY 2008 untuk semua!!! Download di sini.
Bersama kita mengimbas sejarah Hari Pekerja… klik di bawah

http://1mayworkersday.blogspot.com

Sunday, April 27, 2008

Mana perginya RM150juta?

Dipetik dari Buletin Online.

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/helikhairi.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Bab 1

Khairy Jamaludin sangat berbeza. Dia tidak bertanding untuk kerusi Timbalan Ketua Pemuda UMNO. Kerusi tersebut diserahkan kepadanya apabila ramai dikalangan Pemuda UMNO Bahagian dinasihatkan untuk mencalonkan beliau ketika perhimpunan Agung UMNO 2004.
Dia tinggalkan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Sulit di Pejabat Perdana Menteri untuk membeli RM 9 juta syer Peudo Investment Bank.
Dia menunjuk-nunjuk kekayaan dan mempengaruhi tanpa batasan. Dia mengelilingi daratan dengan helicopter yang bernilai 20 juta dollar. Bermesyuarat dengan Pemuda UMNO Bahagian dan merasmikan mesyuarat Pemuda Bahagian yang lain, satu persatu. Ibunya baru-baru ini membeli sebuah banglo lama di Damansara Height, robohkannnya supaya dapat dibina yang baru.” – http://www.bigdogdot.com

“Melalui temubual yang kami buat dengan pemuda Melayu Islam di Bachok, Kota Bharu, Kuala Kerai, Macang dan Besut, bebrapa orang dari meeka mengenali Khairy yang digambarkan sebagai rumah besar yang ia tinggal didalamnya, kereta besarnya, helikopter kepunyaannya, kekayaan yang dimiliki dan perhatikan pada hubungan kekeluargaannya.” – http://www.othermalaysia.org

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/helikhairi.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Bab 2

Catatan diatas adalah gambaran yang dipaparkan didalam bebrapa laman/blog berkenaan Khairy Jamaluddin, suami Nori Abdullah, menantu kepada Perdana Menteri Malaysia.

Namun apa kaitannya dengan Terengganu?
Ah…. Apa yang dihairankan, Khairy mempunyai kaitan disemua tempat di Malaysia, bahkan bukan sahaja di Malaysia, sampai menyeberang tambak Johor. Khairy diberitakan
Kahwini Cucu Lee Kuan Yew

Jadi, Khairy mempunyai sebuah helikopter peribadi?
Itulah yang dituliskan dan diperkatakan oleh ramai orang. Dia bukan Menteri dan bukan juga seorang ahli perniagaan, namun siapakah dia?

Dia menantu Pak Lah, ‘pencatur’ semua urusan Paklah. Bermakna dia menyusun segalanya. Mengatur apa yang ada dan mengambil bahagian. Bahagian apa?

Bahagian pengurusan dan pentadbiran Pak Lah! Termasuk bahagian yang menjadi ‘komisyen’ kepada Pak Lah


Bab 3


Beberapa orang yang terlibat dengan pembangunan Pulau Wan Man dan Taman Tamadun Islam (TTI berkumpul untuk berbincang dan sembang-sembang sewaktu awal pembangunan TTI dibuat.

Sebagaimana pembangunan Pulau Duyong, begitulah juga pembangunan Pulau Wan Man. Nama Khairy dan Patrick Lim tidak berpisah dari dua projek itu

Ramai yang melihat Patrick Lim duduk di baris hadapan. Seolah-olah menjadi pengurus kepada kedua-dua projek tersebut.

Namun seperti yang di tulis didalam Loony Malaysia Today (Kemudian diulang dalam Angin Perubahan (Piala) Monsun) Patrick Lim hanya satu petak dari cantuman petak-petak yang membentuk rangkaian. Umpama sarang lelabah.

Bosnya duduk belakang, nun jauh di Putra Jaya.

Patrick Lim duduk dihadapan kerana dia orang ‘business’, jadi pergerakannya adalah business. Kalau Khairy atau Wan Hisham didepan, maka ia tampak seperti projek kerajaan, tak ada wajah business.

Kalau tidak ada wajah business bagaiman rakyat dapat diyakinkan (dibodohkan) bahawa projek bilionan ringgit Pulau Duyong dan Pulau Wan Man adalah benar-benar projek perniagaan yang tulin.

“Semuanya ditukar, tidak ikut spesifikasi. Sejak dari projek-projek Pulau Duyong lagi, wajah atas pelan tidak sama atas apa yang berlaku atas tanah,” ujar seorang kontraktor

“Pusat Konvensyen di TTI yang besar, yang nampak hebat itu, ada tiga jenis bata yang digunakan,
”mula-mula bata biasa, kemudian bata simen, akhirnya bata ringan,
”Bata (batu blok) yang digunakan untuk buat rumah PPRT.” Ujar kontraktor itu lagi.

Yang berkumpul disitu termasuk pegawai Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT), badan yang menjadi ‘Wok Yeh’ atau ‘Pak Sanggup’ dalam rangkaian konspirasi Pak Lah, Patrick Lim, Wan Hisham dan Idris Jusoh.

“Macamana tak tukar spect (spesifikasi), duit dah tak ada” ujar pegawai berkenaan.

“Eh… kan dah masuk payment?” Tanya kontraktor seorang lagi.

“Memang dah masuk, awal-awal lagi Khairy dah sapu RM 70 juta”, kata pegawai tersebut.

Semua yang ada menggeleng kepala.

Bab 4

Oh… begitu. Sebab itulah dia boleh tinggalkan jawatanTimbalan Ketua Setiausaha Sulit di Jabatan Perdana Menteri.

Jawatan disitu menjadi penghalang baginya.

Macamana dia nak gerakkan pemuda, kalau asyik duduk di tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri. Hisham terlalu sibuk dengan Kementerian Pelajaran.

Kes bahasa pengantar bagi matapelajaran Sains dan Matematik pun tak pernah selesai, macaman Hisham nak mencorakkan pemikiran pemuda sekarang.

Pemuda sekarang pulak lain dari zaman Hisham dulu.

Sekarang zaman generasi X, generasi ICT, semuanya ada dalam pemuda UMNO.

Mat Rempit ada, Mat Gian ada, Mat Bapok ada, Mat Pondan ada, Mat Gay ada. Artis ada, pelakun ada, pelawa(o)k pun ada !

Bab 5

Jadi persoalan bagaimana Khairy boleh membeli sebuah helikopter sudah ada jawapan.

Jawapan kepada persoalan mana perginya RM 150 juta lagi, dari keseluruhan RM 300 juta perbelanjaan yang diisytiharkan bagi pembangunan TTI dan Pulau Wan Man, pun sudah ada!

Kenapa, Tak percaya ????

Catatan hujung :

Khairy dilaporkan menggunakan sepenuhnya helikopter untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat semasa kempen PRU 12 di Rembau.

”The Kelantan police are in a dilemma. Menteris Besar and Chief Ministers need to be escorted by a retinue of police outriders and bodyguards. Even Khairy Jamaluddin is flying around in a helicopter while campaigning in Rembau. And Khairy is just the son-in-law of the Prime Minister and holds no government post. But still he is surrounded by 50 Mat Rempit who will not allow anyone close lest their boss gets in harm's way. Nik Aziz, however, refuses a police escort because it will be the rakyat that pays for it. At times, he walks around the kampong all alone, unescorted.”
- http://malaysia-todays.blogspot.com/2008_03_02_archive.html

Sebab itu kita lihat sekejap statementnya keluar di Kelantan, kemudian tiba-tiba tak berapa jam kemudian dia keluarkan kenyataan lain di Rembau atau ditempat-tempat lain semasa PRU 12 !

Bacaan berkaitan:

Roslan Benar, Wan Hisham Salah -Hanya 12 Kontraktor Terengganu Terlibat TTI

Berapakah Harga Sebenarnya Pembinaan Chalet Kelab Teluk Warisan?

Kos Sebenar Pembinaan Taman Tamadun Islam Tidak Lebih dari RM150 juta?

‘Kertas Putih’ untuk Monsoon Cup


Friday, April 25, 2008

Dia sudah mula menjawab....

Nampaknya sudah panas balik...bermula dari Ahad lepas dimana secara tergesa gesa Umno (juak-juak dia) mengatur program 'terjun' Gotong Royong bersama 'Ahli Parlimen Rembau' di Taman Jasmin Senawang... mungkin ini kerana juak - juaknya yang panik melihat persiapan Ceramah Perdana Pentas Anak Muda yang menampilkan Fairus (Timbalan Ketua Menteri P.Pinang) dan Nurul Izzah (Ahli Parlimen L.Pantai).

Dalam ucapanya ketika 'merasmikan surau tidak siap' itu dia menggunakan sepenuhnya untuk membelasah cheGuBard dan TauFek (Paroi). Petang sebelum program segerombolan penguatkuasa MPS juga tiba untuk menurunkan bendera keADILan yang dipasang sebagai penunjuk arah. cheGuBard terpaksa turun sendiri petang itu demi memastikan semuanya terkawal. Hujah kita ialah kenapa bendera Umno (menyambut Khairy) dibiarkan tetapi bendera keADILan diturunkan ? Penguatkuasa tersebut memohon maaf kerana katanya dia diarahkan oleh pegawainya yang menerima tekanan dari atas...!!! Dia merayu agar bendera di Trafik Light yang sudah ditanggalkan jangan dipasang semula...yang lain ok tetapi perlu segera ditanggalkan selepas program......Malam itu dia dikejutkan dengan kehadiran lebih dari 3,000 orang menyaksikan Pentas Anak Muda anjuran keADILan Rembau.

Nampaknya anak kelahiran Kuwait ini sudah mula bersuara semula. Dia bersuara mungkin kerana tiada pilihan lain. Memang banyak 'version' misteri kemenangan dia.... ada yang kata undi pos...ada yang kata jumlah undi ditipu...ada pula maklumat dan gambar yang merakam bagaimana dua peti akhir masuk ke Pusat Penjumlahan dengan di iringi kenderaan yang dinaiki Menteri Besar Negeri Sembilan. Semua ini menjadi cakap - cakap bukan sahaja di Rembau tetapi di seluruh negara. Hari ini pula di Malaysiakini dia sudah mula bercakap mengenai keputusan pilihanraya. Bagus dia sudah termakan pancing untuk kembali melompat.

Ilmu tempur yang cheGuBard pelajari menerangkan betapa lawan yang melompat lebih mudah dikunci dari lawan yang bertapak dengan kedua belah kakinya ..menanti......bagus dia yang duduk diam kini sudah mula melompat kembali.

Seminggu ini sibuk bersama pasukan peguam untuk menfailkan petisyen pilihanraya. Alhamdunillah hari ini jam 3 petang nanti sekumpulan peguam yang diketuai oleh fima guaman Shearn Delamor & co. akan berada di Mahkamah Tinggi Seremban untuk memfailkan petisyen tersebut.

cheGuBard pula sebentar lagi akan bertolak ke Terengganu. Malam ini ada ceramah di Kemamam..mungkin akan menjawab ahli Parlimen Kemaman yang mengatakan isu babi akan jadi punca ahli parlimen Melayu bukan BN masuk BN... esok ada beberapa mesyuarat bersama jentera di Terengganu sebelum malam esok ceramah di Setiu.

Untuk yang mahu mendengar penjelasan 'Khabar dari Rembau?' boleh berjumpa di Terengganu. Pertanyaan lokasi ceramah hubungi Wan Anies 0199697474.

Jika dia berani ayuh kita berdebat..... isu sebenar ialah penjualan aset negara...pengkhianatan..salah guna kuasa...

sila klik http://edition.globalmediachannel.tv/content/view/1840/60/

Wednesday, April 23, 2008

Undi Anwar Ibrahim Untuk “Time Magazine’s Most Influential Peoples in The World”

anwartime

Setiap tahun, Time Magazine akan mengadakan edisi khas 100 Insan Paling Berpengaruh di Dunia. Malaysia bertuah kerana Anwar Ibrahim, Ketua Umum KeADILan tampil mengisi ruang dan kapasiti Malaysia di mata dunia untuk tercalon sebagai 100 Insan Paling Berpengaruh di Dunia.

Untuk makluman, Anwar Ibrahim adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang tercalon di dalam senarai ini. Tambah mengejutkan, Anwar berada di kedudukan 139 pada hari Sabtu lepas, tetapi kini kedudukan beliau melompat tinggi ke tangga 40, menghampiri rapat calon Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan manusia terkaya di dunia, Bill Gates.

Undi Anwar Ibrahim di capaian ini dan sama-sama menyatakan sokongan kepada bakal Perdana Menteri Malaysia!

Alfatihah - Bekas Ketua Penerangan KeADILan Meninggal Dunia Pagi Ini (23 April)

RUSTAM SANI (11 Ogos 1944 - 23 April 2008) meninggal dunia di rumahnya di Gombak pada jam 3 pagi ini kerana sakit jantung.

Alamat rumah adalah 7519 Batu 6 3/4, Bkt Lela Gombak. Pengembumian dijangka dijalankan selepas Zohor. Rustam Sani adalah anak kepada pengasas Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Parti Rakyat, Ahmad Boestamam.

Allahyarham adalah antara penulis dan 'cendekiawan awam' yang penting di Malaysia. Pada tahun 1988/89, Allahyarham telah dianugerahkan 'Hadiah Sastera Negara' dalam kategori esei dan kritik sastera. Dalam bidang politik, Allahyarham pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (sebelum pergabungan Parti Rakyat Malaysia dan Parti Keadilan Nasional), Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Pengarang akhbar parti Suara Rakyat (nama asal Suara Keadilan).

Antara buku-buku karya beliau adalah: Melayu Baru: Beberapa Persoalan Sosio-Budaya (1992); Politik dan Polemik Bahasa Melayu (1993); Melayu Baru dan Bangsa Malaysia: Tradisi Cendekia dan Krisis Budaya (1993); Menjelang Reformasi (2004); Ke Mana Nasionalisme Melayu? (2004); dan Bercanda dengan Mahathir (2006).

Maklumat selanjutnya boleh didapati daripada laman blog Allahyarham: http://rustamsani-nuranirakyat.blogspot.com/

Thursday, April 17, 2008

Debat babi.... selesai kekalutan dedah hipokrasi Umno


Tiba tiba kalut cerita 'Babi' di Selangor... populariti 'isu babi' kali ini nampaknya memungkinkan gelaran nakal Darul Khinzir dari Negeri Sembilan ke Selangor.

Apa sebenar isu babi ini...? Isu ini menjadi panas apabila ia ditunggang sebagai isu politik oleh Umno Selangor. Muka depan Utusan Malaysia yang menyiarkan 3 ekor babi yang dilabel PKR, PAS dan DAP begitu menarik perhatian ramai untuk terus memperkatakan isu babi ini.

Keseronokan Umno Selangor menunggang 'isu babi' ini tersentak tiba tiba dengan pendedahan Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng yang mendedahkan mengenai sebuah syarikat bumiputera (berkepentingan Umno) terlibat dalam projek ladang babi yang diluluskan oleh Kerajaan BN bawah pimpinan Dr.Khir Toyo.

Gambar di atas mungkin boleh mendedahkan fakta sebenar hipokrasi Umno. Individu yang menjadi kepala menentang projek babi dan menjadi dalang demonstrasi iaitu Dr. Karim ialah individu yang dalam gambar disamping kandang babi. Beliau dilaporkan terlibat dalam melawat kandang Babi di Jerman, kononya untuk membawa teknologi ladang babi Jerman ke Selangor. Lawatan itu juga dilaporkan melibatkan ketua - ketua kampung 'Umno' yang turut terlibat dalam tunjukperasaan baru baru ini. Mereka bukan sahaja melawat Frankfurt (Jerman), tetapi meninjau juga Bangkok (Thailand) dan Amsterdam (the Netherlands).

Semalam cheGuBard sudah menghubungi keADILan Bahagian Sepang untuk dianjurkan satu debat terbuka antara Yaakop Sapari (exco Kerajaan Selangor) dengan Dr. Karim (ADUN Tg. Sepat) untuk menyelesai kekalutan dan mendedahkan hipokrasi Umno. Mungkin dalam debat ini juga boleh ditanyakan sekali bagaimana ADUN BN Selangor boleh membelanjakan RM27 juta peruntukan kerajaan negeri untuk rakyat Selangor untuk tahun 2008 tetapi habis dalam masa hanya selama 50 hari.

Dalam perkembangan yang lain pula Makkal Osai (Suara Rakyat) iaitu akhbar milik bekas pemimpin kanan MIC telah sah diharamkan. Akhbar harian berbahasa tamil ini gagal memperbaharui permitnya sejak 2-3 bulan lalu, namun terus diterbitkan dibawah pemerhatian KDN. Malangnya hanya selepas memberikan liputan muka depan yang besar terhadap Himpunan Menjana Kemenangan Rakyat bersama Anwar Ibrahim pada 14 April lepas, mereka telah mendapat surat pengharaman akhbar itu.

14 April 2008 yang lalu, kira kira 20,000 ribu telah membanjiri Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur meraikan Anwar yang melepasi sekatan undang undang yang menyekat beliau dari terlibat dalam politik. Majlis tersebut telah dirancang begitu teliti. Alhamdunillah juga sehingga selesai semua berjalan dengan baik. Tiada yang buruk berlaku. Malah peniaga di kawasan sekitar juga mendapat rezeki tambahan kerana kehadiran yang ramai memenuhi kampung baru sehingga awal pagi telah memenuhi gerai - gerai sekitar. Hanya gangguan dari Polis sekitar jam 10.25 malam sedikit mencacatkan.

cheGuBard selaku penyelaras program telah memastikan semua lancar. Malam itu cheGuBard sendiri menjadi pengerusi Majlis. Jam 10.15 malam cheGuBard dihubungi teman yang berkawal di pintu besar padang mengatakan Polis beriniform masuk menuju ke pentas. cheGuBard meminta semua unit kawalan keselamatan program membenarkan Polis itu masuk dan cuba kawal orang ramai pastikan jangan ada yang bertindak melulu atau luar kawal.

10.25 malam sekumpulan anggota polis beruniform dan tidak beruniform menghampiri pentas. Orang ramai di depan yang sedang asyik mendengar ucapan Anwar kelihatan tersentak dan ada yang mula bangun dan menjerit sesuatu. cheGuBard meloncat turun ke depan tempat yang Anwar sedang berucap. Bukan untuk menghalang Polis tetapi untuk memastikan unit keselamatan di depan pentas perkemas benteng untuk halang orang ramai mara ke depan dan mungkin anggota polis itu tercedera.

cheGuBard berkaca mata betul betul dibelakang Polis

Cara Pegawai polis itu mara ke depan pentas tanpa kawalan rapi dilihat seperti sengaja mengumpan agar penyokong marah dan mencederakan mereka. Jika itu strategi polis saya simpati kepada 3-4 orang pegawai beruniform yang mara kedepan itu ...hanya menjadi cacing umpan untuk memancing ikan (isu) yang lebih besar. Tetapi malam itu semua terkawal.

Polis terbabit bertanya pada saya "Adakah kamu penganjur?" saya katakan "Ya"...Polis itu berkata " Boleh beritahu Datuk Seri supaya berhenti berucap..Ini Arahan Polis..."

Lucu juga dialog ini diucap ketika dia sudah begitu hampir dengan Anwar... Anwar sendiri boleh dengar apa dia cakapkan. Datuk Seri Anwar tepuk belakang saya dan kata "Bard takpe biar dia cakap dengan saya..."

Lalu saya ke tepi dan polis itu berdiri di depan Anwar dan berkata " Datuk Seri tolonglah beri kerjasama ...arahan berhenti..." Masa itu Azmin, Siva pun datang hampir...pada masa yang sama penyokong mula bertolak untuk mara ke depan...

Mungkin untuk elak keadaan dari tidak terkawal ..... dan kesihankan Polis yang dimaki dengan perbagai 'ayat' Datuk Seri menamatkan ucapan dan melambai beberapa kali sebelum masuk untuk sesi sidang media.

Namun pagi selepas itu cheGuBard menerima sms bertanya " Kamu dapat notis Polis...? Kak wan, Ts Khalid, Azmin, Yahya Sahri dapat arahan ke balai polis..."

Nampaknya selepas tersungkur 'setengah' dalam PRU 12 Bn tak belajar banyak. Bn tidak sedar orang benci tengok mereka perkuda polis tekan suara rakyat.... cheGuBard dengan ini kecam Polis yang sanggup diperkudakan.... Kalau itu perhimpunan Umno adakah permit diperlukan...? dan adakah Polis berani panggil pemimpin Umno ke Balai pula...

Pagi ini pula dapat khabar berita nampaknya perkara lebih serius... kemungkinan pendakwaan dilakukan termasuk kepada Anwar... atas kesalahan perhimpunan haram... dan perbicaraan akan dipercepatkan Anwar mungkin dijatuhkan hukuman denda RM2500, dan dengan denda itu dia akan dinafikan lagi hak berpolitik...

Ya Allah adakah ini benar....? Zalim dan takutnya Bn dengan suara rakyat yang diterajui Anwar.... tetapi percayalah jika ini berlaku ia merupakan penggal terakhir Bn menghantar wakil ke parlimen.

Rakyat makin benci... Bn bergaduh sesama sendiri merebut jawatan dan harta rompakan tetapi rakyat terbiar..tepung naik...beras naik...

Tahniah juga pada semua yang terlibat...malam itu malam kita (aktivis jalaraya yang tak kenal penat lelah)....tahniah juga pada penyokong dari Rembau yang datang 4 bas dan bayar tambang sendiri.

Monday, April 14, 2008

Kelab Sultan Sulaiman Bakal Catat Sejarah Malam Ini

MSO

KELAB Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur yang pernah mencatatkan sejarah tempat berhimpunnya orang Melayu untuk bermesyuwarah bagi membincang nasib dan masa depan bangsa mereka kira-kira 60 tahun lalu malam ini sekali lagi akan mencatat sejarah tersendiri apabila berlangsungnya Malam Himpunan Meraikan Kemenangan PKR dalam pilihan raya lalu.

Majlis malam ini juga bersempena tarikh Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim dipenjara pada 14 April 1989 dijangka akan dihadiri ribuan para penyokong PKR dan juga jentera pilihan raya dan orang ramai.

Majlis malam ini menjadi tumpuan kerana ia mempunyai signifikan tersendiri apabila detik 12 tengah malam malam ini Anwar bebas dari larangan menyertai pilihan raya selepas disekat selama lima tahun.


Walaupun majlis itu diadakan secara tertutup diperimis kepunyaan kerajaan Selangor itu, namun ia telah menarik perhatian umum kerana inilah majlis pertama seumpama itu diadakan setelah PKR bersama DAP dan Pas menguasai lima buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Walaupun pihak polis telah menasihati orang ramai agar tidak menghadirinya kerana majlis berkenaan tidak mendapat permit polis namun ia dijangka tidak dihiraukan dan orang ramai yang merasakan tidak ada sebab untuk polis merasa bimbang dengan majlis berkenaan.

Ketua Polis kuala Lumpur, Muhammad Sabtu Osman menegaskan polis akan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak mengajurkan perhimpuann Black 14, malam ini.

Dalam satu kenyataan akhbar, katanya sekiranya majlis majlis malam ini bertukar ke majlis perhimpunan haram sepertri mana diwar-warkan dalam blog dan internet polis akan bertindak.

Sementara itu orang ramai dari seluruh negara sudah mula tiba di ibu kota untuk meraikan majlis kemenangan itu. Mereka mulai tiba sejak malam tadi lagi dan kebajiran akan bertambah menjelang pukul 6:00 petang ini.

Dijangka selepas pukul 3:00 petang ini polis akan mengadakan sekatan di beberapa jalan utama untuk memasuki ke ibu kota bagi tujuan keselamatan.

Dalam pada itu kerja-kerja terakhir untuk sambutan majlis malam ini di Kelab Sultan Sulaiman sedang dijalankan dengan giatnya.

Jam 11:30 tadi Penyelaras Majlis itu, Badrul Hisham Sharin kelihatan meninjau ke kawasan itu bagi meneliti kerja-kerja persiapan terakhir. Kerja-kerja persiapan itu katanya berjalan lancar dan tidak ada apa-apa halangan yang mencacatan majlis malam ini.

Kira-kira 40 buah khemah telah dipasang ditengah padang yang akan menempatkan makanan untuk jamuan malam nanti.

Para petugas tv dan peniaga vcd juga telah memasang peralatan perakam video masing-masing. Seorang peniaga menjelaskan beliau telah pun menyiapkan kulit cvd peristiwa malam ini berjudul "Black 14".

Di sekitar sebelah kiri padang kelab itu pula, gerai untuk para peniaga telah disiapkan. Dijangka malam ini padang Kelab Sultan Sulaiman akan dibanjiri ribuan manusia. [wm.kl 12:55 am 14/04/08]

Kelab Sultan Sulaiman Bakal Catat Sejarah Malam Ini

MSO

KELAB Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur yang pernah mencatatkan sejarah tempat berhimpunnya orang Melayu untuk bermesyuwarah bagi membincang nasib dan masa depan bangsa mereka kira-kira 60 tahun lalu malam ini sekali lagi akan mencatat sejarah tersendiri apabila berlangsungnya Malam Himpunan Meraikan Kemenangan PKR dalam pilihan raya lalu.

Majlis malam ini juga bersempena tarikh Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim dipenjara pada 14 April 1989 dijangka akan dihadiri ribuan para penyokong PKR dan juga jentera pilihan raya dan orang ramai.

Majlis malam ini menjadi tumpuan kerana ia mempunyai signifikan tersendiri apabila detik 12 tengah malam malam ini Anwar bebas dari larangan menyertai pilihan raya selepas disekat selama lima tahun.


Walaupun majlis itu diadakan secara tertutup diperimis kepunyaan kerajaan Selangor itu, namun ia telah menarik perhatian umum kerana inilah majlis pertama seumpama itu diadakan setelah PKR bersama DAP dan Pas menguasai lima buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Walaupun pihak polis telah menasihati orang ramai agar tidak menghadirinya kerana majlis berkenaan tidak mendapat permit polis namun ia dijangka tidak dihiraukan dan orang ramai yang merasakan tidak ada sebab untuk polis merasa bimbang dengan majlis berkenaan.

Ketua Polis kuala Lumpur, Muhammad Sabtu Osman menegaskan polis akan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak mengajurkan perhimpuann Black 14, malam ini.

Dalam satu kenyataan akhbar, katanya sekiranya majlis majlis malam ini bertukar ke majlis perhimpunan haram sepertri mana diwar-warkan dalam blog dan internet polis akan bertindak.

Sementara itu orang ramai dari seluruh negara sudah mula tiba di ibu kota untuk meraikan majlis kemenangan itu. Mereka mulai tiba sejak malam tadi lagi dan kebajiran akan bertambah menjelang pukul 6:00 petang ini.

Dijangka selepas pukul 3:00 petang ini polis akan mengadakan sekatan di beberapa jalan utama untuk memasuki ke ibu kota bagi tujuan keselamatan.

Dalam pada itu kerja-kerja terakhir untuk sambutan majlis malam ini di Kelab Sultan Sulaiman sedang dijalankan dengan giatnya.

Jam 11:30 tadi Penyelaras Majlis itu, Badrul Hisham Sharin kelihatan meninjau ke kawasan itu bagi meneliti kerja-kerja persiapan terakhir. Kerja-kerja persiapan itu katanya berjalan lancar dan tidak ada apa-apa halangan yang mencacatan majlis malam ini.

Kira-kira 40 buah khemah telah dipasang ditengah padang yang akan menempatkan makanan untuk jamuan malam nanti.

Para petugas tv dan peniaga vcd juga telah memasang peralatan perakam video masing-masing. Seorang peniaga menjelaskan beliau telah pun menyiapkan kulit cvd peristiwa malam ini berjudul "Black 14".

Di sekitar sebelah kiri padang kelab itu pula, gerai untuk para peniaga telah disiapkan. Dijangka malam ini padang Kelab Sultan Sulaiman akan dibanjiri ribuan manusia. [wm.kl 12:55 am 14/04/08]

Saturday, April 12, 2008

artikel Black 14 dipetik dari blog Zainul Faqar

[Rencana sejarah di bawah ini digarapkan oleh Penulis hasil penyelidikan perpustakaan dan temubual oleh salah seorang aktivis *B.L.A.C.K 14* (yang masih aktif sehingga kini) yang enggan namanya ditintakan dalam artikel ini. Bagi Penulis, persembahan rencana sejarah ini masih mentah dan memerlukan pembetulan dan penggarapan semula oleh aktivis-aktivis *B.L.A.C.K 14* sendiri. Justeru, Penulis dengan rasa rendah diri memohon jasa baik pihak berwajib untuk melaksanakan tanggungjawab sejarah ini. Akan Penulis terima dan paparkan semula dalam blog ‘kecil’ ini segala pembetulan tersebut dari semasa ke semasa jika ada yang sudi membantu kerja-kerja merekod sejarah oleh Penulis. Penulis boleh dihubungi melalui zainulfaqar_yaacob@yahoo.com. Sekian. SELAMAT MERAIKAN *B.L.A.C.K 14* 2008!...]

———————————

chegubard.blogspot.com

Pre-instinct

BLACK 14 ada sejarahnya. Sejarahnya terlalu mahal dan cukup keramat terutamanya oleh mereka yang melihat, mengalami dan mengambil keputusan untuk terus meraikan hari penuh bermakna tersebut.

BLACK 14 ini bukanlah sebuah pertubuhan koliasi atau suatu forum rakyat bagi memperjuangkan satu-satu kepentingan. Tetapi, BLACK 14 ini adalah suatu perayaan rakyat yang kewujudannya secara semulajadi selari dengan fitrah naluri rakyat yang senantiasa berdoa dan berikhtirar agar tiada lagi kezaliman seumpama BLACK 14 ini wujud di maya pada ini.Sejarah B.L.A.C.K 14!

Tanggal 14 April 1999, Mahkamah telah memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dihukum penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah. Beliau telah dihalang secara berperundangan untuk terlibat dalam persada politik nasional.

Keputusan Mahkamah pada ketika itu cukup mengejutkan mahasiswa, pengamal undang-undang, aktivis politik, ahli akademik, hatta rakyat marhaen.

Rejim yang mebongsaikan demokrasi Malaysia!Mereka tidak boleh menerima keputusan tersebut. Bagi mereka, keputusan tersebut bukan lagi hanya melibatkan kepentingan hak asasi diri DSAI; tetapi keputusan tersebut adalah ‘tahap kemuncak’ kezaliman dan kebobrokan (Tun) Dr. Mahathir Mohammad dan rejim UMNO/BN ke atas sistem keadilan dan demokrasi negara Malaysia.

Sebelum itu, bukan tidak ada kezaliman dilakukan oleh rejim UMNO dan Barisan Nasional. Namun, kezaliman itu ketara dalam salah satu dari 3 Badan ‘kuasa’ sebagaimana dalam Doktrin Pengasingan Kuasa / Demokrasi di Malaysia – (1)Badan Pentadbiran / Eksekutif; (2)Badan Perundangan / Legislatif; dan (3)Badan Kehakiman / judiciary.

Berbeza dalam isu DSAI. Rakyat melihat isu kezaliman DSAI ini seolah-olah wujud suatu konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan ketiga-tiga badan ‘kuasa’ tersebut secara sepadu dan zalim.

Mahkamah telah pun hilang kredibiliti bebas dan adilnya. Sebagai contoh, jatuhan hukuman pada 14 April 1999 sebagaimana di atas.

Dalam isu DSAI juga, Badan Pentadbiran / Eksukutif tidak lagi berfungsi secara bebas dan demokratik.

Kementerian, badan berkanun kerajaan, Universiti, BPR, Polis, media massa (milik Kerajaan), SUHAKAM dan pelbagai badan berkanun / sektor kerajaan yang lain tidak mampu menjadi agen semak dan imbang (check and balance) kepada Rejim (Tun) Dr. Mahathir Muhammad serta rejim UMNO/BN kerana telahpun terjebak dengan budaya rasuah, kronisme dan nepotisme.

Jika ada individu atau pihak tertentu tampil menentang kezaliman (Tun) Dr. Mahathir Mohammad atau gejala rasuah-kronisme-nepotisme, maka mereka ini tentu akan mendapat nasib yang tidak jauh berbeza dengan diri DSAI.

Sebagai contoh, Universiti Malaya bersikap diam diri dan tidak mahu menyambung kontrak akademia Prof. Chandra Muzaffar (pada bulan Februari 1999) disebabkan ahli akademia tersebut secara terbuka menyokong agenda R.E.F.O.R.M.A.S.I.

Prof. Chandra Muzaffar diakui berkeupayaan dalam arena akademia dan kebolehannya telah mengangkat nama Malaysia di persada nasional/antarabangsa sebelum itu; khususnya dalam pengajian ASIA dan Asia Tengah.

Beliau akhirnya menjadi mangsa kezaliman Universiti/(Tun) Dr. Mahathir Mohammad kerana menentang kezaliman ke atas DSAI sebenarnya pada waktu tersebut.

Contoh lain, adalah fitnah liwat DSAI dengan Shamsidar Taharin melalui pengakuan kontroversi dan surat terbuka Ummi Hafilda Ali kepada Diktator (Tun) Dr. Mahathir Mohammad melalui media arus perdana.

Semua media arus perdana yang (telah) dikuasai oleh Media Prima telah secara buas memanipulasi fitnah tersebut dan hilang kredibilitinya. Pendek kata, badan pentadbiran atau Legislatif telah pun dikuasai oleh kelompok zalim.

Dalam isu DSAI juga, Badan Perundangan atau Legistatif tidak mempunyai autonomi kuasa sebagaimana yang sepatutnya berlaku dalam negara-negara demokratik dan sivil.

Sebagai contoh, penahanan DSAI di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak mampu dihalang melalui perintah kuasa Parlimen Malaysia.

Kondisi ini berlaku kerana ISA dikendalikan secara mutlak oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan realiti ini melambangkan penyalahgunaan supreme power telah wujud dalam dua (2) Badan secara imuniti dan sepadu – Legislatif dan Eksekutif.

Tuntasnya, kezaliman ke atas DSAI tersebut melibatkan ketiga-tiga badan ‘kuasa’ dan jatuhan hukuman oleh Mahkamah ke atas diri DSAI pada tanggal 14 April adalah ‘tahap kemuncak’ kezaliman di Malaysia.

Sejak hari malang tersebut, Rakyat mengambil keputusan menjadikan 14 April saban tahun sebagai perayaan rakyat. Tujuannya bukan sekadar mengingati peristiwa malang yang telah menimpai DSAI semata-mata.

Malah, perayaan rakyat tersebut dilaksanakan dengan penuh semangat dan berani demi menuntut keadilan hak dan sistem demokrasi kembali subur di bumi Malaysia sehingga hari ini. Perayaan tersebut disebut oleh mereka sebagai *B.L.A.C.K. 14*

Tragisnya Perayaan BLACK 14 Sebelum ini!

Saban tahun, aktivis-aktivis rakyat yang sedar, mengalami dan mengambil BLACK 14 tersebut senantiasa cuba meraikan perayaan tersebut.

Mereka ini bukan meraikan hari tersebut dengan gelak ketawa atau dihamparkan permaidani merah oleh Sang Penguasa – (Tun) Dr. Mahathir Mohammad, UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Mereka ini diburu pada setiap inci perjalanan dan pergerakan mereka. Kediaman/premis peribadi mereka senantiasa diintai oleh Special Branch (SB).

Majikan mereka senantiasa diugut agar melucutkan jawatan aktivis-aktivis ini. Ibu bapa mereka lebih-lebih lagi lagi diuji dan terus diuji sejak menjelangnya perayaan BLACK 14 tahun 2000 di ibu negara.

Mahathir yang arahkan tangkap!Kezaliman yang didepani oleh para aktivis dalam meraikan BLACK 14 lebih ketara pada tahun 2001.

Beberapa hari sebelum perayaan BLACK 14 diraikan (bermula 9 April 2001 sekitar jam 5 petang), pihak Polis telah menangkap 10 orang aktivis REFORMASI dan maangsa-mangsa ini ditahan di bawah ISA , tahanan tanpa bicara.

Nama-nama aktivis tersebut adalah (1)Sdr. Tian Chua; (2)Sdr. Mohammad Ezam Mohd Nor; (3)Hj. Saari Sungib; (4)Sdr. N. Gobalakrishnan; (5)Sdr. Hishamuddin Rais; (6)Raja Petra Kamaruddin; (7)Sdr. Abdul Ghani Harun; (8)Dr. Badrul Amin Baharom; (9)Sdr. Lokman Adam; dan (10)Sdr. Badaruddin Ismail.

Mereka ini dituduh di bawah seksyen 71(3); kononnya sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan.

Sebenarnya tahanan tersebut demi menimbulkan culture of fear di kalangan masyarakat agar mendorong mereka tidak keluar dan berkumpul di hadapan bangunan SUHAKAM pada keraian Black 14 tahun 2001 tersebut.

Namun, BLACK 14 tetap diraikan dengan penuh berani dan aksi demi mengajak rakyat menentang kezaliman rejim (Tun) Dr. Mahathir Mohammed dan UMNO/BN berlangsung; serta menuntut agar Malaysia kembali dalam lunas demokrasi dan keadilan hak.

Aktivis rakyat telah membuat kenyataan media. Dan ada beberapa aktivis tersebut telah ditangkap dan dikasari oleh pihak Polis disebabkan partisipasi mereka dalam BLACK 14 hari tersebut.

Tahun 2002 turut menyaksikan perayaan BLACK 14 pada hari tradisinya. Tema perayaan tahun tersebut adalah ‘BERSAMA MEMBEBASKAN 10 TAHANAN ISA’. Perayaan bersejarah tersebut telah dibuat di Taman Melewar (Gombak, Selangor).

Aksi perayaan tahun tersebut lebih berani dan agresif apabila terdapat belasan aktivis rakyat mengambil keputusan mogok lapar. Aksi tersebut telah mendapat liputan media dan badan-badan hak asasi di peringkat nasional dan antarabangsa.

Implikasinya, Diktator (Tun) Dr. Mahathir Muhammad teruk dicemuh oleh media, universiti, badan-badan hak asasi manusia dalam siri diplomatiknya di peringkat nasional/antarabangsa. Imej Malaysia merudum.

Akhirnya, beliau terpaksa membebaskan kesemua (10 orang) tahanan ISA tersebut.

Inisiatif tersebut bukan atas prikemanusiaan dan peduli sensitiviti rakyat, tetapi lebih pada melindungi kepentingan peribadi (kezaliman) semata-mata.

chegubard.blogspot.com

Tahun 2003, berlaku konflik berpandangan di kalangan aktivis-aktivis BLACK 14. Kelompok pertama masih mahu pada perayaan secara tradisi – anti-establishment, pilihan jalanraya, lantang menentang rejim UMNO dan BN dan sebagainya. Aksi BLACK 14 tersebut telah dipimpin sendiri oleh Sdr. CheguBard

Memang mereka tetap melancarkan perayaan tersebut di Pasaraya Sogo, Kuala Lumpur. Dalam aksi BLACK 14 tahun tersebut juga, mereka tetap berdepan dengan kegilaan Polis dan Special Branch (SB) sebagaimana yang didepani mereka sebelum ini.

Gerakan ini dalam waktu BLACK 14 2003Kelompok kedua, mahu perayaan tahun tersebut lebih toleransi dan sederhana. Mereka hanya menjalankan perayaan BLACK 14 secara dalaman (internal) dan mengambil sikap tidak lantang menentang rejim UMNO/BN pada ketika itu.

Pertimbangan kelompok kedua pada ketika itu, dengan pendekatan toleransi-sederhana tersebut, mungkin boleh memujuk hati rejim UMNO/BN untuk membebaskan DSAI dari ISA dalam masa terdekat.

Tahun 2004, BLACK 14 dilancarkan pada hari tradisinya selepas Malaysia menyaksikan Pilihanraya Umum Malaysia Ke-11 (PRU11) yang paling kotor dalam sejarah demokrasi Malaysia.

Berbekalkan tema ‘DEMOKRASI YANG TELAH MATI’, komuniti aktivis BLACK 14 telah menggebling kesedaran rakyat. Aksi aktivis pada waktu tersebut turut menyaksikan kekasaran dan tangkapan oleh pihak Polis.

chegubard.blogspot.com

Lokasi perayaan BLACK 14 tahun tersebut di depan SUHAKAM. Namun, 2 tokoh politik nasional iaitu Sdr. Mustapha Ali (MT PAS) dan Rahman Othman (Timb. Presiden PKR pada ketika itu) telah membuat kenyataan media membatalkan perayaan tradisi tersebut.

Pertimbangan kedua-dua tokoh tersebut adalah mood dan emosi rakyat seharusnya lebih digembling ke arah isu kepincangan sistem demokrasi Malaysia pasca PRU11 lanjutan konspirasi UMNO/BN-SPR-JPN.

Komuniti anak muda dan mahasiswa rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan eksklusif kedua-dua tokoh tersebut kerana BLACK 14 ada sejarah keraiannya dan patut diraikan secara tradisi. Akhirnya, mereka tetap meraikan BLACK 14 tersebut di ibu negara.

DSAI masih tidak dibebaskan pada tahun 2005. Fenomena kegelitaan demokrasi Malaysia tersebut menyebabkan kesedaran untuk meraikan BLACK 14 tersebut semakin pudar. Tahun tersebut, bukan tidak ada keraian, namun keraian tersebut secara kecil-kecilan dan bukan lagi perayaan nasional sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Kondisi perasaan dan kesedaran rakyat berhubung BLACK 14 ini semakin pudar dan pudar; berlanjutan sehingga tahun 2006 dan 2007. Cukup memilukan!

MENGAPA BLACK 14 2008 kembali diraikan?

Tahun 2008 menyaksikan transisi semula emosi rakyat marhaen terhadap perayaan keramat BLACK 14 ini.

DSAI telah pun dibebaskan secara berperundangan dari terlibat dalam politik kepartian dan sebagainya. Malah tanggal 14 April 2008 tersebut adalah tarikh akhir pembebasan DSAI dari hukuman Mahkamah – dihalang berpartisipasi dalam politik nasional.

Selepas 14 April 2008, DSAI sudah boleh bertanding di mana-mana kerusi Parlimen atau DUN. DSAI juga boleh memegang jawatan Presiden PKR atau Pengerusi Pakatan Rakyat secara konvensional selepas tarikh tersebut.

Persoalannya, mengapa BLACK 14 2008 masih diraikan? Masih relevankah keraian tersebut?

Menurut komuniti aktivis BLACK 14, perayaan kali ini dalam wajah yang cukup unik dan berbeza dengan tradisi sebelum ini.

Pertimbangan melancarkan perayaan ini, selain untuk countdown pembebasan politik DSAI; sebenarnya demi meraikan perjuangan, perubahan dan kemenangan rakyat pasca 8 Mac tahun ini.

Sebab itu, tema kali ini cukup progresif – ‘Dari BLACK 14 Ke Arah Kemenangan Rakyat!’.

Cita-cita aktivis BLACK 14 hanya satu, perayaan ini diharap dapat menyemarakkan dominasi Pakatan Rakyat yang sebelum ini telah hampir-hampir menafikan 2/3 Parlimen dan menguasai 5 negeri agar membuat satu lagi memonten sebelum masuk ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya kelak.

Untuk melonjak momentom ini, Kampung Baru (di Kelab Sultan Sulaiman) telah dipilih. Kampung Baru dilih sebagai tempat perhimpunan raksasa ini kerana latar belakang sejarahnya yang tidak pernah sunyi dengan sejarah perjuangan anak bangsa Malaysia sebelum ini.

chegubard.blogspot.com

Kampung Baru pernah menyaksikan pra penubuhan PEKEMBAR (kini UMNO) demi menentang Malayan Union yang digagaskan oleh kolonial British.

Kampung Baru juga telah menyaksikan Tragedi Berdarah 13 Mei hasil konspirasi/propaganda kapitalis-kapitalis UMNO/BN tahun pada tahun 1969.

Ketika DSAI dipecat oleh Diktator (Tun) Dr. Mahathir Mohammad, DSAI telah meniupkan gelombang F.E.F.O.R.M.A.S.I dan Kampung Baru adalah antara lokasi bersejarah yang telah menyaksikan peristiwa keramat tersebut.

Dan yang lebih penting, Kampung Baru juga adalah salah satu simbol himpitan kehidupan rakyat di tengah-tengah bangunan-bangunan mencakar langit milik kapitalis UMNO/BN dan sekutu-sekutunya.

BLACK 14 yang dilancarkan tidak lama lagi, bukanlah yang terakhir; tetapi penyuburan semula BLACK 14 sehingga Malaysia kembali demokratik dan rejim zalim terus ditumbangkan di Malaysia ini.

Jangan lupa tarikh keramat 14 April 2008 jam 8.45 malam. Kita bertemu dan beraksi di Kelab Sultan Sulaiman secara penuh sedar dan berani sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan semangat demokrasi negara.

Ayuh berpesta B.L.A.C.K 14 ! ! ! ! -END

chegubard.blogspot.com

Friday, April 11, 2008

Sambutan Black 14 cuba digagalkan...

Makin ramai yang panik !!! 11.13 malam ketika membuka email badrul_angkatanmuda@yahoo.com kelihatan singgah email dari seorang yang menggunakan nickname 'kadet pencen' dia telah 'foward' email yang beliau perolehi dari yahoogroup [dunia-politik]. Email dari lonelyladies <lonelyladies@yahoo.com> menyatakan kononya

Berita terbaru, Perhimpunan Black 14 akan ditangguhkan sehingga diberitahu kerana Dato Seri Anwar Ibrahim mempunyai jadual yang padat sepanjang minggu depan. Menurut Angkatan Muda Keadilan (AMK) tarikh baru bagi perhimpunan tersebut akan dimaklumkan kemudian. Bagi pihak Dato Seri Anwar, beliau memohon maaf diatas kelewatan memaklumkan penangguhan perhimpunan tersebut dan segala kesulitan amat dikesali. Setiap maklumat terkini akan diumukan secepat mungkin bagi merialisasikan Perhimpunan Black14 ini.

itu adalah antara usaha 'sengal' mereka - mereka yang dalam ketakutan.

Himpunan Rakyat telah dirancang secara teliti dan baik sekali. Petang tadi mesyuarat jawatankuasa penganjur telah berlansung di Kelab Sultan Sulaiman sendiri dengan dipengerusikan oleh YB Azmin Ali, dihadiri Dato' Salehuddin Hashim (Timbalan Pengarah Program merangkap S/U Agong keADILan), Tenku Maraziyah (bendahari keADILan), Kak Ann (Naib Wanita Pusat),wakil AMK Pusat, wakil AMK W.Persekutuan, wakil AMK Selangor, Zaki Yamani (Setiausaha AMK) dan beberapa teman aktivis reformasi, wakil kelab sendiri selain cheGuBard sendiri.

Banyak diperbincangkan secara serius. Harap semua berjalan licin dan meriah.

Parti juga telah mewajibkan semua ahli parlimen dan ADUN serta pimpinan pusat keADILan untuk hadir malam tersebut. Selain Anwar dan Kak Wan yang pasti hadir, Menteri Besar Selangor dan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang juga telah mengesahkan kehadiran.

Arahan kepada peniaga, tempat perniagaan tersedia adalah amat terhad.... sila berhubung dengan penganjur untuk memastikan tempat.

Himpunan sambutan rakyat meraikan pembebasan dan kembalinya Anwar Ibrahim ke persada politik secara sah tanpa sekatan undang undang amat dinantikan. Perhimpunan akan diteruskan seperti yang telah diumumkan, sebarang usaha pengumuman batal ialah usaha jahat yang cuba mensabotaj

Kepada yang datang secara berkumpulan digalakkan membawa banner masej pertubuhan dan kumpulan saudara meraikan peristiwa bersejarah tersebut.

Bagaimana nak pergi ke Kelab Sultan Sulaiman

Ramai yang telefon, sms atau email cheGuBard untuk tahu bagaimana nak ke tapak program 14 April ini. Di atas ialah peta Kelab Sultan Sulaiman. sila klik peta untuk imej lebih jelas.

Walaubagaimanapun untuk mengelakan kesesakan, rakyat diminta menggunakan pengangkutan awam malam tersebut. Bagi pengguna LRT boleh menggunakan stesen Kampung Baru dan berjalan ke arah 'Nasi Lemak Antarabangsa', sebelum melintasi jalan untuk ke KSS. Jarak berjalan kaki kira kira 250 meter.

Bagi pengguna Monorel sila gunakan stesen Jalan Sultan Ismail (berhampiran Concorde Hotel) berjalan ke arah Kg. Baru - Hotel Renaissance. Jarak berjalan kaki kira 350 meter.

Dari Negeri Sembilan disediakan bas (oleh keADILan Rembau) dengan tambang berpatutan sila hubungi 0123696474 NorAzizi Aziz. Untuk bahagian lain sila berhubung keADILan bahagian tersebut.

Penganjur juga meminta maaf kepada semua peniaga kerana tidak akan ada peniaga yang dibenarkan berniaga di dalam kawasan KSS.

Poster design by AIC





Bara Black14 2008 makin terasa, AIC juga turut design beberapa poster yang cheGuBard nak kongsi sama di sini kerana kelihatan 'cool'..... disamping poster yang jawatankuasa penganjur keluar poster ini juga boleh dicetak dan edar.... himpunan di negeri - negeri sedang dirancang tetapi ayuh penuhkan padang Kampung Baru dulu...

Tuesday, April 08, 2008

cetak dan edar !!!


atas ialah dua logo Black 14 yang che'GuBard pernah 'kepalai' dalam keadaan tekanan luar dan dalam.......dan dibawah sebuah perhimpunan Black 14 dalam suasana amat berbeza....bakal berlangsung....... sertainya !!! Kita pernah melakukanya dahulu tetapi kenapa tidak kini kita lakukan sekali lagi Perhimpunan Perdana Rakyat dengan lebih bersemangat dalam pesta rakyat ...kearah menjana kemenangan Rakyat..... Tujuan :
  • Mengenang peristiwa 14 Aprill (Black 14) dan semua yang berkorban / terkorban bermula dari peristiwa itu sehingga kearah kemenangan rakyat.
  • Memacu semangat kebangkitan rakyat dengan memberi penekanan tarikh DSAI memasuki arus perdana politik (15 April 2008)
  • Majlis meraikan rakyat dan ucapan perdana DSAI selepas PRU12.
  • Majlis meraikan ulangtahun penubuhan Parti keADILan Rakyat

PRU 12 telah berlalu..operasi balas dendam bermula !!!

PRU 12 telah berlalu, semenjak semua maklum mengenai keputusan di P131 Rembau 'dia' seperti senyap dan beku. Banyak cerita yang sampai ke telinga antaranya dia baru tersedar majoriti pimpinan BN melihat sinis kepadanya kerana dia antara punca pencapaian buruk BN kali ini. Malah di NS pun takakan gugur sampai 15 kerusi DUN dan 3 kerusi Parlimen jika bukan dia bertanding di NS.

Ingatkan dia sudah berubah ternyata tidak. Berdasarkan makluman teman dalam Pemuda Umno dia sudah mula bergerak melobi malah merancang jika dia tidak pergi ke jawatan no. 1 pemuda, seharusnya jawatan itu ditandingi proksi dia.

Menurut satu makluman Azlan Zainal, presiden penaja Parti Mahasiswa Negara (PMN), memberitahu seorang pegawai polis berpangkat asisten supritenden datang bertemunya di kampus universiti itu minggu lalu. Pegawai polis yang memperkenalkan diri dari IPK Negeri Sembilan menghabiskan masa dua jam lebih menyoal siasat Azlan kerana penglibatanya dalam PRU ke 12 di Rembau.

Malah seorang teman mahasiswa Meor Isfandi Meor Azizan telah digantung pengajian dan seorang teman dari UIA akan dipanggil mengadap jawatankuasa Disiplin.

Saya juga telah dihubungi oleh anggota polis berikutan beberapa laporan polis yang dibuat terhadap saya sepanjang pilihanraya. Nampaknya operasi balas dendam telah bermula. Dia telah luka parah hampir lumpuh dikerjakan jentera rakyat. Kini dia hendak balas dendam.

cheGuBard secara peribadi tidak akan berganjak dan akan bertanggungjawab dengan semua kenyataan sepanjang kempen. Malah akan terus mengulangi kenyataan tersebut, 27 April ini pula sedang dirancang untuk melancarkan sebuah buku yang diberi tajuk Khabar Dari Rembau yang hampir siap. Buku ini akan merakamkan segala pendedahan yang dibuat semasa PRU 12 di Rembau.

Jika dia tidak berpuas hati jangan perkuda jentera kerajaan .... ayuh berdebat di pentas terbuka cabaran cheGubard masih belum berani disahut.

Mengulas kenyataan Abdullah mengenai Umno kalah kerana disabotaj dari dalam. Ya cheGuBard sokong dan setuju kenyataan itu.... saya bersedia mendedahkan .... saya bertanding di P131 Rembau... memang betul Umno disabotaj dari dalam dan kerana itu DUN Paroi kalah dan P131 juga kalah jika tidak melibatkan penipuan.

cheGuBard tahu sapa orang - orangnya...

Sunday, April 06, 2008

Black 14 2008

Perhimpunan Rakyat "countdown dari Black 14 ke arah kemenangan Rakyat"

Black 14 dikenang sebagai peristiwa hitam negara yang dikenang saban tahun tetapi 14 April 2008 ia bakal disambut dengan berbeza sekali kerana 14 April 2008 bukan lagi gelita. Ia sudah mula diterangi cahaya. 15 April udara di Malaysia akan berbeza kerana wira Rakyat Anwar Ibrahim bakal melangkah masuk ke arus perdana politik negara secara sah.Seluruh rakyat dijemput untuk bersama dalamlack 14 perhimpunan khas countdown rakyat seperti di bawah

Tarikh : 14 April 2008
Masa : 8.45 malam
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru, Kuala Lumpur

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan sulung perdana selepas pilihanraya selain dari ucapan pimpinan utama Pakatan Rakyat mengimbau kenangan perjuangan rakyat. Tayangan video khas dari black14 ke arah kemenangan rakyat dan pameran khas turut akan diadakan.

http://chegubard.blogspot.com

Saturday, April 05, 2008

Amir masuk hospital

Pagi ini che'GuBard mendapat sms dari Azizi "Amir masuk hospital...Hospital Tuanku Jaafar, Seremban wad 3A"

Kenapa....cuba hubungi tetapi gagal...akan ke hospital juga petang ini...Amir ialah watak dibelakang kemenangan DUN Bandar Port Dickson dan Parlimen Teluk Kemang. Lanjut sila hubungi Azizi 0123696474

update 6.30 petang - Amir baru sedarkan diri setelah menjalani pembedahan perut.

Doa' semuanya selamat

sekadar ingatan "Melayu mudah lupa..."

Post hari ini ialah agar Melayu tidak mudah lupa. Betul kata Tun tu dan untuk membantu Tun dalam usaha murni ini saya akan dari masa ke semasa bila terdapat bahan, meng'refresh'kan minda orang Melayu dan juga minda orang Malaysia yang lain supaya mereka tidak mudah lupa. Teknik over-learning didapati berkesan kepada orang-orang yang mudah lupa. Sama lah seperti bila orang memberi no talipon mereka. kalau kita ingat saja tanpa menggunakannya, kemungkinan besar kita akan melupakannya.

Petikan untuk ruangan Supaya Anda Tidak Mudah Lupa ini saya ambil dari blog Din Merican. Petikkan ini adalah dari rekod mahkamah semasa kes DSAI dulu. Mengapa saya buat ini? Supaya kita tidak mudah lupa. Ini bukan skrip biasa saya.

Peguam bela: Adakah Datuk menggeledah pejabat ketua pengarah EPU di JPM?
Saksi (Shafee): Ada

Peguam: Ada sesiapa yang meminta anda menutup kes itu?
Saksi: Ya, perdana menteri (Dr Mahathir).

Peguam: Ceritakan keadaan yang menyebabkan perdana menteri meminta anda menutup siasatan itu.
Saksi: Ya, saya dimarah, “beraninya anda menyerbu pejabat pegawai kanan saya?” Saya terperanjat dan menjawab “ia dibuat berdasarkan satu aduan pihak yang terlibat.”

Saya menjalankan tugas seperti diperuntukkan undang-undang. Beliau (Dr Mahathir) menuduh saya cuba memerangkap bekas ketua pengarah EPU.

Saya menjawab, tidak benar sama sekali kerana salah di sisi undang-undang memerangkap seseorang. Sebagai seorang Islam, berdosa besar mengenakan orang lain.

Beliau bertanya saya “apakah Anwar menyuruh anda menggeledah pejabat itu?” Saya jawab “tidak”.

Peguam: Bagaimana nada perdana menteri apabila beliau bertanyakan sama ada Anwar menyuruh anda menggeledah? Apakah nadanya marah atau perbualan biasa?
Saksi: Nadanya seperti menuduh (saya).

Peguam: Selepas anda dimarahi perdana menteri, apakah anda memberitahu kejadian itu kepada sesiapa?
Saksi: Saya maklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara.

Peguam: Apakah reaksi anda apabila dimarahi perdana menteri dan menyuruh anda menutup kes itu terhadap ketua pengarah EPU?
Saksi: Saya sangat kecewa dan apabila tiba di rumah, saya beritahu isteri bahawa saya mahu meletakkan jawatan.

Tetapi kerana saya ada tempoh dua atau tiga bulan lagi - isteri saya memujuk agar tidak meletakkan jawatan.

Peguam: Kenapa anda rasa begitu kecewa dan mengambil keputusan untuk letak jawatan?
Saksi: Dalam sejarah kerjaya saya dengan kerajaan, inilah kali pertama ketua saya menuduh saya cuba mengenakan seseorang dan juga kecewa dengan cara perdana menteri campur tangan dalam bidang tugas saya.