Menunaikan janji che'GuBard pada 'pembaca' yang sering melayari blog ini melalui IP SUK Negeri Sembilan untuk membuat ulasan sedikit mengani laporan BPR yang dibuat 9 November lepas.
Jika benar maklumat dari email yang diperolehi, maka benarlah Dato' Seri Utama Mohamad Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan telah gelisah seperti cacing kepanasan. Makluman dari teman yang merupakan seorang wartawan di Negeri Sembilan menyatakan MB Negeri Sembilan membatalkan sidang medianya saat akhir ketika merasmikan Bangunan BPR Negeri Sembilan 15 November lalu.
Menurut sumber lain pula Mohamad kelihatan tidak tenang dan sering tersasul serta emosional ketika menyampaikan ucapan perasmianya.
Ini mungkin berikutan tekanan dari dalam dan luar Umno yang menyerang beliau akhir akhir ini. Khususnya apabila GERAK negeri Sembilan membuat laporan mengenai bagaimana mohamad menyalahguna kedudukan membunuh lawan politik dan menyeleweng wang rakyat untuk tujuan itu.
Semenjak dari awal beliau yang berada di kerusi itu secara bidang terjun kelihatan gagal mengawal keadaan. Hanya dicatur oleh Khairy (menantu PM) tanpa mempunyai asas yang kukuh dalam politik nasional dan setempat beliau banyak bergantung kepada adik beradiknya sendiri. Kali pertama dalam sejarah Umno dimana Menteri Besar selaku Pengerusi Perhubungan Umno melantik abangnya sendiri. Ini kerana beliau tiada 'team' dan tiada pengalaman politik dan hanya meletakkan kepercayaan kepada abangnya dan adiknya yang pernah menjadi wakil rakyat dan mengosongkan kerusi DUN Rantau untuk beliau tandingi sebelum ditabalkan menjadi Menteri Besar.
Kelemahan beliau ini telah mengundang kecelaruan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Kesempatan ini diambil oleh adik beradik Mohamad untuk campur tangan dalam banyak urusan kerajaan negeri dalam usaha membunuh lawan politik dan memastikan Mohamad terus kekal berkuasa.
Masih ingat dialog ketika 'bersantai' bersama beberapa teman termasuk veteran Umno satu ketika dahulu.
Seorang 'veteran Umno' mengatakan "kalau dahulu zaman Tan Sri Isa dapat tandatangan MB maknanya dah 'clear' ..senang kerja..sekarang tak tandangan MB tak bermakna apa-apa kalau abang tak approve..."
Kelemahan yang mengundang korupsi dalam pentadbiran kerajaan negeri ini bukan sekadar cakap cakap kedai kopi. Perkara ini pernah berkumandang di Dewan Undangan Negeri Sembilan sendiri (awal tahun 2006) apabila Ketua Umno Bahagian Seremban, ADUN Lenggeng, Dato Ishak Ismail mendedahkan betapa seriusnya tahap campur tangan adik beradik Mohamad dalam urusan kerajaan negeri sehingga mengundang korupsi yang serius.
Sehingga wawancara yang terakhir dengan media (Malaysiakini, kira kira 8 bulan lepas) Ishak Ismail tetap dengan pendirianya malah menyatakan beliau ada bukti tetapi tidak mahu ke BPR kerana tidak mahu membuat kerja sia sia. Beliau mempersoalkan apa BPR boleh buat kalau dia laporkan pun.
Tetapi dokumen ucapan pendedahan dan kelemahan pentadbiran ‘adik beradik’ Mohamad Hassan dalam hazard DUN Negeri Sembilan cukup memberikan tamparan buat MB tersebut.
Harapan rakyat, khususnya kumpulan peniaga di Negeri Sembilan ketika mendapat seorang MB yang merupakan tokoh korporat berkecai. Ketika di saat permulaan ramai termakan propaganda yang menyatakan ekonomi Negeri Sembilan sudah terencat dan Isa Samad bukan sahaja tidak mampu lagi mengembangkan ekonomi Negeri malah mula menguncup.
Dengan pengalaman sebagai tokoh korporat sudah tentu rakyat termakan propaganda dan percaya bahawa Mohamad mampu memacu ekonomi negeri. Pengurusan ala korporat akan mengelakkan pembaziran dan menguntungkan rakyat.
Hujan propaganda kedua ialah tokoh korporat (Mohamad) ini akan mengurangkan salah guna kuasa dan korupsi kerana dia sememangnya sudah kaya dan tidak perlu ambil rasuah.
Semua hujah ini umpama mimpi yang tak kesampaian. Bulan pertama sahaja Mohamad sudah menunjukan belangnya. Selain melantik abangnya sebagai setiausaha Umno Negeri beliau juga membazirkan wang rakyat negeri apabila tidak mahu menduduki kediaman rasmi. Pembaziran ini terakam dalam laporan tahunan jabatan audit negara.
Kedaan ekonomi negara kacau kerana kelemahan pentadbiran Abdullah begitu juga di peringkat Negeri Sembilan, keadaan ekonomi mula ‘kacau’ kerana kelemahan Mohamad. Dalam tulisan lepas saya telah mengulas lanjut bagaimana satu – satu pelabur mula lari keluar dari Negeri Sembilan.
Hampir setiap tahun kerajaan Negeri mengumumkan belanjawan defesit yang semakin tinggi tahun ke tahun. 2005 Mohamad mengumumkan RM50.72 million defesit dan dalam belanjawan 2006 pula meningkat kepada RM64.08 million. defisit paling tinggi sebanyak RM106.5 juta pula tercatat dalam anggaran Bajet 2008.Hakikatnya untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri sendiri
Perkembangan terbaru dalam Umno menggusarkan Mohamad. Beliau (adik beradiknya) tahu betapa penaung politik Mohamad iaitu manusia yang meletakkan Mohamad sebagai MB Negeri Sembilan perlu dijaga rapi. Bermula dari membuka ruang kepada Khairy untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau (walaupun Khairy langsung tidak tahu apa apa pasal Rembau). Kemudian memastikan suara protes terhadap Khairy dimatikan maka yang menentang dicantas. (Mungkin boleh rujuk lanjut pengendali blog anti Khairy – anak Rembau).
Dan terbaru ialah apabila Najib mula membuka langkah, menyiap diri apabila melihat kelemahan Abdullah. Abdullah diserang kiri dan kanan. Dalam proses penyiapan diri itu Najib juga perlu menyiapkan barisannya di negeri – negeri. Di Negeri Sembilan Najib sedar Mohamad ialah kuda tunggangan menantu Abdullah dan kalau Mohamad mahu bertukar kem pun ia akan menjadi masalah kerana terlalu lemah. Maka sebagao orang lama dalam sepak terajang Umno pasti Najib melihat Isa Samad perlu kembali ke pentas. Isa lulus dua kali ujian gelombang pertama ketika krisis Mahathir – Kuli dan kedua Mahathir – Anwar. Isa lulus dengan ‘bergaya’ dalam ke dua dua ujian tersebut. Maka bermulalah usaha membawa Isa kembali ke kancah politik perdana.
Usaha ini dihidu Khairy. Di peringkat Negeri Sembilan sudah tentu ‘adik beradik’ Mohamad tidak akan membiarkan perkara tersebut terjadi. Maka usaha menyekat Isa untuk ‘come back’ bermula. Pembunuhan politik bermula dari peringkat kecil hingga besar. Untuk menunaikan nafsu untuk terus berkuasa apa jua cara harus digunakan termasuk menyalah guna kuasa.
Terbaru ‘skandal’ pembelian Allson Klana bernilai RM70 juta tanpa melibatkan wang tunai. Media perdana
Pembelian tidak melibatkan wang tunai tetapi dari memiliki sebuah hotel, tauke tersebut diberikan ruang menikmati RM70 juta saham bawah Menteri Besar Incroprated. Ertinya tauke itu kini mempunyai akses dalam banyak perniagaan berkepentingan rakyat Negeri Sembilan.
Pada 9 November lepas che’GuBard telah mengiringi
Hentikan penguasaan kerajan 'adik beradik' ini segera. Mohamad berada pada tahap 'paranoid' , dia ketakutan dan tidak mempercayai sesiapa, kalau tidak masakan dia memegang begitu banyak potfolio dalam kerajaan negeri dan tidak menyerahkan kepada wakil BN yang lain.
Tugas seterusnya Mohamad yang mungkin menjadi tugas terakhirnya ialah memastikan kerusi selamat untuk Khairy atau Norza di Negeri Sembilan. Mohamad sendiri terperanjat apabila bau Khairy bertanding di Negeri Sembilan disambut dengan cabaran terbuka. che'GuBard sendiri yakin melawan Khairy kerana bukan sahaja masalah ciptaan Khairy tetapi masalah ciptaan Mohamad pun akan menjadi beban kepada Khairy. Orang Umno sendiri sedang menunggu untuk menguburkan Khairy di Negeri Sembilan.
sila klik tulisan berwarna untuk membaca lebih lanjut.
cadangkan PKR atau PAS di Negeri Sembilan keluarkan booklet khas mengenai skandal Mohamad 'kerajaan adik beradik'
ReplyDeletePasti menggegarkan !!!
Sedang dalam usaha...tinggal sedikit sahaja di bahagian editing..akan buat pelancaran di hadapan pejabat MB
ReplyDeletepanas...memang panas.... teruskan himpit ....
ReplyDeleteKhairy tak berani nyer respon cabaran... Husam pun dah cbaar debat..cheGuBard cabar tanding election..budak tu dah semak kepala dah...
kepada bloger seperti kelembai , arah kita dll sedia untuk turun kerjakan Khairy dimana juga dia tanding...
Assalamualaikum Cikgu!
ReplyDeleteSaya faham akan keadaan Cikgu yang terjejas secara langsung dengan ketidakadilan yang berlaku pada cikgu secara peribadi.
Namun, apakah ini cara yang dipilih untuk merubah keadaan?
Barangsiapa yang memerangi sesama ummah dengan bersekongkol dengan gunting didalam lipatan harus sadar bahawa ada kemungkinan senjata memakan tuan.
Nafsul amarah beserta luapan emosional bisa menggelincirkan seseorang itu dari mencapai matlamat perjuangan nya cikgu.
Maafkan hamba kerna menyatakan pendapat yang tidak sealiran dengan tuan.
Mungkin kerna saya mempunyai fikrah dan halatuju saya sendiri dialam menangani hal ehwal semasa yang melibatkan diri ini secara peribadi dan masaalah ummah secara am.
Walau cara kita mungkin berbeza, saya rasa ada kalanya titik titik pertemuan perjuangan itu ada didalam usaha kita masing masing.
Cuma satu pesanan saya. Usah berakhir dengan keadaan dimana 'kita menang sorak namun kampong laman tergadai'.
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala membimbing kita bersama.
Wabillahi taufik walhidayah.
Wassalamualaikum wr wb.
cuma sekadar cadangan.... cikgu Bad dan Wan Nordin (wartawan harakah yang juga orang Negeri Sembilan) bergabung tenaga mengeluarkan buku khusus mendedahkan kepincangan BN di NS. Dr. Rosli (bekas PJ PAS) N.Sembilan juga banyak menulis mungkin tulisan beilau juga boleh dikumpulkan....
ReplyDeleteLakukan ini sebelum p/raya...terjemahkan dalam bahasa cina dan india...
saya suka cara tulisan cikgu Bad mudah nak paham...
Sdr. Hassan Thamby ; InsyaAllah cadangan sdr semamngnya sedang dipertimbang serius. Itu antara agenda saya pulang kali ini.
ReplyDeleteSdr. Azizi keADILan ; tahniah istiqamah dan efisensi sdr serta teman - teman amat membanggakan.
Komen Mahaguru 58 saya perolehi dr email dan saya fwdkan di sini untuk dikongsi bersama teman-teman. Sdr. tiada yang emosi, semua telah dipertimbangkan...ini bukan persoalan peribadi atau saya terzalim secara terus..jika kerana peribadi saya sudah pilih jalan lebih selesa...terima kasih atas salam perkenalan saudara...salam semula dari saya dan fikirkanlah dengan mendalam...
aduhai cikgu bad,
ReplyDeletekesin tgk cikgu,
cuba bina imej pejuang yang hebat,
dendam kepada MB belum habis,
kalau boleh sayapun nak tgk cikgu bad lawan Tok Mat sekali lagi, tak kira di kerusi Dun/Parlimen,
ni pasal wan nordin, kadang-kadang kelakar baca tulisan dia di hrakah pasal isu-isu di negeri sembilan, takat duduk di seremban 2+isteri kerja di sekolah di senawang, tak semestinya tau hal ehwal dalaman NS.
Rakyat boleh ditipu melalui penulisan saudara nordin, tapi wartawan arus perdana yang bertugas di NS takkan boleh saudara tipu.
Fahami betul2 isu pembelian allson klana key.
yours
wartawan juga
wartawan yang lebih bebas adalah wartawan arus perdana, bukannya berada bersama akhbar 'fitnah' milik parti.
salam perjuangan
sudah-sudahlah...ah chong dgn samy dok ketawa pecah perut tengok korang samo melayu bertokak!
ReplyDeletetak ado yang 'perfect'pun kalau dah namo eh manusio..
sapo2 pun naik musti ado hal punyo...apo nak heran?
ekau kok jadi MB pun takkan sampai ati tengok adik beradik kau susah do jang..
Kenapa ramai org cerdik tidak menggunakan akal dengan baik.....
ReplyDelete